TOPIK

Aidil Fitri (1) Air Kolah (9) Akhir Zaman (3) Aktiviti Ilmiah (3) Al-Quran (4) Alam (13) Alam Ghaib (5) Aldil Fitri (1) Allah wujud tanpa bertempat (15) Amal Soleh (3) Anti Hadis (1) Aqidah (15) ASWJ (62) Bab Munakahat (4) Bab Sihir (4) Bab Tauhid (7) Bahasa Melayu (6) Bahaya Syiah (7) Bertabarruk (2) Bid'ah (8) Bidaah Hasanah (7) Bulan Ramadhan (18) Bulan Rejab (1) Bulan Zulhijjah (1) Cintai DIA (1) Cuti-Cuti Malaysia (89) Doa (1) Dosa Besar (1) Ekonomi Islam (5) Fadilat Al-Quran (4) Fiqh (2) Futuhul Ghaib (1) Futuhul Makkiyyah (3) guru (2) Guru Mursyid (6) Guru Tariqat (6) Hadis Dhaif (6) Hadis Maudhu' (1) Hadis Nabi (14) Hakikat (1) Hari Kemudian (1) Hotel Islam (1) Hukum Berkaitan Zikir (9) Ibadat Haji (6) Ibnu Taimiyyah (16) ilmu kebatinan (5) Ilmu Laduni (1) ilmu persilatan (2) Imam Malik (1) Insan Kamil (1) Israk Mikraj (10) Istanbul (20) Isu Halal (2) Isu Kalimah Allah (4) Isu Khilaf (25) Isu Khilafiah (27) Isu Semasa (4) Isu Wahhabi (97) Jalan-Jalan (129) Jihad Ekonomi (37) Jom Makan (16) Karamah (2) kebenaran (5) Kesultanan Melayu (7) Kewangan dan Perbankan Islam (1) Khatamun Nubuwwah (2) Kisah Mualaf (28) Kisah Nabi (2) Koleksi (2) Kosong (2) Kurma (1) Lagu (1) Lailatul Qadar (14) Makam Sultan (7) Makam Sultan/Raja Melayu (8) Makam Wali Allah (45) Makhluk Halus (1) Makrifat (1) Masjid (47) Masjid Lama (25) Masjid Utama (34) Maulidur Rasul (23) Mekah (2) Melayu (14) Merdeka (1) Misteri (11) motivasi (1) Mukasyafah (2) Mutasyabihat (7) Nabi Ibrahim A.S. (1) Nabi Khidir A.S. (14) Nabi Musa A.S. (1) Neraka (1) Nisfu Syaaban (17) nostalgia (1) Nur Muhammad (6) Nuzul Quran (3) Pahlawan Islam (3) Pahlawan Melayu (10) Pelancongan Tanah Tinggi (4) Peluang Perniagaan (1) pengumuman (7) Penyakit (1) Perubatan Islam (2) Perubatan tradisional (1) Petua (1) Puasa Ramadhan (18) Puasa Sunat (2) Pulau Besar (18) Putrajaya (3) Rabitah (1) Rahmat Allah (1) Rawatan Islam (1) rekreasi (21) Rezeki (1) RSAW (11) Rumahku Syurgaku (4) Sajak (6) Sedekah (1) Sejarah Melayu (6) Selawat (7) Senibina Islam (8) Sifat 20 (2) Solat (8) Solat Sunat (9) Sumpah (1) Sunnah RSAW (9) Tamadun Islam (8) Tariqat (7) Tasawuf (24) Tawassul (5) Tulisanku (331) Ulamak Islam (7) Ulamak Nusantara (20) Ulamak Tanah Melayu (16) Universiti (5) Usahawan Muslim (9) Usuluddin (1) wahdatul wujud (2) Wahhabi dan Keganasan (9) Wali Allah (52) Wali Melayu (24) Wali Songo (10) Youtube (1) Zakat (13) Zakat Fitrah (4)

Khamis, 20 Disember 2012

Masjid Sultan Abu Bakar (Masjid Negeri Johor)

Assalamu'alaikum,

Masih pada 11 November 2012 (Ahad), setelah meninjau sepintas tentang apa yang ada di Kota Iskandar, kami ke Johor Bahru. Alhamdulillah, kami sampai di Masjid Negeri Johor buat sekian kalinya.  Ini lokasi rasmi hamba sekeluarga bersolat kalau kami sampai ke Johor Bahru.  Masjid ini merupakan masjid terakhir hamba diminta membawa "sesuatu" untuk  Guru Mursyid pada tahun 2002 dahulu. Apabila "sesuatu"  itu dibawa/dipersembahkan kepada Guru Mursyid, hamba sebagai antara anak muridnya paling rapat "tahu" bahawa beliau tidak akan lama lagi di dunia ini....:-(...Tiada anak muridnya yang lain yang tahu melainkan isteri hamba.  Beliau sedang membuat beberapa persiapan untuk dirinya menemui Sang Pencipta Rasa. Itu kenangan tersendiri hamba sekeluarga di masjid ini.  Barang siapa diizinkan Allah, kedapatan beberapa orang Wali Allah rajin bersolat/beribadat di dalam masjid ini.  Hamba mengambil masa sedikit untuk menyiapkan beberapa urusan di Masjid ini. Alhamdulillah setelah selesai apa yang patut, kami meninggalkan masjid ini dan pergi ke Zoo Negeri Johor yang terletak bersebelahan...















Masjid Negeri Sultan Abu Bakar ialah masjid negeri Johor yang terletak di Johor Bahru. Masjid ini telah dibuka dengan rasminya olehSultan Ibrahim ibni Sultan Abu Bakar pada 1900. Masjid ini diberi nama Masjid Abu Bakar kerana mengambil sempena nama AlmarhumSultan Abu Bakar Daeng Ibrahim yang telah menitahkan pembinaannya kira-kira dalam tahun 1892 dengan perbelanjaan lebih dari $400,000.

Masjid yang dibangunkan di atas sebuah bukit kecil di tepi Selat Tebrau menghala ke Singapura ini mempunyai 4 buah menara yang menyerupai beberapa buah masjid di negara-negara Asia Barat terutamanya di Mesir. Menaranya berbentuk 2 tingkat bulat di atas dan empat persegi di bawah serta berkubah. Masjid ini boleh memuatkan kira-kira 3,000 umat Islam bersolat.

Seni bentuk bangunan masjid ini telah direka oleh Tuan Haji Mohamed Arif bin Punak di bawah penguasaan jurutera Yang Berbahagia Dato' Yahya bin Awalluddin. Masjid ini juga merupakan mercutanda yang membuktikan bahawa jurutera-jurutera Melayu juga berkeupayaan membina bangunan-bangunan besar yang indah dan kukuh seperti di Eropah danTimur Tengah pada hujung abad ke-19.

Bangunannya empat persegi dan banyak dipengaruhi oleh ciri-ciri bina Islam. Masjid ini berbentuk bujur sangkar dengan 4 buah anjung yang masing-masing mempunyai menara kubah.
Masjid Sultan Abu Bakar pada tahun 1906.



Masjid Sultan Abu Bakar

Latar Belakang



Masjid Sultan Abu Bakar tersergam di atas sebuah bukit berhampiran bandar Johor Bahru dan mempunyai pemandangan indah Selat Johor dan Singapura. Masjid ini merupakan salah sebuah masjid lama yang tercantik di Malaysia.



Masjid Sultan Abu Bakar dibina pada 1 Muharam 1310 Hijri bersamaan 26 Julai 1892 Masihi, atas titah Sultan Abu Bakar. Ia terletak berhampiran pejabat Majlis Agama Islam dan Istana Besar Johor Bahru, iaitu di atas Bukit Kecil di Jalan Tun Dr. Ismail, mengadap Selat Tebrau, menjadikan ia antara bangunan yang mempunyai pemandangan yang indah di Johor Bahru.
Upacara perasmian masjid ini telah disempurnakan oleh Sultan Ibrahim (1895-1959) pada 1 Syawal 1317 bersamaan 2 Februari 1900 Masihi. Nama masjid ini diambil sempena nama Sultan Abu Bakar sendiri atau dikenali sebagai Bapa Johor Moden. Masjid ini boleh memuatkan seramai 2,000 orang jemaah pada satu-satu masa. 

Binaan



Gaya reka bentuk bangunan di zaman kolonial bercampur pengaruh seni bina tempatan amat ketara pada reka bentuk bangunan Masjid Sultan Abu Bakar ini. Reka bentuk bumbungnya bercirikan seni bina Moghul dan tradisional dengan mengaplikasikan konsep bumbung limas. Dinding masjid pula mempunyai kemasan yang dihiasi dengan plaster berukir seperti yang digunakan pada tingkap, pintu dan tiang masjid. Panel-panel marmar di permukaan lantai masjid diimport dari Itali manakala kaca berwarna di atas kubah diimport dari Venice.

Keseluruhan bangunan masjid menggunakan konkrit sebagai bahan asas, manakala struktur bumbungnya disokong oleh kerangka keluli. Reka bentuk masjid ini hasil kreativiti arkitek dan jurutera tempatan Johor, iaitu Haji Butawif bin Haji Mohamad Arif dan Dato’ Yahya bin Awaluddin. Masjid yang terbesar di Negeri Johor ini mempunyai pengikat tiang yang diukir hasil adaptasi daripada seni bina klasik Timur Tengah seperti yang terdapat di beberapa buah masjid di Mesir, antaranya Masjid Kaiet Bey, Masjid Markouk, Masjid Sultan Hasan dan Masjid Imam Syafei. 






Masjid Sultan Abu Bakar (Johor)

1. Sejarah

Masjid Sultan Abu Bakar merupakan salah satu peninggalan sejarah yang menunjukkan kebesaran Kerajaan Johor di masa lalu. Sejarah pendirian masjid ini bisa dirunut dari salah seorang sultan Johor yang terkenal, Sultan Abu Bakar bin Temenggong Daeng Ibrahim (1862-1895). Di era kepemimpinan Abu Bakar, Johor mengalami perkembangan ekonomi yang pesat, sehingga rakyatnya hidup cukup makmur, dan kerajaan mampu mendirikan berbagai bangunan megah dan besar, di antaranya masjid ini. Bukti lain yang menunjukkan kegemilangan periode Sultan Abu Bakar bisa dilihat dari bangunan yang masih berdiri megah hingga saat ini dan dijadikan sebagai Museum Sultan Abu Bakar. 
Pembangunan masjid berlangsung setelah ibukota Kerajaan Johor dipindahkan dari Teluk Belanga di Singapura, ke Tanjung Puteri, sebuah kampung nelayan yang kemudian diberi nama Johor Bahru oleh Sultan Abu Bakar. Pemindahan ini terjadi pada tahun 1866, dan seiring dengan itu, dibangun pula berbagai bangunan untuk melengkapi kebutuhan sebagai pusat kerajaan yang baru. Di antara bangunan tersebut adalah masjid agung ini yang dibangun pada tahum 1893 M (1311 H), dan selesai pada tahun 1900. Diperkirakan, pembangunan masjid ini menghabiskan biaya sekitar RM 400.000,-.
Saat ini, Masjid Sultan Abu Bakar merupakan salah satu warisan sejarah yang dilindungi oleh Kerajaan Malaysia. Sebagai lokasi wisata, masjid ini terbuka setiap hari untuk dikunjungi para pelancong, dari jam 9.00 am--16.00 pm. tanpa dipungut bayaran, kecuali hari Jumat yang tertutup untuk kunjungan wisata.

2. Lokasi

Masjid Sultan Abu Bakar terletak di lokasi yang sangat strategis di atas bukit di Pantai Lido, menghadap ke Selat Tebrau, selat yang memisahkan daratan Malaysia dengan Singapura. Tepatnya, lokasi masjid berada di Jalan Masjid Sultan Abu Bakar, 80990, Johor Bahru, Johor Darul Takzim, bersebelahan dengan Kompleks Islam Johor. Dari halaman belakang masjid ini, kota Singapura terlihat jelas.

3. Luas

Belum didapat data yang menjelaskan secara detail luas masjid ini. Dari segi daya tampung, diperkirakan masjid ini memiliki kapasitas 2000 jamaah.

4. Arkitektur

Arsitektur masjid ini merupakan gabungan arsitektur India Muslim, Persia dan Eropa Klasik, sangat sedikit sekali unsur arsitektur lokal. Denah masjid berbentuk segi empat, namun pada sisi kiblatnya tampak lebih panjang. Unit utama merupakan ruang sembahyang dengan atap yang berbentuk limas tunggal tidak bertumpuk, sebagaimana masjid bersejarah lainnya.
Masjid ini memiliki empat menara, masing-masing terdapat pada setiap sisinya. Menara pada sisi utara menyatu dengan pintu masuk utama, yang lainnya berada pada sisi timur yang menghadap ke Pantai Lido, pada sisi kiblat dan sisi selatan. Denah fondasi menara berbentuk segi empat bujur sangkar yang menjorok keluar dari ruang utama (ruang sembahyang). Pada menara sisi utara dan selatan, terdapat plengkung model Romawi.
Setiap menara memiliki empat lantai. Pada lantai dua, denahnya berbentuk bujur sangkar, sedangkan lantai tiga dan empat berdenah segi delapan, dengan puncak yang berbentuk kubah kecil bersisi delapan model Persia. Setiap lantai dihiasi dengan balustrade yang berbentuk dentil (hiasan yang berderet mirip dengan susunan gigi). Setiap sudut menara terdapat pilaster dengan alur-alur (molding), dan pada setiap dua pasang pilaster, terdapat jendela. Hiasan ini menunjukkan adanya pengaruh seni arsitektur yang berkembang di Eropa pada era Renaissance. Hiasan amortizement yang terdapat pada ujung atas pilaster semakin menunjukkan adanya pengaruh klasik Eropa, terutama era Renaissance.   

5. Perencana

Belum didapat data yang menjelaskan, siapa sebenarnya arkitek atau perancang masjid ini. Data sejarah yang ada hanya menjelaskan penanggungjawab pembangunan selama prosesnya berlangsung, yaitu Datuk Yahya Awaluddin. Sebagai pengawas kerja, kemudian ditunjuk Batwip Mohamad Arif.

4 ulasan:

  1. tak terus ke Singapura-pura Encik Qul?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Salam Tuan Kowloon...Masih menilik2 masa yg sesuai utk ke Singapura, mahu ziarah kembali Makam Habib Noh Al-Habsyi dll makam. Ada sesiapa org Singapura-pura yg boleh jadi juruiring?

      Padam