TOPIK

Aidil Fitri (1) Air Kolah (9) Akhir Zaman (3) Aktiviti Ilmiah (3) Al-Quran (4) Alam (13) Alam Ghaib (5) Aldil Fitri (1) Allah wujud tanpa bertempat (15) Amal Soleh (4) Anti Hadis (1) Aqidah (15) ASWJ (63) Bab Munakahat (4) Bab Sihir (4) Bab Tauhid (7) Bahasa Melayu (6) Bahaya Syiah (7) Bertabarruk (2) Bid'ah (8) Bidaah Hasanah (7) Bulan Ramadhan (18) Bulan Rejab (1) Bulan Zulhijjah (1) Cintai DIA (1) Cuti-Cuti Malaysia (89) Doa (1) Dosa Besar (1) Ekonomi Islam (5) Fadilat Al-Quran (4) Fiqh (2) Futuhul Ghaib (1) Futuhul Makkiyyah (3) guru (17) Guru Mursyid (17) Guru Tariqat (17) guruku (15) Hadis Dhaif (6) Hadis Maudhu' (1) Hadis Nabi (14) Hakikat (2) Hari Kemudian (1) Hotel Islam (1) Hukum Berkaitan Zikir (9) Ibadat Haji (6) Ibnu Taimiyyah (16) ilmu kebatinan (5) Ilmu Laduni (1) ilmu persilatan (2) Imam Malik (1) Insan Kamil (1) Israk Mikraj (10) Istanbul (20) Isu Halal (2) Isu Kalimah Allah (4) Isu Khilaf (25) Isu Khilafiah (27) Isu Semasa (4) Isu Wahhabi (97) Isu Yaqazah (10) Jalan-Jalan (130) Jihad Ekonomi (37) Jom Makan (16) Karamah (2) kebenaran (7) Kesultanan Melayu (7) Kewangan dan Perbankan Islam (1) Khatamun Nubuwwah (2) Kisah Mualaf (28) Kisah Nabi (2) Koleksi (2) Kosong (3) Kurma (1) Lagu (1) Lailatul Qadar (14) Makam Sultan (7) Makam Sultan/Raja Melayu (8) Makam Wali Allah (46) Makhluk Halus (1) Makrifat (1) Martabat Tujuh (4) Masjid (47) Masjid Lama (25) Masjid Utama (34) Maulidur Rasul (23) Mekah (2) Melayu (14) Mengenal Diri (9) Merdeka (1) Misteri (11) motivasi (1) Mukasyafah (2) Mutasyabihat (7) Nabi Ibrahim A.S. (1) Nabi Khidir A.S. (14) Nabi Musa A.S. (1) Neraka (1) Nisfu Syaaban (17) nostalgia (1) Nur Muhammad (6) Nuzul Quran (3) Pahlawan Islam (3) Pahlawan Melayu (10) Pelancongan Tanah Tinggi (4) Peluang Perniagaan (1) pengumuman (7) Penyakit (1) Perjalanan Diri (2) Perubatan Islam (3) Perubatan tradisional (2) Petua (1) Puasa Ramadhan (18) Puasa Sunat (2) Pulau Besar (18) Putrajaya (3) Rabitah (1) Rahmat Allah (1) Rawatan Islam (1) rekreasi (21) Rezeki (1) RSAW (11) Rumahku Syurgaku (4) Sajak (7) Sedekah (1) Sejarah Melayu (6) Selawat (7) Senibina Islam (8) Sifat 20 (2) Solat (8) Solat Sunat (9) Sumpah (1) Sunnah RSAW (9) Tamadun Islam (8) Tariqat (8) Tasawuf (26) Tawassul (5) Tulisanku (358) Ulamak Islam (7) Ulamak Nusantara (22) Ulamak Tanah Melayu (18) Universiti (5) Usahawan Muslim (9) Usuluddin (1) wahdatul wujud (5) Wahhabi dan Keganasan (9) Wali Allah (62) Wali Melayu (33) Wali Songo (10) Youtube (1) Zakat (13) Zakat Fitrah (4)

Selasa, 9 Ogos 2011

Lagi Kisah Mengenai Nabi Khidir A.S.

A062
Setelah mereka melampaui (tempat itu), berkatalah Nabi Musa kepada temannya: "Bawalah makan tengah hari kita sebenarnya kita telah mengalami penat lelah dalam perjalanan kita ini". (Al-Kahfi 18:62)

A063
Temannya berkata: "Tahukah apa yang telah terjadi ketika kita berehat di batu besar itu? Sebenarnya aku lupakan hal ikan itu; dan tiadalah yang menyebabkan aku lupa daripada menyebutkan halnya kepadamu melainkan Syaitan; dan ikan itu telah menggelunsur menempuh jalannya di laut, dengan cara yang menakjubkan". (Al-Kahfi 18:63)

A064
Nabi Musa berkata: "Itulah yang kita kehendaki "; merekapun balik semula ke situ, dengan menurut jejak mereka. (Al-Kahfi 18:64)


Perjalanan menuju Allah perlu mempunyai bekalannya. Apa bekalannya? Amal-amal soleh, kebaikan-kebaikan yang kita lakukan, kemungkaran-kemungkaran yang kita cegah, sedekah jariah, ilmu-ilmu bermanfaat yang kita sebarkan dan wariskan, anak-anak soleh yang kita didik...

Sebelum pertemuan antara ilmu syariat dan ilmu hakikat itu kekadang menemukan kita dengan peristiwa-peristiwa pelilk, sama ada kita sedar atau tidak. Khususnya kepada mereka-mereka yang terpilih, maka peristiwa-peristiwa pelik itu menjadi seperti satu kelaziman dalam perjalanan mereka menuju Allah, dalam perjalanan mereka mencari guru mursyid, dalam perjalanan mereka mencari jalan ketuhanan.

Kekadang, kita tidak perasan akan peristiwa-peristiwa pelik ini. Maka sesudahnya berlaku peristiwa pelik itu, maka baru kita perasan, sedar. Maka berbaliklah kita kembali ke usul, punca, asbab peristiwa-peristiwa yang berlaku dalam perjalanan kita menuju Allah itu, dalam perjalanan kita mencari guru mursyid, guru hakikat itu.

Ilmu hakikat dan makrifat telah bersama kita semasa kita di alam kandungan mak-mak kita. Kita telah mengenal Allah semasa di alam kandungan mak-mak kita. Kita telah bersedia untuk memikul amanah di alam dunia, maka kita dihidupkan di dunia ini utk berjuang dan melihat sama ada kita masih ingat akan perjanjian kita. Sama ada kita masih ingat akan amanah yg akan kita pikul di dunia ini. Apabila kita lahir, ilmu ini telah hilang sedikit demi sedikit, telah terhijab sedikit demi sedikit sehingga kita lupa akan tujuan kita dilahirkan ke dunia ini. Dunia dan isi kandungannya telah menghijabkan kita. Kita kagum, asyik dan leka dengan dunia dan terlupa terlupa sbeenarnya negeri akhirat 1001 ganda jauh lebih hebat dari negeri dunia. Dosa kita menutupi hati kita dengan titik-titik hitam sedikit demi sedikit, yang akhirnya yang nampak hanyalah hati yang gelap, dan hati yang bersih itu terselindung di sebalik hati yang gelap.  Hati yang gelap tidak akan menenang dan mententeramkan kita tetapi menjilit kita dengan sifat-sifat terkeji.

Sekali-sekala, cahaya dari hati yang terang dan bersih itu tersirna dan zahir ke kalbu dan pemikiran kita. Kita tersedar bahawa kita melakukan kesilapan dan kesalahan. Bertaubatlah kita kepada Yang Maha Pengampun. Bersihkanlah hati kita kerana itulah tempat tilik Allah Taala pada kita...




Satu lagi posting berhubung NabiyUllah Khidhir a.s., mudah-mudahan dengan menyebut nama baginda a.s. dalam bulan yang mulia ini kita akan dapat keberkatannya. Kebetulan aku baru dapat sebuah buku karangan Allamah Syaikh Muhammad al-Jazri dengan jodol "al-Hisnul Hasin" ( الحصن الحصين ) yang diterjemah oleh Maulana Muhammad Rafeeq ibni Maulana Ahmed Hathurani dan diberi kata pengantar oleh Maulana Muhammad Taqi Usmani. Kitab asalnya memang aku kenali, tetapi aku tidak pernah memiliki dan mentelaahnya secara terperinci kerana aku merasakan bahawa ianya karangan berisikan doa dan zikir semata-mata. Rupa-rupanya tentang NabiyUllah Khidhir a.s. pun ada disebut pengarangnya pada halaman 228 di mana dinyatakan bahawa pada hari kewafatan Junjungan Nabi s.a.w., Nabi Khidhir a.s. telah menziarahi jenazah baginda yang mulia serta mengucapkan kata-kata takziah dan nasihat kepada para sahabat. Untuk lebih jelas, biar aku nukilkan semula apa yang disebut dalam buku itu, di bawah subtitle "Condolence of Sayyidona Khidr a.s.":-
According to the Hadeeth, the day Rasoolullah (Sallallaahu-alayhi-wasallam) passed away, a powerful-looking, beautiful and handsome man with a white beard came leaping across the necks of people till he reached where the sacred body of Rasoolullah (Sallallaahu-alayhi-wasallam) lay. He wept bitterly and turned towards the Sahabah (RA) and said the undermentioned words. Aboo Bakr (RA) and Ali (RA) said that he was Khidr (AS). The words are as follows:- "Surely, Allah alone grants patience in every misfortune and compensation for anything lost and substitute for anything destroyed. Return to Allah alone and flee towards Him only. In times of difficulty, His gaze is set on you (and He does not forsake you). Understand this because a genuinely unfortunate and miserable person is one who is not given any compensation for his misfortune."

Sebagaimana yang aku jelaskan dalam posting-posting terdahulu berhubungan, isu berterusan hayat NabiyUllah Khidhir sehingga masa ini adalah masalah khilafiyyah ulama. Jika ada ulama yang menafikan hayatnya sekarang, maka ada ulama lain yang mensabitkannya. Jadi tidak perlulah isu ini dijadikan punca perbalahan yang tidak berkesudahan, dan yang lebih parah lagi perbalahan yang membawa kepada kutuk-mengutuk dan keji-mengeji. Berhubung hadits mengenai ziarah dan takziah Nabi Khidhir ini, insya-Allah di lain posting aku akan nukilkan kalam ulama berhubung dengannya. Allahu a'laam.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan