TOPIK

Aidil Fitri (1) Air Kolah (9) Akhir Zaman (3) Aktiviti Ilmiah (1) Al-Quran (4) Alam (13) Alam Ghaib (5) Aldil Fitri (1) Allah wujud tanpa bertempat (15) Amal Soleh (3) Anti Hadis (1) Aqidah (17) ASWJ (63) Bab Munakahat (4) Bab Sihir (3) Bab Tauhid (9) Bahasa Melayu (6) Bahaya Syiah (7) Bertabarruk (2) Bid'ah (8) Bidaah Hasanah (7) Bulan Ramadhan (18) Bulan Rejab (1) Bulan Zulhijjah (1) Cintai DIA (1) Cuti-Cuti Malaysia (89) Doa (1) Dosa Besar (1) Ekonomi Islam (5) Fadilat Al-Quran (4) Fiqh (3) Futuhul Ghaib (1) Futuhul Makkiyyah (3) guru (2) Guru Mursyid (6) Guru Tariqat (6) Hadis Dhaif (6) Hadis Maudhu' (1) Hadis Nabi (14) Hakikat (1) Hari Kemudian (1) Hotel Islam (1) Hukum Berkaitan Zikir (9) Ibadat Haji (6) Ibnu Taimiyyah (16) ilmu kebatinan (5) Ilmu Laduni (1) ilmu persilatan (2) Imam Malik (1) Insan Kamil (1) Israk Mikraj (10) Istanbul (17) Isu Halal (2) Isu Kalimah Allah (4) Isu Khilaf (25) Isu Khilafiah (29) Isu Semasa (4) Isu Wahhabi (97) Jalan-Jalan (128) Jihad Ekonomi (34) Jom Makan (16) Karamah (2) kebenaran (5) Kesultanan Melayu (7) Kewangan dan Perbankan Islam (1) Khatamun Nubuwwah (2) Kisah Mualaf (28) Kisah Nabi (2) Koleksi (2) Kosong (2) Kurma (1) Lagu (1) Lailatul Qadar (14) Makam Sultan (5) Makam Sultan/Raja Melayu (7) Makam Wali Allah (43) Makhluk Halus (1) Makrifat (1) Masjid (41) Masjid Lama (24) Masjid Utama (29) Maulidur Rasul (23) Mekah (2) Melayu (14) Merdeka (1) Misteri (10) motivasi (1) Mukasyafah (2) Mutasyabihat (7) Nabi Ibrahim A.S. (1) Nabi Khidir A.S. (14) Nabi Musa A.S. (1) Neraka (1) Nisfu Syaaban (17) nostalgia (1) Nur Muhammad (6) Nuzul Quran (3) Pahlawan Islam (2) Pahlawan Melayu (10) Pelancongan Tanah Tinggi (4) pengumuman (7) Penyakit (1) Perubatan Islam (2) Perubatan tradisional (1) Petua (2) Puasa Ramadhan (18) Puasa Sunat (2) Pulau Besar (18) Putrajaya (3) Rabitah (1) Rahmat Allah (1) Rawatan Islam (1) rekreasi (21) Rezeki (1) RSAW (11) Rumahku Syurgaku (4) Sajak (6) Sedekah (1) Sejarah Melayu (6) Selawat (7) Senibina Islam (8) Sifat 20 (2) Solat (8) Solat Sunat (9) Sumpah (1) Sunnah RSAW (9) Tamadun Islam (8) Tariqat (7) Tasawuf (23) Tawassul (5) Tulisanku (311) Ulamak Islam (7) Ulamak Nusantara (20) Ulamak Tanah Melayu (16) Universiti (3) Usahawan Muslim (9) Usuluddin (1) Wahhabi dan Keganasan (9) Wali Allah (50) Wali Melayu (22) Wali Songo (10) Youtube (1) Zakat (13) Zakat Fitrah (4)

Rabu, 11 Mei 2011

Umrah 2010 - Madinah dan sekitarnya

Assalamu'alaikum,

Alhamdulillah, pada tahun 2010, kami sekali diberi izin-NYA untuk menjadi tetamu-NYA, kami sekeluarga dapat mengerjakan umrah. Ini merupakan umrah keluarga yang ketiga. Umrah keluarga yang pertama pada tahun 2000, anak baru seorang. Jadi nak kerjakan umrah dan beribadat agak mudah sikit. Umrah keluarga yang kedua pada tahun 2002, anak dah dua orang. Umrah keluarga pada tahun 2010, anak dah empat, kami enam beranak.  Memang berbeza dengan umrah 2000 dan umrah 2002.  Tapi itulah ujian-NYA, kena banyak bersabar. Umrah kali ini, hamba dengan dua orang anak lelaki (no. 2 dan 3) memang 'botak habis'...:-)...Cabaran umrah ketiga ini adalah ketika musim panas,...memang panas, suhu siang antara 38-43 celcius, kalau malam suhu boleh turun sampai 28-30 celcius, masih panas tu...Kalau waktu tengahari, nak berjalan pun kena tutup muka, nak pandang jalan pun susah dek terik matahari.

Cabaran lain adalah hamba uruskan sendiri umrah ini, tak pakai agen. Sewaktu di UK, hamba cuma gunakan agen untuk dapatkan visa umrah. Tiket kapal terbang, hotel, pengangkutan dan sebagainya semua hamba uruskan sendiri.  Memang bukan kerja yang mudah. Tapi cabaran itu dipikul kerana 'Sang Pengembara' harus alah bisa tegal biasa dengan perkara2 sebegini jika mahu mahu luas pemandangan....Yang terpenting adalah jangan lupa, jangan lalai, lakukan solat hajat/berdoa untuk dipermudahkan Allah Taala segala urusan sepanjang di Tanah Arab dan sepanjang menjadi tetamu-Nya...

Hari Ahad, 27 Jun 2010, dari Lapangan Terbang Antarabangsa Heathrow di London, kami naik Saudia Airlines ke Riyadh. Bertolak dalam jam 12 tengahari waktu London. Sebelum sampai di Riyadh, kapal terbang berhenti di Dhammam, Arab Saudi. Akhirnya kami tiba di Riyadh pada 28 Jun 2010, hari Isnin dalam jam 12 tengah malam waktu tempatan. Anggarannya dalam 8-9 jam kami dalam kapal terbang sebelum sampai di Riyadh.  Di Riyadh, kami melalui pemeriksaan imegresen dan kami 'berkampung' di lapangan terbang sampai jam 5 pagi sebelum naik kapal terbang lain ke Madinah. Lima jam menunggu dengan banyak beg dan 4 orang anak bukanlah satu perkara kecil. Alhamdulillah, Allah Taala kurniakan ketabahan kepada isteri hamba dalam menghadapi situasi-situasi sebegini. Apatah lagi anak bongsu masih menyusu badan.

Kapal terbang kami dari Riyadh sampai di Madinah dalam jam 730 pagi. Sampai di Madinah, pelajar Malaysia yang sepatutnya menunggu kami di Lapangan Terbang lambat sampai kerana masalah tertentu, terpaksa kami tunggu dalam 1 jam -1 1/2  jam di Lapangan Terbang Madinah. Alhamdulillah tak ada masalah imegresen kerana dah chop pasport di Riyadh.  Dalam menunggu pelajar Malaysia ini, sempat berkenalan dengan orang Indonesia di Lapangan Terbang dan bersyukur ke hadrat Allah kerana beliau banyak membantu kami dalam menelefon dan sebagainya.

Kami bermalam selama 5 malam di Madinah. Terasa sedikit puas kerana kalau pakej umrah dari Malaysia biasanya bermalam 3 malam saja di Madinah. Dengan bantuan orang Indonesia yang dikenali di Lapangan Terbang Madinah, kami sempat menyewa sebuah kereta untuk ziarah sekitar Madinah, di mana pemandunya orang Indonesia juga, rakan kepada orang Indonesia tadi.

Alhamdulillah, dalam ziarah, tempat2 standard seperti Masjid Quba', Masjid Qiblatain (2 Qiblat), Medan Uhud, perkuburan Baqi' dan lain2 tempat sempat kami ziarah. Tak lupa juga beli kurma. Kalau nak beli kurma memang sesuai beli di Madinah sebab Madinah 'mengeluarkan' kurma, Mekah tak keluarkan kurma. Jadi biasanya kurma di Madinah murah sikit berbanding kurma di Mekah. Madinah pun memang banyak berubah. Pemandangan sekitar Masjid Nabawi antara 2004 dan 2010 memang jauh berbeza, apatah lagi antara 2002 dan 2010.  Kerajaan Arab Saudi sedang membangunkan semula Masjid Abu Bakar dan Masjid Ali di sebelah kanan Masjid Nabawi. Hotel2 kecil dan murah seperti dulu dah tak ada yg berdekatan Masjid Nabawi.

Sebenarnya dalam 'perjalanan hamba', dalam perjalanan mengerjakan umrah, seelok-eloknya ziarah Madinah dahulu sebelum ke Mekah. 'Banyak kerja kena buat di Madinah' sebelum ke Mekah. Kena tahu apa yang afdal dan tempat2 yg afdal di dalam Masjid Nabawi. Boleh beli buku di Madinah tentang sejarah Madinah dan Masjid Nabawi. Selain yang diceritakan dalam buku, kena ambil tahu/belajar daripada guru mursyid tentang Taman Raudhah dalam Masjid Nabawi, sejarahnya, nama-nama tempat dalam Taman Raudhah dah 'rahsianya'. Begitu juga dengan tempat2 lain dalam Masjid Nabawi seperti tempat turun wahyu, Mihrab RSAW, bahagian rumah RSAW, rumah Saidina Ali/Siti Fatimah, semuanya ada sejarahnya dan 'rahsianya'...Taman Raudhah memang sentiasa penuh dengan manusia beramal di dalamnya kerana kelebihan2nya. Kena tahu caranya untuk masuk dan beramal di situ. Begitu juga dengan masuk ke dalam kawasan masjid dan masuk ke dalam masjid, ada adabnya bagi ahli tasawwuf...Bukan masuk macam tu saja...Intipatinya adalah apa tujuan ziarah Madinah...apa yang dicari dalam kunjungan ke Madinah???

Bab makan-minum di Madinah memang tak susah sangat. Restoran Indonesia berdekatan hotel kami. Kebab pun ada di merata-rata tempat. Nasi Briyani dan lain2 jenis nasi ada merata.  Roti Tok Arab dijual di banyak kedai. Kenalah belajar makan makanan Tok Arab kalau di sana, kalau tidak 'jangan mengembara'...:-)...Antara yang dibuat orang di Madinah adalah mewakafkan Al-Quran di Masjid Nabawi...kalau ada rezeki lebih, tidak ada salahnya. Beli Al-Quran di kedai, chop 'wakaf fi sabilillah', tinggalkan di Masjid Nabawi...

Begitulah sedikit-sebanyak yang boleh dicelotehkan hamba di Madinah. Nanti, bersambung dengan kisah di Mekah pula. Hari ni 'mood' nak tulis blog ada, kena tulislah tumpang idea dok keluaq ni...Hamba sertakan beberapa keping gambar di Madinah dan sekitarnya yang sempat dirakam....wassalam.

Kami ke kebun kurma untuk beli kurma


 Apartmen macam ni tunggu masa untuk diruntuhkan saja...

Pejabat pentadbir Masjid Nabawi


 Sempadan Madinah disebut dalam Hadis Nabi SAW

Ni di Medan Uhud ni...

 
 Bangunan canggih dah merata2 di sekitar Madinah

Masjid apa ni??? Cuba teka!

 
Siangnya, kedai2 kelihatan tutup dan tak bermaya...

Tok Arab pun nak juga air terjun buatan macam ni ha....

 Memandu di Arab Saudi seperti di negara Eropah dan AS, stering sebelah kiri

Dah lupa apa ke benda ni???

Madinah lebih tinggi dari aras laut berbanding Mekah, jadi 'sedikit sejuk' berbanding Mekah..

Ada perbezaan antara Orang Arab di Mekah dengan orang Arab di Madinah...cari sendiri....



Kilang cetak Al-Quran... 



Tok Arab pun makan pizza...

Costa Coffe pun ada...
 
Waktu malam di Madinah lebih mengasyikkan

 Nak masuk masjid kena ingat nombor/nama pintunya..

 Kena tahu mana bilik air berdekatan (bawah tanah) kalau 'panggilan alam' tiba

Kalau bawa masuk selipar/sendal ke dalam masjid, kena ingat nombor rak kasutnya....

Kalau kasut/selipar/sendal kita 'diambil' orang, jangan ambil yang orang lain punya. Baliklah berkaki ayam dan beli yang lain di kedai...

 Jangan lupa ke perkuburan Baqi' di sebelah kiri Masjid Nabawi (bukan dalam gambar)...Hamba sentiasa sedih setiap kali meninggalkan Perkuburan Baqi'....

Mereka yang 'hati bermasalah' tidak bersedih ketika meninggalkan kota Madinah, 'tak rasa apa2' ketika meninggalkan Makam RSAW...

Makam RSAW di bawah kubah hijau ini...

 Hamba amat merinduimu ya Junjungan Rasulullah SAW...:-(

 Kerana suhu yang tidak panas, ramai orang 'bersantai' di perkarangan masjid

 Ada pintu masjid yang dibuka dan ditutup pada waktu malam
 
Nak tahu pintu mana yang dibuka kena tanya orang di sana...


Tiada ulasan:

Catat Ulasan