TOPIK

Aidil Fitri (1) Air Kolah (9) Akhir Zaman (3) Aktiviti Ilmiah (3) Al-Quran (4) Alam (13) Alam Ghaib (5) Aldil Fitri (1) Allah wujud tanpa bertempat (15) Amal Soleh (3) Anti Hadis (1) Aqidah (15) ASWJ (62) Bab Munakahat (4) Bab Sihir (4) Bab Tauhid (7) Bahasa Melayu (6) Bahaya Syiah (7) Bertabarruk (2) Bid'ah (8) Bidaah Hasanah (7) Bulan Ramadhan (18) Bulan Rejab (1) Bulan Zulhijjah (1) Cintai DIA (1) Cuti-Cuti Malaysia (89) Doa (1) Dosa Besar (1) Ekonomi Islam (5) Fadilat Al-Quran (4) Fiqh (2) Futuhul Ghaib (1) Futuhul Makkiyyah (3) guru (2) Guru Mursyid (6) Guru Tariqat (6) Hadis Dhaif (6) Hadis Maudhu' (1) Hadis Nabi (14) Hakikat (1) Hari Kemudian (1) Hotel Islam (1) Hukum Berkaitan Zikir (9) Ibadat Haji (6) Ibnu Taimiyyah (16) ilmu kebatinan (5) Ilmu Laduni (1) ilmu persilatan (2) Imam Malik (1) Insan Kamil (1) Israk Mikraj (10) Istanbul (20) Isu Halal (2) Isu Kalimah Allah (4) Isu Khilaf (25) Isu Khilafiah (27) Isu Semasa (4) Isu Wahhabi (97) Jalan-Jalan (129) Jihad Ekonomi (37) Jom Makan (16) Karamah (2) kebenaran (5) Kesultanan Melayu (7) Kewangan dan Perbankan Islam (1) Khatamun Nubuwwah (2) Kisah Mualaf (28) Kisah Nabi (2) Koleksi (2) Kosong (2) Kurma (1) Lagu (1) Lailatul Qadar (14) Makam Sultan (7) Makam Sultan/Raja Melayu (8) Makam Wali Allah (45) Makhluk Halus (1) Makrifat (1) Masjid (47) Masjid Lama (25) Masjid Utama (34) Maulidur Rasul (23) Mekah (2) Melayu (14) Merdeka (1) Misteri (11) motivasi (1) Mukasyafah (2) Mutasyabihat (7) Nabi Ibrahim A.S. (1) Nabi Khidir A.S. (14) Nabi Musa A.S. (1) Neraka (1) Nisfu Syaaban (17) nostalgia (1) Nur Muhammad (6) Nuzul Quran (3) Pahlawan Islam (3) Pahlawan Melayu (10) Pelancongan Tanah Tinggi (4) Peluang Perniagaan (1) pengumuman (7) Penyakit (1) Perubatan Islam (2) Perubatan tradisional (1) Petua (1) Puasa Ramadhan (18) Puasa Sunat (2) Pulau Besar (18) Putrajaya (3) Rabitah (1) Rahmat Allah (1) Rawatan Islam (1) rekreasi (21) Rezeki (1) RSAW (11) Rumahku Syurgaku (4) Sajak (6) Sedekah (1) Sejarah Melayu (6) Selawat (7) Senibina Islam (8) Sifat 20 (2) Solat (8) Solat Sunat (9) Sumpah (1) Sunnah RSAW (9) Tamadun Islam (8) Tariqat (7) Tasawuf (24) Tawassul (5) Tulisanku (331) Ulamak Islam (7) Ulamak Nusantara (20) Ulamak Tanah Melayu (16) Universiti (5) Usahawan Muslim (9) Usuluddin (1) wahdatul wujud (2) Wahhabi dan Keganasan (9) Wali Allah (52) Wali Melayu (24) Wali Songo (10) Youtube (1) Zakat (13) Zakat Fitrah (4)

Khamis, 4 Ogos 2011

Metafizik Islam: Merujuk Khusus Al-Futuhat Al-Makkiyyah Karya Ibn Al-Arabi- 3



PENULIS TAMU dari IKIM - Dr Mohd Sani Badron....sambungan Artikel Metafizik Islam..

Sambungan ( 3 )




METAFIZIK ISLAM: MERUJUK KHUSUS AL-FUTUHAT ALMAKKIYYAH KARYA IBN AL-ARABI  ...Oleh : Mohd Sani Badron (PhD )



Malahan, karya dan ajaran Ibn al-`Arabi telah menjadi sumber inspirasi buat generasi yang terkemudian dalam rencana memperislamkan pengetahuan sezaman, seperti cabangan disiplin falsafah yakni ontologi, kosmologi, epistemologi, psikologi, etika, jurisprudens, dll.  


Antara yang telah menggembeling tenaga dalam usaha ini adalah rantaian murid beliau Sadruddin al-Qunawi (m. 673/1274), ‘Afifuddin al-Tilimsani (m. 690/1291), Mu‘ayyaduddin al- Jandi (m. s. 700/1300), ‘Abdurrazzaq al-Kashani (m. 730/1330), dan Dawud al-Qaysari (m. 751/1350). Turut terlibat adalah Fakhr al-Din al-‘Iraqi (m. 688/1289), Sa‘d al-Din al-Farghani (m. 700/1300), ‘Abd al-Karim al-Jili (m.s. 832/1428), Nuruddin ‘Abdurrahman Jami (m. 898/1492), Hamzah Fansuri, Nuruddin al-Raniri (kedua-duanya masyhur dalam abad ke- 16 M), Amir ‘Abdul Qadir al-Jaza’iri (m. 1300/1883) dan Syed Muhammad Naquib al-A
�� as (1931-).23  


Dalam mentakrif dan menghurai sekian banyak peristilahan terpenting dalam pandangan hidup Islam, mereka telah mengemukakan rumusan yang penuh berdayacipta terhadap renungan batin ahli-ahli Sufi (khasnya aliran Ibn al-`Arabi), pemikiran mutakallimun (aliran Ash‘ari, Maturidi dan Mu‘tazili) dan spekulasi para pakar falsafah (aliran Aristotle-Ibn Sina) dalam persoalan-persoalan penting metafi zika dan teologi.24 


Persis pengamatan Syed Muhammad Naquib al-Attas,
The Islamization of ontology and metaphysics which marked the real break from the Aristotelian tradition—that is, the real transition from the metaphysics of the existent (mawjud) to the metaphysics of being and existence (wujud)—was accomplished by the Sufis, particularly as refl ected in the rational and theoretical formulation of the ‘system’ by Ibn al-‘Arabi, their greatest representative, as based on intuitive knowledge gained from spiritual experience. Their school of thought, asignifi ed by the various appellations applied to its exponents such as the People of Unity (ahl alwahdah), the Affi rmers of Unity (al-muwahhidun), the Existentialists or Affi rmers of Existence as the Sole Reality (al-wujudiyyah)—is characterised by its affi rmation of the transcendent Unity or Oneness (wahdah) of Being or Existence (wujud); and hence it became known as the school of wahdat al-wujud.25 


Melalui Ibn al-`Arabi dan para pewaris beliau, tasawwuf tidak memencilkan falsafah dan teologi atau keseluruhan usaha pemikiran manusia; ia tidak pula menyerah kepada falsafah lalu mengkhianati agama; ia sebaliknya telah memperislamkan falsafah.  


Tasawwuf telah merobah wajah falsafah tanpa sedikit pun mencacatkan rupanya. Tidak cuma mengembalikan makna sebenar falsafah; tidak hanya memperbetul, memperkukuh dan memperlengkapkan falsafah; tasawwuf telah menghasilkan metafi zika dan falsafah serta teologi Islam yang hakiki lagi sebenar, yang telah mencapai kemurnian budi dan keluhuran daya yang belum pernah dikenal oleh ahli-ahli falsafah sendiri.

Falsafah patuh kepada teologi yang disinari oleh tasawwuf; metafi zika dan falsafah serta kalam yang kini peristilahannya mengalir dalam nadi tasawwuf telah dihembuskan nafas baru yang hidup dan segar.



Ajaran-ajaran Ibn al-`Arabi juga telah meniupkan suatu perubahan yang hebat, suatu revolusi, dalam pemikiran Shi‘ah. Ini jelas tercermin dalam karya Sadruddin Ibn Turka, Haydar Amuli (m. 787/1385), Sa’inuddin Turka Isfahani (m.s. 835 H), Ibn Abu Jumhur al-Aha’i, serta Mulla Sadra (m. 1050/1640), yang antara jasa terbesarnya adalah mengusahakan pembentangan yang menyeluruh dan mudah akan renungan-renungan penting Ibn al-‘Arabi dan para penghurai beliau. 


Dalam zaman kita ini, Khomeini, dalam surat terbuka beliau kepada presiden Russia Mikhail Gorbachev, telah mengesyorkan agar kebuntuan ideologi dan kehampaan budaya akibat keruntuhan Marxisme diisi dengan ajaran hikmah nan abadi dan nilai-nilai akhlak yang dihuraikan oleh pemikir-pemikir Muslim silam seperti Ibn
al-`Arabi. 


Elok juga dinyatakan sepintas lalu bahawa menurut kajian ilmiah pendeta Kristian Sepanyol Miguel Asìn Palacios, dan para sarjana yang selainnya, sebahagian karya dan ajaran Ibn al-`Arabi amat berpengaruh terhadap perkembangan ajaran mistik Kristian menerusi para pemukanya seperti Raymond Lull (s. 1232-1326), dan Dante Alighieri (1265- 1321) yang dianggap antara pujangga teragung Kristian sepanjang zaman. 


Bahkan sekarang ini, terdapat hujah yang meyakinkan bahawa Ibn al-Arabi adalah ilmuwan Islam paling ternama yang ditelaah di dunia Barat; seperti yang diungkapkan oleh Muhammad Hamidullah (m. 2002), ‘it is not a Fakhruddin Razi that overwhelms a modern Westerner, but a Muhiuddin Ibn al-‘Arabi.’ 


Demikianlah Ibn al-`Arabi telah dipandang dan dinyatakan dalam sejarah kaum Muslimun: antara mohor wali muhammadi dengan wali kepada syaitan; antara imam ahli tahqiq, shuhud dan wujud dengan seorang daripada ahli zandaqah dan ilhad yang berkefahaman i
�� ihad dan wahdatul wujud; antara faylasuf Islam dan keagamaan dengan seorang yang berkefahaman kesatuan agama; antara seorang Batiniyyah dan Isma‘iliyyah dengan seorang Ahli Sunnah atau Shi‘ah. Antara seorang yang punya samudera ilmu-ilmu sulit asrar, yang mengkaram dan membuntukan kebanyakan ahli ilmu yang cuba menyelesai dan menghurai rumusan, isyarat dan talwihat ilmu-ilmu adhwaq beliau dengan seorang yang kedudukan fekahnya tak dipedulikan. 


Ini semua menyebabkan Mahmud Mahmud al-Ghurab, yang telah menulis lebih dua puluh lima buah kitab mengenai Ibn al-`Arabi, berasa terpanggil untuk mengkaji kedudukan sebenar beliau itu antara pelbagai mazhab dan agama—dengan cara membahas dan mentahqiq nas-nas yang jelas daripada pernyataan-pernyataan Ibn al-`Arabi yang terdapat dalam pelbagai kitab yang sabit dinukilkan daripada beliau.  


Sebagai intisari hasil kajiannya, al-Ghurab menyatakan: Kita menyimpulkan bahawa al-Shaykh al-Akbar Muhyiddin Ibn al-`Arabi rahimahullah ta‘ala: Imam Muslim Salafi Usuli Sufi. Imam Muslim, bermakna beliau faqih yang punya mazhab tersendiri, seorang daripada pemuka Ahlus Sunnah wal Jama‘ah. Salafi, bererti beliau pengikut Nabi, bukan pembikin bid‘ah. Usuli, bererti beliau menerima-pakai apa yang disepakati oleh ahli-ahli usul fi qh iaitu Kitab, Sunnah dan Ijma‘. Sufi, bererti beliau adalah warith muhammadi yang memiliki sebahagian besar akhlak yang termulia (makarim al-akhlaq). 


Al-Shaykh Ibn al-`Arabi rahiyallahu‘anhu adalah cermin muhammadiyyah yang paling jernih dan seimbang lagi tetap. Sesiapa yang melihat kepadanya hanyalah melihat dirinya sendiri, dan sesiapa yang berkata-kata mengenainya hanyalah mengatakan mengenai dirinya sendiri. 


Dengan itu terpulanglah kepada mereka yang punya kelayakan akliah dan akhlakiah di kalangan generasi terpelajar masakini untuk memanfaatkan karya-karya Ibn al-`Arabi—the Magister Maximus.


Asas dan Dasar Futuhat
Asas pembicaraan Futuhat berkisar mengenai tiga martabat ilmu.  


Martabat pertama ilmu diperoleh akal secara naluri, atau/dan melalui proses berfikir. Secara naluri, dan segera diketahui oleh akal seperti prinsip mustahilnya satu benda itu ada dan tidak ada serentak. Contohnya, mustahil untuk “Tuhan itu wujud dan tidak wujud” serentak. Mustahil bahawa “Tuhan itu Esa dan berbilang” serentak. 


Ada pula ilmu yang diperoleh tanpa perlu berfikir tetapi pasti (badihah) yang tidak dapat dibantah, seperti “satu adalah separuh daripada dua”. 


Selanjutnya, ilmu diperoleh oleh akal dengan menyelidik bukti (dalil), melalui proses taakulan fi kiran.32 Oleh kerana kesalahan dan kekeliruan juga boleh berlaku, sebahagian dugaan akal adalah sahih dan sebahagian yang lain tidak sah (fasid). 


Martabat kedua ilmu diperoleh dengan merasai atau mengecapi hal atau keadaan sesuatu. Manisnya madu, pahitnya jadam, hanya boleh diketahui dengan merasai, begitu juga asyiknya cinta, kasih yang mendalam, geloranya rindu (wajd) hanya boleh diketahui melalui pengalaman merasainya (dhawq)35 yang secara langsung terus tepat mengesahkannya. 


Tanpa merasainya secara langsung, ilmu tersebut tidak akan diperoleh. Sepandai mana pun seseorang itu, dia tidak akan dapat mengetahuinya sama ada melalui takrifan erti mahu pun ketetapan dalil-dalil akal. 


Ilmu ini boleh diterima oleh orang yang mengalaminya, tetapi tidak boleh dipindahkan kepada orang lain yang tidak menerima pengalaman yang sama. Tidak mungkin untuk benar-benar mengetahuinya melalui nukilan perkataan atau laporan berita, betapa panjang berjelapun laporan ceritanya. 


Sebaliknya penerangan yang panjang lebar mengenainya hanya menyebabkan putar-belit hakikat sebenar.Tidak mungkin untuk orang yang merasainya menjadikan orang yang tidak merasai untuk memperoleh ilmu sedemikian; martabat orang yang merasai sama sekali berbeza dengan orang yang tidak merasai, mustahil untuk benar-benar memahamkan orang yang tidak merasai akan apa yang dikecapi oleh orang yang merasainya.


Kalaupun ilmu ini perlu diajar kepada orang lain, cukuplah mengungkapkannya secara peribaratan isyarat yang membayangkan maksud sebenar orang yang merasainya. Itupun belum tentu pernyataan tersebut dengan segala peristilahannya akan pasti difahami oleh pendengarnya.  


Walau bagaimanapun, orang yang mendengar boleh bersetuju, mengiakan dan menerima rumusan orang yang merasainya, sebagai peringatan (munabbih wa mudhakkir) jika kemudiannya dia lupa. 


Kesalahan dan kekeliruan ilmu ini di kalangan ahl aldhawq tergambar dalam keadaan seseorang yang lidahnya dipenuhi hempedu, hingga dia merasai madu pahit rasanya, sedangkan hakikat sebenar bukan sedemikian. Apa yang sebenarnya menyentuh lidah (alat perasa-jasmani) adalah hempedu dan bukan madu. 


Martabat ketiga ilmu digelar ‘ilm al-asrar. Asrar (kata tunggal sirr) adalah perkataan yang memiliki makna berlawanan iaitu rahsia dan nyata, apa yang tersembunyi dan apa yang dizahirkan. Iaitu ilmu yang rahsia yang dizahirkan dalam hati-damir seseorang Nabi dan wali oleh Allah. Rahsia Zahir dan Hati ketiga-tiganya dipanggil sirr dalam bahasa Arab. 


Justeru, ilmu ini melampaui batas ilmu yang diperoleh melalui akal dugaan. Ini adalah ilmu yang dihembuskan oleh Ruh al-Quds dalam hati (ru`).43 Inilah ilmu yang khusus bagi para nabi dan wali, seperti fi rman-Nya 


“(Allah) menentukan kurnia rahmat-Nya kepada sesiapa yang dikehendaki-Nya dan Allah mempunyai anugerah yang mahabesar.” 


Imam al-Ghazali menjelaskan bahawa ilmu yang rahsia yang dizahirkan dalam hati-damir seseorang wali itu tidaklah lain atau bercanggah dengan Wahyu kerana ilmu tersebut adalah mengenai lima perkara berikut. 1) Ilmu mengenai perkara yang sangat samar, terlalu halus sehingga menumpulkan kefahaman ramai orang.  


Contohnya seperti ilmu mengenai rahsia ruh dan ilmu mengenai sifat-sifat Allah SWT yang sama sekali tidak ada keserupaan-Nya bagi makhluk. Dalam satu hadith disebutkan: 
“Bahawa bagi Allah Yang Maha Suci tujuh puluh hij ab daripada nur. Jikalau dibuka-Nya, niscaya kemahasucian wajah- Nya akan membakar pandangan yang melihatnya” (Ibn Hibban dari Abu Hurairah).  


Mengetahui Ilmu ini adalah kurnia rahmat kepada orang-orang tertentu sahaja, yang bertanggungjawab untuk tidak menyebarkannya kepada mereka yang tidak berkeahlian sehingga tertimpa fi tnah akibat singkatnya kefahaman mereka yang beku. 2)  


Ilmu mengenai perkara-perkara yang kalau disebut boleh membawa mudarat rohaniah kepada bahagian terbanyak dari pendengar.  


Contohnya seperti mengenai rahsia taqdir yang ditentukan oleh Allah SWT. 3) Ilmu pemahaman yang mendalam tanpa batasan mengenai apa-apa yang disebutkan dalam Agama tidak secara langsung tetapi secara kiasan (kinayah), peribaratan (isti`arah) dan isharat (rumuz): “dan perumpamaan-perumpamaan ini (dalam Wahyu)  


Kami buatkan untuk manusia; dan tiada yang memahaminya kecuali
orang-orang yang berilmu” (al-Ankabut, 29: 43). 


Contohnya kias peribaratan dan isharat yang berikut:

 
“Tidakkah engkau perhatikan Tuhanmu, bagaimana Dia jadikan bayang-bayang itu memanjang! Kalau dikehendaki- Nya nescaya dij adikan ia [bayang-bayang] tetap [tiada hilang dengan terbit matahari]! Kemudian Kami jadikan matahari itu sebagai tanda baginya (perubahan bayang-bayang itu). Kemudian Kami genggam ia (bayang-bayang) kepada Kami, dengan tarikan yang perlahan-lahan” (al-Furqan, 25: 45). 4)
Ilmu mengenai perincian (tafsil) kepada apa yang diketahui oleh masyarakat awam hanya secara umum dan ringkas sahaja (ij mal); iaitu perincian ilmu yang difahami menerusi pengalaman kerohanian (tahqiq, dhawq, tajribah). 
Seperti iman, tasdiq, dan rindu. 5) Ilmu mengenai hakikat keadaan (hal) kata-kata (maqal). Seperti “Langit yang tujuh, bumi dan semua yang ada di dalamnya bertasbih kepada Allah SWT......................
Bersambung ke bahagian ..4

Tiada ulasan:

Catat Ulasan