Assalamu'alaikum,
Hari Sabtu, 21 Mei 2011, kami tak ke mana-mana. Sepatutnya hamba adakan Majlis Hari Lahir anak ketiga yang kelima tahun kerana beliau lahir pada 17 Jamadilakhir 1427 tetapi hamba dah minta 'izin beliau' untuk adakan sekali dengan adiknya yang akan disambut pada 27 Rejab kelak. Tradisi keluarga hamba adalah menyambut hari lahir anak-anak dengan majlis yang ringkas dan sederhana. Semenjak kelahiran anak sulung hamba pada 1 Ramadhan 1418, kami sentiasa anjurkan majlis hari lahir anak-anak, bukan ikut bulan orang putih, tetapi ikut bulan Islam (Tahun Qamariah). Sebenarnya arwah mursyid hamba yang anjurkan masa kelahiran anak sulung dulu, dan kami meneruskannya sehingga hari ini. Buat makan sikit2, tempah/beli kek, panggil sahabat dan saudara-mara yang dekat, 'panggil apa2 yang patut', dimulakan dengan berdoa, hamba yang berdoa (mursyid hamba kata jangan ikut orang, panggil orang lain minta tolong doa, kita buat majlis kita doa sendiri) dan kemudian, makanlah...:-).
Alhamdulillah, majlis kecil-kecilan ini masih dapat kami teruskan semasa di UK tempohari. Semasa 2 tahun pertama di UK, kawasan kami tinggal tak ada orang Melayu, 'biasiswa pun kecil', kami tetap anjurkan majlis ini tapi kami makan 5 beranak sajalah (kemudian 6 beranak). Yang penting apa-apa yang kita nak buat, 'pastikan ia berkat'. Macam kahwin jugalah, keberkatan perkahwinan tu yg penting. Macam mana nak berkat? Panjang nak cerita, ada yang tak boleh cerita, kena tanya guru mursyid masing-masinglah....:-)...Sapo2 yg ghapat dongan eden, nanti eden ceghitolah...
Hari Ahad, 22 Mei 2011 (18 Jamadilahkhir 1432) mak mertua hamba yang kami ambil minggu lepas dari kampung berhajat nak jumpa 'omaknya' di HKL. Dalam jam 320 petang, kami keluar dari rumah menuju ke HKL. Sampai HKL dalam 415 petang. Memandangkan mak mertua hamba dah kurang larat untuk berjalan, hamba pergi pinjam kereta tolak kat Bilik 6 HKL...Kemudian kami pergi ziarah Wan (mak kepada mak mertua hamba) di HKL. Wan ni memang dah berusia benar, dah 95 tahun (mungkin lebih). Tercapai juga hajat mak mertua hamba nak jumpa maknya. Kalau di kampung, tak ada sesiapa nak bawakan kerana jauh dan mak mertua hamba pun tak boleh dok dalam kereta lama2...
Tentang Wan ni, yang hamba suka orang2 dulu, sebelum masuk hospital, dia dok kat rumah dia di kampung. Kerja dia waktu lapang adalah baca surah Al-Ikhlas. Habis sekian2 jumlahnya, dipintal tali untuk menandakan dia dah habis sekian2 banyaknya. Berapa ratus ribu yang dia dah habiskan pun tak tahulah. Itu lebih baik dari kerja lain yang sia-sia. Sebab tu agaknya walaupun dah tua, badan dia kurang sakit. Satu lagi dia suka urut sendiri tangan dan kaki dia. Bukan pakai minyak pun, tapi asalkan berurut. Hamba pun dok ikut sikit2, urut sendiri tangan dan kaki bila2 lapang. Tempat urut kena tanya tukang urut, ada satu tempat penting di tangan dan satu tempat penting di kaki. Gosok yang tu ja...
Tentang pintal-memintal tali ini, hamba teringat seorang Sheikh di Kota Mekah. Nama Sheikh ini adalah Sheikh Taha al-Barakhati. Sheikh ni kecil saja orangnya, salah seorang guru di Masjidil Haram, ada sudut beliau yang khusus dalam masjid untuk beliau sampaikan ilmu. Sewaktu mudanya dulu, beliau amat susah dan dalam seluarnya ada batu-batu kecil. Apa guna batu-batu kecil ini? Batu-batu kecil ini digunakan untuk bertasbih, bertahmid, menyebut nama Allah dan mengagungkan Allah Taala. Atas kesabaran beliau dan kesungguhan beliau dalam beramal dan beribadat, akhirnya Allah Taala melimpahkan beliau pelbagai ilmu dan anugerah. Kalau solat Subuh di depan Baitullah, beliau ada tempatnya di barisan pertama (Tok Arab tak bagi orang biasa, hanya 'orang terkhusus' yang boleh Solat Subuh di barisan pertama mengadap Baitullah - ini dalam pengalaman hamba ke Mekah tahun 2000, 2002 dan 2004/2005) .
Selepas mendapat pelbagai ilmu dan anugerah Allah Taala, beliau menjadi semakin terkenal dan dicari-cari orang yang datang ke Mekah. Mungkin itu juga yang menyebabkan nama Sheikh Taha digelar 'al-Barakhati', wallahu'alam. ...Sewaktu hamba mengerjakan umrah tahun 2002 rasanya, hamba cari Sheikh Taha al-Barakhati ni, iaitu selepas Solat Subuh, beliau masih ada dalam kawasan tawaf kerana beramal. Alhamdulillah, hamba berjumpa juga beliau, dan duduk di belakang kanannya menunggu beliau habis beramal. Habis beliau beramal, beliau pandang ke hamba dan hamba bersalam dengannya dan diucapkannya 'Alhamdulillah'...Itulah pertemuan pertama dan terakhir hamba dengan beliau. Sewaktu mengerjakan haji Disember 2004/Januari 2005, hamba cari juga beliau. Hamba jumpa seorang ulamak Pattani dan bertanyakan tentang Sheikh Taha ini dan dimaklumkan bahawa Sheikh Taha al-Barakhati telah kembali menemui Sang Penciptanya dua-tiga bulan sebelum itu. Sedih juga tak dapat jumpa kali kedua, tapi redha dengan ketentuan-Nya dan bersyukur ke hadrat-Nya kerana dapat berjumpa dan bersalam juga walaupun sekali. Banyak lagi kisah Sheikh Taha al-Barakhati ni, tapi takat tu cukuplah. Kalau nak tahu lebih2, pergi umrah/haji di Mekah, tanya orang2 lama kat sana...Kalau anda berada di Kota Mekah selepas tahun 2030, carilah anak-anak murid beliau atau anak-anak kepada anak-anak murid beliau yang masih ada...
Al-Fatihah untuk Sheikh Taha al-Barakhati....al-Fatihah...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan