TOPIK

Aidil Fitri (1) Air Kolah (9) Akhir Zaman (3) Aktiviti Ilmiah (1) Al-Quran (4) Alam (13) Alam Ghaib (5) Aldil Fitri (1) Allah wujud tanpa bertempat (15) Amal Soleh (3) Anti Hadis (1) Aqidah (17) ASWJ (63) Bab Munakahat (4) Bab Sihir (3) Bab Tauhid (9) Bahasa Melayu (6) Bahaya Syiah (7) Bertabarruk (2) Bid'ah (8) Bidaah Hasanah (7) Bulan Ramadhan (18) Bulan Rejab (1) Bulan Zulhijjah (1) Cintai DIA (1) Cuti-Cuti Malaysia (89) Doa (1) Dosa Besar (1) Ekonomi Islam (5) Fadilat Al-Quran (4) Fiqh (3) Futuhul Ghaib (1) Futuhul Makkiyyah (3) guru (2) Guru Mursyid (6) Guru Tariqat (6) Hadis Dhaif (6) Hadis Maudhu' (1) Hadis Nabi (14) Hakikat (1) Hari Kemudian (1) Hotel Islam (1) Hukum Berkaitan Zikir (9) Ibadat Haji (6) Ibnu Taimiyyah (16) ilmu kebatinan (5) Ilmu Laduni (1) ilmu persilatan (2) Imam Malik (1) Insan Kamil (1) Israk Mikraj (10) Istanbul (17) Isu Halal (2) Isu Kalimah Allah (4) Isu Khilaf (25) Isu Khilafiah (29) Isu Semasa (4) Isu Wahhabi (97) Jalan-Jalan (128) Jihad Ekonomi (34) Jom Makan (16) Karamah (2) kebenaran (5) Kesultanan Melayu (7) Kewangan dan Perbankan Islam (1) Khatamun Nubuwwah (2) Kisah Mualaf (28) Kisah Nabi (2) Koleksi (2) Kosong (2) Kurma (1) Lagu (1) Lailatul Qadar (14) Makam Sultan (5) Makam Sultan/Raja Melayu (7) Makam Wali Allah (43) Makhluk Halus (1) Makrifat (1) Masjid (41) Masjid Lama (24) Masjid Utama (29) Maulidur Rasul (23) Mekah (2) Melayu (14) Merdeka (1) Misteri (10) motivasi (1) Mukasyafah (2) Mutasyabihat (7) Nabi Ibrahim A.S. (1) Nabi Khidir A.S. (14) Nabi Musa A.S. (1) Neraka (1) Nisfu Syaaban (17) nostalgia (1) Nur Muhammad (6) Nuzul Quran (3) Pahlawan Islam (2) Pahlawan Melayu (10) Pelancongan Tanah Tinggi (4) pengumuman (7) Penyakit (1) Perubatan Islam (2) Perubatan tradisional (1) Petua (2) Puasa Ramadhan (18) Puasa Sunat (2) Pulau Besar (18) Putrajaya (3) Rabitah (1) Rahmat Allah (1) Rawatan Islam (1) rekreasi (21) Rezeki (1) RSAW (11) Rumahku Syurgaku (4) Sajak (6) Sedekah (1) Sejarah Melayu (6) Selawat (7) Senibina Islam (8) Sifat 20 (2) Solat (8) Solat Sunat (9) Sumpah (1) Sunnah RSAW (9) Tamadun Islam (8) Tariqat (7) Tasawuf (23) Tawassul (5) Tulisanku (311) Ulamak Islam (7) Ulamak Nusantara (20) Ulamak Tanah Melayu (16) Universiti (3) Usahawan Muslim (9) Usuluddin (1) Wahhabi dan Keganasan (9) Wali Allah (50) Wali Melayu (22) Wali Songo (10) Youtube (1) Zakat (13) Zakat Fitrah (4)

Isnin, 20 Jun 2011

Lata Tembakah, Besut, Terengganu

Assalamu'alaikum,

Isnin, 6 Jun 2011 bersamaan 4 Rejab 1432, kami keluar dari bilik hotel jam 900 pagi. Kemudian bersarapan di gerai makan di bandar Jerteh ini. Isteri hamba makan nasi kerabu, RM2.50 sepinggan, murah tu berbanding di Selangor dalam RM4.00 - RM4.50...Kemudian hamba belikan bihun goreng, nasi goreng dan lain-lain kuih untuk menu makan tengahari kami di Lata Tembakah.  Kemudian hamba bertanya tentang jalan ke Lata Tembakah, dan diberikan petuanya.  Kalau dari Kuala Terengganu menghala Kota Bharu, Lata ini terletak di sebelah kiri jalan, dan disebalah kanan jalan kalau dari Kota Bharu menghala Kuala Terengganu. Dari jalan utama, tak nampak papan tanda menghala ke Lata ini. Majlis Daerah Besut kena prihatin akan hal ini.

Dianggarkan Lata ini terletak dalam 18-20 kilometer dari bandar Jerteh.  Kami tak perlu tergesa-gesa. Dalam jam 11 lebih kami sampai di Lata ini. Rupanya, kawasan mandi-manda jauh juga dengan kawasan parkir. Kiranya slot Lata Tembakah ini untuk anak-anak. Jalan punya jalan, jumpa papan tanda 20 minit lagi ke air terjun pertama. Mak anak dah letih berjalan, sebab dukung anak bongsu. Bapak budak pun letih sebab bawa macam2. Akhirnya kami berhenti di sebuah kawasan yang boleh makan-makan dan mandi-mandi.

Satu yang menarik tentang Lata Tembakah adalah ia bersesuaian untuk keluarga. Maksudnya banyak tempat mandi, ada kawasan berkhemah, ada kawasan untuk BBQ dan lain-lain. Anda boleh lihat beberapa foto berkaitan tempat mandi di bawah.  Kami menghabiskan 3 jam lebih di sini. Makan, mandi, berehat, main dengan anak-anak dan lain-lain. Alhamdulillah, habis rambutan, bihun dan nasi goreng dan beberapa makanan lain, ringanlah sedikit nak balik ke kereta. Lata ini ada 5 tingkat air terjun dan yang tertingginya mengambil masa selama sejam untuk berjalan pergi (balik lagi 1 jam). Jadi, kalau yang tertinggi (Tingkat 5), kalau nak pergi kena sampai awal.

Jam 230 petang, kami meninggalkan kawasan mandi. Berhampiran kawasan kami berehat adalah satu keluarga dari Kelantan yang sering ke sini.  Ada juga hamba lihat 5-6 pasangan orang muda dari Kota Bharu, Kelantan. Golongan muda-mudi ini dilihat 'meraikan' hari jadi rakan mereka di sini. Masih muda dan 'mentah', kalau 'terjadi apa2', baru nak terfikir sebabnya. Ibu-bapa sekarang banyak yang tidak didik anak mereka dengan betul, dibiarkan anak mereka keluar ke sini-sana sewenang-wenangnya. 'Berpasangan' dianggap lumrah walaupun ia haram disisi agama. Apabila anak perempuan dah mula bekerja, ibu-bapa menganggap 'mereka terlepas dari tanggungjawab' sedangkan hukumnya tidak.

Sebab itu, didikan utama untuk anak-anak adalah didikan tauhid. Anak-anak perlu tahu dan dididik mereka sentiasa diperhatikan oleh Tuhan semesta alam di mana sahaja mereka berada. Anak-anak wajib dididik agar menjauhi sifat-sifat munafik. Jika bersih mereka dari kecil sampai baligh, Insya-Allah dengan didikan tauhid dan zikrullah, mereka akan kekal bersih sehingga menemui Sang Pencipta. Selain itu, anak-anak harus dididik dengan 'berdoa kepada Allah'...moga2 apa saja peristiwa, musibah, perkara yang melanda mereka di mana sahaja mereka berada, mereka tidak akan lupa memohon pertolongan dan bantuan Allah Taala.






Ini kawasan yang dikhususkan untuk berkhemah, lihat tapak yang lebih tinggi berbanding tanah biasa


Sebahagian dari Hutan Simpan Kekal- jadi banyak peraturannya




Kawasan mandi yang dalam dan cetek ada di merata

Jambatan gantung menghubugkan kawasan parkir, pentadbiran dengan air terjun

Ada chalet di sini dan asrama - lihat iklannya.

Ada kedai makan walau tak dibuka

Waktu kami sampai jam 11 lebih ada kereta dalam 5-7 buah.

Waktu kami balik dalam jam 3 petang dah ada lebih 20 kereta di kawasan parkir, sebahagian besarnya plat luar, bukan plat 'T'


Dekat 3 petang, kami meninggalkan Lata Tembakah dan menuju ke Kuala Berang. Dekat 30 minit juga, berjalan dari kawasa mandi ke kawasan parkir, tukar semula pakaian dan kemaskan barang2. Kalau boleh diberikan 'bintang' untuk Lata Tembakah, hamba bagi 4 bintang !!!


ada info tambahan di http://cintatravel-xpdc.blogspot.com/2010/08/lata-tembakah.html


gambar-gambar seterusnya adalah gambar Lata tembakah yang hamba ambil dari internet....










1 ulasan:

  1. nnt boleh la plak g lata belatan...d jerteh jgak...
    air panas kg la pn ada...atas sket je dri lata tembakah...

    BalasPadam