TOPIK

Aidil Fitri (1) Air Kolah (9) Akhir Zaman (3) Aktiviti Ilmiah (3) Al-Quran (4) Alam (13) Alam Ghaib (5) Aldil Fitri (1) Allah wujud tanpa bertempat (15) Amal Soleh (3) Anti Hadis (1) Aqidah (15) ASWJ (62) Bab Munakahat (4) Bab Sihir (4) Bab Tauhid (7) Bahasa Melayu (6) Bahaya Syiah (7) Bertabarruk (2) Bid'ah (8) Bidaah Hasanah (7) Bulan Ramadhan (18) Bulan Rejab (1) Bulan Zulhijjah (1) Cintai DIA (1) Cuti-Cuti Malaysia (89) Doa (1) Dosa Besar (1) Ekonomi Islam (5) Fadilat Al-Quran (4) Fiqh (2) Futuhul Ghaib (1) Futuhul Makkiyyah (3) guru (2) Guru Mursyid (6) Guru Tariqat (6) Hadis Dhaif (6) Hadis Maudhu' (1) Hadis Nabi (14) Hakikat (1) Hari Kemudian (1) Hotel Islam (1) Hukum Berkaitan Zikir (9) Ibadat Haji (6) Ibnu Taimiyyah (16) ilmu kebatinan (5) Ilmu Laduni (1) ilmu persilatan (2) Imam Malik (1) Insan Kamil (1) Israk Mikraj (10) Istanbul (20) Isu Halal (2) Isu Kalimah Allah (4) Isu Khilaf (25) Isu Khilafiah (27) Isu Semasa (4) Isu Wahhabi (97) Jalan-Jalan (129) Jihad Ekonomi (37) Jom Makan (16) Karamah (2) kebenaran (5) Kesultanan Melayu (7) Kewangan dan Perbankan Islam (1) Khatamun Nubuwwah (2) Kisah Mualaf (28) Kisah Nabi (2) Koleksi (2) Kosong (2) Kurma (1) Lagu (1) Lailatul Qadar (14) Makam Sultan (7) Makam Sultan/Raja Melayu (8) Makam Wali Allah (45) Makhluk Halus (1) Makrifat (1) Masjid (47) Masjid Lama (25) Masjid Utama (34) Maulidur Rasul (23) Mekah (2) Melayu (14) Merdeka (1) Misteri (11) motivasi (1) Mukasyafah (2) Mutasyabihat (7) Nabi Ibrahim A.S. (1) Nabi Khidir A.S. (14) Nabi Musa A.S. (1) Neraka (1) Nisfu Syaaban (17) nostalgia (1) Nur Muhammad (6) Nuzul Quran (3) Pahlawan Islam (3) Pahlawan Melayu (10) Pelancongan Tanah Tinggi (4) Peluang Perniagaan (1) pengumuman (7) Penyakit (1) Perubatan Islam (2) Perubatan tradisional (1) Petua (1) Puasa Ramadhan (18) Puasa Sunat (2) Pulau Besar (18) Putrajaya (3) Rabitah (1) Rahmat Allah (1) Rawatan Islam (1) rekreasi (21) Rezeki (1) RSAW (11) Rumahku Syurgaku (4) Sajak (6) Sedekah (1) Sejarah Melayu (6) Selawat (7) Senibina Islam (8) Sifat 20 (2) Solat (8) Solat Sunat (9) Sumpah (1) Sunnah RSAW (9) Tamadun Islam (8) Tariqat (7) Tasawuf (24) Tawassul (5) Tulisanku (331) Ulamak Islam (7) Ulamak Nusantara (20) Ulamak Tanah Melayu (16) Universiti (5) Usahawan Muslim (9) Usuluddin (1) wahdatul wujud (2) Wahhabi dan Keganasan (9) Wali Allah (52) Wali Melayu (24) Wali Songo (10) Youtube (1) Zakat (13) Zakat Fitrah (4)

Isnin, 6 Januari 2014

Homestay Kampung Ulu Legong, Baling, Kedah

Assalamu'alaikum,

Pada 23 Disember 2013, kami balik kampung ke Utara. Sampai Changkat Jering, hamba keluar tol sekejap dan makan mee udang di kampung berdekatan. Sampai di kampung dah 12 tengah malam. Esoknya, pada 24 Disember, malamnya selepas Isyak, kami ke Kampung Ulu Legong, Baling, Kedah. Sampai dekat pukul 11 lebih juga. Hamba dan isteri yang keletihan, tidur di homestay bersama anak bongsu. Abang hamba, adik hamba dan sepupu hamba bersama isteri dan anak masing-masing, beserta tiga orang anak hamba ke Pusat Rekreasi Air Panas, Ulu Legong dan mandi dari 1200 tgh malam - 3 pagi.  Ini sedikit gambar homestay di Kampung Ulu Legong. Kalau anda Google, kampung ini hanya 4-5 kilometer dari sempadan Malaysia-Thailand. 

Banyak homestay di sini. Dari perbualan dengan tuan tumah Homestay kami (Bonda kepada Zailina Homestay), dahulunya mereka tinggal agak ke dalam (kawasan hutan). Apabila ada serangan komunis pada awal 1980-an (Malaysia masih belum aman 1980-an; anak muda hari ini tidak tahu erti perjuangan dalam mengekalkan keamanan), maka pihak kerajaan memindahkan orang kampung ke kampung sekarang.  Punca air panas itu dikesan semasa mereka dipindahkan dari kampung di dalam ke kampung sekarang. Alhamdulillah, dengan hanya berpuncakan air panas, penduduk kampung mendapat sumber pendapatan baru. Ada banyak homestay di sini, sama ada dalam Pusat Rekreasi sendiri, diuruskan oleh KEDA atau diuruskan oleh penduduk kampung. Penduduk kampung bukanlah tidak pandai, tetapi mereka tidak berpeluang mendapat pendidikan tinggi sepertimana generasi muda hari ini dan penduduk bandar. Dengan beberapa pendedahan, tunjuk ajar dan bimbingan, penduduk kampung boleh berjaya. Homestay Kampung Ulu Legong adalah buktinya.












Banyak homestay di sini. Anda boleh Google atau layari laman sesawang di bawah untuk maklumat tambahan. Homestay yang kami tinggal, ada dua buah bilik, sebuah bilik air dan ruang tamu yang cukup luas, tanpa sebarang perabut, harga RM160 semalam. Wanita diberikan satu bilik. Anak-anak perempuan diberikan satu bilik. Maka anak-anak lelaki dan ayah-ayah di ruang tamu. Cukuplah  8 dewasa, 4 pelajar sekolah menengah dan 9 kanak-kanak....he3...yang penting bawa beg tidur atau toto... Adik hamba bawa dapur mudah alih untuk berkhemah, siap boleh masak lagi...Wassalam.

http://www.go2homestay.com/homestay-keda-ulu-legong

http://nasilemang.blogspot.com/

http://www.agoda.com/ms-my/city/kampung-legong-ulu-my.html

http://bicaraneem.blogspot.com/2010/05/ulu-legong-hot-spring-baling.html

http://syedmahadzirsyedibrahim.blogspot.com/2012/03/bermandi-manda-di-ulu-legong-satu.html

http://www.travelific.my/travelstry_full.php?sid=425


Tiada ulasan:

Catat Ulasan