TOPIK

Aidil Fitri (1) Air Kolah (9) Akhir Zaman (3) Aktiviti Ilmiah (3) Al-Quran (4) Alam (13) Alam Ghaib (5) Aldil Fitri (1) Allah wujud tanpa bertempat (15) Amal Soleh (4) Anti Hadis (1) Aqidah (15) ASWJ (63) Bab Munakahat (4) Bab Sihir (4) Bab Tauhid (7) Bahasa Melayu (6) Bahaya Syiah (7) Bertabarruk (2) Bid'ah (8) Bidaah Hasanah (7) Bulan Ramadhan (18) Bulan Rejab (1) Bulan Zulhijjah (1) Cintai DIA (1) Cuti-Cuti Malaysia (89) Doa (1) Dosa Besar (1) Ekonomi Islam (5) Fadilat Al-Quran (4) Fiqh (2) Futuhul Ghaib (1) Futuhul Makkiyyah (3) guru (17) Guru Mursyid (17) Guru Tariqat (17) guruku (15) Hadis Dhaif (6) Hadis Maudhu' (1) Hadis Nabi (14) Hakikat (2) Hari Kemudian (1) Hotel Islam (1) Hukum Berkaitan Zikir (9) Ibadat Haji (6) Ibnu Taimiyyah (16) ilmu kebatinan (5) Ilmu Laduni (1) ilmu persilatan (2) Imam Malik (1) Insan Kamil (1) Israk Mikraj (10) Istanbul (20) Isu Halal (2) Isu Kalimah Allah (4) Isu Khilaf (25) Isu Khilafiah (27) Isu Semasa (4) Isu Wahhabi (97) Isu Yaqazah (10) Jalan-Jalan (130) Jihad Ekonomi (37) Jom Makan (16) Karamah (2) kebenaran (7) Kesultanan Melayu (7) Kewangan dan Perbankan Islam (1) Khatamun Nubuwwah (2) Kisah Mualaf (28) Kisah Nabi (2) Koleksi (2) Kosong (3) Kurma (1) Lagu (1) Lailatul Qadar (14) Makam Sultan (7) Makam Sultan/Raja Melayu (8) Makam Wali Allah (46) Makhluk Halus (1) Makrifat (1) Martabat Tujuh (4) Masjid (47) Masjid Lama (25) Masjid Utama (34) Maulidur Rasul (23) Mekah (2) Melayu (14) Mengenal Diri (9) Merdeka (1) Misteri (11) motivasi (1) Mukasyafah (2) Mutasyabihat (7) Nabi Ibrahim A.S. (1) Nabi Khidir A.S. (14) Nabi Musa A.S. (1) Neraka (1) Nisfu Syaaban (17) nostalgia (1) Nur Muhammad (6) Nuzul Quran (3) Pahlawan Islam (3) Pahlawan Melayu (10) Pelancongan Tanah Tinggi (4) Peluang Perniagaan (1) pengumuman (7) Penyakit (1) Perjalanan Diri (2) Perubatan Islam (3) Perubatan tradisional (2) Petua (1) Puasa Ramadhan (18) Puasa Sunat (2) Pulau Besar (18) Putrajaya (3) Rabitah (1) Rahmat Allah (1) Rawatan Islam (1) rekreasi (21) Rezeki (1) RSAW (11) Rumahku Syurgaku (4) Sajak (7) Sedekah (1) Sejarah Melayu (6) Selawat (7) Senibina Islam (8) Sifat 20 (2) Solat (8) Solat Sunat (9) Sumpah (1) Sunnah RSAW (9) Tamadun Islam (8) Tariqat (8) Tasawuf (26) Tawassul (5) Tulisanku (358) Ulamak Islam (7) Ulamak Nusantara (22) Ulamak Tanah Melayu (18) Universiti (5) Usahawan Muslim (9) Usuluddin (1) wahdatul wujud (5) Wahhabi dan Keganasan (9) Wali Allah (62) Wali Melayu (33) Wali Songo (10) Youtube (1) Zakat (13) Zakat Fitrah (4)

Isnin, 15 April 2013

Maulidur Rasul - Sheikh Muhammad al-Khidr


sumber : http://bahrusshofa.blogspot.com/2013/01/mawlid-syaikh-muhammad-al-khidr.html

Mawlid - Syaikh Muhammad al-Khidr
Syaikh Muhammad al-Khidr Husain rahimahullah, ulama yang telah dipilih untuk menerajui Universiti al-Azhar asy-Syarif sebagai Syaikhul Azhar pada tahun 1952. Sebagai seorang ulama besar yang menjadi panutan umat, beliau turut menyatakan pandangan beliau mengenai sambutan Mawlid Nabi SAW, antaranya sebagaimana yang beliau utarakan dalam majalah "al-Hidayah al-Islamiyyah", antara lainnya sebagai berikut:-

Adapun sambutan kita bagi memperingati mawlid Junjungan Nabi SAW, maka kita tidak melakukannya melainkan atas apa yang pernah dilakukan oleh Sayyidina Hasan bin Tsabit RAketika manusia berkumpul bersamanya dan mendengar beliau memuji Junjungan Rasulullah SAW dalam bait - bait syair. Dan bukanlah pula kita melakukan sesuatu yang lain daripada apa yang pernah dilakukan oleh Sayyidina `Ali bin Abi Talib RA atau yang dilakukan oleh Sayyidina al-Barra` bin `Aazib RA atau yang dilakukan olehSayyidina Anas bin Malik RA ketika mereka menceritakan tentang keunggulan pribadi dan akhlak Junjungan Rasulullah SAW kepada para jemaah."

Allahu ... Allah, makanya memuji dan membesarkan Junjungan Nabi SAW dengan kata-kata indah berbentuk nazam atau natsar atau dalam bait-bait syair dan qasidah bukanlah sesuatu yang boleh dibid`ahsesatkan. Begitu juga dengan mendengar dan memperdengarkan keagungan, keindahan, keelokan, keunggulan, kebesaran pribadi dan akhlak baginda SAW juga tidak boleh dengan sewenang - wenangnya dibid`ahsesatkan. Dalam majlis-majlis mawlid Junjungan Nabi SAW, apa yang manusia pencinta Baginda SAW lakukan ? Adakah mereka berdansa dan minum - minum sampai mabuk, atau mereka dengan penuh adab dan takzim, memuji akan Junjungan Nabi SAW, membesarkan baginda, bersholawat dan mengucapkan salam ke atas baginda ? Jika tiada kemungkaran yang menyalahi syarak dalam majlis - majlis mawlid, maka apa alasan untuk kamu wahai para pendokong anti-mawlid untuk menyanggahnya. Mana nas yang sharih daripada Syari' yang mengharamkan kaum Muslimin untuk menyambut mawlid nabi mereka, Nabi Teragung, Junjungan Sayyidina Muhammad SAW ? Janganlah pula kamu berhujjah dengan mengqiyaskan kaum Muslimin yang mentauhidkan Allah dengan kaum Nasrani yang musyrik menyambut Krismas. Itu qiyas batil yang menyalahi kaedah dan syarat - syarat qiyas. Makanya, hendaklah kamu kembali kepada as-sawadul a'dhzam, jom hadir mawlid.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan