Assalamu'alaikum,
Kita lari sekejap dari XPDC Selatan Tanahair...Alhamdulillah, selepas lama menunggu-nunggu, maka hamba 'selamat' berbekam kali pertama petang ini di BBBangi. Idea nak berbekam timbul selepas pulang dari luar negara pada tahun 2010...Tangguh punya tangguh, 2-3 minggu lepas baru keinginan berbekam membara kembali... Apatah lagi, badan ada 2-3 masalah...Manusia macam tulah, dah terngantuk baru terngadah... Selepas kenduri staf pejabat di Semenyih, hamba ke Kompleks Warta di BBBangi. Naik tingkat 1 dan tanya tentang berbekam, bersyukur tak perlu tempah tempat kalau tak ada orang.
Mula-mula hamba kata saya nak bekam 3 bekas boleh...Tersenyum pekerja tempat bekam, dia kata jumlah bekas bekam kena tengok penyakit...ting-tong-ting-tong, hamba kena 21 bekas bekam!!!....ambil masa dalam setengah jam juga. Isteri tanya sakit tak? Hamba kata bahagian masing-masing...Ada tempat bekam tak rasa apa-apa, ada tempat rasa terguris sedikit, ada tempat rasa macam daging disiat-siat....Apapun ia Sunnah RSAW dan kata-kata RSAW itu benar, tiada yang tidak benar. Sebagai umat Islam, kita mengakui KeRasulan Muhammad SAW...Pengakuan dan penyaksian itu bukan sekadar dilafaz di mulut tetapi diyakini sepenuhnya 100% di hati.
Hamba sertakan beberapa koleksi tulisan tentang berbekam. Zaman sekarang, berbekam dianggap perubatan alternatif oleh masyarakat, tetapi hakikinya ia bukan perubatan alternatif tetapi adalah perubatan yang utama kerana ia sebahagian dari konsep perubatan Islam.
Kelebihan Berbekam
Pada malam aku diisra'kan, aku tidak melewati
sekumpulan Malaikat melainkan mereka berkata, "Wahai Muhammad,
suruhlah umatmu melakukan hijamah (bekam)." (Sunan Ibnu Majah & Sunan Abi
Daud)
"Sebaik-baik
pengubatan bagi kalian ialah hijamah (bekam)" "Sesiapa
berbekam pasti mendapat rahmat dari Allah SWT" (Riwayat Ahmad dan Tabrani dari Samurah
r.a)
"Jibril
memberitakan kepadaku bahawa hijamah adalah cara pengubatan yang paling
bermanfaat buat manusia."
"Berubatlah
wahai hamba-hamba Allah SWT, sesungguhnya Allah tidak menciptakan sesuatu
penyakit kecuali menciptakan ubat baginya... diketahui oleh yang mengetahuinya
dan tidak diketahui oleh yang tidak mengetahuinya." (Disahihkan oleh Ibnu Hibban dan
Hakim)
"Setiap penyakit ada ubatnya, apabila ubat tepat
mengenai penyakit, maka akan wujud kesembuhan dengan izin Allah SWT."
(HR. Muslim)
"Sesungguhnya Allah SWT telah menciptakan ubat untuk
setiap penyakit, maka berubatlah kamu, tetapi jangan berubat dengan sesuatu yang
diharamkan." (HR. Abu
Daud)
Penyembuhan dapat
diperolehi dengan 3 cara: Pertama,
meminum madu. Kedua, dengan berbekam. Ketiga, dengan besi panas. Dan aku tidak
menganjurkan umatku melakukan penyembuhan dengan besi panas.
Dari Salma, seorang
pelayan Rasulullah SAW bercerita:"Tidak seorang pun mengadukan rasa sakit di kepalanya
kepada Rasulullah SAW melainkan baginda berkata
"Berbekamlah".
Sabda Rasulullah SAW
:
"Sesiapa berbekam pasti mendapat rahmat dari
Allah SWT".
Dari Abu Hurairah yang
berkata,Rasulullah SAW bersabda : "Sesiapa berbekam
pada tanggal 17,19 dan 21,maka itu akan menyembuhkan semua
penyakit."
Abu Na'im dalam bukunya
at-Tibbun Nabawi menyebut sebuah hadith marfu', "Hendaklah
kamu sekalian melakukan bekam di titik qamahduwah di bahagian tengkuk, kerana
itu dapat menyembuhkan lima jenis penyakit,di antaranya adalah lepra
(kusta)."
