Assalamu'alaikum,
Dari Peladang Setiu Agro Resort, kami check-out dan menuju ke Air Terjun Sekayu, Kuala Berang. Airnya tidak begitu penuh, kawasan mandinya banyak. Lebih banyak air terjun di kawasan atas, memandangkan hamba bawa anak kecil yang beru berusia 6 tahun, kurang sesuai. Kami cari kawasan lapang untuk berkelah dan airnya tidak dalam. 3-4 jam juga berendam dalam air terjun ini. Seterusnya kami menuju ke Cherating, Pahang. Nak rasa dua-dua, air terjun dan air laut. Semalam kami di Cherating, kemudian kami balik ke Bandar Baru Bangi.
Bilik air disediakan
Amaran 'Kepala Air'
Banyak jenis rumah rehat dan chalet disediakan
Ini di kawasan bawah
Sediakan duit sahaja
Ada dewan terbuka, sesuai untuk aktiviti kolej/universiti
Selain bilik air, yang penting ada surau untuk bersolat
Nak masuk ada bayaran
Tiada ulasan:
Catat Ulasan