TOPIK

Aidil Fitri (1) Air Kolah (9) Akhir Zaman (3) Aktiviti Ilmiah (1) Al-Quran (4) Alam (13) Alam Ghaib (5) Aldil Fitri (1) Allah wujud tanpa bertempat (15) Amal Soleh (3) Anti Hadis (1) Aqidah (17) ASWJ (63) Bab Munakahat (4) Bab Sihir (3) Bab Tauhid (9) Bahasa Melayu (6) Bahaya Syiah (7) Bertabarruk (2) Bid'ah (8) Bidaah Hasanah (7) Bulan Ramadhan (18) Bulan Rejab (1) Bulan Zulhijjah (1) Cintai DIA (1) Cuti-Cuti Malaysia (89) Doa (1) Dosa Besar (1) Ekonomi Islam (5) Fadilat Al-Quran (4) Fiqh (3) Futuhul Ghaib (1) Futuhul Makkiyyah (3) guru (2) Guru Mursyid (6) Guru Tariqat (6) Hadis Dhaif (6) Hadis Maudhu' (1) Hadis Nabi (14) Hakikat (1) Hari Kemudian (1) Hotel Islam (1) Hukum Berkaitan Zikir (9) Ibadat Haji (6) Ibnu Taimiyyah (16) ilmu kebatinan (5) Ilmu Laduni (1) ilmu persilatan (2) Imam Malik (1) Insan Kamil (1) Israk Mikraj (10) Istanbul (17) Isu Halal (2) Isu Kalimah Allah (4) Isu Khilaf (25) Isu Khilafiah (29) Isu Semasa (4) Isu Wahhabi (97) Jalan-Jalan (128) Jihad Ekonomi (34) Jom Makan (16) Karamah (2) kebenaran (5) Kesultanan Melayu (7) Kewangan dan Perbankan Islam (1) Khatamun Nubuwwah (2) Kisah Mualaf (28) Kisah Nabi (2) Koleksi (2) Kosong (2) Kurma (1) Lagu (1) Lailatul Qadar (14) Makam Sultan (5) Makam Sultan/Raja Melayu (7) Makam Wali Allah (43) Makhluk Halus (1) Makrifat (1) Masjid (41) Masjid Lama (24) Masjid Utama (29) Maulidur Rasul (23) Mekah (2) Melayu (14) Merdeka (1) Misteri (10) motivasi (1) Mukasyafah (2) Mutasyabihat (7) Nabi Ibrahim A.S. (1) Nabi Khidir A.S. (14) Nabi Musa A.S. (1) Neraka (1) Nisfu Syaaban (17) nostalgia (1) Nur Muhammad (6) Nuzul Quran (3) Pahlawan Islam (2) Pahlawan Melayu (10) Pelancongan Tanah Tinggi (4) pengumuman (7) Penyakit (1) Perubatan Islam (2) Perubatan tradisional (1) Petua (2) Puasa Ramadhan (18) Puasa Sunat (2) Pulau Besar (18) Putrajaya (3) Rabitah (1) Rahmat Allah (1) Rawatan Islam (1) rekreasi (21) Rezeki (1) RSAW (11) Rumahku Syurgaku (4) Sajak (6) Sedekah (1) Sejarah Melayu (6) Selawat (7) Senibina Islam (8) Sifat 20 (2) Solat (8) Solat Sunat (9) Sumpah (1) Sunnah RSAW (9) Tamadun Islam (8) Tariqat (7) Tasawuf (23) Tawassul (5) Tulisanku (311) Ulamak Islam (7) Ulamak Nusantara (20) Ulamak Tanah Melayu (16) Universiti (3) Usahawan Muslim (9) Usuluddin (1) Wahhabi dan Keganasan (9) Wali Allah (50) Wali Melayu (22) Wali Songo (10) Youtube (1) Zakat (13) Zakat Fitrah (4)

Isnin, 16 Mei 2011

Hujung Minggu Ke Nilai Square, Nilai, NSDK

Assalamu'alaikum,

Hari Sabtu (14 Mei 2011) dipenuhi dengan menghadiri jemputan rakan-rakan. Selepas zohor kami sekeluarga menghadiri majlis selamat hari lahir seorang saudara-mara sebelah isteri. Malamya kami bersolat Maghrib dan Isyak di Saujana Putra, dekat Puchong kerana menghadiri kenduri doa selamat untuk kakak isteri hamba yang akan mengerjakan umrah mulai Selasa ini (17 Mei 2011), Insya-Allah. Kenduri doa selamat itu diadakan oleh anak-anaknya di rumah anaknya. Hamba dan isteri bagi sedikit panduan dan petua di Mekah dan Madinah. Insya-Allah, hamba akan sentuh sedikit-sebanyak tentang Mekah dalam artikel Umrah kami sekeluarga di Mekah (2010) nanti.  Bab kenduri doa selamat ni pun ada orang nak pertikai. Bagi hamba mudah, jika niatnya betul, tidak membazir, tidak ada perkara 'haram' dan 'syubhat' serta bercampur aduk dalamnya, banyak kebaikan dalamnya, nak buat-buatlah...kalau tak nak buat pun takpa..Jangan disalahkan pada orang yang taknak buat, jangan disalahkan orang yg nak buat. Kalau nak terperinci, carilah dalam dunia maya ini. Sudah dibahaskan keharusannya oleh ulamak Nusantara.

Hari Ahad, selepas Zohor kami ke Nilai Square. Nilai Square merupakan pusat tekstil di Bandar Baru Nilai.  Dahulunya, Tangkak di Johor amat popular sebagai pusat tekstil. Orang dari Lembah Klang sanggup turun ke Tangkak semata-mata untuk membeli kain, langsir dan lain-lain tekstil. Kalau hari Sabtu dan Ahad serta hari kelepasan am, Tangkak akan penuh dengan kereta, dan jalannya 'manchet'  (istilah Indonesia), 'jem' lah tu...Kedai-kedai di Tangkak dicat dengan warna yang sama dan pelbagai promosi dilakukan oleh peniaga dan persatuan peniaga di Tangkak. Kini, Tangkak tidak semeriah dahulu.  Mereka di Lembah Klang sudah mempunyai alternatif lain, iaitu Nilai 3 dan Nilai Square. Kalau yang ke Tengkak kinipun barangkali mereka yang berhampiran dan dari Selatan.

Nilai Square berbeza dengan Nilai 3 kerana ia pusat tekstil...Anda nak beli kain, langsir, pakaian, baju Melayu dah siap, baju kurung dah siap dan lain2 jenis tekstil memang Nilai Square adalah tempatntya. Tahun lepas, kami sekeluarga tak sempat buat baju raya sebab 'sampai Malaysia' pun dah bulan Syaaban, nak kemas rumah dan sebagainya, tak sempat beli kain. Kalau beli pun, tak ada kedai nak terima tempahan lagi. Jadi kami ke Nilai Square untuk beli baju pasang siap.

Tahun ni, kena buat persediaan awal. Tak mahu persediaan minit2 terakhir. Jadi kami ke Nilai Square untuk beli kain untuk buat baju kurung dan baju Melayu untuk sekeluarga. Warna tema tahun ini adalah biru...:-)...Habislah juga RM... Hamba taklah sampai membazir untuk hari Raya kerana membazir itu diharamkan. Setakat sepasang Baju Melayu untuk anak lelaki, 2 pasang baju kurung untuk anak perempuan dan emaknya, dan sepasang baju kasual untuk anak lelaki, hamba kira sesuailah dengan 'kedudukan kewangan kami'.  Itupun kira 'ada juga baju baru'. Hamba dulu waktu sekolah menengah, baju Melayu sekolah asramalah jadi baju Melayu untuk Hari Raya. Tak pernah bisingpun. Sampai sebelum kahwin pun, tak buat baju Melayu setiap tahun, pakai ja apa yang ada selagi masih elok. 2-3 tahun pertama kahwin pun tak tambah baju Melayu, pakai ja Baju Melayu waktu kahwin...:-)...Sampai sekarang ada lagi baju Melayu waktu kahwin, masih elok dan pakai sekali-sekala...:-)

Kalau tak buat Baju Melayu untuk anak2, nanti 'macam kedekut pulak'. Lagipun2 anak2 membesar, memang kena buat baju Melayu yg baru. Satu lagi tak rugi sebab baju si abang, adik boleh pakai 2-3 tahun lagi. Kita kena tanamkan sifat jimat-cermat dalam kalangan anak-anak. Kalau kita boros, anak2 akan ikut boros. Kalau tak tanamkan sifat berjimat-cermat, bila anak besar, mereka 'akan bermasalah' kerana 'berbelanja ikut suka', akhirnya gaji mereka sendiri mereka tak boleh simpan. Itu yg ada kes, anak2 dah kerja tapi minta duit kat mak-pak lagi. Jangan ikut perumpamaan, 'biar papa asal bergaya', yang penting adalah 'berbelanja pada tempatnya, mengikut kemampuan'.

Dari segi membeli-belah, jika anda memang fokus untuk membeli tekstil, memang Nilai Square adalah tempat paling sesuai. Kalau nak belek satu-satu (macam org pompuan dok buat), boleh habis sehari di Nilai Square sebab memang banyak kedai kain/tekstil. Nak tempah langsir pun boleh. Cuma Nilai Square 'agak suram' kini kerana ramai yg suka ke Nilai 3.  Nilai 3 lebih terkenal kerana ia lebih luas, macam2 ada.  Asalnya pusat IKS yang tak menjadi, tindakan kerajaan negeri menukarkannya menjadi pusat borong merupakan satu tindakan yang tepat. Kalau hujung2 minggu, memang berbondong-bondong bas rombongan bawa pelancong tempatan ke sini.

Satu masalah yang kerajaan negeri patut ambil perhatian di Nilai 3 adalah suraunya yang kecil dan sering menghadapi masalah bekalan air.  Dahulunya Nilai 3 terkenal kerana barang2 perabut, kini, banyak syarikat perabut 'dah cabut', jadi pilihan perabut dah tak banyak macam dulu. Ringkasnya barang keperluan rumah memang banyak di Nilai 3. Sediakan duit sahaja. Malah antara gudang karpet terbesar di Malaysia terletak Nilai 3. Hamba pun ada beli karpet baru di sini untuk kawasan solat di rumah, memang relatifnya lebih murah berbanding kedai2 biasa jual karpet. 

Takat itulah dulu. Bab Nilai 3 boleh ceghita lain kali. Hamba tak bawa kamera, jadi ambil gambar dalam internet sahaja. Kalau anda nak ke Nilai Square, masuk Tol Nilai, selepas Tol, ada simpang tiga. Anda ambil simpang kanan menuju ke Bandar Baru Nilai, pandu terus dan akan kelihatan Nilai Square di sebelah kanan, bersebelahan dengan Pusat Asasi UIAM.  



Kawasan perniagaan yang mengkhusus kepada pakaian dan fabrik dengan harga yang rendah dan murah. Juga menawarkan barangan seperti perhiasan rumah, kasut, beg dan perabut. Berada tidak jauh dari Nilai 3. Lebih bersifat pusat membeli belah yang berbentuk blok kedai dua tingkat dengan 165 unit kedai serta mempunyai laluan pejalan kaki berbumbung yang selesa.


Kemudahan
Kemudahan yang disediakan adalah seperti medan selera dan tempat letak kereta. Ia juga berhampiran dengan Masjid Bandar Baru Nilai.
Lokasi
Terletak di Bandar Baru Nilai. Boleh dikunjungi melalui Lebuhraya Utara-Selatan ambil susur keluar ke Nilai/Pajam/KLIA. Jarak dari Kuala Lumpur ialah 45 km dan dari KLIA 20 km. Pengangkutan awam pula dari KLIA : Teksi Airport - RM 38.00, Bas Airport Coach - RM 2.50. Jika datang dari Pekan Nilai Teksi : RM 10.00 dan KTM Komuter dari KL Sentral - Nilai : RM 4.70 dan dari Seremban - Nilai : RM 2.30.
 
Maklumat Lanjut :-
BBN Development Sdn Bhd
Wisma BBN, PT 7454,
Jalan BBN 1/1A, Putra Point, Putra Nilai
71800 Nilai, Negeri Sembilan Darul Khusus,
Tel : 06-850 1888
Fax : 06-850 2492


Sumber : http://www.hmetro.com.my/articles/NilaiSquaresepipengunjung/Article

Nilai Square sepi pengunjung

Oleh Nor Adila Ab Kadir
am@hmetro.com.my

NILAI: Hidup segan, mati tak mahu. Begitu perumpamaan untuk menggambarkan suasana ruang niaga kompleks Nilai Square, di sini, yang kian terbiar dan sepi daripada kunjungan orang ramai sejak setahun lalu berikutan kewujudan Nilai 3.

Keadaan itu menimbulkan rungutan puluhan peniaga di situ yang mendakwa sukar mencari sumber rezeki kerana pendapatan mereka merosot.

Malah, ada peniaga terpaksa ‘gulung tikar’ dan berpindah ke lokasi lain kerana kerugian sehingga menyebabkan kawasan itu tidak dikunjungi pelanggan. Peniaga, Nor Hidayah Ishak, 25, mencadangkan pihak bertanggungjawab menambah baik keadaan premis berkenaan termasuk membina sebuah pusat beli-belah di kawasan berdekatan bagi menarik tumpuan orang ramai.

“Kawasan ini tidak mempunyai kemudahan awam terutama bank dan kedai makan. Berikutan itu, ia menyebabkan orang ramai tidak mahu berkunjung ke Nilai Square berbanding Nilai 3. “Kalau mahu berpindah dan berniaga di tempat lain, ia memerlukan modal besar. Justeru, saya terpaksa bertahan dan meneruskan perniagaan walaupun terpaksa mengalami kerugian besar akibat kekurangan pelanggan,” katanya ketika ditemui di sini, baru-baru ini.

Menurutnya, keadaan bertambah teruk apabila tandas awam disediakan rosak sejak sekian lama.

“Lebih dikesalkan apabila masih tiada tindakan diambil pihak terbabit untuk memperbaikinya sehingga tandas itu kini menjadi sarang anjing liar. Ia sekali gus mencacatkan pemandangan dan mengurangkan minat pelanggan berkunjung ke sini,” katanya.

Katanya, dia sebelum ini mampu memperoleh pendapatan ribuan ringgit sehari, namun kini keadaan berubah. Peniaga lain, Sapri Hasan, 26, berkata ketika mula beroperasi beberapa tahun lalu, sambutan pengunjung memberangsangkan, namun tidak menyangka ia bertahan selama dua tahun saja. “Saya yang menjual langsir mempunyai ramai pelanggan, tetapi ia semakin suram, malah untuk mendapatkan semula modal juga terlalu sukar.

“Dulu saya mampu memperoleh jualan antara RM5,000 ke RM6,000. Namun, kini mahu dapat RM1,000 pun susah,” katanya yang berkemungkinan berpindah ke lokasi lain sekiranya keadaan tidak berubah.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan