TOPIK

Aidil Fitri (1) Air Kolah (9) Akhir Zaman (3) Aktiviti Ilmiah (1) Al-Quran (4) Alam (13) Alam Ghaib (5) Aldil Fitri (1) Allah wujud tanpa bertempat (15) Amal Soleh (3) Anti Hadis (1) Aqidah (17) ASWJ (63) Bab Munakahat (4) Bab Sihir (3) Bab Tauhid (9) Bahasa Melayu (6) Bahaya Syiah (7) Bertabarruk (2) Bid'ah (8) Bidaah Hasanah (7) Bulan Ramadhan (18) Bulan Rejab (1) Bulan Zulhijjah (1) Cintai DIA (1) Cuti-Cuti Malaysia (89) Doa (1) Dosa Besar (1) Ekonomi Islam (5) Fadilat Al-Quran (4) Fiqh (3) Futuhul Ghaib (1) Futuhul Makkiyyah (3) guru (2) Guru Mursyid (6) Guru Tariqat (6) Hadis Dhaif (6) Hadis Maudhu' (1) Hadis Nabi (14) Hakikat (1) Hari Kemudian (1) Hotel Islam (1) Hukum Berkaitan Zikir (9) Ibadat Haji (6) Ibnu Taimiyyah (16) ilmu kebatinan (5) Ilmu Laduni (1) ilmu persilatan (2) Imam Malik (1) Insan Kamil (1) Israk Mikraj (10) Istanbul (17) Isu Halal (2) Isu Kalimah Allah (4) Isu Khilaf (25) Isu Khilafiah (29) Isu Semasa (4) Isu Wahhabi (97) Jalan-Jalan (128) Jihad Ekonomi (34) Jom Makan (16) Karamah (2) kebenaran (5) Kesultanan Melayu (7) Kewangan dan Perbankan Islam (1) Khatamun Nubuwwah (2) Kisah Mualaf (28) Kisah Nabi (2) Koleksi (2) Kosong (2) Kurma (1) Lagu (1) Lailatul Qadar (14) Makam Sultan (5) Makam Sultan/Raja Melayu (7) Makam Wali Allah (43) Makhluk Halus (1) Makrifat (1) Masjid (41) Masjid Lama (24) Masjid Utama (29) Maulidur Rasul (23) Mekah (2) Melayu (14) Merdeka (1) Misteri (10) motivasi (1) Mukasyafah (2) Mutasyabihat (7) Nabi Ibrahim A.S. (1) Nabi Khidir A.S. (14) Nabi Musa A.S. (1) Neraka (1) Nisfu Syaaban (17) nostalgia (1) Nur Muhammad (6) Nuzul Quran (3) Pahlawan Islam (2) Pahlawan Melayu (10) Pelancongan Tanah Tinggi (4) pengumuman (7) Penyakit (1) Perubatan Islam (2) Perubatan tradisional (1) Petua (2) Puasa Ramadhan (18) Puasa Sunat (2) Pulau Besar (18) Putrajaya (3) Rabitah (1) Rahmat Allah (1) Rawatan Islam (1) rekreasi (21) Rezeki (1) RSAW (11) Rumahku Syurgaku (4) Sajak (6) Sedekah (1) Sejarah Melayu (6) Selawat (7) Senibina Islam (8) Sifat 20 (2) Solat (8) Solat Sunat (9) Sumpah (1) Sunnah RSAW (9) Tamadun Islam (8) Tariqat (7) Tasawuf (23) Tawassul (5) Tulisanku (311) Ulamak Islam (7) Ulamak Nusantara (20) Ulamak Tanah Melayu (16) Universiti (3) Usahawan Muslim (9) Usuluddin (1) Wahhabi dan Keganasan (9) Wali Allah (50) Wali Melayu (22) Wali Songo (10) Youtube (1) Zakat (13) Zakat Fitrah (4)

Rabu, 29 Disember 2010

Masjid Negeri Pahang - Masjid kelapan

Salam,

Masjid lama Jemapoh, Masjid Sikamat, Masjid Besi Putrajaya, Masjid Pengkalan Rawa, Masjid Kampung Hulu, Masjid Kampung Keling, Masjid Tengkera...ehmmm ini masjid kelapan - 8. Selepas  Makam Tok Peramu, kami sewa chalet di Pantai Balok (masih 12 Disember 2010). Alhamdulillah, ada chalet kosong, lagipun hari Ahad biasanya pengunjung dah keluar hotel/chalet, tak perlu risau sangat tentang penginapan. Selepas melayan anak-anak mandi laut dan mandi kolam di Balok, kami turun semula ke Bandar Kuantan  dan solat Maghrib dan Isyak di Masjid Negeri Pahang. Ini merupakan masjid negeri pertama yang disinggahi dalam suatu kerja yang tidak diketahui kesudahannya. Ini kali ke sekian hamba singgah dan bersolat di sini.  Hamba juga pernah bersama Mursyid hamba ke sini suatu ketika dahulu, ketika anak pun masih seorang...:-(

Banda Kuantan terkenal dengan kebersihannya, sama seperti Kota Kudus di Tanah Jawa yang memang bersih.  Majlis Perbandaran Kuantan (MPK) telah bekerja keras dalam memastikan bandar ini bersih dan cantik.  Pada bulan Jun 1992, hamba pernah sampai ke Kuantan kali pertama dalam kembara solo ke beberapa negeri di Semenanjung Malaysia. Hamba tidur beberapa malam di rumah kawan di Pantai Batu Hitam dan di rumah tok saudara di Felda Bukit Goh.

Memandangkan Kuantan tidak jauh dari Lembah Klang, hamba dah banyak kali ke sini. Penginapan semasa tugas rasmi biasanya di M.S. Garden di pusat bandar, Swiss Garden di jalan menghala ke arah Cherating, dan di De Rhu di Pantai Balok.  Memandangkan ekspedisi ini tajaan sendiri, maka hotel murah pun cukuplah...Kalau urusan rasmi, kakitangan organisasi yang uruskan, ekspedisi ini urusan sendiri maka 'walk'in' sajalah...DeRhu terkenal kerana kolam untuk kanak-kanaknya yang luas, sesuai untuk percutian keluarga. Tapi harganya boleh tahan, waktu hamba singgah dan tanya, RM240 semalam, tiada diskaun sebab musim cuti sekolah...

Apapun, yang penting dapat tidur dan merehatkan badan barang sekejap. Maka chalet RM85 semalam dah memadai buat kami sekeluarga.  Semasa bersolat dan iktikaf di masjid negeri, terdapat kuliah tasawuf oleh penceramah.  Dengan suaranya yang lembut dan bahasanya yang memikat, taklah jemu isteri hamba menunggu hamba menghabiskan kerja-kerja yang patut di dalam masjid. Kemudiannya kami menuju ke rumah seorang rakan yang dikenali semasa di luar negara untuk terus menghubungkan silaturrahim dan makan malam. Jam 1115 malam baru sampai chalet. Letih dan terus tidur.....




Maklumat berikut dari http://www.bumisepi.com/MasjidNegeriKuantanPahangMY.html

Nama rasmi masjid ini ialah Masjid Sultan Ahmad Shah 1, sempena nama Sultan Pahang sekarang. Ianya terletak di tengah-tengan Bandar Kuantan, ibu negeri Pahang. Terletak di Jalan Mahkota, masjid ini terletak di pusat bisnes yang sibuk. Di sekitar masjid ini terdapat bangunan-bangunan kerajaan, bank-bank dan kedai-kedai.  Bersebelahan masjid ini ialah sebuah padang bola yang luas.

Masjid ini adalah antara tempat tarikan pelancong ke Kuantan.  Rekabentuknya elegan dan senibinanya halus. Kubah utama di kelilingi oleh minaret-minaret.  Warna temanya ialah biru muda.

Jangan lupa berniat iktikaf dan solat sunat tahiyyatul masjid jika anda singgah di sini.



Tiada ulasan:

Catat Ulasan