Assalamu'alaikum,
Selepas basah lencun dan dilambung ombak pasang penuh di Teluk Bahang, kami ke Balik Pulau. Sebelum sampai ke pekan Balik Pulau, kami 'potong' ke arah Pulau Betong. Adik hamba memberitahu antara lokasi makan-minum yang popular adalah Laksa Janggus. Berdasarkan petua yang beliau berikan, Alhamdulillah, kami sampai ke Laksa Janggus.
Bilik air disediakan
Alhamdulillah, surau juga disediakan
Yang ni nak tempah minuman
Ini laksanya, kalau biasa RM2.50 semangkuk, kalau istimewa RM3.50 semangkuk (tiada apa bezanya kecuali kuantitinya-saiz mangkuk). Hamba ambil 2 laksa istimewa dan 4 laksa biasa...
Kuih-muih seperti cucoq udang, pisang goreng juga dijual
Gerai untuk menempah laksa
Antara meja dan kerusi yang disediakan (baru lepas hujan)
Kawasan makan berbumbung
Keistimewaan Laksa Janggus adalah pada kuahnya!!! Pengusaha laksa ini tidak buat sendiri laksa tetapi membeli secara pukal dari pembekal di Seberang Perai
Antara bahan dalam laksa...biasa2 saja
Papan tanda yang modenlah sikit...
Sebenarnya Restoran Laksa Janggus ini dibina 'bersama' dengan rumah pengusahanya...
Ada logo USM disitu...ehmmm, mungkin dari Geran Program Pemindahan Ilmu (Knowledge Transfer Programme Grant)
Selepas makan Laksa Janggus, hamba pergi cara durian di Balik Pulau sebab musim durian baru bermula. Harga memang mahal, sekitar RM8, RM12, RM15 sekilo. Hamba telefon kawan lama yang 16 tahun tidak berjumpa. Beliau orang Kelantan yang sudah 15-16 tahun menetap di Balik Pulau (kahwin orang Balik Pulau) dan bekerja di Tanjung. Beliau mencadangkan dua tempat. Satu di jalan Pondok Upeh, tidak jauh dari MRSM Balik Pulau, berdekatan bekas 'kawasan ternakan buaya'. Satu lagi cadangnya di Genting, sebuah pekan kecil sebelum Balik Pulau (dari arah Bayan Lepas). Katanya lagi, selain dua tempat ini, harga biasanya mahal, kecuali beli dari tuan empunya kebun. Rezeki sekeluarga, hamba sempat beli beberapa buah durian dari kedai di Jalan Pondok Upeh dengan harga borong. Ketika kami sampai di kedai ini, tuan kedai dah hidupkan motorsikalnya dan nak tutup kedai dah.
Tak lama kemudian, kawan hamba ini telefon suruh datang rumah dia pulak....Dia dah tukar rancangan. Jadi, pergilah dulu ke rumahnya dan menunggu beliau pulang (isterinya cikgu sekolah ada di rumah). Alhamdulillah, kami dijamu dengan durian lagi. Walaupun hanya dua biji, keenakannya memang tiada tandingan (durian dari kebun Pak mertua beliau) dan lebih dari mencukupi untuk hamba sekeluarga. Beliau macam tak percaya sebab dah 16 tahun tak jumpa hamba. Kami bertolak keluar dari rumahnya sekitar jam 10 malam dan sampai di kampung dalam jam 11 malam. Kalau dahulunya dari Balik Pulau ke kampung hamba di Tanah Seberang memakan masa sekurang-kurangnya 2 jam juga. Kini dengan sistem jalanraya yang lebih baik dan pembinaan lebuhraya di sana-sini, sekitar sejam sahaja dah sampai ....Letih, penat, tapi best, sedap dan penuh kenangan!!!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan