Assalamu'alaikum,
Ini kisah bulan March 2015 yang lalu. Punya lama terpendam atas kesibukan 5/6 bulan ini. Cuti sekolah lalu, selepas balik kampung ke Utara, kami ke Terengganu. Hajat di hati, dah lama tak lalu Lebuhraya Timur-Barat, semenjak balik dari UK tahun 2010 rasanya. Jadi selepas memasuki Baling, kami merentasi Gerik dan melalui Lebuhraya Timur-Barat. Singgap sekejap di Tasik Banding. Dulu, boleh parkir kereta di kawasan rekreasi awam, kini telah diswastakan kawasan itu, dah tak boleh masuk dan menikmati keindahan Tasik Banding. Berhenti sekejap sahaja, dalam 10 minit. Ambil gambar anak-anak, teruskan perjalanan.
Kawasan ini dahulunya kawasan hitam, sewaktu negara memerangi pihak komunis. Ramai rakyat menjadi mangsa, ramai isteri menjadi janda, ramai anak menjadi yatim, ramai keluarga hilang tempat bergantung, ramai manusia menjadi hero tidak didendang, kini negara telah aman. Generasi muda sebahagiannya tidak tahu sejarah negara, dimanjakan oleh ibu-bapa, kelak jika negara dan dunia ditimpa musibah, maka ramai yang resah, rebah dan bakal kalah....Komunis pula kini telah masuk ke bandar, menukar topeng dan wajah, berjuang menentang siapa sahaja pemerintah Muslim dengan cara berbeza...
Kereta hamba pernah rosak ketika melintasi Lebuhraya Timur Barat sewaktu bersama arwah Mursyid berbelas tahun dahulu. Ketika itu, hamba sekeluarga dan Mursyid bersama isterinya bermalam di Lubuk Merbau, Kuala Kangsar. Alhamdulillah, memandangkan masih siang, air tiada kerana 'water stopper' rosak, hamba membuat perkiraan antara menuju ke Jeli atau berpatah balik ke Gerik, Bawa perlahan-lahan, kami sampai ke Gerik dan ada bengkel kereta yang sudi membaiki kereta hamba. Isteri dan anak hamba serta mursyid dan isterinya hamba 'tinggalkan' di Masjid Gerik. Sekitar 6/7 petang, baru kereta hamba siap. Merasa memandu melintasi Lebuhraya ini ketika malam. Ada tiga kereta sahaja dan hamba mengikut dua kereta di hadapan. Lebuhraya ini terkenal dengan binatang melintasi pada waktu malam seperti gajah. Dalam jam 100 pagi kami sampai di Kota Bharu. Esok jam 830 pagi, hamba ada urusan kerja rasmi. Tapi badan OK ja, maklumlah muda lagi, belum pun berusia 30 tahun.....
Gambar di bawah dari Google Image
Tiada ulasan:
Catat Ulasan