TOPIK

Aidil Fitri (1) Air Kolah (9) Akhir Zaman (3) Aktiviti Ilmiah (3) Al-Quran (4) Alam (13) Alam Ghaib (5) Aldil Fitri (1) Allah wujud tanpa bertempat (15) Amal Soleh (4) Anti Hadis (1) Aqidah (15) ASWJ (63) Bab Munakahat (4) Bab Sihir (4) Bab Tauhid (7) Bahasa Melayu (6) Bahaya Syiah (7) Bertabarruk (2) Bid'ah (8) Bidaah Hasanah (7) Bulan Ramadhan (18) Bulan Rejab (1) Bulan Zulhijjah (1) Cintai DIA (1) Cuti-Cuti Malaysia (89) Doa (1) Dosa Besar (1) Ekonomi Islam (5) Fadilat Al-Quran (4) Fiqh (2) Futuhul Ghaib (1) Futuhul Makkiyyah (3) guru (17) Guru Mursyid (17) Guru Tariqat (17) guruku (15) Hadis Dhaif (6) Hadis Maudhu' (1) Hadis Nabi (14) Hakikat (2) Hari Kemudian (1) Hotel Islam (1) Hukum Berkaitan Zikir (9) Ibadat Haji (6) Ibnu Taimiyyah (16) ilmu kebatinan (5) Ilmu Laduni (1) ilmu persilatan (2) Imam Malik (1) Insan Kamil (1) Israk Mikraj (10) Istanbul (20) Isu Halal (2) Isu Kalimah Allah (4) Isu Khilaf (25) Isu Khilafiah (27) Isu Semasa (4) Isu Wahhabi (97) Isu Yaqazah (10) Jalan-Jalan (130) Jihad Ekonomi (37) Jom Makan (16) Karamah (2) kebenaran (7) Kesultanan Melayu (7) Kewangan dan Perbankan Islam (1) Khatamun Nubuwwah (2) Kisah Mualaf (28) Kisah Nabi (2) Koleksi (2) Kosong (3) Kurma (1) Lagu (1) Lailatul Qadar (14) Makam Sultan (7) Makam Sultan/Raja Melayu (8) Makam Wali Allah (46) Makhluk Halus (1) Makrifat (1) Martabat Tujuh (4) Masjid (47) Masjid Lama (25) Masjid Utama (34) Maulidur Rasul (23) Mekah (2) Melayu (14) Mengenal Diri (9) Merdeka (1) Misteri (11) motivasi (1) Mukasyafah (2) Mutasyabihat (7) Nabi Ibrahim A.S. (1) Nabi Khidir A.S. (14) Nabi Musa A.S. (1) Neraka (1) Nisfu Syaaban (17) nostalgia (1) Nur Muhammad (6) Nuzul Quran (3) Pahlawan Islam (3) Pahlawan Melayu (10) Pelancongan Tanah Tinggi (4) Peluang Perniagaan (1) pengumuman (7) Penyakit (1) Perjalanan Diri (2) Perubatan Islam (3) Perubatan tradisional (2) Petua (1) Puasa Ramadhan (18) Puasa Sunat (2) Pulau Besar (18) Putrajaya (3) Rabitah (1) Rahmat Allah (1) Rawatan Islam (1) rekreasi (21) Rezeki (1) RSAW (11) Rumahku Syurgaku (4) Sajak (7) Sedekah (1) Sejarah Melayu (6) Selawat (7) Senibina Islam (8) Sifat 20 (2) Solat (8) Solat Sunat (9) Sumpah (1) Sunnah RSAW (9) Tamadun Islam (8) Tariqat (8) Tasawuf (26) Tawassul (5) Tulisanku (358) Ulamak Islam (7) Ulamak Nusantara (22) Ulamak Tanah Melayu (18) Universiti (5) Usahawan Muslim (9) Usuluddin (1) wahdatul wujud (5) Wahhabi dan Keganasan (9) Wali Allah (62) Wali Melayu (33) Wali Songo (10) Youtube (1) Zakat (13) Zakat Fitrah (4)

Isnin, 6 Disember 2010

Aktiviti di FRIM Kepong, Selangor

Assalamu'alaikum,


30 November 2010, kali pertama menjejakkan kaki ke FRIM, Kepong. Alhamdulillah, sampai juga ke sini. Terima kasih kepada majikanku kerana membawa penulis ke sini. Walaupun boleh mendapat pengecualian aktiviti Canopy Walk atas sebab-sebab tertentu, hajat dihati sebagai ‘bekas pengembara’ zaman muda-muda dulu diteruskan. Sudah lama tidak tahu dan tidak menguji sejauhmana kemampuan ‘memaksa’ diri sendiri melakukan sesuatu yang sukar di kala usia semakin meningkat.





 
Kepelbagaian Flora di FRIM yang dilensa oleh si penulis.  Manusia biasanya alpa dan hanya melihat sesuatu tanpa fokus seperti flora di atas.  Bunga biasa jika dilensa secara fokus dan diambil dari sudut yang baik akan ‘naik cantiknya’.  Sebenarnya ciptaan Allah Taala itu memang cantik kerana Allah Taala itu Maha Cantik dan suka kepada kecantikan.  Hanya kita hamba-Nya yang tidak tahu menilai.


Alam dan sekitaran adalah anugerah Allah.  Keupayaan manusia sebagai makhluk-Nya, sebagai hamba-Nya yang berusaha memahami ciptaan-Nya seperti flora dan fauna sebenarnya akan mendekatkan kita dengan Sang Pencipta. Lihatlah, kajilah betapa halus dan teliti ciptaan-Nya, begitu sempurna tanpa cacat-cela. Cuma kebanyakan kita mengkaji ciptaan-Nya untuk kepentingan kita, apa yang dapat dipakaiguna oleh ciptaan-Nya untuk kita, bukannya melihat bagaimana nama-nama-Nya dan sifat-sifat-Nya dimanifestasi dalam alam ciptaan-Nya.  Jahilnya kita mengagungkan penemuan kita sendiri dalam bidang sains sedangkan setitik darah pun manusia tidak mampu membuatnya.




Kita tidak dilarang memanfaatkan alam Anugerah Allah untuk kepentingan manusiawi asalkan dalam batas dan lingkungannya. Pokok ‘Kapur Berkobis’ ini diberitakan hanya ada dua sahaja di dunia yakni di FRIM dan Irian Jaya, malah pernah didokumentasikan oleh National Geographic.  Apa yang istimewanya adalah daun-daun dari pokok yang berbeza tidak akan bersentuhan kerana memiliki enzim yang berbeza, dan inilah yang menyebabkan ia berbentuk seperti kobis. Mengapa rakyat kita tidak tahu, mengapa kita tidak dapat menggunakan ‘kelebihan ini’ untuk kepentingan manusiawi dan Negara?

 
 
Jika kita meneliti sekuntum bunga dan melihat sepohon buluh, kerangka minda kita mungkin terfikir tentang cantik bunga dan apa guna pohon buluh ini? Mengapa kita tidak terfikir tentang DIA yang menjadikan segalanya? Minda kita dijajah, cara kita berfikir direkabentuk oleh peradaban semasa, itulah hakikatnya



 Kacip Fatimah-popular dalam kalangan wanita


Keladi Gergasi di FRIM


Pondok untuk Canopy Walkway, buatan
manusia tanpa mesin sekitar tahun 1991

Penulis selepas mula berjalan atas laluan Canopy Walk, meninggalkan Pondok.

Jauh Canopy Walk ini sekitar 150 meter Bagi yang gayat, memang ‘mencabar’ juga

Keindahan alam dapat dinilai oleh mereka yang berusaha ‘membaca’ alam ini
 

Canopy Walk ini mencabar bagi yang kurang pengalaman dengan kegiatan sebegini. Tahniah bagi yang berjaya melepasinya terutamanya yang gayat. Halangan pertama untuk berjaya adalah halangan minda. Bantuan pertama untuk berjaya adalah pengalaman.



Pemandangan Bandaraya Kuala Lumpur dari Canopy Walk. Anda boleh melihat sejauh Menara Telekom Malaysia (berbentuk Rebung) dan sehingga Sunway sekalipun.  Pemimpin yang berjaya berupaya melihat sesuatu perkara dari segi dekat dan jauhnya dan dalam pelbagai dimensi dan perspektif.


Ujian besar dalam kehidupan dapat ditempuhi jika kita memiliki ketenangan.  Ketenangan dapat dikecapi dengan melihat perbuatan-Nya dan sentiasa merasai kewujudan-Nya.

Kehidupan adalah perjalanan dari satu perhentian ke satu perhentian yang lain sehingga sampai ke destinasinya

Air terjun – kesegaran bermandi-manda dalam alam ciptaan Ilahi masakan sama dengan mandi di rumah.
 
 Cabaran utama pembangunan masa kini dan masa depan adalah mewariskan bumi yang lebih baik untuk anak cucu kita dan memastikan mereka juga mewariskan bumi yang lebih baik untuk anak cucu mereka.
 Setelah penat mendaki dan Canopy Walk, masa berehat dan memulihkan tenaga.
Terima kasih kepada Majikan penulis atas hidangan makan tengahari yang ‘boleh tahan’,  terutamanya Kambing Golek, walaupun penulis tak makan kambing.


 *Catatan ini merupakan sebahagian daripada tugasan refleksi (yang telah diubahsuai) yang perlu penulis sediakan untuk aktiviti di FRIM ini.




















Tiada ulasan:

Catat Ulasan