Assalamu'alaikum,
Sewaktu mengemas fail2 lama semalam, terjumpa buku lama catatan peribadi hamba yang tertulis di halaman pertamanya 'Top Secret'...he3...banyak benar rahsia hamba dulu2...nak buang buku ni, terbaca catatan2 lama sewaktu zaman pelajar dulu, 20-22 tahun dulu....bagaimana hamba dapat bilik seorang semasa di tahun kedua matrikulasi, semasa di tahun pertama dan terakhir di universiti...dapat bilik seorang ni, tulis macam2 dalam bilik tu nak memotivasikan diri sendiri.....waktu tu, semangat Melayu begitu kuat, mantan MRSM katakan...waktu tu tasawuf pun belum kenal, walaupun ada terbeli sebuah buku tasawuf ketika berusia 15 tahun...buku yang dibeli tahun 1987 ini beerti dan bermakna sepuluh tahun selepas itu.... Ada catatan yang dah tidak/kurang relevan, ada yang masih relevan...antaranya...
Perbincangan lahirkan idea bernas
Jangan memandang rendah kebolehan orang lain
Berikan yang terbaik kepada pekerja anda dan mereka akan memberikan yang terbaik untuk anda
Kita mencari yang ideal, idealistik
Gambaran yang ada dalam pemikiran kita mempengaruhi perlakuan kita
Pembelajaran berkesan memerlukan daya ingatan yang terlatih
Cara paling cepat dan mudah mengubah diri sendiri ialah dengan mengadakan matlamat dan bekerja ke arah mencapai matlamat itu.
Tiada kejayaan tanpa usaha
Kita mesti menganggap diri kita istimewa
Mesti ada keyakinan dalam diri sendiri
Tanamkan nilai positif dalam diri anda
Motivasi datang daripada dalaman
Hidup adalah satu perlumbaan
Masa adalah seperti pedang
Rahsia untuk berjaya? Anda mesti sanggup berubah
Apa yang ada fikirkan tentang diri anda itulah anda
Pelajar malas cari helah, pelajar rajin dari jalan
Hendak seribu daya, mahu seribu cara
Jangan kaitkan kegagalan masa lampau dengan hari ini
Usaha, usaha, usaha sehingga berjaya
Allah tidak mencipta anda untuk gagal
Salah satu sifat semulajadi manusia ialah cekal hati
Naik atau turun seseorang bergantung kepada dirinya sendiri
Adalah satu cabaran bagi saya untuk...
Jangan biarkan perasaan mengawal diri kita
Dengan kemahiran yang kita ada, kita boleh mengubah apa yang kita ada
Kita tidak akan sedar kemampuan kita sehingga kita mencapainya
Keyakinan adalah kekuatan yang akan membebaskan anda menuju kejayaan
Apabila seseorang mula bersaing dengan dirinya, ia akan menemui nilai dirinya
Manusia tidak gagal, cuma berputus asa, dan berputus asa adalah salah
Anda tidak kalah apabila berada di bawah, anda kalah hanya apabila tidak bangun semula
Untung nasib merupakan satu pilihan, bukan satu kesalahan
Usaha yang bersungguh-sungguh dan berterusan penting untuk mencapai matlamat
Semua pelajar mempunyai daya ingatan yang baik sekiranya daya ingatan mereka dilatih
Ibu kepada disiplin adalah mendisiplinkan diri agar berfikiran positif
Persediaan menghadapi peperiksaan mesti bermula dari awal dan tidak bertanggung-tangguh
Akal dan otak manusia memiliki kemampuan amat besar kecuali jika kita membatasinya
Dua perkataan yang perlu dipertuturkan selalu dalam menjamin kejayaan seseorang pelajar ialah AKU BOLEH
Salah satu hukum akal fikiran adalah kita akan sampai ke apa yang kita fikirkan
Lazimnya musuh pertama kita ialah pemikiran sendiri kerana meletakkan halangan ke atas perkara yang hendak dilakukan
Alam pemikiran kita ialah seperti "Taman Bunga"
Tiada ulasan:
Catat Ulasan