TOPIK

Aidil Fitri (1) Air Kolah (9) Akhir Zaman (3) Aktiviti Ilmiah (3) Al-Quran (4) Alam (13) Alam Ghaib (5) Aldil Fitri (1) Allah wujud tanpa bertempat (15) Amal Soleh (3) Anti Hadis (1) Aqidah (15) ASWJ (62) Bab Munakahat (4) Bab Sihir (4) Bab Tauhid (7) Bahasa Melayu (6) Bahaya Syiah (7) Bertabarruk (2) Bid'ah (8) Bidaah Hasanah (7) Bulan Ramadhan (18) Bulan Rejab (1) Bulan Zulhijjah (1) Cintai DIA (1) Cuti-Cuti Malaysia (89) Doa (1) Dosa Besar (1) Ekonomi Islam (5) Fadilat Al-Quran (4) Fiqh (2) Futuhul Ghaib (1) Futuhul Makkiyyah (3) guru (2) Guru Mursyid (6) Guru Tariqat (6) Hadis Dhaif (6) Hadis Maudhu' (1) Hadis Nabi (14) Hakikat (1) Hari Kemudian (1) Hotel Islam (1) Hukum Berkaitan Zikir (9) Ibadat Haji (6) Ibnu Taimiyyah (16) ilmu kebatinan (5) Ilmu Laduni (1) ilmu persilatan (2) Imam Malik (1) Insan Kamil (1) Israk Mikraj (10) Istanbul (20) Isu Halal (2) Isu Kalimah Allah (4) Isu Khilaf (25) Isu Khilafiah (27) Isu Semasa (4) Isu Wahhabi (97) Jalan-Jalan (129) Jihad Ekonomi (37) Jom Makan (16) Karamah (2) kebenaran (5) Kesultanan Melayu (7) Kewangan dan Perbankan Islam (1) Khatamun Nubuwwah (2) Kisah Mualaf (28) Kisah Nabi (2) Koleksi (2) Kosong (2) Kurma (1) Lagu (1) Lailatul Qadar (14) Makam Sultan (7) Makam Sultan/Raja Melayu (8) Makam Wali Allah (45) Makhluk Halus (1) Makrifat (1) Masjid (47) Masjid Lama (25) Masjid Utama (34) Maulidur Rasul (23) Mekah (2) Melayu (14) Merdeka (1) Misteri (11) motivasi (1) Mukasyafah (2) Mutasyabihat (7) Nabi Ibrahim A.S. (1) Nabi Khidir A.S. (14) Nabi Musa A.S. (1) Neraka (1) Nisfu Syaaban (17) nostalgia (1) Nur Muhammad (6) Nuzul Quran (3) Pahlawan Islam (3) Pahlawan Melayu (10) Pelancongan Tanah Tinggi (4) Peluang Perniagaan (1) pengumuman (7) Penyakit (1) Perubatan Islam (2) Perubatan tradisional (1) Petua (1) Puasa Ramadhan (18) Puasa Sunat (2) Pulau Besar (18) Putrajaya (3) Rabitah (1) Rahmat Allah (1) Rawatan Islam (1) rekreasi (21) Rezeki (1) RSAW (11) Rumahku Syurgaku (4) Sajak (6) Sedekah (1) Sejarah Melayu (6) Selawat (7) Senibina Islam (8) Sifat 20 (2) Solat (8) Solat Sunat (9) Sumpah (1) Sunnah RSAW (9) Tamadun Islam (8) Tariqat (7) Tasawuf (24) Tawassul (5) Tulisanku (331) Ulamak Islam (7) Ulamak Nusantara (20) Ulamak Tanah Melayu (16) Universiti (5) Usahawan Muslim (9) Usuluddin (1) wahdatul wujud (2) Wahhabi dan Keganasan (9) Wali Allah (52) Wali Melayu (24) Wali Songo (10) Youtube (1) Zakat (13) Zakat Fitrah (4)

Jumaat, 3 Disember 2010

Masjid Tengkera, Melaka

Assalamu'alaikum,

Hari pertama Raya Haji diakhiri dengan ziarah dan solat di Masjid Tengkera. Masjid ini dikatakan masjid kedua tertua di Malaysia, ehmm...mungkin tidak...he3...Kira-kiranya masjid ini telah berusia hampir 300 tahun. Ini merupakan kali ke?? hamba ke sini. Pengalaman yang tidak dapat dilupakan adalah kebiadaban pembantu/penolong imam masjid ini terhadap isteri dan anak hamba sewaktu kunjungan pada tahun 2008. Waktu tu, hamba sedang bersolat. Setelah selesai bersolat dan mendengar penjelasan rakan-rakan, hamba bercadang nak berhadapan dengan penolong Imam tu, tetapi beliau seperti 'mengelak' dengan bersolat.  'Urusan dengan Penolong Imam' itu hamba serahkan kepada Allah Taala. DIA lah yang maha adil dalam menghukum. Namun, kedatangan hamba kali ini tak terserempak pulak dengan pembantu/penolong Imam ini. Kebiadaban penolong imam ini telah 'mencemarkan' keberkatan masjid ini.

Setelahs selesai solat Maghrib dan Isyak, hamba pun pulang ke kampung isteri. Sampai rumah jam 11 malam...


Mimbar

Ruang solat utama



Pintu masuk ke ruang solat utama

'Komitmen' Jabatan Warisan Negara

Ada kolah di sini untuk berwudhuk

Kawasan solat wanita

Perigi lama

Binaan lama dalam kawasan masjid; menuju ke bilik air

Catatan sejarah

Antara ulamak yang dilahirkan di sini

Pemandangan pada waktu malam dari dalam masjid


Pemandangan pada waktu malam dari seberang jalan

Pintu pagar utama


Gambar waktu siang  - ambil dari internet
Petikan dari internet:

Masjid ini merupakan masjid lama yang terletak di Jalan Tengkera yang berdekatan dekat Jalan Gajah Berang. Masjid ini telah dibina pada tahun 1728 dan merupakan masjid bersejarah pertama kerana dibina pada zaman pemerintahan Belanda. Masjid ini juga merupakan masjid kedua tertua di Melaka selepas Masjid Peringgit.

Bangunan masjid ini bersegi empat dan ditutup oleh bumbung berlapis tiga. Bentuk seni bina masjid ini hampir menyerupai Masjid Kampung Laut di Kelantan dan Masjid Demak di Pulau Jawa, Indonesia. Perkara yang ganjil tentang masjid ini ialah terdapat sebuah menara yang mempunyai seni bina yang sama dengan pagoda. Menaranya diperbuat daripada batu dan reka bentuknya jelas memperlihatkan kombinasi seni bina Cina dan India.

Pada asalnya, Masjid Tengkera ini diperbuat daripada kayu dengan atapnya daripada daun nipah dan tiangnya daripada kayu berlian atau ulin yang diimport dari Kalimantan, Sumatera. Masjid ini telah diperbaharui beberapa kali iaitu pada tahun 1890 dan 1910.

Di dalam kawasan masjid ini terdapat makam Sultan Hussein Muhammad Shah dari Johor yang telah mengiktiraf perjanjian awal penyerahan Singapura kepada Sir Stamford Raffles dengan Temenggung Abdul Rahman pada 6 Februari 1819. Selepas penyerahan Singapura, baginda meninggalkan Singapura dan berpindah ke Melaka. Sultan Hussein Muhammad Shah mangkat pada 5 September 1835 dan dimakamkan di perkarangan masjid ini.


Sumber:
(a) Fauziah Abd. Ralip, (2002). Tanah Bersejarah. Selangor: Pustaka Cita Tinggi
(b) Mohamed Rosean Abdul Malek, (1998). Kesan Sejarah dan Tempat-Tempat Menarik Negeri Melada Bandar Raya Bersejarah. Petaling Jaya: Oscar Book International.
(c) Suraya, (1995). Melaka Bandaraya Bersejarah. Kuala Lumpur: Penerbitan Hartamas.
(d) Shahidah Sulaiman, (1997). Melaka Bandar Raya Bersejarah. Petaling Jaya: Penerbit Setiamas.
(sumber: http://sejarah2u.blogspot.com/2009/01/masjid-tengkera.html)

Masjid Tengkera merupakan sebuah masjid yang terletak di Tengkera dalam daerah Melaka Tengah, Melaka. Ia dibina pada tahun 1728 dan merupakan masjid bersejarah kerana dibina pada zaman pemerintahan Belanda. Masjid ini juga adalah masjid yang kedua tertua di Malaysia selepas Masjid Kampung Hulu di Melaka.

Keunikan reka bentuk Masjid Tengkera pada zaman itu membuktikan bahawa Islam telah bertapak di Melaka sejak 600 tahun yang lalu. Pada asalnya, masjid ini diperbuat daripada kayu dengan atapnya daripada daun nipah dan tiangnya daripada kayu berlian atau ulin yang diimport dari Kalimantan, Indonesia. Masjid ini telah diperbaharui dua kali pada tahun 1890 dan 1910.

Di dalam kawasan masjid ini terdapat makam Sultan Hussein Muhamad Shah dari Johor yang telah mengiktiraf perjanjian awal penyerahan Singapura kepada Sir Stamford Raffles dengan Temenggung Abdul Rahman pada 6 Februari 1819.

Selepas penyerahan Singapura, baginda meninggalkan Singapura dan berpindah ke Melaka. Sultan Hussein Muhamad Shah mangkat pada 5 September 1835 dan dimakamkan di perkarangan masjid ini.

sumber : http://ms.wikipedia.org/wiki/Masjid_Tengkera


8 ulasan:

  1. sapa nama imam 2 masjid tengkera ni?...yang muda tu?...kata semua orang sesat...dia dengan ajaran guru dia aje yang betul...skrg ni dok kumpul org dgr dakyah dia kononnya sambil membetulkan tauhid orang...syahadah dengan dia dan geng dia aje yang laku...boleh naik sampai langkit ke-7....awass saudara kalau tak berilmu, kita akan terpesong!

    BalasPadam
  2. Ya, imam yg muda tu...kalau ilmu dia tinggi, dia tak akan mencemarkan masjid dengan kebiadabannya...Hamba tunggu nak bersemuka, 'tak berani pulak dia'... Insya-Allah lain kali, kalau diizinkan Allah, hamba akan bersemuka dengan dia...

    BalasPadam
  3. saya pernah ke rumah imam muda ni, member bawak. habis semua amalan kita dikatakan sesat. amalan 100k al-ikhlas pun dia kata sesat...padahal ada dalam hadis nabi...

    ada 2 ekor beruk lagi yang menyesatkan umat, seekor gemuk mcm kerbau pendek, seekor lagi macam mat indon sesat, memalam pakai cermin mata gelap!.

    habis semua org sesat...darul syifa sesat...semualahh sesat, ..masyaAllah...

    JAIM tak buat apa ke?...

    BalasPadam
    Balasan
    1. xmsuk syurga pon kalau kau tuduh dia mcm2..haha

      Padam
  4. jom lihat blog diaorang siap ada video, blog baru puak-puak ni PANJILANGIT.BLOGSPOT.COM

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul ke imam 2 sesat,kalau sesat knapa smpai skg dia jadi imam,bertaubat lah.....jng tahu buat je....

      Padam
  5. jgn buat tuduhan sesuka hati sja..

    BalasPadam
  6. Imam 2 tu sape nme? Da buat laporan kt jakim ke?

    BalasPadam