Assalamu'alaikum,
Selepas ziarah beberapa Makam Sultan di luar masjid, hamba masuk ke dalam Masjid. Seperti lazimnya, berwudhuk, Solat Sunat Tahiyatul Masjid, dan beberapa urusan lain. Kalau anda perasan, mimbarnya mempunyai rekabentuk yang hampir sama. Lampu-Lampu digantung sebegitu rupa untuk tidak mengubah rekabentuk masjid yang asal. Ada kawasan separuh tertutup untuk solat di sebelah kanan. Seperti biasa, hamba menghabiskan 30-40 minit di dalam masjid ini sebelum keluar dan menuju ke sebuah masjid lagi. Wassalam.
Untuk pengunjung bukan Muslim dan mereka yang tidak menutup aurat
Ini caranya pintu masjid ditutup
Tiada ulasan:
Catat Ulasan