TOPIK

Aidil Fitri (1) Air Kolah (9) Akhir Zaman (3) Aktiviti Ilmiah (3) Al-Quran (4) Alam (13) Alam Ghaib (5) Aldil Fitri (1) Allah wujud tanpa bertempat (15) Amal Soleh (3) Anti Hadis (1) Aqidah (15) ASWJ (62) Bab Munakahat (4) Bab Sihir (4) Bab Tauhid (7) Bahasa Melayu (6) Bahaya Syiah (7) Bertabarruk (2) Bid'ah (8) Bidaah Hasanah (7) Bulan Ramadhan (18) Bulan Rejab (1) Bulan Zulhijjah (1) Cintai DIA (1) Cuti-Cuti Malaysia (89) Doa (1) Dosa Besar (1) Ekonomi Islam (5) Fadilat Al-Quran (4) Fiqh (2) Futuhul Ghaib (1) Futuhul Makkiyyah (3) guru (2) Guru Mursyid (6) Guru Tariqat (6) Hadis Dhaif (6) Hadis Maudhu' (1) Hadis Nabi (14) Hakikat (1) Hari Kemudian (1) Hotel Islam (1) Hukum Berkaitan Zikir (9) Ibadat Haji (6) Ibnu Taimiyyah (16) ilmu kebatinan (5) Ilmu Laduni (1) ilmu persilatan (2) Imam Malik (1) Insan Kamil (1) Israk Mikraj (10) Istanbul (20) Isu Halal (2) Isu Kalimah Allah (4) Isu Khilaf (25) Isu Khilafiah (27) Isu Semasa (4) Isu Wahhabi (97) Jalan-Jalan (129) Jihad Ekonomi (37) Jom Makan (16) Karamah (2) kebenaran (5) Kesultanan Melayu (7) Kewangan dan Perbankan Islam (1) Khatamun Nubuwwah (2) Kisah Mualaf (28) Kisah Nabi (2) Koleksi (2) Kosong (2) Kurma (1) Lagu (1) Lailatul Qadar (14) Makam Sultan (7) Makam Sultan/Raja Melayu (8) Makam Wali Allah (45) Makhluk Halus (1) Makrifat (1) Masjid (47) Masjid Lama (25) Masjid Utama (34) Maulidur Rasul (23) Mekah (2) Melayu (14) Merdeka (1) Misteri (11) motivasi (1) Mukasyafah (2) Mutasyabihat (7) Nabi Ibrahim A.S. (1) Nabi Khidir A.S. (14) Nabi Musa A.S. (1) Neraka (1) Nisfu Syaaban (17) nostalgia (1) Nur Muhammad (6) Nuzul Quran (3) Pahlawan Islam (3) Pahlawan Melayu (10) Pelancongan Tanah Tinggi (4) Peluang Perniagaan (1) pengumuman (7) Penyakit (1) Perubatan Islam (2) Perubatan tradisional (1) Petua (1) Puasa Ramadhan (18) Puasa Sunat (2) Pulau Besar (18) Putrajaya (3) Rabitah (1) Rahmat Allah (1) Rawatan Islam (1) rekreasi (21) Rezeki (1) RSAW (11) Rumahku Syurgaku (4) Sajak (6) Sedekah (1) Sejarah Melayu (6) Selawat (7) Senibina Islam (8) Sifat 20 (2) Solat (8) Solat Sunat (9) Sumpah (1) Sunnah RSAW (9) Tamadun Islam (8) Tariqat (7) Tasawuf (24) Tawassul (5) Tulisanku (331) Ulamak Islam (7) Ulamak Nusantara (20) Ulamak Tanah Melayu (16) Universiti (5) Usahawan Muslim (9) Usuluddin (1) wahdatul wujud (2) Wahhabi dan Keganasan (9) Wali Allah (52) Wali Melayu (24) Wali Songo (10) Youtube (1) Zakat (13) Zakat Fitrah (4)

Isnin, 5 Mac 2012

Sektor runcit juga menguntungkan


KUALA LUMPUR 25 Sept. - Siapa kata usahawan Melayu tidak langsung mampu untuk bersaing dengan bukan Melayu dalam perniagaan runcit di negara ini.

Ini adalah hakikat yang dibuktikan oleh Kinderdijk Sdn. Bhd. (Kinderdijk), sebuah syarikat milik Azlan Omry Omar yang bergiat dalam perniagaan yang jarang diterokai oleh orang Melayu.

Meskipun nama syarikat itu kurang dikenali tetapi Kinderdijk merupakan pengedar dan peruncit jenama antarabangsa popular seperti Philips Avent, FisherPrice, Mattel, Maclaren, Crocs, WINX, Petit Gems, Nosefrida, Wrangler dan Fred Perry.

Kinderdijk adalah syarikat sasaran pelaburan ekuiti swasta Navis yang disokong oleh Ekuiti Nasional Bhd. (Ekuinas).

Mengulas pembabitannya sebagai pengedar dan peruncit jenama antarabangsa, Azlan yang juga Pengerusi Eksekutif syarikat itu berkata, segala-galanya bermula pada 2003 apabila beliau mencuba nasib untuk mengedar rangkaian barangan bayi jenama Avent.

Kejayaannya mengukuhkan jenama itu di Malaysia telah mendapat perhatian pelbagai syarikat asing yang ingin menawarkan peluang kepada Kinderdijk untuk mengedar produk mereka.

Selain terlibat dalam pengedaran jenama antarabangsa, Kinderdijk juga memiliki dan menguruskan operasi rangkaian kedai barangan bayi jenama Mom's Care.

Azlan berkata, biarpun tumpuan Kinderdijk kekal kepada barangan bayi yang menyumbang 60 peratus kepada perolehan syarikat itu, ia turut berjinak-jinak memasarkan barangan berkaitan gaya hidup.

Syarikat itu telah dilantik sebagai pengedar tunggal seluar jenama Wrangler sejak Februari lalu dan keutamaan beliau sekarang adalah mengukuhkan pasaran produk itu dalam tempoh terdekat. 

Disebalik kejayaan yang diraih setakat ini, Azlan berkata, beliau sebenarnya turut melalui tempoh yang cukup mencabar pada awal penglibatannya dalam perniagaan tetapi mengakui nasib beliau cukup baik kerana bermula dengan produk yang kukuh.

''Kinderdijk bermula dengan Avent dan produk ini kukuh, sekali gus memberi kelebihan kepada kami dalam perniagaan ini,'' katanya.

Azlan menambah, meskipun bersaing dalam kelompok asing, beliau bersyukur kerana mampu mengekalkan kedudukannya dalam perniagaan berkenaan.

''Sememangnya perniagaan ini asing untuk peniaga Melayu bukan seperti perniagaan berasaskan makanan dan minuman atau kontraktor binaan.

''Namun terus terang, saya katakan perniagaan ini menyeronokkan dan turut menawarkan banyak peluang,'' ujar beliau.

Ditanya rahsia kejayaan beliau dalam perniagaan, Azlan berkata, ganjaran akan diterima jika usaha kerja gigih dan mampu menguruskan aliran tunai perniagaan secara teratur.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan