TOPIK

Aidil Fitri (1) Air Kolah (9) Akhir Zaman (3) Aktiviti Ilmiah (3) Al-Quran (4) Alam (13) Alam Ghaib (5) Aldil Fitri (1) Allah wujud tanpa bertempat (15) Amal Soleh (4) Anti Hadis (1) Aqidah (15) ASWJ (63) Bab Munakahat (4) Bab Sihir (4) Bab Tauhid (7) Bahasa Melayu (6) Bahaya Syiah (7) Bertabarruk (2) Bid'ah (8) Bidaah Hasanah (7) Bulan Ramadhan (18) Bulan Rejab (1) Bulan Zulhijjah (1) Cintai DIA (1) Cuti-Cuti Malaysia (89) Doa (1) Dosa Besar (1) Ekonomi Islam (5) Fadilat Al-Quran (4) Fiqh (2) Futuhul Ghaib (1) Futuhul Makkiyyah (3) guru (17) Guru Mursyid (17) Guru Tariqat (17) guruku (15) Hadis Dhaif (6) Hadis Maudhu' (1) Hadis Nabi (14) Hakikat (2) Hari Kemudian (1) Hotel Islam (1) Hukum Berkaitan Zikir (9) Ibadat Haji (6) Ibnu Taimiyyah (16) ilmu kebatinan (5) Ilmu Laduni (1) ilmu persilatan (2) Imam Malik (1) Insan Kamil (1) Israk Mikraj (10) Istanbul (20) Isu Halal (2) Isu Kalimah Allah (4) Isu Khilaf (25) Isu Khilafiah (27) Isu Semasa (4) Isu Wahhabi (97) Isu Yaqazah (10) Jalan-Jalan (130) Jihad Ekonomi (37) Jom Makan (16) Karamah (2) kebenaran (7) Kesultanan Melayu (7) Kewangan dan Perbankan Islam (1) Khatamun Nubuwwah (2) Kisah Mualaf (28) Kisah Nabi (2) Koleksi (2) Kosong (3) Kurma (1) Lagu (1) Lailatul Qadar (14) Makam Sultan (7) Makam Sultan/Raja Melayu (8) Makam Wali Allah (46) Makhluk Halus (1) Makrifat (1) Martabat Tujuh (4) Masjid (47) Masjid Lama (25) Masjid Utama (34) Maulidur Rasul (23) Mekah (2) Melayu (14) Mengenal Diri (9) Merdeka (1) Misteri (11) motivasi (1) Mukasyafah (2) Mutasyabihat (7) Nabi Ibrahim A.S. (1) Nabi Khidir A.S. (14) Nabi Musa A.S. (1) Neraka (1) Nisfu Syaaban (17) nostalgia (1) Nur Muhammad (6) Nuzul Quran (3) Pahlawan Islam (3) Pahlawan Melayu (10) Pelancongan Tanah Tinggi (4) Peluang Perniagaan (1) pengumuman (7) Penyakit (1) Perjalanan Diri (2) Perubatan Islam (3) Perubatan tradisional (2) Petua (1) Puasa Ramadhan (18) Puasa Sunat (2) Pulau Besar (18) Putrajaya (3) Rabitah (1) Rahmat Allah (1) Rawatan Islam (1) rekreasi (21) Rezeki (1) RSAW (11) Rumahku Syurgaku (4) Sajak (7) Sedekah (1) Sejarah Melayu (6) Selawat (7) Senibina Islam (8) Sifat 20 (2) Solat (8) Solat Sunat (9) Sumpah (1) Sunnah RSAW (9) Tamadun Islam (8) Tariqat (8) Tasawuf (26) Tawassul (5) Tulisanku (358) Ulamak Islam (7) Ulamak Nusantara (22) Ulamak Tanah Melayu (18) Universiti (5) Usahawan Muslim (9) Usuluddin (1) wahdatul wujud (5) Wahhabi dan Keganasan (9) Wali Allah (62) Wali Melayu (33) Wali Songo (10) Youtube (1) Zakat (13) Zakat Fitrah (4)

Khamis, 4 Ogos 2011

Metafizik Islam: Merujuk Khusus Al-Futuhat Al-Makkiyyah Karya Ibn Al-Arabi- 1


METAFIZIK ISLAM: MERUJUK KHUSUS AL-FUTUHAT ALMAKKIYYAH KARYA IBN AL-ARABI 
- Oleh : Mohd Sani Badron (PhD )
 

Abstrak

Kitab-kitab besar metafizik (tasawwuf) seumpama al-Futuhat al-Makkiyyah, agar dapat dihargai secara kritis, perlu ditekuni secara yang betul.  

Melalui makalah ini, kedudukan Futuhat yang wajar di antara karya-karya Ibn al-`Arabi dinyatakan dalam ruang-lingkup latar-jaya kehidupan pengarangnya. 


Penjelasan juga akan diberi mengenai asas Kitab tersebut berkaitan epistemologi, dan dasar pandangan hidup Islam menurut Futuhat mengenai apa yang seseorang Muslim perlu i`tiqadkan secara umum dalam shahādah lā ilāha illā Allāh. 


Katakunci: 
Al-Futuhat al-Makkiyyah, karya-karya Ibn al-`Arabi, latar-jaya kehidupan Ibn al-`Arabi, epistemologi Ibn al-`Arabi, epistemologi Sūfī, lā ilāha illā Allāh, shahādah, i`tiqād, pandangan hidup Islam, metafi zik Islam, tasawwuf. 


Pendahuluan

 
Pendekatan makalah ini dalam menghargai secara kritis kitab-kitab metafizik ataupun tasawwuf seumpama al- Futuhat al-Makkiyyah adalah seperti berikut:  


Pertama, akan disinggung secara ringkas mengenai cara yang betul untuk mengkaji sesebuah buku agung; kedua, dengan rujukan khusus kepada Futuhat, kedudukannya di antara karya karya yang lain oleh Ibn al-`Arabi akan dinyatakan; ketiga, menyorot kedudukan Futuhat di tengah-tengah latar-jaya pengarangnya; keempat, menjelaskan asas-asas Futuhat dari segi epistemologi; dan kelima, melihat dasar-dasar pandangan hidup Islam dari pernyataan Futuhat mengenai apa yang orang Islam perlu i`tiqadkan secara umum dalam shahadah la ilaha illa Allah, tanpa penelitian dan penjelasan lanjut. 


Sekurang-kurangnya ada dua cara untuk mengkaji sesebuah buku…
Pertama adalah cara yang salah tetapi sudah menjadi kebiasaan ramai, iaitu dengan menganggap bahawa buku memaktubkan perkataan-perkataan yang mati atau lesu.  


Maka jadilah buku itu umpama benih sebij yang kering dan gersang, ditanam pula dalam akal yang mandul si pembacanya—hasil pembacaannya hampa dan sia-sia, tidak berguna. 


Kedua adalah cara yang betul iaitu dengan memahami pangkal-bicara buku tersebut yang menjadi asas dan dasarnya; memahami sejauh mana kekuatan segala kesimpulan buku itu; memahami jawaban-balas demi menyahut sebarang bangkangan terhadap buku tersebut; dan memahami susun-atur buku itu secara menyeluruh. 


Maka jadilah membaca buku umpama melihat pohon yang subur akarnya—perdunya berkena-mengena jua dengan batang dan dahan, cabang dan ranting, daun dan pucuknya. 


Latar Al-Futuhat al-Makkiyyah
Al-Futuhat al-Makkiyyah merupakan satu daripada sekian banyak kitab yang dikarang oleh Ibn al-‘Arabi yang jika dikumpul jumlah karya-karyanya yang beliau pernah sebut ada 317 buah buku yang beliau karang. Angka 317 ini merujuk kepada judul-judul buku yang pernah dipetik oleh Ibn al-`Arabi sendiri sebagaimana lazimnya amalan seseorang pengarang; namun jumlah sebenar karyanya boleh dijangkakan melebihi jumlah tersebut. 


Lima puluh tahun yang sudah, pada 12hb Disember 1958, seorang calon PhD di Universiti Sorbonne, iaitu Osman Yahia al-Armanazi telah berjaya mempertahankan tesis beliau berjudul L’histoire et la classifi cation des æuvres d’Ibn Arabī (Karya-Karya Ibn al-‘Arabi: Sejarah dan Pembahagian Jenisnya).  


Kajian tersebut kemudian diterbitkan sebagai 2 jilid buku yang menyenaraikan lapan ratus empat puluh enam (846) buah karya yang dianggap sebagai karangan Ibn al-`Arabi. Selepas ditolak buku-buku yang disangsikan pengarang sebenarnya, masih ada lebih empat ratus (400) karangan Ibn al-`Arabi. Walau bagaimanapun, hanya sekitar 100 tajuk sahaja yang telah dikenalpasti benar naskhah manuskripnya oleh para sarjana semasa. 


Menarik disebut bahawa lebih 400 karangan itu ditulis dalam jangkamasa 44 tahun; iaitu, purata 10 buku setahun, semenjak dari kitab pertamanya Kitab Mashahid al-Asrar al-Qudsiyyah ditulis pada waktu umurnya 30 tahun, iaitu dalam tahun 590 H./1194 M., hinggalah ke tahun terakhir beliau menulis iaitu 636 H./1238 M. 


Menurut Osman Yahia, karya-karya tersebut boleh dibahagikan kepada pelbagai disiplin ilmiah: tafsir al- Qur’an (sekitar 40 buah); hadith (sekitar 20 buah); ‘ulum al-haqa’iq (metafi zik Islam) (sekitar 40 buah); ‘ulum al-asrar (esoterik Islam) (sekitar 300 buah); usuluddin (sekitar 45 buah); akhlak, etika, moral dan persuratan (al-adab) (sekitar 180 buah); perundangan Islam (fi qh) (sekitar 15 buah); sejarah (sekitar 20 buah); puisi (sekitar 20 buah); dan yang selainnya juga. 


Daripada lebih 400 karangan itu, sebahagiannya adalah karya kecil, tetapi sebahagian lagi terkandung dalam jilid besar.  


Ibn al-`Arabi pernah menyatakan bahawa beliau menulis hingga 64 jilid satu kitab tafsir al-Qur’ān, al- Jam‘ wa l-Tafsil fi Ma‘rifah Ma‘ani al-Tanzil yang merangkum hingga Surah Maryam iaitu surah ke-19, hingga ayat yang ke 59.2 Jika dilihat bahawa tafsir beliau yang sebanyak 64 jilid ini hanya merangkumi sehingga juzuk ke-16 sahaja,


maka bolehlah diunjurkan bahawa sekiranya tafsir tersebut lengkap ditulis ia akan mencapai lebih 120 jilid. 


Pada hemat saya, banyaknya karya-karya Ibn al-`Arabi ini menuntut sikap yang saksama kepada keilmuannya. Walaupun seseorang itu mungkin tidak bersetuju dengan pandangan-pandangan Ibn al-`Arabi, jelaslah tidak adil untuk menuduhnya sesat secara terburu-buru, tanpa terlebih dahulu mendapatkan pandangan yang lebih menyeluruh mengenai pemikirannya.  


Saya pernah terjumpa rencana semberono satu mukasurat yang mengkafirkan Ibn al-`Arabi! Mengkafi rkan, atau menuduh sesat, yang dilakukan dengan sikap bermudah-mudah atau simplistik, merupakan perbuatan kebudak-budakan yang takut kepada bayang-bayang sendiri di tengah-tengah samudera pemikiran tokoh ini. 


Al-Futuhat al-Makkiyyah ditulis tangan oleh Ibn al-`Arabi sendiri dalam 2 edisi. Edisi pertama ditulisnya dalam masa 31 tahun antara tahun 598H./1202M. hingga 629H./1231M., dalam 20 jilid.  


Tiga tahun kemudian, Ibn al-`Arabi mula menulis edisi kedua pula yang memperbaiki bahagian tertentu berkenaan gaya bahasa dan penghalusan isi yang tidak melibatkan perubahan besar kandungan buku.  


Edisi kedua itu siap selepas 4 tahun, dalam tahun 636H./1238M., dalam 37 jilid, dan sekarang ada tersimpan di Evkaf Musesi, Perpustakaan Suleimaniye, di Istanbul, Turki.3 Cetakan moden pertama adalah dalam tahun 1274H./ 1857M. di Istanbul dengan dibiayai oleh Amir ‘Abd al-Kader al-Jazā’iri, yang terkenal sebagai pahlawan Islam yang memimpin penentangan bersenjata terhadap penjajahan Perancis di bumi Algeria di pertengahan abad ke-19 (1830
1847M.).

Dalam cetakan terkenal edisi Qāhirah 1911/1329 yang ada sekarang ini, ia mencakupi lebih 2,600 halaman dalam 560 bab dan 7 bahagian (1 muqaddimah + 6 fusul).  


Kepada soalan kenapakah ada 560 bab, ada dua dugaan yang boleh diberikan. Pertama, kerana ada 560 kalimah yang terkandung dalam al-Qur’an surah al-Fath, secocok dengan judul kitab ini al-Fath al-Makki (atau dalam bentuk jamaknya al-Futuhat al-Makkiyyah). 


Kedua, kerana Ibn al-`Arabi lahir pada tahun 560 selepas Hij rah; justeru 560 bab mencerminkan jangkamasa dalam zaman Islam antara hij rahnya Rasulullah ke Madinah dengan lahirnya Ibn al-`Arabi ke dunia.  


Justeru mungkin sahaja dalam cita-cita ilmiah Ibn al-`Arabi buku ini merupakan khulasah (intisari ringkas) yang mencerminkan jangkamasa 560 tahun yang tersebut, dengan penekanan kepada makna mendalam al-Qur’ān, Hadith, Shari‘ah dan khabar para anbiya’. Pada halaman 597, jilid 1, disebut: ( komputer tak dapat baca tulisan jawi ini ---hanya maksud yang disalin ) 


Maksudnya: Anutan kami dalam (mengarang) Kitab ini, dengan segenap kemampuan, bercirikan ringkas dan singkat. Sesungguhnya ini Kitab yang sangat besar, mengandungi apa yang tidak boleh tidak darinya di jalan Allah (tarīqillāh), dari pangkal membawa ke usul; adapun percabangan dan percawangannya, sungguh hampir tidak terbatas― bahkan sememangnya tiada terbatas [untuk dikandung dalam sesebuah Kitab]. 


Manakala kepada soalan kenapa ia dibahagikan kepada 7 penggal, jawapannya kerana ia secocok dengan 7 sifat utama Allah, iaitu: 


1. Muqaddimah; berbetulan dengan sifat-Nya Maha Hidup (al-Hayy), sebagai syarat sebelum wujud Sifat-Sifat-Nya yang lain; 


2. Bahagian pertama, ilmu kerohanian (al-ma`arif); selaras dengan sifat-Nya Mahaberilmu (al-`Alim) – 73 bab; 


3. Bahagian kedua, perilaku (mu`amalat) seseorang yang hendak menuntut ilmu; sesuai dengan sifat- Nya Yang Maha berkehendak (al-Murid) – 116 bab; 


4. Bahagian ketiga, hal keadaan rohaniah (ahwal); sepakat dengan sifat-Nya Yang Mahaberkuasa (al-Qadir) menghasilkan ahwal manusia di luar upayanya untuk mencapainya sendiri – 80 bab; 


5. Bahagian keempat, darajat rohaniah (manazil), sesuai dengan sifat-Nya Yang Maha Berkata (al- Mutakallim) – 114 bab, setiap satu darjat berhubung dengan satu surah al-Qur’an, kalamullah 


6. Bahagian kelima, perbicaraan dan penghadapan rohaniah (munazalat) antara Tuhan dan manusia; selaras dengan sifat-Nya Yang Maha Mendengar (al-Sami`) – 78 bab 


7. Bahagian keenam, kedudukan tetap rohaniah (maqamat); sesuai dengan sifat-Nya Yang Maha Melihat (al-Basir) – 99 bab 


Latar-Jaya Pengarangnya Ibn al-`Arabi
Lahir tanggal 17 Ramadan, 560 Hij riah atau 27 Julai 1165 Masihi di Murcia, Sepanyol (Andalus ketika itu), nama penuh al-Shaykh al-Akbar Muhyiddin Ibn al-`Arabi ialah Abu `Abdallah Muhammad b. `Ali b. Muhammad b. Ahmad b. `Abdullah al-Hatimi al-Ta’i.5 
Bersambung...............

Tiada ulasan:

Catat Ulasan