Assalamu'alaikum,
3)Penjanaan Tariqat Tasawwuf Dalam Pembangunan Rohani Negara
4)Prinsip-Prinsip Tasawwuf Islam - Sheikh Abdul Hafiz Faraghli Ali al-Qarani
5)Simposium Tasawwuf dan Tariqat - Dr. Burhanuddin al-Hilmy
6)Nur Muhammad - Prof. Dr. Ahmad Umar Hasyim (Mantan Rektor Al-Azhar)
Memandangkan 'keletihan' cuti tiga hari belum pulih, maka rancangan keluarga untuk berkhemah di Kg. Janda Baik ditangguhkan. Apatah lagi, hujan sering turun di waktu petang dan pagi. Tak seronok berkhemah kalau asyik hujan. Dari itu, rancangan bertukar dengan hamba sekeluarga pergi ke Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur pada Sabtu, 30 April 2011.
Kami bertolak dari rumah dalam jam 9.20 pagi dan sampai ke PWTC dalam jam 1015 pagi. Parkir di PWTC dah penuh, maka kami ke Hentian Putra, alhamdulillah masih banyak parkir yang ada. Kemudian menyeberang jalan ke PWTC, masuk saja PWTC memang terkejut...Punyalah ramai orang...Ingatkan awal lagi, org tak ramai. Nak berjalan pun tak boleh, kena berasak-asak. Apatah lagi, hamba bawa 4 org anak termasuk seorang bayi (yg paling kecil), memang susah nak bergerak.
Rancangan asal tak mahu pergi hujung minggu tetapi hari kerja anak2 tak ada masa lapang. Asyik ada tuisyen lepas sekolah saja. Ingatkan Ahad ramai orang, jadi datang Sabtu, rupanya ramai macam tu juga. Hamba sekeluarga kerap juga ke PBA KL kerana banyak penerbit dan pengedar buku yang terlibat dalam pesta ini dan biasanya banyak diskaun ditawarkan.
Dekat 3 jam kami di sini, tak boleh pusing semua sebab orang ramai sangat. Kawasan Dewan TARazak 4 di Tingkat 4 yang agak kurang orang kerana penerbit di situ kebanyakannya penerbit buku teks/rujukan peringkat universiti. Dapatlah juga beli beberapa buah buku untuk anak2. Hamba sendiri dapat beli beberapa buah judul yang baik terbitan Jabatan Mufti Negeri Sembilan Darul Khusus. Judul yang hamba sempat beli adalah:
1)Khalwah Dalam Tasawwuf : Perlaksanaannya Dalam Tariqat Naqshabandiyyah al-Khalidiyyah - Dr. Abd. Manam Mohamad
2)Kemantapan Rohani Penjana Negara Maju - Munaqashah Sufi Peringkat Kebangsaan 2004
1)Khalwah Dalam Tasawwuf : Perlaksanaannya Dalam Tariqat Naqshabandiyyah al-Khalidiyyah - Dr. Abd. Manam Mohamad
2)Kemantapan Rohani Penjana Negara Maju - Munaqashah Sufi Peringkat Kebangsaan 2004
3)Penjanaan Tariqat Tasawwuf Dalam Pembangunan Rohani Negara
4)Prinsip-Prinsip Tasawwuf Islam - Sheikh Abdul Hafiz Faraghli Ali al-Qarani
5)Simposium Tasawwuf dan Tariqat - Dr. Burhanuddin al-Hilmy
6)Nur Muhammad - Prof. Dr. Ahmad Umar Hasyim (Mantan Rektor Al-Azhar)
7)Makna Sebenar Bid'ah: Satu Penjelasan Rapi - al-Sheikh al-Hafiz Abu al-Fadl Abdullah al-Siddiq al-Ghumari
Habis RM200-RM300 juga kat PBA KL ini. Satu dapatan yg baik adalah ramai pengunjung adalah orang Melayu, hamba kira dalam 90%. Walaupun begitu kalau dibandingkan dengan negara maju, negara kita masih jauh ketinggalan dalam industri buku, industri berasaskan ilmu ini. Insya-Allah hamba akan sentuh tajuk ni, moga2 diberi kelapangan oleh Allah Taala.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan