TOPIK

Aidil Fitri (1) Air Kolah (9) Akhir Zaman (3) Aktiviti Ilmiah (3) Al-Quran (4) Alam (13) Alam Ghaib (5) Aldil Fitri (1) Allah wujud tanpa bertempat (15) Amal Soleh (3) Anti Hadis (1) Aqidah (15) ASWJ (62) Bab Munakahat (4) Bab Sihir (4) Bab Tauhid (7) Bahasa Melayu (6) Bahaya Syiah (7) Bertabarruk (2) Bid'ah (8) Bidaah Hasanah (7) Bulan Ramadhan (18) Bulan Rejab (1) Bulan Zulhijjah (1) Cintai DIA (1) Cuti-Cuti Malaysia (89) Doa (1) Dosa Besar (1) Ekonomi Islam (5) Fadilat Al-Quran (4) Fiqh (2) Futuhul Ghaib (1) Futuhul Makkiyyah (3) guru (2) Guru Mursyid (6) Guru Tariqat (6) Hadis Dhaif (6) Hadis Maudhu' (1) Hadis Nabi (14) Hakikat (1) Hari Kemudian (1) Hotel Islam (1) Hukum Berkaitan Zikir (9) Ibadat Haji (6) Ibnu Taimiyyah (16) ilmu kebatinan (5) Ilmu Laduni (1) ilmu persilatan (2) Imam Malik (1) Insan Kamil (1) Israk Mikraj (10) Istanbul (20) Isu Halal (2) Isu Kalimah Allah (4) Isu Khilaf (25) Isu Khilafiah (27) Isu Semasa (4) Isu Wahhabi (97) Jalan-Jalan (129) Jihad Ekonomi (37) Jom Makan (16) Karamah (2) kebenaran (5) Kesultanan Melayu (7) Kewangan dan Perbankan Islam (1) Khatamun Nubuwwah (2) Kisah Mualaf (28) Kisah Nabi (2) Koleksi (2) Kosong (2) Kurma (1) Lagu (1) Lailatul Qadar (14) Makam Sultan (7) Makam Sultan/Raja Melayu (8) Makam Wali Allah (45) Makhluk Halus (1) Makrifat (1) Masjid (47) Masjid Lama (25) Masjid Utama (34) Maulidur Rasul (23) Mekah (2) Melayu (14) Merdeka (1) Misteri (11) motivasi (1) Mukasyafah (2) Mutasyabihat (7) Nabi Ibrahim A.S. (1) Nabi Khidir A.S. (14) Nabi Musa A.S. (1) Neraka (1) Nisfu Syaaban (17) nostalgia (1) Nur Muhammad (6) Nuzul Quran (3) Pahlawan Islam (3) Pahlawan Melayu (10) Pelancongan Tanah Tinggi (4) Peluang Perniagaan (1) pengumuman (7) Penyakit (1) Perubatan Islam (2) Perubatan tradisional (1) Petua (1) Puasa Ramadhan (18) Puasa Sunat (2) Pulau Besar (18) Putrajaya (3) Rabitah (1) Rahmat Allah (1) Rawatan Islam (1) rekreasi (21) Rezeki (1) RSAW (11) Rumahku Syurgaku (4) Sajak (6) Sedekah (1) Sejarah Melayu (6) Selawat (7) Senibina Islam (8) Sifat 20 (2) Solat (8) Solat Sunat (9) Sumpah (1) Sunnah RSAW (9) Tamadun Islam (8) Tariqat (7) Tasawuf (24) Tawassul (5) Tulisanku (331) Ulamak Islam (7) Ulamak Nusantara (20) Ulamak Tanah Melayu (16) Universiti (5) Usahawan Muslim (9) Usuluddin (1) wahdatul wujud (2) Wahhabi dan Keganasan (9) Wali Allah (52) Wali Melayu (24) Wali Songo (10) Youtube (1) Zakat (13) Zakat Fitrah (4)

Isnin, 6 Januari 2014

Pusat Rekreasi Air Panas Ulu Legong, Baling, Kedah (Ulu Legong Hot Spring)

Assalamu'alaikum,

Pada hari Selasa, 25 Disember 2013, hari Rabu, selepas sarapan pagi, dalam jam 715 pagi, hamba dan semua anggota rombongan ke Pusat Rekreasi Air Panas, Ulu Legong, Baling, Kedah. Hamba dan keluarga sampai dahulu sebab bateri dah caj sepenuhnya malam semalam. Suasana pagi di kampung memang menyegarkan. Udaranya segar, anda akan dihiburkan dengan kicauan burung, sesekali dimeriahkan dengan kokokan ayam yang bersahu-sahutan.



Kawasan gerai makan bersebelahan Pusat Rekreasi Air Panas Ulu Legong

Hebatnya kawasan ini berbanding kawasan air panas di Malaysia adalah ia diuruskan 24 jam!!! 

Kawasan parkir kereta yang luas; kami jalan kaki saja dari homestay sebab dekat

Gerai makanan beroperasi 24 jam, saling buka dan tutup...Dapatlah penduduk kampung mencari pendapatan tambahan
Pagi memang lengang, tidak seperti malam

Ini kaunter tiket

Ini harga tiket masuk, biasanya kalau orang Malaysia, kerani tak minta pun MyKad

Kami baru tahu boleh berkhemah dalam kawasan Pusat Rekreasi Air Panas Ulu Legong, jadi lain kali, kami bercadang nak bekhemah beramai-ramai di sini.

Bilik sewa/chalet ini diuruskan oleh Pusat Rekreasi Air Panas Ulu Legong. Yang nk nampak eksklusif.


Satu seronoknya datang pagi tak ramai orang, sebab ramai pengunjung datang pada waktu malam.

Ada banyak kolam dengan kedalaman dan keluasan yang berbeza serta kadar kesuaman air yang berbeza-beza

Dikatakan ini Pusat Rekreasi Air Panas terbesar di Malaysia setakat ini

Kemudahan bilik air/tandas/bilik persalinan disediakan

Kat sini pun orang pasang khemah. Surau juga disediakan


Ada chalet yang eksklusif untuk mereka yang berduit di hujung sana

Jemu-jemu, anak-anak boleh main kat sini.


Setiap kolam akan dibersihkan setiap hari. Ini kerana air kolam yang baru diisi amat panas, kena tunggu dulu, kemudian baru boleh masuk berendam. Kemudiannya, selepas ??? jam air kolam akan dikeringkan sebab dah mula sejuk, kolam dicuci dan air kolam akan diisi semula dengan air panas


Yang ini kolam budak-budak, waktu kami sampai, air masih panas, boleh rendam kaki saja




Ini kolam asal, juga kolam induk, punca air panas berasal dari sini. Kolam ini paling tinggi, jadi saluran paip dibuat untuk mengalirkan air dari kolam ini ke semua kolam lain. Kolam ini dipagar dan tidak boleh mandi sebab amat panas. 

Dalam hutan, siapa yang biasa masuk hutan, ada tempat/kolam kecil air panas untuk binatang-binatang datang minum. Ia dipanggil 'Sira'. 


Di hujung gambar adalah gerai makanan yang disediakan dalam Pusat Rekreasi





Nampak tak buih yang naik tu?

Boleh nampak kolam ini berasap di atas air



Buih datri dasar kolam, tempat air panas keluar.




Nak bilas mandi pun boleh

Ini chalet/resort untuk yang berada, berduit. Hamba tidak berada dan tidak berduit, tidak punya apa-apa di dunia yang fana kecuali amanah dari Allah.




Pintu masuk lain, hamba difahamkan dibuka kalau pengunjung ramai.

Lagi orang pasang khemah.


Ramai pengunjung datang pada waktu malam. Kalau malam minggu dan cuti sekolah, lagi ramai.


Kami berendam dari 7 lebih sampai 11 pagi lebih, dekat 4 jam juga. Sebab airnya suam-suam gitu, memang tak sejuk dan dok berendam saja. Alhamdulillah, ini percutian menarik sebab dapat bersama dengan keluarga abang dan adik hamba di Utara. Anak-anak pun suka sebab dapat bersama dan bermesra dengan sepupu-sepapat mereka.


Selamat Tinggal Pusat Rekreasi Air Panas Ulu Legong, Baling, Kedah (Ulu Legong Hot Spring). Balik ke chalet, makan-makan sikit, jam 1230 tengahari, kami keluar dari Baling menuju ke Perlis.



Untuk Keterangan lanjut email:webmaster@mdbalingtourism.gov.my
PUSAT REKREASI AIR PANAS ULU LEGONG
09100 BALING
KEDAH DARUL AMAN
TEL:604-4721468, 013-4720255

http://www.mdbalingtourism.gov.my/pusat_rekreasi/MainMenu.php

16 ulasan:

  1. saya suka dengan gambar-gambar yang cantik dan ulasannya.alhamdulillah....

    BalasPadam
  2. terima kasih...nice pictures..ada contact number lagi..so helpful...-Aini-

    BalasPadam
  3. i luv all ur info... nma ja org kedah tak besa smpi pon info2 ni nmpk sgt details... gmbaq2 pon puas tgk... tq..

    BalasPadam
  4. terima kasih bg info, nak g jg lah

    BalasPadam
  5. Alhamdulillah..cadang nk g mlm nii..

    BalasPadam
  6. Perlunya pemantauan keselamatan harta benda pengunjung.
    Sandal family aku hilang 2 pasang semasa tidur didalam khemah..

    BalasPadam
  7. bagus artikel nii. byk gambar yg tunjuk. TQ

    BalasPadam
  8. Thanks a lot. Your info so helpful.

    BalasPadam
  9. Akak rasa nak ke sini lagi.

    BalasPadam
  10. ulasan dan gambaran yang sangat menarik. buatkan saya n family berasa nak pergi hujung minngu ni..

    BalasPadam
  11. ulasan dan gambaran yang sangat menarik. buatkan saya n family berasa nak pergi hujung minngu ni..

    BalasPadam
  12. Ada satu lagi hot spring yang best di Malaysia selain di Baling ni. Terletak di Sungkai, Perak kira-kira 100km dr Ipoh nk ke KL.
    Nama dia Felda Sg Klah, Sungkai Perak
    Lawati lah blog http://jomronda-mozag02.blogspot.my/search/label/Perak untuk info

    BalasPadam
  13. Ada satu lagi hot spring yang best di Malaysia selain di Baling ni. Terletak di Sungkai, Perak kira-kira 100km dr Ipoh nk ke KL.
    Nama dia Felda Sg Klah, Sungkai Perak
    Lawati lah blog http://jomronda-mozag02.blogspot.my/search/label/Perak untuk info

    BalasPadam
    Balasan
    1. mmg best, tapi byran lbih jgk maybe sbb dia sediakan train & kolamnya ala2 waterpark...

      Padam
  14. Maaf nak bertanya ni.kolam ni buka 24jam ke?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Salam Shah Putra,

      Ya 24 jam, cuma malam lebih ramai orang.

      Wassalam
      MQAH

      Padam