Assalamu'alaikum,
Dah lama artikel ini terperap dalam komputer. Memandangkan artikel ini tidak dapat disiapkan sebelum Ramadhan yang baru berlalu, maka hamba tangguhkan sehingga ke Syawal. 1 Julai 2012, selepas solat Zohor, kami ke sebuah Restoran Arab di Bandar Baru Bangi, nak makan Nasi Arab. Hamba taklah selalu makan di luar, maklumlah orang rumah hamba suri rumah sepenuh masa. Sekali-sekala, hamba dan isteri serta anak-anak makan juga di luar. Makan di luar merupakan 'satu riadhah' bersama anak-isteri dan juga satu sesi untuk 'bermesra' dengan anak-anak selain ambil angin kat luar. Kami singgah di MyRice, sebuah restoran masakan Arab di BBBangi.
Ini buku menunya
Banyak juga menunya...
Nasi Arab Saudi (Ayam), Nasi Arab Saudi (Kambing)
Nasi Arab Mandy (Ayam), Nasi Arab Mandy (Kambing)
Nasi Arab Damsyik (Ayam), Nasi Arab Damsyik (Kambing)
Kebab Ayam, Roti Arab...
Aneka Sup Tok Arab...
Aneka Lauk Arab
Ada juga pelbagai Nasi Goreng
Pelbagai mee goreng
Pelbagai jenis Teh
Pelbagai jenis Ice Blended
Pelbagai jenis minuman lain...
pelbagai jenis jus dan minuman lain
Hamba pun dah lupa apa nama menu ni. Anak hamba yang sulung yang tempah untuk dia...
Kemudahan wifi turut disediakan
Yang ni isteri hamba punya
Yang ini hamba punya...Dua pinggan hamba dan isteri, kami makan dengan dua orang anak
Sekali-sekala...kalau tak makan luar langsung dan 'layan' permintaan anak-anak, nanti anak-anak 'cop' kita kedekut pulak...
Memang.....
Gambaran restoran dari depan...
Ini restorannya di Seksyen 8, Bandar Baru Bangi
Selepas mengisi alas perut di BBBangi, kami ke Putrajaya....ceritanya selepas ini...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan