TOPIK

Aidil Fitri (1) Air Kolah (9) Akhir Zaman (3) Aktiviti Ilmiah (1) Al-Quran (4) Alam (13) Alam Ghaib (5) Aldil Fitri (1) Allah wujud tanpa bertempat (15) Amal Soleh (3) Anti Hadis (1) Aqidah (17) ASWJ (63) Bab Munakahat (4) Bab Sihir (3) Bab Tauhid (9) Bahasa Melayu (6) Bahaya Syiah (7) Bertabarruk (2) Bid'ah (8) Bidaah Hasanah (7) Bulan Ramadhan (18) Bulan Rejab (1) Bulan Zulhijjah (1) Cintai DIA (1) Cuti-Cuti Malaysia (89) Doa (1) Dosa Besar (1) Ekonomi Islam (5) Fadilat Al-Quran (4) Fiqh (3) Futuhul Ghaib (1) Futuhul Makkiyyah (3) guru (2) Guru Mursyid (6) Guru Tariqat (6) Hadis Dhaif (6) Hadis Maudhu' (1) Hadis Nabi (14) Hakikat (1) Hari Kemudian (1) Hotel Islam (1) Hukum Berkaitan Zikir (9) Ibadat Haji (6) Ibnu Taimiyyah (16) ilmu kebatinan (5) Ilmu Laduni (1) ilmu persilatan (2) Imam Malik (1) Insan Kamil (1) Israk Mikraj (10) Istanbul (17) Isu Halal (2) Isu Kalimah Allah (4) Isu Khilaf (25) Isu Khilafiah (29) Isu Semasa (4) Isu Wahhabi (97) Jalan-Jalan (128) Jihad Ekonomi (34) Jom Makan (16) Karamah (2) kebenaran (5) Kesultanan Melayu (7) Kewangan dan Perbankan Islam (1) Khatamun Nubuwwah (2) Kisah Mualaf (28) Kisah Nabi (2) Koleksi (2) Kosong (2) Kurma (1) Lagu (1) Lailatul Qadar (14) Makam Sultan (5) Makam Sultan/Raja Melayu (7) Makam Wali Allah (43) Makhluk Halus (1) Makrifat (1) Masjid (41) Masjid Lama (24) Masjid Utama (29) Maulidur Rasul (23) Mekah (2) Melayu (14) Merdeka (1) Misteri (10) motivasi (1) Mukasyafah (2) Mutasyabihat (7) Nabi Ibrahim A.S. (1) Nabi Khidir A.S. (14) Nabi Musa A.S. (1) Neraka (1) Nisfu Syaaban (17) nostalgia (1) Nur Muhammad (6) Nuzul Quran (3) Pahlawan Islam (2) Pahlawan Melayu (10) Pelancongan Tanah Tinggi (4) pengumuman (7) Penyakit (1) Perubatan Islam (2) Perubatan tradisional (1) Petua (2) Puasa Ramadhan (18) Puasa Sunat (2) Pulau Besar (18) Putrajaya (3) Rabitah (1) Rahmat Allah (1) Rawatan Islam (1) rekreasi (21) Rezeki (1) RSAW (11) Rumahku Syurgaku (4) Sajak (6) Sedekah (1) Sejarah Melayu (6) Selawat (7) Senibina Islam (8) Sifat 20 (2) Solat (8) Solat Sunat (9) Sumpah (1) Sunnah RSAW (9) Tamadun Islam (8) Tariqat (7) Tasawuf (23) Tawassul (5) Tulisanku (311) Ulamak Islam (7) Ulamak Nusantara (20) Ulamak Tanah Melayu (16) Universiti (3) Usahawan Muslim (9) Usuluddin (1) Wahhabi dan Keganasan (9) Wali Allah (50) Wali Melayu (22) Wali Songo (10) Youtube (1) Zakat (13) Zakat Fitrah (4)

Rabu, 25 Januari 2017

DALIL-DALIL BID'AH HASANAH




1.  Tarawih 1 Imam Selama 1 Bulan
Sayidina Umar RA memerintahkan umat Islam solat Tarawih di bulan Ramadan dengan 1 imam, iaitu Ubay bin Ka'ab. Kemudian beliau berkata:

قَالَ عُمَرُ نِعْمَ الْبِدْعَةُ هَذِهِ (صحيح البخاري رقم 1871)
"Inilah sebaik-baiknya bid'ah" (Sahih al-Bukhari No 1871)

2.  Azan Jumaat 2 Kali
عَنْ السَّائِبِ بْنِ يَزِيدَ قَالَ كَانَ النِّدَاءُ يَوْمَ الْجُمُعَةِ أَوَّلُهُ إِذَا جَلَسَ اْلإِمَامُ عَلَى الْمِنْبَرِ عَلَى عَهْدِ النَّبِيِّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ وَأَبِي بَكْرٍ وَعُمَرَ رَضِيَ اللهُ عَنْهُمَا فَلَمَّا كَانَ عُثْمَانُ رَضِيَ اللهُ عَنْهُ وَكَثُرَ النَّاسُ زَادَ النِّدَاءَ الثَّالِثَ عَلَى الزَّوْرَاءِ قَالَ أَبُو عَبْد اللهِ الزَّوْرَاءُ مَوْضِعٌ بِالسُّوقِ بِالْمَدِينَةِ (صحيح البخاري رقم 861)

"Saib bin Yazid berkata: Azan Jumaat awalnya ketika Imam duduk di atas mimbar, di masa Nabi Muhammad Saw, Abu Bakar dan Umar. Di masa Usman ketika umat Islam semakin banyak, maka Usman menambahkan azan ketiga (2 azan dan 1 iqamat) di Zaura', iaitu sebuah tempat di pasar Madinah" (Sahih al-Bukhari No 861)

3.  Solat Sunat Setelah Wudu'
عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ رَضِيَ اللهُ عَنْهُ أَنَّ النَّبِيَّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ لِبِلاَلٍ عِنْدَ صَلاَةِ الْفَجْرِ يَا بِلاَلُ حَدِّثْنِي بِأَرْجَى عَمَلٍ عَمِلْتَهُ فِي الإِسْلاَمِ فَإِنِّي سَمِعْتُ دَفَّ نَعْلَيْكَ بَيْنَ يَدَيَّ فِي الْجَنَّةِ قَالَ مَا عَمِلْتُ عَمَلاً أَرْجَى عِنْدِي أَنِّي لَمْ أَتَطَهَّرْ طَهُورًا فِي سَاعَةِ لَيْلٍ أَوْ نَهَارٍ إِلاَّ صَلَّيْتُ بِذَلِكَ الطُّهُورِ مَا كُتِبَ لِي أَنْ أُصَلِّيَ (رواه البخاري رقم 1081)

"Diriwayatkan dari Abu Hurairah bahawa Rasulullah Saw bertanya pada Bilal setelah solat Subuh: Wahai Bilal, ceritakan pada saya amal apa yang paling kamu harapkan yang telah kau kerjakan dalam Islam. Sebab saya mendengar langkah sandalmu di hadapan saya di syurga. Bilal menjawab: Tidak ada amal yang paling saya harapkan selain saya tidak pernah bersuci baik siang atau malam kecuali saya solat (sunat) sesuai yang dicatat pada saya"  (HR al-Bukhari No 1081)

4.  Mengulang-ulang al-Ikhlas dalam Solat
ada seorang sahabat bernama Kaltsul bin Hadm yang setiap solat membaca surah al-Ikhlas. Rasulullah Saw bertanya:

وَمَا يَحْمِلُكَ عَلَى لُزُومِ هَذِهِ السُّورَةِ فِى كُلِّ رَكْعَةٍ فَقَالَ إِنِّى أُحِبُّهَا فَقَالَ حُبُّكَ إِيَّاهَا أَدْخَلَكَ الْجَنَّةَ (رواه البخارى 774)

"Apa yang membuatmu terus-menerus membaca surat al-Ikhlas ini setiap rakaat?". Kaltsul bin Hadm menjawab: "Saya senang dengan al-Ikhlas". Rasulullah bersabda: "Kesenanganmu pada surah itu memasukkanmu ke dalam syurga." (HR al-Bukhari No 774)

al-Hafiz Ibnu Hajar berkata:

قَالَ : وَفِيهِ دَلِيلٌ عَلَى جَوَازِ تَخْصِيصِ بَعْضِ الْقُرْآنِ بِمَيْلِ النَّفْسِ إِلَيْهِ وَالِاسْتِكْثَارِ مِنْهُ وَلَا يُعَدُّ ذَلِكَ هِجْرَانًا لِغَيْرِهِ (فتح الباري لابن حجر ج 3 / ص 150)
"Hadis ini adalah dalil diperbolehkannya menentukan membaca sebahagian al-Quran berdasarkan kemahuannya dan memperbanyak bacaan tersebut. Dan hal ini bukanlah pembiaran pada surah yang lain" (Fathul Bari III/105)

5.  Doa Iftitah

عَنْ ابْنِ عُمَرَ قَالَ بَيْنَمَا نَحْنُ نُصَلِّي مَعَ رَسُولِ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ إِذْ قَالَ رَجُلٌ مِنْ الْقَوْمِ اللهُ أَكْبَرُ كَبِيرًا وَالْحَمْدُ للهِ كَثِيرًا وَسُبْحَانَ اللهِ بُكْرَةً وَأَصِيلاً فَقَالَ رَسُولُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مَنْ الْقَائِلُ كَلِمَةَ كَذَا وَكَذَا قَالَ رَجُلٌ مِنْ الْقَوْمِ أَنَا يَا رَسُولَ اللهِ قَالَ عَجِبْتُ لَهَا فُتِحَتْ لَهَا أَبْوَابُ السَّمَاءِ . قَالَ ابْنُ عُمَرَ فَمَا تَرَكْتُهُنَّ مُنْذُ سَمِعْتُ رَسُولَ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَقُولُ ذَلِكَ (رواه مسلم 943)

"Diriwayatkan dari Abdullah bin Umar: Ketika kami solat bersama Rasulullah Saw, tiba-tiba ada seseorang yang membaca: Allahu Akbar kabira….. (Selesai sllat) Rasulullah bertanya: Siapa yang membaca tadi? Kemudian ia berkata: Saya Wahai Rasulullah. Lalu Nabi bersabda: Saya kagum, dengan bacaan itu pintu-pintu langit dibuka. Ibnu Umar berkata: Saya tidak pernah meninggalkannya sejak mendengar Rasulullah bersabda seperti itu." (HR Muslim no 943)

6.  Doa I'tidal

عَنْ رِفَاعَةَ بْنِ رَافِعٍ الزُّرَقِيِّ قَالَ كُنَّا يَوْمًا نُصَلِّي وَرَاءَ النَّبِيِّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَلَمَّا رَفَعَ رَأْسَهُ مِنْ الرَّكْعَةِ قَالَ سَمِعَ اللهُ لِمَنْ حَمِدَهُ قَالَ رَجُلٌ وَرَاءَهُ رَبَّنَا وَلَكَ الْحَمْدُ حَمْدًا كَثِيرًا طَيِّبًا مُبَارَكًا فِيهِ فَلَمَّا انْصَرَفَ قَالَ مَنْ الْمُتَكَلِّمُ قَالَ أَنَا قَالَ رَأَيْتُ بِضْعَةً وَثَلاَثِينَ مَلَكًا يَبْتَدِرُونَهَا أَيُّهُمْ يَكْتُبُهَا أَوَّلُ (رواه البخاري رقم 757)

"Diriwayatkan dari Rifa'ah: Kami solat di belakang Rasulullah Saw, ketika beliau bangun dari Ruku' membaca "Sami'a Allahu li man hamidah", ada seorang laki-laki membaca: "Rabbana wa laka al-hamdu hamdan katsiran thayyiban mubarakan fihi". Setelah selesai, Rasulullah bertanya: Siapa yang membaca tadi? Ia menjawab: Saya. Rasulullah Saw bersabda: Saya melihat 30 malaikat lebih yang yang bergegas mencatat lebih dahulu" (HR al-Bukhari No 757)

al-Hafiz Ibnu Hajar berkata:

وَاسْتُدِلَّ بِهِ عَلَى جَوَازِ إِحْدَاثِ ذِكْرٍ فِي الصَّلاَةِ غَيْرِ مَاْثُوْرٍ إِذَا كَانَ غَيْرَ مُخَالِفٍ لِلْمَأْثُوْرِ (فتح الباري لابن حجر 2/ 287)

"Hadis ini adalah dalil diperbolehkannya menambah zikir di dalam solat yang tidak datang dari Rasulullah, selama zikir tersebut tidak bertentangan dengan zikir yang telah disampaikan oleh Rasulullah" (Fath al-Baarii 2/287)

7.  Solat Sunat Sebelum Perang

كَانَ أَوَّلَ مَنْ سَنَّ الرَّكْعَتَيْنِ عِنْدَ الْقَتْلِ هُوَ اي خبيب (صحيح البخاري 12/ 489)

"Orang yang pertama kali melakukan solat sebelum perang adalah Khubaib" (al-Bukhari 12/489)

8.  Salat Sunat Sebelum Hari Raya

عَنْ أَيُّوْبَ قَالَ رَأَيْتُ أَنَسَ بْنَ مَالِكٍ وَالْحَسَنَ يُصَلِّيَانِ يَوْمَ الْعِيْدِ قَبْلَ أَنْ يَخْرُجَ اْلإِمَامُ . قَالَ وَرَأَيْتُ مُحَمَّدَ بْنَ سِيْرِيْنَ جَاءَ فَجَلَسَ وَلَمْ يُصَلِّ (رواه أبو يعلى وروى الطبراني في الكبير : أَنَّ أَنَسًا كَانَ يُصَلِّي أَرْبَعَ رَكَعَاتٍ ورجال أبي يعلى رجال الصحيح اهـ مجمع الزوائد 2/ 436)

Diriwayatkan dari Ayyub, ia berkata: Saya melihat Anas bin Malik dan Hasan keduanya solat sunat di hari raya sebelum keluarnya imam. Ia berkata: Saya melihat Muhammad bin Sirin datang kemudian duduk, tidak solat sunat (Riwayat Abu Ya'la dengan sanad yang sahih. Dan dalam Riwayat Thabrani: Anas solat 4 rakaat)

وَعَنِ ابْنِ سِيْرِيْنَ وَقَتَادَةَ أَنَّ ابْنَ مَسْعُوْدٍ كَانَ يُصَلِّي بَعْدَهَا أَرْبَعَ رَكَعَاتٍ أَوْ ثَمَانٍ وَكَانَ لاَ يُصَلِّي قَبْلَهَا (رواه الطبراني في الكبير بأسانيد صحيح إلا أنها مرسلة اهـ مجمع الزوائد 2/ 437)

Muhammad bin Sirin dan Qatadah berkata: Abdullah bin Mas'ud solat setelah hari raya 4 rakaat atau 8. Ia tidak solat sunat sebelum solat hari raya (Riwayat Thabrani dengan sanad yang sahih)

عَنِ الْوَلِيْدِ بْنِ سَرِيْعٍ مَوْلَى عَمْرِو بْنِ حُرَيْثٍ قَالَ خَرَجْنَا مَعَ أَمِيْرِ الْمُؤْمِنِيْنَ عَلِيِّ بْنِ أَبِي طَالِبٍ فِي يَوْمِ عِيْدٍ فَسَأَلَهُ قَوْمٌ مِنْ أَصْحَابِهِ فَقَالُوْا يَا أَمِيْرَ الْمُؤْمِنِيْنَ مَا تَقُوْلُ فِي الصَّلاةِ يَوْمَ الْعِيْدِ قَبْلَ الإِمَامِ وَبَعْدَهُ ؟ فَلَمْ يَرُدَّ عَلَيْهِمْ شَيْئًا ثُمَّ جَاءَ قَوْمٌ فَسَأَلُوْهُ كَمَا سَأَلُوْهُ الَّذِيْنَ كَانُوْا قَبْلَهُمْ فَمَا رَدَّ عَلَيْهِمْ فَلَمَّا انْتَبَهْنَا إِلَى الصَّلاةِ فَصَلَّى بِالنَّاسِ فَكَبَّرَ سَبْعًا وَخَمْسًا ثُمَّ خَطَبَ النَّاسَ ثُمَّ نَزَلَ فَرَكِبَ فَقَالُوْا يَا أَمِيْرَ الْمُؤْمِنِيْنَ هَؤُلاءِ قَوْمٌ يُصَلُّوْنَ قَالَ فَمَا عَسَيْتُ أَنْ أَمْنَعَ سَأَلْتُمُوْنِي عَنِ السُّنَّةِ فَإِنَّ النَّبِيَّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ لَمْ يُصَلِّ قَبْلَهَا وَلا بَعْدَهَا فَمَنْ شَاءَ فَعَلَ وَمَنْ شَاءَ تَرَكَ أَتَرَوْنَ أَمْنَعُ قَوْمًا يُصَلُّوْنَ فَأَكُوْنَ بِمَنْزِلَةِ مَنْ مَنَعَ عَبْدًا إِنْ صَلَّى . قَالَ الْبَزَّارُ لا نَعْلَمُهُ عَنْ عَلِيٍّ مُتَّصِلاً إِلاَّ بِهَذَا الإِسْنَادِ (كشف الأستار عن زوائد البزار على الكتب الستة للحافظ نور الدين علي بن أبي بكر الهيثمي 1 / 251)

"Dari Walid bin Sari' hamba yang dimerdekakan oleh 'Amr bin Huraits. Ia berkata: Kami keluar bersama Amiril Mu'minin Ali bin Abi Thalib pada hari raya. Kemudian sekelompok sahabat bertanya kepada beliau: Wahai Amiril Mu'minin, apa pendapatmu tentang solat pada hari raya setelah imam naik ke mimbar atau sebelumnya? Beliau tidak menjawab sedikitpun. Kemudian sekelompok yang lain datang dan bertanya tentang hal tersebut. Beliau juga tidak menjawabnya. Kemudian kami berdiri untuk solat, beliau menjadi imam, lalu bertakbir 7 kali dan 5 kali dan dilanjutkan dengan khutbah. Setelah selesai beliau turun dan menaiki kenderaannya, sekelompok kaum bertanya: Wahai Amiril Mu'minin, mereka ini sekelompok kaum yang solat (qabliyah atau ba'diyah). Ali menjawab: Saya bukannya menolak. Kalian bertanya tentang sunnah. Sesungguhnya Nabi Saw tidak melakukan solat sebelum dan sesudah hari raya. Siapa yang mahu sila kerjakan. Siapa yang tidak mahu silakan tinggalkan. Tahukah kalian jika aku melarang orang solat, maka saya digolongkan sebagai 'orang yang melarang solat terhadap orang lain'. Al-Bazzar berkata: Kami tidak mengetahui sanad ini tersambung dengan Ali kecuali melalui jalur ini" (al-Hafiz al-Haitsami, Kasyfu al-Astar bi Zawaid al-Bazzar I/251)

9.  Makmum Yang Terlambat

حَدَّثَنَا أَصْحَابُنَا كَانَ الرَّجُلُ إِذَا جَاءَ يَسْأَلُ فَيُخْبَرُ بِمَا سَبَقَ مِنْ صَلاَتِهِ حَتَّى جَاءَ مُعَاذٌ فَقَالَ لاَ أرَاهُ عَلَى حَالٍ إِلاَّ كُنْتُ عَلَيْهَا فَقَالَ النَّبِي صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّم َ إِنَّ مُعَاذًا قَدْ سَنَّ لَكُمْ (رواه أحمد والطّبرانيّ من طريق ابن أبي ليلى عن معاذ نحوه وأخرجه عبد الرّزّاق من مرسل عبد الرّحمن ورجاله ثقات اهـ الدراية في تخريج أحاديث الهداية للحافظ ابن حجر 1/ 234)

"Para sahabat bercerita bahawa jika seseorang datang (terlambat dalam rakaat solat) maka ia bertanya (kepada jamaah lain) kemudian ia diberi tahu tentang jumlah rakaat yang terlewat baginya (maka ia segera menyusul). Sehingga Mu'az datang, ia berkata: Saya tidak seperti itu sama sekali, selain saya menyesuaikan dengan solat yang posisi saya terlambat (setelah imam selesai, maka makmum menambah rakaat). Kemudian Rasulullah bersabda: Sesungguhnya Muaz telah mengajarkan solat bagi kalian" (HR Ahmad dan Thabrani, para perawinya dipercayai)

10.  Ibadah Malam Bulan Ramadan

قَالَ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ إِنَّ اللهَ فَرَّضَ عَلَيْكُمْ رَمَضَانَ وَلَمْ يُفَرِّضْ عَلَيْكُمْ قِيَامَهُ وَإِنَّمَا قِيَامُهُ شَىْءٌ أَحْدَثْتُمُوْهُ فَدُوْمُوْا عَلَيْهِ فَإِنَّ نَاسًا مِنْ بَنِى إِسْرَائِيْلَ ابْتَدَعُوْا بِدْعَةً فَعَابَهُمْ بِتَرْكِهَا فَقَالَ { وَرَهْبَانِيَّةً ابْتَدَعُوهَا مَا كَتَبْنَاهَا عَلَيْهِمْ } اْلآيَةَ (رواه الطبرانى فى الأوسط عن أبى أمامة)

"Sesungguhnya Allah mewajibkan bagi kalian puasa Ramadan, dan tidak mewajibkan bagi kalian ibadah malam Ramadan. Ibadah malam tersebut adalah sesuatu yang kamu perbaharui, maka teruskanlah. Sebab manusia dari Bani Israil telah membuat bid'ah kemudian Allah mencela mereka kerana mereka meninggalkannya: "…. Dan mereka mengada-adakan rahbaniyyah padahal Kami tidak mewajibkannya kepada mereka tetapi (mereka sendirilah yang mengada-adakannya) untuk mencari keredhaan Allah, lalu mereka tidak memeliharanya dengan pemeliharaan yang semestinya… (al-Hadid: 27)" (HR Thabrani dari Abu Umamah)

11.      Doa al-Fatihah

عَنْ أَبِي سَعِيدٍ الْخُدْرِيِّ رَضِيَ اللهُ عَنْهُ أَنَّ نَاسًا مِنْ أَصْحَابِ النَّبِيِّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَتَوْا عَلَى حَيٍّ مِنْ أَحْيَاءِ الْعَرَبِ فَلَمْ يَقْرُوهُمْ فَبَيْنَمَا هُمْ كَذَلِكَ إِذْ لُدِغَ سَيِّدُ أُولَئِكَ فَقَالُوا هَلْ مَعَكُمْ مِنْ دَوَاءٍ أَوْ رَاقٍ فَقَالُوا إِنَّكُمْ لَمْ تَقْرُونَا وَلاَ نَفْعَلُ حَتَّى تَجْعَلُوا لَنَا جُعْلًا فَجَعَلُوا لَهُمْ قَطِيعًا مِنْ الشَّاءِ فَجَعَلَ يَقْرَأُ بِأُمِّ الْقُرْآنِ وَيَجْمَعُ بُزَاقَهُ وَيَتْفِلُ فَبَرَأَ فَأَتَوْا بِالشَّاءِ فَقَالُوا لاَ نَأْخُذُهُ حَتَّى نَسْأَلَ النَّبِيَّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَسَأَلُوهُ فَضَحِكَ وَقَالَ وَمَا أَدْرَاكَ أَنَّهَا رُقْيَةٌ خُذُوهَا وَاضْرِبُوا لِي بِسَهْمٍ (رواه البخاري رقم 5295)

Diriwayatkan dari Abu Said al-Khudri bahawa sekelompok sahabat Nabi Saw mendatangi kabilah Arab namun mereka tidak menghormatinya. Saat itu tiba-tiba pimpinan mereka disengat binatang. Mereka bertanya: Apakah diantara kalian ada boleh mengubati / ruqyah? Para sahabat menjawab: Kalian tidak memberi jamuan pada kami dan kami tidak mahu mengubatinya kecuali kalian memberi upah kambing pada kami. Kemudian Abu Said membaca al-Fatihah dan mengumpulkan ludahnya dan meniupkannya. Kemudian pimpinannya sembuh. Mereka memberi beberapa kambing. Namun para sahabat berkata: Kami tidak akan mengambilnya hingga kami bertanya kepada Nabi Saw. Kemudian Nabi tersenyum, dan beliau berkata: Dari mana kamu tahu bahawasanya al-Fatihah adalah Ruqyah? Ambillah kambing itu dan berilah saya bahagian" (HR al-Bukhari N0 5295)

12.  Mengeraskan Bacaan Salam

عَنْ مُجَاهِدٍ قَالَ أَوَّلُ مَنْ جَهَّرَ بِالتَّسْلِيْمِ عُمَرُ رَضِيَ اللهُ عَنْهُ وَكَانَ يُسَلِّمُ عَنْ يَمِيْنِهِ وَعَنْ يَسَارِهِ (كتاب الأوائل أبو عروبة الحسين بن أبي معشر محمد بن مودود الحراني ص: 144)

"al-Mujahid berkata: Orang yang pertama kali mengeraskan bacaan salam (dalam solat) adalah Umar. Beliau salam ke kanan dan ke kiri" (al-Awail karya Syaikh Abu Arubah Hal. 144)

13.  Solat Jumaat Pertama Kali

عَنِ ابْنِ شِهَابٍ قَالَ بَلَغَنَا أَنَّ أَوَّلَ مَا جُمِعَتِ الْجُمْعَةُ بِالْمَدِيْنَةِ قَبْلَ أَنْ يَقْدِمَهَا رَسُوْلُ اللهِ فَجَمَعَ بِالْمُسْلِمِيْنَ مُصْعَبُ بْنُ عُمَيْرِ بْنِ عَبْدِ مَنَافٍ (كتاب الأوائل ص: 79)

"Ibnu Syihab berkata: Telah sampai kepada kami bahwa solat Jumaat pertama kali dilakukan di Madinah sebelum datangnya Rasulullah, dan yang mengumpulkan umat Islam adalah Mus'ab bin Umair" (Kitab al-Awail Hal. 79)

14.  Azan Saat Hari Raya

عَنْ سَعِيْدِ بْنِ الْمُسَيَّبِ قَالَ أَوَّلُ مَنْ أَذَّنَ وَأَقَامَ فِي يَوْمِ الْفِطْرِ وَالنَّحْرِ مُعَاوِيَّةُ وَلَمْ يَكُنْ قَبْلَ ذَلِكَ أَذَانٌ وَلاَ إِقَامَةٌ (كتاب الأوائل ص: 158)

"Said bin Musayyab berkata: Orang yang pertama kali azan dan iqamah di hari raya fitri dan adha adalah Muawiyah. Sebelumnya tidak ada azan dan iqamah" (Kitab al-Awail Hal. 168)

Ma'rof Khozin
Ketua LBM NU Surabaya dan Narasumber Hujjah Aswaja TV9. Alamat Kantor  PCNU Sby. Jl. Bubutan VI/2 Surabaya

Dialih Dari Bahasa Indonesia Ke Bahasa Malaysia Oleh Ahli Sunnah Waljamaah Negeri Sembilan

Tiada ulasan:

Catat Ulasan