Assalamu'alaikum,
Nasihat untuk diri sendiri : -
1)Apa-apa pun, agama nombor satu.
2)Kerja jangan sampai lupa keluarga.
3)Jimat, jangan boros sangat.
4)Kesihatan tu jaga baik-baik.
5)Pastikan anak-anak mendapat:
a)Didikan agama secukupnya
b)Pelajaran setinggi mungkin
c)Kasih-sayang sepenuhnya
d)Kesedaran tentang kehidupan ayahnya
e)Kebanggaan dengan bangsanya
Masih dengan catatan lama dalam buku peribadi yang bertarikh 27 Disember 1991...Ada lima pesanan yang hamba tulis untuk diri sendiri. Setelah hampir 20 tahun catatan ini, alhamdulillah semuanya masih relevan. Nasihat 1 sampai 3, alhamdulillah hamba dapat laksanakan. Nasihat 4 hamba belum dapat menyempurnakan. Semenjak berkahwin, memang kesihatan kurang dijaga. Kalau mesin di kilang pun, ada waktu tutup dan penyelenggaraan. Tetapi badan ni kurang terjaga, akibatnya menghampiri usia 40 ni, banyak kompilasi sana-sini, semuanya salah sendiri. Namun begitu, alhamdulillah, pengajaran 3 hari ditarbiyyah Allah Taala di sebuah hospital di luar negara sedikit-sebanyak menginsafkan hamba tentang nikmat kesihatan yang Allah Taala kurniakan.
Nasihat 5b) memang sedang dilakukan. Ia memang suatu yang sukar kerana hamba berjanji pada diri sendiri untuk memberi pelajaran kepada anak-anak hamba setinggi mungkin, kalau mereka nak belajar sampai PhD pun, hamba akan tampung ongkosnya. Dapat atau tidak, Allah Taala lebih tahu. Nasihat 5d) selalu diceritakan, dikongsikan ketika kami berjalan-jalan, main-main, buat aktiviti bersama. Anak tidak akan tahu kesusahan hidup ibu-bapa mereka kalau kita tidak kongsikan dengan mereka. Dan yang penting adalah kita mendidik anak-anak agar mereka tahu, faham, kenal dan merasai apa itu kesusahan. Mengapa? Hamba ada sebabnya, insya-Allah, hamba akan tulis tajuk ni, Didiklah Anak tentang Erti Dan Rasa Susah...
Nasihat untuk diri sendiri : -
1)Apa-apa pun, agama nombor satu.
2)Kerja jangan sampai lupa keluarga.
3)Jimat, jangan boros sangat.
4)Kesihatan tu jaga baik-baik.
5)Pastikan anak-anak mendapat:
a)Didikan agama secukupnya
b)Pelajaran setinggi mungkin
c)Kasih-sayang sepenuhnya
d)Kesedaran tentang kehidupan ayahnya
e)Kebanggaan dengan bangsanya
semoga tercapai segalanya :)
BalasPadamhit me @
mencarinuryangesa.blogspot.com
thx~