Assalamu'alaikum,
Pada hari Sabtu 28 Mei 2011, bersamaan 24 Jamadilakhir 1432, hamba sekeluarga singgah di Seremban selepas hantar mak mertua di kampung. Tak sempat ziarah Sheikh OA dan Sheikh Gua Impian kerana keletihan malam Sabtunya. Di Seremban, hamba hantar anak-isteri ke sebuah pasaraya besar untuk membeli apa yang patut. Dalam keadaan inflasi barangan dan makanan semakin membimbangkan, kita sebagai pengguna harus bijak mengurus kewangan dan masa. Contohnya, ada barang2 yang sesuai dibeli di pasaraya besar kerana lebih murah dan kita tak perlu menghabiskan masa dan duit minyak semata2 untuk pergi kerana 'singgah dalam perjalanan'. Selepas menurunkan mereka, hamba ke Masjid Jamek Seremban di Seremban. Masjid ini terletak di persimpangan Jalan Yam Tuan dan Jalan Dato' Bandar Tunggal ataupun tidak jauh dari Pasar Besar Seremban (pasar basah). Ini kali kedua atau ketiga hamba ke sini. Yg hamba pernah dengar, sebelum didirikan Masjid Negeri di Seremban, Masjid ini berfungsi sebagai 'masjid negeri' bagi Negeri Sembilan..
Ini petanya...
Hamba sampai di masjid ini dalam jam 145 tengahari dan membuat kerja-kerja yang patut sehingga 315 petang. Jika anda perhatikan gambar seterusnya, senibina masjid ini tidak banyak berbeza dengan masjid-masjid lama di Melaka seperti Masjid Kampung Hulu, Masjid Tengkera, dan Masjid Peringgit. Masjid ini jika dilihat pada tahun menaranya dibina pada tahun 1924, bermakna sudah berusia kira-kira 87 tahun (Masihi), lama juga tu...dan turut diwartakan dalam 'Warisan Kebangsaan' oleh Kementerian yang berkaitan. Dihimpit 'kemodenan', moga2 masjid ini terus diimarahkan oleh rakyat tempatan.
Mimbar
Kawasan solat imam dan saf pertama
Kawasan solat wanita
Dari belakang...
Antara kawasan berwuduk...
Dari pintu utama
Peti besi yang disimen di tiang...
Menara masjid
Pintu untuk ke puncak menara, 'lebih terjaga' berbanding dengan beberapa masjid di Melaka
'Warisan Kebangsaan' oleh Kementerian Kebudayaan, Kesenian dan Warisan
Dari sebelah kiri masjid
Dari belakang
Pintu pagar utama
'Cintailah Masjid Kita'...jarang hamba jumpa papan tanda sebegini...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan