Pada 12 Disember 2010, bersamaan 6 Muharam 1432, kami sekeluarga telah memulakan Ekspedisi ke Pantai Timur. Dari rumah mertua di Negeri Sembilan, kami menuju ke Kuantan. Perjalanan hari Ahad tidaklah merungsingkan. Dalam waktu tengahari, kami telah memasuki Kuantan.
Sebelum sampai ke pusat bandar, kami telah berhenti di sebuah stesen minyak Petronas bertanyakan tentang Kampung Peramu. Maklumat latitud dan longitud yang hamba dapati dalam satu laman sesawang adalah tidak tepat dan GPS di dalam telefon hamba tidak dapat membacanya, di atas laut agaknya...:-)...Kerani stesen minyak memberitahu arah Kampung Peramu yakni perlu ambil simpang dan jambatan ke arah Tanjung Lumpur apabila ambil laluan/menuju ke Beserah.
Alhamdulillah, kami dapat mengambil simpang/jambatan ke Tanjung Lumpur....namun arah haluan bertukar sekejap kerana anak kedua hamba 'nak ...'. Jadi kerana situasi yang 'agak mencemaskan' dek anak hamba yang dah tak mampu tahan lagi, ....nasib baik ternampak sebuah masjid berhampiran, jadi kamu singgah sekejap....Macam tulah kalau berjalan dengan anak-anak, memang selalu singgah sana-sini untuk panggilan alam.
Menuju ke Kampung Peramu, hamba singgah lagi di sebuah kedai untuk bertanyakan tempatnya. Alhamdulillah, dah tak jauh dah, ada tanda/signboard di depan...Sampai di Kampung Peramu, hamba berhenti bertanyakan seseorang di sebuah kedai tentang Makam Tok Peramu, namun orang ni tak tahu, masih baru di sini sekitar 10-15 tahun. Cuma beliau memberitahu kawasan perkuburan lama ada di depan sebelah kanan.
Sampai di kawasan perkuburan lama, yang kebetulan ada restoran di depannya. Hamba masuk dalam restoran dan bertanya kepada salah seorang pekerjanya yang bukan muda (orang muda biasanya tidak tahu) tentang Makam Tok Peramu, diberitahu beliau bahawa dalam kawasan kubur tersebut yang bercat/berwarna kuning.
Hamba melangkah masuk ke kawasan perkuburan dan berhadapan dengan Makam Tok Peramu. Sebelum membuat apa yang patut, azan kedengaran menandakan masuk waktu Zohor. Alhamdulillah, tanda sampai hamba ke makam ini diiringi dengan laungan Azan. Selepas azan, hamba pun bacalah apa yang patut. Cuma terasa sebak juga di hati mengingat akan perjuangan Pahlawan Melayu dahulu kala, berjuang dan berkorban segala-galanya untuk agama, nusa dan bangsa, akhirnya meninggalkan alam dunia ini tanpa diketahui oleh generasi warisan, generasi merdeka tentang siapa mereka sebenarnya. Itu antara pengorbanan mereka, mereka berjuang bukan untuk disanjung, bukan untuk dikenali ramai, bukan untuk dikagumi, hatta anak cucu pun mungkin tidak kenal siapa mereka.
Tok Peramu juga dikenali sebagai Tok Bahaman oleh sebahagian kecil orang. Guru kepada salah seorang guru hamba pernah menjadi salah seorang muridnya yang memang tidak ramai (era selepas merdeka). Mendengar akan amalan-amalan guru kepada guru hamba ini, memang rasa tak mampu nak ikut, dengan puasanya, dengan pantang-larangnya, dengan pelbagai amalannya yang berlandaskan syariat, yang bertujuan mencantikkan syariat dan mengukuhkan hakikat.
Setelah selesai kerja-kerja hamba di sini, hamba ke kereta panggil anak-isteri untuk ambil gambar kenang-kenangan. Anak kedua tanya siapa orangnya, hamba kata Makam Wali Allah...Banyak lagi gambar yang diambil tetapi terpaksa hadkan sebab dah terlalu banyak bytes yang hamba guna utk blog ini. Dari Kampung Peramu, kami bertolak ke Balok, Kuantan.
Untuk mengembalikan kegemilangan Islam di Timur, orang Melayu juga harus kembali melihat dan merenung serta mengkaji jatidiri mereka. Tidak rugi mengetahui akan asal-usul serta kehebatan yang Allah kurniakan kepada orang Melayu zaman silam. Di bawah adalah beberapa catatan dan gambar tentang Tok Peramu...banyak pengajaran yang wajib kita ambil dan pelajari untuk anak cucu kita.
Batu Nisan Tok Peramu
Hanya makam beliau yang berwarna kuning dan batu nisannya ditutupi kain kuning di perkuburan ini
catatan di bawah dipetik dari http://wasiatpejuang.blogspot.com/2010/07/dato-bahamam-tidak-mati-di-tangan-siam.html
Bagi peminat sejarah, atau mereka yang dewasa sekitar tahun 50-60an dahulu, terutama di negeri Pahang Darul Makmur tentu pernah mendengar kisah Tok Guru Peramu. Untuk post kali ini, MalaysiaSensasi akan menceritakan tentang Tok Guru Peramu ini. Dikatakan bahawa beliau seorang pendekar yang handal. Namun ini bukanlah menghairankan kerana di Tanah Melayu ketika itu, negeri Pahang adalah negeri yang paling ramai pendekar dan pahlawan. Malah, silat gayung yang diasaskan oleh Datuk Meor juga adalah berasal dari Pahang, apabila tok gurunya (bapa mertua) adalah hulubalang sultan Pahang.
Apa yang menarik mengenai Tok Guru Peramu ini ialah, beliau dikatakan sebagai Datuk Bahaman. Pembesar dan pahlawan Pahang yang memulakan penentangan kepada penjajah British di Semantan, yang kemudianya disertai oleh Mat Kilau dan rakan-rakan, serta Tok Gajah kemudianya. Datuk Bahaman dikatakan telah meninggal dunia di Siam, setelah ditangkap oleh Siam atas permintaan British pada 1895.
Kemudian muncul pula Tok Guru Peramu ini. Orang mengatakan bahwa beliau adalah Datuk Bahaman, bagaimanapun tiada pengiktirafan dilakukan ke atas beliau kerana dikatakan bahawa ada kena mengena dengan taktha kesultanan Pahang. Malah Tok Guru Peramu juga tidak pernah mengaku bahawa beliau adalah Datuk Bahaman, walaupun rakan-rakan seperjuanganya yang masih hidup ketika itu mengakui bahawa beliau adalah Bahaman.
Apa yang pasti Datuk Bahaman tidak mati di tangan Siam. Adakah sebegitu mudah Siam ingin membunuh Pahlawan Pahang ini. Sedangkan Inggeris yang begitu besar kuasanya tidak mampu untuk membunuh Datuk Bahaman. Untuk mengelakkan nama mereka aib, adalah mudah bagi Inggeris untuk menulis bahawa Mat Kilau, dan Datuk Bahaman telah mati. Menurut orang, Datuk Bahaman selalu balik ke Pahang dan berjumpa dengan anaknya Pendekar Hussin/Cikgu Jantan. Sama halnya dengan Mat Kilau, Cikgu Jantan pernah ditanah oleh komunis. Orang ramai melihat tubuhnya di dalam lubang tersebut, tetapi keesokanya apabila digali hanya tinggal batang pisang sahaja.
Berbalik kepada Tok Guru Peramu, beliau tidak suka gambarnya diambil. Pernah ada orang mengambil gambarnya, kemuadian dia dijerakan "mampus kamu". Lalu orang tersebut menjadi kurang waras.
Dalam satu cerita lain, keluarga Datuk Bahaman telah dikepung Siam, ketika ini Datuk Bahaman berada di Kelantan. Mengetahui hal itu Datuk Bahaman kemudiannya terus pergi untukmenyelamatkan keluarganya yang sedang dikepong. Bersamanya dibawa lembing yang bernama “Beringin” (lembing berupa daun sireh), yang dikatakan mampu untuk memukau orang. Apabila tiba di sana, lembing tersebut terus dipacakkan ke tanah di hadapan tangga rumah yang dikepong. Akibatnya semua askar Siam yang sedang mengepong itu dipukau dan tidak menyedari apa yang berlaku. Lantas Dato’ Bahaman menyuruh seluruh keluarganya turun dan melarikan diri ke Hulu Terengganu (Kuala Berang). Kemudian, pada malam itu juga Dato’ Bahaman melarikan diri ke Menara (Siam). Menurut Buku Darul Iman (m.s. 242), pada November 1895, Dato’Bahaman, Awang Nong (adik Mat Kilau), The Ibrahim (adik Mat Kilau), Haji Mat Wahid dan Mat Lela (anak Datuk Bahaman), telah menyerahkan diri kepada orang-orang besar Siam lalu dibawanya ke Siam. Sebenarnya Dato’ Bahaman tidak menyerah diri kepada Siam. Apayang dilakukan ialah beliau melarikan di ke Menara dan bersembunyi di sana.
Simposium DPMP: Siapakah Tok Peramu?
Simposium siapakah Tok Peramu: Adakah orangtua itu Bahaman atau bukan atau siapa!!! Inisiatif ini ditaja oleh DPMP pada tahun 1976-77 ( kalau tak silap) dengan membuka kepada semua ahli ahlinya, Ahli ahli sejarah dan siapa saja yang tahu mengenai seorang tua yang tinggal di Kampung Peramu itu. Kg. Peramu terletak diseberang Sg. Kuantan kira kira berhadapan ( opposite) hospital atau Kompleks Teruntum.. Ada dua jalan ( masa itu) untuk sampai ke Peramu, satu menaiki bot ( tambangnya masa itu 50 sen seorang bagi satu perjalanan) dan satu lagi dengan menaiki kereta atau bas. Jauhnya perjalanan dengan kereta lebih kurang 20 batu dari bandar Kuantan.
Hasil daripada kajian tersebut ramailah yang memberi pendapat. Ada yang mengatakan Ya dan ada yang mengatakan Bukan. Hasilnya 50 - 50. Kerajaan Negeri, sudah tentu tidak dapat menerima kerana pro dan kontra nya sama. Sekiranya Tok Peramu itu Bahaman, pastilah struktur Orang Besar Berempat Negeri Pahang menjadi kacau bilau.
Apa yang hendak saya ceritakan ialah episod rombongan 10 orang yang hendak menemu bual orangtua itu termasuk saya. Sebaik sampai dihadapan rumah Tok Peramu, ketua rombongan memberi salam. Salam dijawab oleh pengasuh lalu mempersilakan kami naik. Orangtua itu berbaring diatas katil dengan selimut sampai keleher dan memakai cermin mata hitam. Disebelah kepalanya terletak sebuah radio yg terus berkumandang tanpa tepat pada channel. Kamipun duduk. Tanpa berlengah ketua rombongan membuka mukadimahnya, " pada tahun sekian sekian blah blah blah, Tok Aki duduk dimana?" Itulah pembukakata yang awal dan akhir. Selepas setengah jam kemudian pertanyaan ketua rombongan tiada responce, kamipun sapu punggung lalu balik.
Ada member yang tak puas hati. Minggu hadapannya, saya sendiri bertindak sebagai ketua rombongan lalu membelah arus Sg.Kuantan ke rumah Tok Peramu. Sebelum pergi, saya minta orang rumah saya, ibu pada si Firdaus, buat pulut kuning dan ayam panggang. Sesampai saja dihadapan rumah orangtua tu, saya memberi salam. Salam di jawab oleh pengasuhnya lalu mempersila kami naik, sambil berkata, " ini anak cucu datang bawok pulot kuning" Phuh!!! orangtua itu terus bangun lalu berdoa. Panjang doanya. Kamipun berceloteh. Susah nak faham celotehnya, pekat loghat Kelantan purba. Member Kelantan yang sama dlm. rombongan itu juga tidak faham. Diantara lain yg. saya dapat fahamkan bahawa katanya, Mat Kilau tu orang handal. Sepelepah daun nyior gugur, dia dah tahu berapa banyak regisnya (lidi). Dari ungkapan itu saya yakin bahawa orangtua itu sebenarnya Datok Bahaman, bekas Orang Kaya Semantan, orang besar berempat Negeri Pahang.
Menurut cerita seorang Imam yang tinggal di Peramu, sebelum Jepun masuk orangtua itu tinggal di Padang Lalang. Dulu kampung sekarang sudah jadi kawasan Industri. Tahu dimana Pdg.Lalang. Kalau kita nak ke Tg. Lumpur melalui jambatan Sg.Kuantan dan sebelum naik jambatan ada simpang ke kiri jalan menghala ke Tg. Api & Kg. Selamat. Di situlah Padang Lalang. Katanya: apabila Jepun mendarat di Kuantan, semua orang Kg.Pdg.lalang lari ke seberang ke Tg. Lumpur dan Peramu. "Aki mohlah naik perahu kita lari ke seberang," kata salah seorang orang kampung mengajak orangtua itu naik perahu. " Mohlah deme dulu, aki ikut kemudian," jawab orangtua itu. Apabila rombongan pelarian dengan perahu itu sampai keseberang, didapati orangtua itu sudah ada berdiri ditebing sungai.
Anih bukan! Jadi betullah dan saya yakin bahawa To Peramu itu adalah Datuk Bahaman.
Abdul Rahman bin Tuanku Imam Nuh, lebih dikenali sebagai Dato’ Bahaman ialah orang besar yang menentang penjajahan Inggeris di Semantan, daerah kekuasaannya di Pahang, Tanah Melayu.
Bapa Dato’ Bahaman ialah Tuanku Imam Nuh yang berasal dari Bangkinang, Kampar, Riau. Ibunya pula ialah Rokiah Abdul Rahman, anak perempuan Tok Setia Perkasa Semantan yang berketurunan Bugis dari Sulawesi Selatan. Walaupun beliau dilahirkan di Rantau Panjang iaitu sebuah kampung di daerah Bentong, beliau banyak menghabiskan masa di Pekan kerana berkhidmat dengan Bendahara Ali iaitu ayahanda kepada Sultan Ahmad.
Dato’ Bahaman juga dikatakan pernah menjadi anak angkat kepada Bendahara Ali dan menjadi rakan sepermainan kepada Sultan Ahmad ketika mudanya. Apabila Sultan Ahmad menaiki takhta, Dato’ Bahaman terus menabur bakti kepada tanah airnya.
Dato’ Bahaman telah diangkat sebagai salah seorang Orang Besar Berlapan dan dianugerahkan dengan gelaran Dato’ Setia Perkasa Pahlawan Semantan kerana kerana beliau telah menunjukkan sikap serta kebolehannya sebagai panglima dalam perang saudara antara Sultan Ahmad dan adinda baginda Wan Mutahir serta memimpin pasukan Pahang untuk membantu Tengku Kudin dalam perang Saudara di Klang, Selangor. Selepas kematian Orang Kaya Indera Segara, Dato’ Bahaman telah dilantik oleh Sultan Ahmad sebagai Orang Kaya Temerloh. Dengan pangkat tersebut, kedudukan Dato’ Bahaman adalah sedarjat dengan Orang Besar Berempat dan seringkali diajak berunding oleh baginda Sultan Ahmad.
‘Seman Tahan’
Seorang yang pandai bersilat dan mempunyai ilmu kebal, kelebihan ini telah menyebabkan Dato’ Bahaman digelarkan ‘Seman Tahan’ oleh penduduk di sekitar kawasan itu sehingga sungai yang tidak bernama ketika itu diberi nama Sungai Seman Tahan dan seterusnya menjadi tempat persinggahan Inggeris. Beliau tidak mengiktiraf pemerintahan Inggeris diPahang sejak awal lagi dan mencetuskan kebangkitan di Pahang.
Awal penentangan
Segala-galanya bermula pada Oktober 1888 apabila British melantik JP Rodger sebagai Residen Pahang. Pihak Inggeris sememangnya sudah lama mengintai peluang untuk menjajah Pahang dan peluang mereka terbuka apabila mengetahui Sultan Pahang bermusuhan dengan dengan adindanya, Wan Mansur. Rancangan Wan Mansur untuk menyerang Sultan Ahmad diketahui British dan bangsa asing itu mengambil kesempatan untuk berbudi kepada Sultan Ahmad dengan mematahkan cubaan serangan itu.
Melihat seolah-olah Sultan Ahmad sudah termakan dengan budi yang ditabur mereka, British mengutuskan Hugh Clifford untuk memujuk Sultan supaya menerima seorang residen untuk membantu baginda memerintah Pahang. British sebenarnya memasang helah untuk menjajah Pahang bagi membolehkan mereka memungut hasil bumi yang banyak di negeri itu. Pihak British seterusnya memujuk Sultan Ahmad bagi membolehkan pihak Inggeris campurtangan di dalam pemerintahan Pahang kerana mahukan hasil bumi Pahang seperti balak, bijih timah, getah, gading, rotan, emas dan padi.
Untuk menangani masalah campurtangan pihak Inggeris di Pahang, Sultan Ahmad mengadakan mesyuarat bersama Dato’ Bahaman, Tok Gajah dan pembesar-pembesar Pahang di Kuala Bera, Temerloh. Selepas mesyuarat sulit yang diadakan di Sungai Salan, Pulau Tawar, Jerantut, semua pihak membuat keputusan tidak bersetuju membenarkan campurtangan pihak Inggeris ke atas Pahang.
Pada tahun 1885, British telah mengangkat Wan Mansur, adik kepada Sultan Ahmad menjadi Raja Muda. Berikut berlakunya kematian seorang Cina di istana Sultan Ahmad telah menyebabkan Sultan Ahmad terpaksa menandatangani perjanjian membenarkan British campurtangan dalam pemerintahan Pahang. Walaupun pada mulanya baginda enggan menerima kehadiran bangsa asing, atas beberapa helah dan desakan dari British, Sultan Ahmad akhirnya terpaksa bersetuju untuk menerima seorang Residen British di Pahang.
JP Rodger pada mulanya hanya berkhidmat sebagai penasihat Sultan untuk memerintah negeri tetapi lama-kelamaan lelaki asing itu mula besar kepala. Dia mula mengambil alih urusan mentadbir Pahang serta masuk campur ke dalam adat dan agama penduduk tempatan. Rodger mula merangka pelbagai peraturan sesuka hatinya tanpa berunding dengan sultan atau pembesar negeri. Sultan Ahmad dipaksa meluluskan segala peraturan yang diperkenalkan olehnya. Antara peraturan diperkenalkan Rodger, ternyata melanggar adat resam orang Melayu. Antaranya ialah melarang penduduk membawa senjata atau keris sesuka hati.
Rodger juga melarang pembesar negeri memungut cukai walaupun sebelum itu, semua pembesar diberi mandat oleh Sultan untuk memungut cukai, sebaliknya, Rodger melantik pegawainya, E.A Wise untuk mengutip cukai. British juga melantik E.A Wise sebagai majistret dan pasukan polis di kalangan pegawai mereka bagi mengawal dan mengadili kes jenayah dan secara tidak langsung mengurangkan kuasa pembesar Melayu yang dipertanggungjawab menjalankan tugas berkenaan sebelum itu.
Tindakan Rodger menimbulkan kemarahan pembesar Melayu terutama Dato’ Bahaman. Beliau enggan tunduk kepada perintah British dan terus mengutip cukai di Semantan. Tindakan Dato’ Bahaman itu menyebabkan British menghantar surat amaran kepada beliau tetapi tokoh pahlawan itu tetap tidak mengendahkannya. Tindakan Dato’ Bahaman itu turut disokong penduduk yang enggan bertuankan bangsa asing di tanah air sendiri.
Ketegangan bermula pada bulan Disember 1890 ketika E.A Wise hendak mendirikan sebuah balai polis di Lubuk Terua yang terletak di kawasan Dato’ Bahaman, tanpa sebarang perundingan dengannya. Apabila Hugh Clifford, Pemangku Residen British Pahang, mengetahui hal tersebut, beliau menasihatkan Sultan dan baginda kemudian menitahkan Dato’ Bahaman supaya pergi ke Pekan agar perkara itu dapat disiasat. Oleh sebab Dato’ Bahaman enggan ke Pekan, Sultan mengeluarkan surat perintah yang melucutkan pangkat dan tarafnya sebagai Dato’ Setia Perkasa Pahlawan, Orang Kaya Semantan.
Oleh kerana perlucutan jawatannya oleh Sultan dipengaruhi oleh Inggeris, Dato’ Bahaman bersumpah akan menghalau orang-orang Inggeris keluar dari Pahang kerana mereka telah memalukannya.
Pada Oktober 1891, British menghantar 25 anggotanya ke Balai Polis Lubuk Terua bagi mengawasi tindak-tanduk Dato’ Bahaman. Kemuncak kepada kebiadapan British apabila pihak Inggeris menangkap 3 orang pengikut Dato’ Bahaman di Sungai Semantan ketika sedang memancing ikan. Ketiga-tiga orang pengikut Dato’ Bahaman itu dibawa ke rumah pasung Lubuk Terua untuk diadili dan dihukum. Pihak Inggeris menuduh Dato’ Bahaman menyuruh ketiga-tiga orang itu mencuri hasil hutan tanpa kebenaran dan memerintahkan Dato’ Bahaman ditangkap dan dihukum. Salah seorang pengikut Dato’ Bahaman yang telah ditangkap berjaya melepaskan diri dan memberitahu Dato’ Bahaman tentang rancangan jahat Inggeris.
Dato’ Bahaman kemudiannya meminta pihak Inggeris membebaskan penduduk yang ditahan sebaliknya pihak Inggeris menunjukkan sikap besar kepala dan enggan mengikut arahan berkenaan. Mereka berkeras membawa tahanan itu ke Balai Polis Lubuk Terua untuk ditahan dan dibicara. Kesabaran Dato’ Bahaman berakhir dan beliau bersama pengikutnya menyerang pasukan polis British ketika mereka dalam perjalanan membawa tahanan ke balai polis berkenaan.
Setelah mengetahui peristiwa di Semantan itu, pegawai-pegawai Inggeris Pahang menyediakan tentera untuk melawan penentang Melayu. Ekoran dari itu pada 21 Disember 1891, satu pasukan yang diketuai oleh Clifford dan Tengku Mahmud pergi ke Kampung Kelubi yang merupakan kubu kedua pertahanan Dato’ Bahaman. Di sini berlaku sekali lagi pertempuran antara pihak Inggeris dengan Dato’ Bahaman tetapi pihak Inggeris sekali lagi ditewaskan.
Pada Disember 1891, Tengku Mahmud bersama-sama dengan 200 orang pengikutnya, dan Hugh Clifford bersama-sama dengan 60 orang Sikh di bawah pimpinan Kapten Summer telah mengaturkan gerakan untuk menyerang dan menangkap Dato’ Bahaman dan orang-orangnya. Bagaimanapun gerakan ini menemui kegagalan setibanya di Kelubi kerana keengganan pasukan Melayu bekerjasama dengan pasukan polis Sikh. Pihak Inggeris yang diketuai Hugh Clifford mengalami kekalahan dan terpaksa berundur dan meminta bantuan dari Singapura.
Pada Januari 1892, pihak Inggeris telah memaksa Sultan Wan Ahmad untuk menamatkan kebangkitan Dato’ Bahaman di Pahang. Satu pasukan yang dinamakan “Gerakan Sultan” telah dilancarkan pada 22 Januari 1892 dengan kekuatan 800 orang. Seramai 140 daripadanya mempunyai senjat api yang dipimpin oleh Tengku Ali, Rodger (Residen Pahang), Panglima Garang Yusof, Saiyid Ali Badoh dan Abdullah dari Bera. Gerakan ini juga menemui kegagalan kerana selain daripada hanya dapat memusnahkan 11 buah kubu kecil termasuk Kubu Batu Ampar, jejak Dato’ Bahaman tidak dapat dikesan dan tidak ada tanda-tanda yang memungkinkan Orang Kaya Semantan itu dan pengikut-pengikutnya yang terdekat akan tertangkap. Pada awal bulan Februari, 1892, keadaan tegang dianggap telah berakhir. Untuk sementara waktu, daerah Semantan telah diletakkan dibawah jagaan Abdullah Bera.
Pada Mac 1892, pasukan Dato’ Bahaman berjaya menawan semula Lubuk Terua. Perjuangan Dato’ Bahaman menjadi lebih hebat kerana dibantu oleh Tok Gajah. Pihak Inggeris kalah dan Abdullah Bera terpaksa pulang ke Bera. Kubu Lubuk Terua dikawal oleh orang-orang dari Cempaka dan Buluh. Ternyata mereka bersimpati dengan gerakan penentangan Dato’ Bahaman terhadap Inggeris.
Pada Mei 1982, Inggeris telah menyerang Lubuk Terua lagi. Pejuang Pahang terpaksa berundur ke Kelantan dan Terengganu. Di Terengganu, Ulama Tok Ku Paluh telah menyemarakkan semangat pejuang Pahang untuk berjihad menentang Inggeris. Pada 14 Jun 1894, Kuala Tembeling dan Jeram Ampai berjaya ditawan oleh Dato’ Bahaman bersama 100 orang pengikutnya.
Pada 29 Jun 1894 sepasukan tentera kerajaan Inggeris yang diketuai oleh Jeneral Walker menyerang kumpulan penentang Inggeris yang diketuai oleh Datuk Bahaman, Tok Gajah, Mat Kilau dan Mat Kelubi di Jeram Ampai, Kuala Tembeling, Pahang. Dalam serangan itu Pemangku Penguasa Ulu Pahang bernama Wise, terbunuh bersama empat anggota polis. Serangan tersebut menyebabkan Mat Kilau berundur ke Kelantan. Ini menandakan berakhirnya perang menentang Inggeris di Pahang.
Sir Hugh Clifford, Residen Bristish di Pahang melancarkan serangan secara besar-besaran yang menelan belanja yang banyak, memburu mereka hingga ke Terengganu dan Kelantan.
Gerakan itu dihentikan pada bulan November 1895 apabila Datuk Bahaman, Pawang Nong dan Mat Lela dikatakan menyerah diri kepada kerajaan Siam tetapi diberi tempoh perlindungan dan ditempatkan di Chiengmai pada awal 1896, manakala Tok Gajah dan Mat Kilau diberitakan meninggal di Terengganu.
Kebangkitan Dato’ Bahaman selama 4 tahun (1891-1894) telah menyebabkan pihak Inggeris menanggung hutang yang banyak. Sultan Ahmad dipaksa membayar sebanyak 7200.00 dollar setahun bagi menyelesaikan hutang tersebut.
Pengistiharan persetiaan
Semasa berada di Bunut Payung Kelantan, Dato Bahaman, Mat Kilau, Mat Lela & Mat Kelubi membuat satu pengistiharan persetiaan memberitahu bahawa mereka telah meninggal dunia.
Percubaan bunuh Dato’ Bahaman dan pengikutnya
Percubaan membunuh Dato’ Bahaman dan pengikutnya berlaku di Kuala Lebir, dekat Kota Baru pada tahu 1896. Satu jamuan makan serabai dan bubur jagung muda telah diadakan oleh orang besar adik beradik iaitu Wan Ngah, Wan Nik, Dato’ Lela dan orang besar Lebir. Seramai 15 orang termasuk 8 orang besar Kelantan dan Siam serta 7 orang pejuang Pahang. Kuih Serabai, bubur jagung muda dan air minuman yang dijamukan telah dibubuh racun. Mat Lela telah melarang Dato’ Bahaman dan kawan-kawannya dari menjamah hidangan yang beracun tersebut. Akhirnya, pembesar Kelantan dan Siam yang khianat memohon maaf dan mengakui kesalahan mereka.
Persetiaan sumpah
Memandangkan keadaan tidak selamat, Dato’ Bahaman dan pengikutnya telah mengambil keputusan pergi ke Siam. Sebelum itu satu persetiaan telah dilakukan di Kg. Bukit Haji Pak Jedih, Tanah Merah, dimana para pejuang bersumpah akan menggunakan nama lain dan tidak akan mendedahkan siapa diri mereka sebenarnya. Seramai 7 orang terlibat dalam sumpah persetiaan itu, iaitu Dato’ Bahaman (Panglima Kakap), Mat Kilau (Mat Siam, Mat Dahan, Mat Dadu, Mohamed Ibrahim), Mat Lela (Kilat Senja, Gong Poh), Mamat Kelubi (Tok Janggut).
Pada tahun 1911, Dato’ Bahaman telah kembali ke Kelantan manakala Mat Lela pergi ke Indonesia, sementara 2 orang pejuang lagi telah meninggal dunia di Patani, Siam. Pada tahun 1920, Dato’ Bahaman balik ke Kuantan dan tinggal di Kg. Paya Lalang (Padang Lalang) dengan memakai nama Lebai Deraman. Pada tahun 1926, Dato’ Bahaman berpindah ke Kg. Peramu dan dikenali sebagai Tok Guru Peramu. Mat Kilau pula dikatakan berpindah ke Kg Aur Rompin, Tanjumg Medang, Kg. pasir Panjang, Kg. Batu Tering Pekan, Kg. Batu Lima Jalan Gambang. Mamat Kelubi dan Panglima Hitam tidak diketahui kisahnya. Dato’ Bahaman tinggal di Kg. Peramu sehingga kematiannya.
Kedatangan Datuk Bahaman Ke Kelantan Versi Keturunan Long Gaffar ( Ayahku Limbat )
Semasa di Hulu Sat @ Machang, Long Mansur (cucunda Baginda Long Gaffar ) banyak menghabiskan masa dengan kegemarannya iaitu menjinakkan gajah yang diambil di Hulu Lebir (Hulu Kelantan). Pada satu masa, ketika baginda berada di sana, datang rombongan Dato’ Bahaman bersama keluarga dan pengikutnya bagi meminta perlindungan di Kelantan setelah melarikan diri dari buruan Inggeris di Pahang. Pemberontakan Dato’ Bahaman di Pahang bermula pada 8 Oktober 1891 selepas beliau dilucutkan jawatan sebagai Orang Kaya Semantan oleh Sultan Ahmad kerana enggan menurut perintah Inggeris yang melarangnya mengutip cukai.
Beliau dikatakan telah melarikan diri ke Kelantan pada akhir tahun 1894 selepas gagal dalam pemberontakan tersebut. (Sejarah Darul Iman, m.s 241).Semasa kejadian peristiwa ini, pemerintahan Kota Bharu bertukar kepada SultanMansor. Dato’ Bahaman dikatakan merupakan keluarga Sultan Mansor (KotaBharu) dan beliau membahasakan Sultan Mansor sebagai “Abang” di dalam percakapannya. Berita kedatangan Dato’ Bahaman ini diketahui oleh Sultan Mansor, lalu beliau datang berjumpa Baginda Long Mansor di Machang bagi memintanya supaya menjaga dan melindungi Dato’ Bahaman dan keluarganya. Baginda Long Mansor pada masa itu tidak terfikir akibat daripada tindakannya itu tadi kepada kesinambungan pemerintahan keturunan Long Ghafar di Kelantan.
Tindakan Sultan Mansor tersebut adalah helah beliau bagi mengelakkan dirinya daripada tuduhan melindungi Dato’ Bahaman yang pada masa itu menjadi buruan Inggeris.Kata Sultan Mansor, “ Pak Do tolong ambil orang kita di Hulu Lebir dan bawa balik ke rumah serta peliharalah”. Long Mansor tidak membantah,lalu tinggallah Dato’ Bahaman bersama keluarga dan pengikutnya di Machang di bawah jagaan Long Mansor. Menurut satu riwayat, beliau tinggal di sana selama 2 _ tahun. Menurut catatan di dalam buku SejarahDarul Iman (m.s 240) Dato’ Bahaman serta pengikutnya seramai 12 orang telah membuat kediaman di Sungai Ampul, iaitu cawangan daripada Sungai Lebir di Hulu Kelantan pada akhir tahun 1892.
Berita Dato’ Bahaman mendapat perlindungan di Kelantan akhirnya telah diketahui oleh Inggeris, lalu wakil kerajaan Inggeris telah datang ke Kelantan dan berjumpa Sultan Mansor di Kota Bharu meminta supaya menyerahkan“penderhaka” tersebut. Kata Sulltan Mansor,
“Kita tidak boleh buat apa-apa kerana kita di bawah takluk Bangkok. Kalau nak selesai dengan mudah minta sendiri pergi ke Bangkok minta kebenaran Raja Siam untuk tangkap keluarga Dato’ Bahaman”.
Mereka kemudiannya pergi ke Bangkok bagi meminta keizinan. Raja Siam memerintahkan dengan perintahnya,
“Kalau tak dapat Dato’ Bahaman, orang yang beri perlindungan kepada beliau, siapa saja akan menjadi ganti”.
Maka terkenalah Baginda Long Mansor dengan tipu muslihat Sultan Mansor.Orang-orang Inggeris itu kemudiannya kembali semula ke Kelantan bersama-sama dengan askar-askar Siam. Berita kedatangan askar-askar Siam untuk mengambil Dato’ Bahaman itu diketahui oleh Baginda Long Mansor, lalu baginda pergi berjumpa dengan Tengku Chik Tua Machang meminta nasihat. Beliau menasihati Baginda Long Mansor dengan katanya,
“ Kita tak boleh lawan Siam, sebab anak kita duduk di Kota Bharu (iaitu Tengku Salleh, anak Long Mansor yang berkahwin dengan anak sultan yang bernama Tengku Tengah atau Tengku Kembang, anak Long Sulong atau Sultan Ahmad)”.
Tambahnya lagi,
“Jangan lawan Siam sebab seluruh keluarga kita akan dibunuh oleh Siam”.
Selepas itu Baginda Long Mansor balik dan memanggil Dato’ Bahaman mengadap, lalu menceritakan keadaan yang sebenarnya. Kata Dato’Bahaman,
“Kita hanya patuh kepada keturunan raja Melayu yang asal, kitatidak kira siapa yang memerintah, mati pun kita redha, berkhidmat kepada raja Melayu”.
Baginda Long Mansor amat bersimpati akan nasib Dato’ Bahaman, lalu memintanya berundur daripada Machang. Terdapat duacara berudur yang digunakan, iaitu;
1. Keluarga Dato’ Bahaman berundur ke Kuala Berang, Terengganu.
2. Dato’ Bahaman pula, seorang diri pergi ke Menara (Narathiwat).
Pada masa Dato’ Bahaman mengadap Baginda Long Mansor itulah, askar-askar Siam telah mengepong keluarga serta pengikut Dato’ Bahaman di rumah Tengku Deraman di Kampung Kok Kiok di Bukit Bakau, Machang. Berita kepungan itu diketahui oleh Baginda Long Mansor,lalu katanya,
“Dato’, keluarga Dato’ telah dikepong oleh askar-askar Siam pada masa maghrib”.
Dato’ Bahaman kemudiannya terus pergi untuk menyelamatkan keluarganya yang sedang dikepong. Bersamanya dibawa lembing yang bernama “Beringin” (lembing berupa daun sireh), yangdikatakan mampu untuk memukau orang.
Apabila tiba di sana, lembing tersebut terus dipacakkan ke tanah di hadapan tangga rumah yang dikepong. Akibatnya semua askar Siam yang sedang mengepong itu dipukau dan tidak menyedari apa yang berlaku. Lantas Dato’ Bahaman menyuruh seluruh keluarganya turun dan melarikan diri ke Hulu Terengganu (Kuala Berang).
Kemudian, pada malam itu juga Dato’ Bahaman melarikan diri ke Menara. Menurut Buku Darul Iman (m.s. 242), pada November 1895, Dato’Bahaman, Awang Nong, Ibrahim, Haji Mat Wahid dan Mat Lela, telah menyerahkan diri kepada orang-orang besar Siam lalu dibawanya ke Siam.Sebenarnya Dato’ Bahaman tidak pernah menyerah diri kepada Siam. Apayang dilakukan ialah beliau melarikan di ke Menara dan bersembunyi disana.
Pada pagi keesokannya, askar-askar Siam itu menangkap Baginda Long Mansor dan di bawa ke Kota Bharu. Di sana tiga orang lagi ditangkap iaitu;
1. Pak Nik Ya (penghantar bunga emas).
2. Dato’ Lela PerkasaLundang.
3. Tuan Tabal.
Keempat-empat orang ini dibawa ke Bangkok sebagai tahanan selama tiga tahun. Apabila genap tiga tahun, tiga orang dihantar pulang ke Kota Bharu, tetapi Baginda Long Mansor dikatakant elah meninggal dunia semasa di dalam tahanan kerana penyakit “orang baik” (barah) dan dikebumikan di Bangkok (ditanam di dalam selut).Sebenarnya Baginda Long Mansor mati dibunuh dan hal ini diceritakan oleh Tok Kancil, iaitu pengawal peribadinya yang bersama-sama baginda semasa dalam tahanan di Bangkok.
Menurut ceritanya, kepala baginda disimpan dalam muzium di Bangkok sehingga ke hari ini, bersama-sama dengan kepala Tuan Lebih iaitu Raja Reman…..berdasarkan catatan ini jelas bahawa Datuk Bahaman tidak mati dibunuh oleh Siam (atas arahan British)…
beliau dikatakan muncul semula “lewat” kemunculan Mat Kilau….walaubagaimanapun kumunculan Datuk Bahaman (Tok Guru Peramu) tidak diiktiraf kerajaan khususnya kerajaan Pahang dipercayai atas sebab-sebab berkaitan dengan “takhta” Kesultanan Pahang….lagipun “TokGuru Peramu” juga enggan mengaku bahawa beliaulah Datuk Bahaman…jadi kisahnya kemudiannya lenyap begitu sahaja….
Nota: Fakta sejarah di atas telah diolah bahasanya dan diambil dari beberapa sumber. Penulis meminta maaf sekiranya terdapat fakta yang kurang tepat atau bercanggah dengan fakta sejarah sebenar. Pembaca diharap agar dapat memberi sedikit komen atau pembetulan fakta jika ada, di ruangan ‘comment’ yang tersedia. Wasalam.
Berikut merupakan catatan oleh ZAR yang hamba petik dari fail PDF yang bertajuk Pahlawan Melayu.
Tok Guru Peramu namanya yang sebenar ialah Tengku Abdul Rahman Alam Shah bin Tengku Nong (Tok Noh) dan terkenal dengan gelaran Datuk Bahamn Orang Kaya Setia Semantan Pahang. Beliau dilahirkan di Kota Raja Acheh Sumatera pada tahun 1824. Meninggal dunia di Kampung Peramu, Kuantan pada 23 Julai 1977 ketika berusia 153 tahun. Almarhum Yamtuan Tengku Antah Ibni Almarhum Yamtuan Radin adalah sepupu Tok Guru Peramu. Beliau dikatakan pernah menjadi Pemangku Yamtuan Besar Negeri Sembilan selepas kemangkatan Yamtuan Antah.
Kebanyakkan penduduk sekitar Daerah Pekan dan Kuantan mengangap orang tua ini sebagai keramat tetapi berlainan dengan penduduk kawasan Temerloh, Lancang, Bera, Bentong, Lipis, Negeri Sembilan ada tafsirannya tersendiri ketika itu. Pondok Tok Guru Peramu dibina berhampran anak Sungai Kuantan di Kampung Peramu semenjak 1960an beratapkan daun nipah yang usang tetapi tidak bocor walaupun hujan.
Malah orang tua itu juga dikatakan mengambil air perigi hanya mengunakan raga sahaja seperti orang biasa menggunakan timba. Beliau memasak air hingga mendidih hanya memadai dengan kertas dan habuk kayu sahaja diletakkan dibawah tungku tanpa kayu api.
Zaman perang Inggeris dan Jepun di Tnah Melayu 1941 – 1945 penduduk Tanjung Lumpur, Padang Lalalng dan sekitarnya dating berpindah berhampiran pondok Tok Guru Peramu kerana takutkan suasana perang ketika itu. Tok Guru Peramu hanya memasang bendera merah diempat penjuru tanah kawasan pondok-pondok seluas kira-kira 2 ekar itu dan askar Jepun tidak pernah menganggu penduduk disitu sepanjang lima tahun tersebut. Peluru dan bom tidak pernah jatuh disitu. Tok Guru Peramu juga tahu dengan jelas apa yang dibawa turun atau dibawa oleh kapal terbang inggeris di Pangkalan Tentera Km 16 Jalan Gambang setelah perang tamat walaupun beliau berada di pondoknya.
Lebih kurang sepuluh hari selepas kemunculan pahlawan Mat Kilau pada 29 Januari 1969 timbul pula kisah seorang tua penuh misteri dipanggil ‘ Tok Guru Peramu’ di Kampung Peramu dipinggir Sungai Kuantan. Mengemparkan pencipta sejarah tanah air. Berbagai cerita timbul dan beranggapan orang tua itu iaitu ‘Tok Guru Peramu’ mungkin ulama besar, guru agama, orang tak siuman dan mungkin salah seorang pengikut setia Datuk Bhaman yang rapat dan setia atau mungkin beliau sendiri Datuk Bahaman Orang Kaya Setia Semantan, Pahang. Pernah rombongan dengan tiga buah kereta dari Negeri Sembilan datang hendak membawa Tok Guru Peramu balik ke Negeri Sembilan dan hampir mencetuskan pergaduhan kerana penduduk tidak membenarkannya. Beliau tidak pernah menceritakan ramai saudara maranya di Negeri Sembilan.
Tok Guru Peramu sebelum ini pada umumnya lebih popular sebagai guru Al’ Quran, bomoh kerana itu ramai yang datang meminta air jampi penerang hati, ubat pengasih dan sebagainya dan hasilnya mengembirkan. Yang ajaibnya Tok Guru Peramu lebih dahulu tahu hajat atau niat setiap pelawatnya dan tidak pernah melayan peminat untuk meminta nombor ekor.
Tok Guru Peramu menarik minat orang ramai dan peminat sejarah setelah pahlawan Mat Kilau memberitahu bahawa ketuanya Datuk Bhaman Orang Kaya Semanatan Pahang masih hidup dan tinggal berhampiran 8km Jalan Gambang. Makin ramai orang datang menziarahi Tok Guru Peramu dengan membawa berbagai makanan seperti nasi kunyit (pulut kuning) dan lain-lain. Mereka yang pernah melihat Tok Guru Peramu akan merasa yakin beliau ialah Datuk Bahaman seperti dibayangkan oleh Mat Kilau walaupun berusia lebih 150 tahun kulit tubuhnya masih kental seperti orang muda Cuma giginya sahaja yang tiada.
Desakkan orang ramai akhirnya jawatan kuasa penyiasat ditubuhkan. Sayangnya tugas jawatan kuasa tidak semudah jawatan kuasa Mat Kilau kerana Tok Guru Peramu banyak menyembunyikan dirinya yang sebenar, percakapan banyak kiasan dan ibarat yang sukar difahami. Mengambil masa bertahun-tahun melalui tokoh-tokoh tertentu. Apabila pelawat sudah pulang dan orang tua itu akan memberitahu orang tertentu yang dipercayai seperti saudara maranya atau anak-anak muridnya bahawa dialah Datuk Bahaman sebagaimana disebut oleh Mat Kilau. Ini mungkin taktik Tok Guru Peramu mengelakkan dirinya dari melanggar sumpah
yang dilafazkan bersama pahlawan yang lain di Sungai Salan, Pulau Tawar, Jerantut beberapa bulan sebelum meletus pemberontakkan menentang Inggeris tahun 1891. Mengikut tahyol kononnya bila melanggar perjajnian seseorang itu akan pendek umur atau ditmpoa bencana.
Pernah ditegaskan oleh Tok Guru Peramu semasa Mat Siam istikharkan dirinya Mat Kilau dikhalayak ramai di Masjid Pulau Tawar, Jerantut dan orang tua itu berkata, ‘agaknya Mat Kilau itu nak pendek umur’Semacam menjadi kenyataan apa yang dikatakan itu tidak berapa lama Mat Siam yang mengaku Mat Kilau jatuh sakit dan uzur tidak boleh bercakap dan kerahmatullah pada Ahad 16 Ogos 1970 jam 0646 pagi. Tok Guru Peramu walaupun usianya lebih 25 tahun dari Mat Kilau dan meninggal hampir lapan tahun kemudian.
Tok Guru Peramu dipercayai bercakap terus terang seperti manusia biasa lain bagi menceritakan latar belakangnya jika sesorang tokoh agama macam beliau. Yang anihnya Tok Guru Peramu tahu mengenai cerita dan kisah-kisah perang yang berlaku zaman dahulu seperti di Kuantan, Kuala Sungai Parit, Kampung Masjid,
Kampung Langgar, Pekan, Semantan, Jerantut, Raub, Bentong, Ulu Tembeling, Selnagor, Perak, Negeri Sembilan, Johor, Terangganu dan Kelantan malah juga mengetahui kejadian di Golok, Chiengmai dan Patani, Thailand dimana beliau menceritkan dengan lancar bagaikan bersurat.
Mengenai Pahang Tok Guru Peramu boleh bercerita perkara yang berlaku semasa perang di zaman Al-Marhum Sultan Ahmad, perang saudara Wan Mutahir dengan Wan Ahmad, Perang Semantan, Perang Kuala Parit, Perang Lubuk Terua, Perang Lubuk Tembeling, Perang Jeram Ampai, Perang Lubuk Senggarat, Perang Genting Bidai, Perang Bukit Berapit, Perang Tanjung Putus di Negeri Sembilan, Perang Naning, Perang saudar di Selangor, dan Perang menentang Inggeris di Perak. Tok Guru Peramu juga kenal benar dan rapat dengan pahlawan-pahlwan Pahang menentang Inggeris dalam tahun 1891 seperti Iman Perang Rasu Tok Gajah, Mat Kilau, Mat Lela, Panglima Garang Yusof, The Ibrahim, Awang Nong, Mat Kelantan, Raja Ibrahim, Panglima Hitam Tok Selampit dari Perak, dan Batin Kalmak dari Klau, Semantan. Walaupun begitu beliau mengenali semua pahlawan menentang Inggeris tetapi beliau tak pernah menyebut atau menyentuh nama Datuk Bahaman dan perananya dalam ceritanya.
Selepas majlis pertemuan antara Mat Kilau dengan rombongan Mat Kelantan dan Raja Ibrahim bin Tan Kechik (Tok Raja) di Pusat Latihan Pertanian Paya Besar, Jalan Gambang dalam tahun 1970, Raja Ibrahim dibawa berjumpa Tok Guru Peramu dipondoknya. Dalam pertemuan singkat bersejarah itu terus terang Raja Ibrahim mengaku bahawa Tok Guru Peramu adalah guru silatnya sebelum perang menentang Inggeris sahlah Datuk Bahaman.
Dalam tahu 1971 tiga orang iaitu seorang sahabat semasa perang dan dua murid ‘tok Guru Peramu mengesahkan ‘Tok Guru Peramu’ ialah Datuk Bahaman Orang Kaya Semantan Pahang yang sebenar. Sahabat Tok Guru Peramu semasa perang ialah Radin DamaBulan atau nama sebenarnya Haji Osman bin Haji Abdullah, 125 tahun (1971) berasal dari Gunung Merapi Tanah Jawa yang sama-sama berganding bahu
bermati-matian menentang Inggeris di Pahang akhirnya terpaksa berundur keTerengganu, Kelantan hingglah ke Siam. Radendarmabulan sahabat baik Mat Kilau pernah menolong Tok Guru Peramu membuat beberapa bilah keris picit di tepi Sungai Lepar. Radin Damabullan bersama Tok Guru Peramu, Iman Perang Rasu Tok Gajah, Mat Kilau, Mat Lela, Mat Kelubi, Datuk Panglima Garang Syed Sagaf dan beberapa orang lagi berundur dari Semantan ke Batu Malim, Bukit Berapit, kemudian ke Terengganu dan Kelantan melalui Jalan Kuala Krai, Jeli, dan Bukit Kangkong hinggalah ke Teluk Seraya dan Sungai Jai di Siam. Dalam perjalanan mereka dari Pahang ke Terengganu, Kelanatan dan Siam memakan masa selama lebih kurang dua bulan. Mereka Cuma memakan ubi hutan, pucuk kayu, umbut bai dan umbut rotan.
Dari seramai 300 orang pejuang asal Pahang yang bermatian menentang Inggeris di Semantan, Tembeling, Kuala Lipis, Budu, dan lain-lain tempat sejak 1891 akhirnya Cuma tinggal 30 orang sahaja selepas gugur di medan pertempuran, mati sakit dan yang berpaling tadah. Tok Gajah semasa berundur ke Terengganu telah sakit kuat dan meninggal di hutan Ulu Terengganu dalam tahun 1894 dan di kembumikan secara ringkas oleh pahlawan Mat Kilau (anak Tok Gajah) dan Mat Lela (anak bongsu Datuk Bahaman) di Kampung Kijal, Kemaman, Terengganu dan batu nesannya diambil dari lereng Bukit Kijal. Manakala dua orang anak lelaki Tok Gajah, Awang Nong dan The Ibrahim gugur dalam pertempuran dengan polis Inggeris dan Sikh di
Ulu Semantan pada 1892.