Pada hadith lain
disebutkan, "Hendaklah
kamu sekalian melakukan bekam di titik qamahduwah di bahagian tengkuk, kerana hal
itu dapat menyembuhkan 72 jenis penyakit."
"Berbekam
pada pagi hari sebelum makan adalah yang terbaik,di dalamnya terdapat
penyembuhan dan berkat,serta menambah kekuatan akal dan hafalan."
KEDUDUKAN
TUKANG BEKAM
Ibnu Abbas pernah
berkata, Nabi Muhammad s.a.w bersabda, "Orang
yang paling baik adalah seorang tukang bekam,kerana ia mengeluarkan darah,
meringankan otot kaku dan mempertajamkan pandangan mata orang yang
dibekamnya."
Ada hadits pendek namun
sarat makna dikutip Imam Suyuthi dalam bukunya Al-Jami’ush Shaghir. Bunyinya,
“Khairun naasi anfa’uhum linnaas.” Terjemahan bebasnya:
""sebaik-baik manusia adalah siapa yang paling
banyak bermanfaat bagi orang lain."
Fakta Bekam
Jenis Bekam
Bekam Kering
Bekam kering atau bekam angin adalah menghisap permukaan kulit tanpa mengeluarkan darah toksik. Biasanya orang tidak tahan suntikan jarum atau takut melihat darah. Mengikut kaedah tradisional, kulit yang dibekam akan kelihatan merah kehitaman dan hilang selepas kira-kira tiga hari.
Bekam Basah
Bekam ini dilakukan dengan melukai permukaan kulit menggunakan jarum tajam. Darah toksik dikeluarkan menggunakan alat pengamal bekam. Setiap kali proses mengeluarkan darah toksik adalah antara tiga hingga lima minit. Darah toksik dikenal pasti berdasarkan warna merah pekat dan berbuih. Mereka yang berbekam dinasihat tidak mandi selama tiga jam selepas berbekam.
Waktu Berbekam
- Pengamal perubatan tradisional berpendapat bahawa berbekam paling baik dilakukan ketika pertengahan bulan kerana ketika ini, darah toksik berhimpun. Bagaimanapun, berbekam boleh dilakukan pada bila-bila masa untuk tujuan mengubati penyakit.
- Mereka yang hendak berbekam dinasihat tidak makan makanan berat antara dua hingga jam sebelum berbekam dan lebih baik berpuasa sebelum berbekam.
Alat Bekam
1. Pada zaman Nabi Muhammad, cawan atau mangkuk kaca digunakan untuk berbekam, manakala orang Cina pada zaman kuno, menggunakan tanduk. Orang Eropah pada abad ke-18 menggunakan lintah untuk menghisap darah toksik dan kaedah ini masih digunakan di sesetengah tempat di Barat hingga sekarang.
2. Ketika masih ada pengamal bekam menggunakan kaedah tradisional, perubatan bekam mula menerapkan unsur moden melalui penggunaan alat seperti mangkuk, pisau pembedahan, bahan antiseptik, manakala pengamal bekam menggunakan sarung tangan yang sama seperti pengamal perubatan moden.
Larangan Berbekam
- Tidak semua orang boleh berbekam kerana dikhuatiri boleh memudaratkan kesihatan. Mereka termasuk yang mempunyai masalah tekanan darah rendah, pesakit kudis, perempuan mengandung dan ketika haid, masalah kulit yang serius atau dalam keadaan sangat letih, lapar dan kenyang.
- Antara anggota bahagian tubuh yang tidak boleh dibekam ialah mata, telinga, hidung, mulut, alat kelamin dan dubur.
Kebaikan Berbekam
1. Membantu menghilangkan pening dan migrain.
2. Membantu membuang angin dalam badan, melegakan pernafasan dan sistem perkumuhan.
3. Membantu memecahkan lemak, peluh dan melegakan demam.
4. Membantu memulihkan ketegangan urat leher, belikat, pinggang dan urat sendi di kaki.
5. Membantu mencegah kebas kaki dan membantu meredakan serangan angin ahmar.
6. Mengeluarkan darah toksik dan melancarkan peredaran darah yang tersumbat.
7. Membantu meringankan tubuh. Darah kotor yang terkumpul di bawah permukaan kulit menyebabkan rasa berat dan malas.
8. Membantu menajamkan penglihatan. Peredaran darah ke mata yang tersumbat menyebabkan penglihatan kabur.
9. Dikatakan dapat merawat pelbagai penyakit. Dianggarkan sebanyak 72 jenis penyakit dapat disembuhkan seperti ketegangan urat, darah tinggi, jantung, kolesterol, masuk angin, migrain, sakit mata, angin ahmar, sakit gigi, jerawat, sembelit, tekanan dan buah pinggang.
Sumber Maklumat: Berita Harian

BERBEKAM ATAU LINTAH?
Menurut Abu Daud, Nabi Muhammad s.a.w berkata“ Barang siapa berbekam pada hari 17,19 dan 21 pada setiap bulan, itu adalah penawar baginya daripada penyakit-penyakit “
Apa itu bekam? Ia adalah proses mengeluarkan darah kotor bagi tujuan kesihatan. Dalam ilmu perubatan moden, darah kotor adalah venous blood yang mengandungi CO2 dan bahan kumuh yang lain. Dan pendekatan bekam Nabi s.a.w pula diistilahkan sebagai periodic phlebotomy di mana darah kotor dikeluarkan secara beransur-ansur. Kontroversi bekam terjadi di eropah bilamana darah dikeluarkan dengan banyaknya sekali gus. Ini boleh mengakibatkan maut!!!!
BEKAM CARA NABI
- Nabi berbekam di bahagian kepala dan antara 2 bahu baginda<!--[endif]-->
- Berbekam secara periodic setiap bulan
- Gunakan peralatan yang bersih – untuk elakkan jangkitan kuman atau virus
- Jangan berbekam jika ada masalah proses pembekuan darah.
Hereditary haemochromatosis, sejenis penyakit keturunan di mana zat besi berkumpul dalam organ terutamanya hati boleh dirawat dengan menggunakan bekam. Bekam juga membantu melambatkan proses kerosakan hati dalam penyakit chronic hepatitis C yang disebabkan oleh virus hepatitis C itu sendiri.
Lagi bukti?? Kajian menunjukkan ada kaitan antara penyakit jantung dan kadar zat besi dalam darah seseorang. Semakin tinggi kandungan zat besi, semakin tinggi risiko untuk diserang sakit jantung. Sebab itulah pendermaan darah dan berbekam secara berkala boleh mengurangkan risiko sakit jantung jika dibandingkan dengan mereka yang lain.
Faedah Berbekam Untuk Kesihatan
- <!--[if !supportLists]--> Berbekam baik untuk jantung<!--[endif]-->
- Derma darah dapat membantu pesakit yang memerlukan darah<!--[endif]-->
- <!--[if !supportLists]--> Kenal pasti status kesihatan diri kerana darah adakalanya diuji (screening test)<!--[endif]-->
Iktibarnya..jika kemudaratan berbekam mengatasi kebaikannya, ia hendaklah dihindari.
Pendapat penulis sendiri, mungkin berbekam elok untuk dilakukan oleh kaum lelaki kerana secara fitrahnya, perempuan mempunyai kitaran haid setiap bulan di mana darah kotor juga dikeluarkan..Wallahhua’lam…
Kelebihan dan kelemahan setiap jenis Terapi Bekam Darah.
Kami menyediakan terapi bekam darah (Wet
cupping) yang ternyata sangat baik dalam menyembuhkan hampir kesemua
penyakit-penyakit dengan izin Allah swt. Dakwaan ini berdasarkan beberapa hujah
yang kuat iaitu:
1) Ianya merupakan Sunah Perubatan Nabi Muhammad saw.
2) Merupakan satu permintaan para malaikat untuk Nabi Muhammad saw memerintahkan umatnya supaya berbekam.
3) Sejarah membuktikan rawatan bekam darah sangat berkesan dalam merawat pasien terutamanya dalam peperangan silam.
4) Kajian saintifik membuktikan bahawa bekam darah adalah terapi yang sangat mujarab dalam merawat pelbagai penyakit.
Kami menyediakan terapi bekam darah dengan tiga kaedah iaitu dengan menggunakan jarum, pisau dan lintah. JARUM, PISAU DAN LINTAH KAMI ADALAH "PAKAI DAN LUPUS/ BUANG" untuk mengekalkan tahap kebersihan tertinggi dalam rawatan.
Setiap kaedah terapi mempunyai kelebihan dan kekurangannya seperti yang dinyatakan dibawah:
TERAPI BEKAM DARAH DENGAN JARUM (LANCET)
Kelebihan kaedah terapi bekam dengan menggunakan jarum dan peralatannya (Lencing device) ialah :
1) Mudah dikendalikan.
2) Luka yang sangat kecil.
3) Kedalaman jarum juga boleh diseragamkan dan dilaraskan.
4) Luka sangat mudah sembuh.
5) Boleh membekam banyak anggota-anggota bermasalah.
6) Hanya kemahiran yang sangat minima diperlukan oleh ahli terapi.
7) Sesuai untuk ahli terapi yang baru.
8) Tidak sakit dan ada yang hanya merasa geli sahaja.
Kelemahan terapi bekam dengan jarum sahaja tanpa peralatan (Lensing device):
1) Kedalaman jarum TIDAK boleh diseragamkan dan dilaraskan.
2) Kemahiran diperlukan oleh ahli terapi.
5) Tidak sesuai untuk ahli terapi yang baru.
Kelemahan kaedah terapi bekam darah dengan jarum:
1) Darah bertoksik yang keluar adalah sedikit.
2) Darah pasien berkemungkinan besar tidak keluar langsung kerana pekat dan kental seperti pasien-pasien darah tinggi dan seumpamanya.
3) Memerlukan tusukan yang banyak iaitu antara 7 - 42 tusukan.
4) Rasa pedih untuk sesetengah pasien dan sakit pada segelintir pasien berkulit sensitif.
5) Perlukan ulangan segera.
TERAPI BEKAM DARAH DENGAN PISAU
Kelebihan:
1) Agak mudah dikendalikan oleh ahli terapi yang mahir.
2) Darah bertoksik lebih banyak dapat dikeluarkan.
3) Boleh merawat banyak penyakit dengan segera dan mujarab.
4) Darah berhenti mengalir dan membeku dalam 10 minit.
5) Hanya 3 - 7 sayatan diperlukan untuk satu lokasi bekam.
6) Tidak sakit untuk sesetengah pasien.
7) Digemari oleh pasien yang telah mencuba menggunakan pisau berbanding kaedah lain.
8) Lebih mirip kepada bekam yang diamalkan oleh Rasulullah saw.
Kelemahan:
1) Kedalaman dan panjang luka sukar dikawal dan diseragamkan.
2) Luka yang agak lama untuk sembuh berbanding kaedah jarum.
3) Tidak digemari oleh pasien-pasien baru kerana rasa ngeri palsu yang bersangatan.
4) Pedih dan sakit untuk sesetengah pasien berkulit sensitif.
5) Kemahiran yang sangat tinggi diperlukan oleh ahli terapi.
6) Sangat tidak sesuai untuk ahli terapi yang baru dan dalam keletihan.
TERAPI BEKAM DARAH DENGAN LINTAH
Kelebihan:
1) Tidak sakit atau sangat tidak sakit bebanding kaedah lain.
2) Darah bertoksik lebih banyak dapat dikeluarkan.
3) Boleh merawat banyak penyakit dengan mujarab.
4) Tidak memerlukan perhatian sepenuhnya dari ahli terapi apabila lintah telah mula menghisap.
5) Pasien boleh berjalan-jalan sekiranya sesuai dan perlu.
6) Lintah mempunyai air liur yang boleh mencairkan darah. Oleh itu, pasien yang mempunyai darah yang pekat masih boleh dibekam dengan baik oleh lintah.
7) Pengamal terapi lintah juga berpandangan bahawa air liur lintah amat berkhasiat untuk kesihatan. Wallahu'alam.
Kelemahan:
1) Terpaksa menunggu lintah kenyang dan jatuh sendiri.
2) Masa rawatan yang panjang antara 45 min - 4 jam.
2) Lintah agak sukar dikendalikan pada awalnya.
3) Pendarahan berterusan antara 3 jam - 2 hari bergantung kepada pasien kerana air liur lintah masih terdapat di kawasan sedutan.
4) Kegatalan bergantung kepada kulit pasien.
5) Amat tidak sesuai untuk pasien yang berkulit sensitif kepada alahan.
PANDUAN
SINGKAT TENTANG BEKAM
[CUPPING]
Anjuran
Berbekam
Rasulullah
Shallallahu ‘alayhi wa Salam bersabda :
الشِّفَاءُ فِيْ ثَلاَثَةٍ: شَرْبَةِ عَسَلٍ وَشَرْطَةِ مِحْجَمٍ
وَكَيَّةِ نَارٍ وَإِنِّيْ أَنْهَى أُمَّتِيْ عَنْ الْكَيِّ
“Kesembuhan itu
berada pada tiga hal, iaitu minum madu, sayatan pisau bekam dan sundutan dengan
api (kay). Sesungguhnya aku melarang ummatku (berubat) dengan
kay.” (HR Bukhari)
Rasulullah
Shallallahu ‘alayhi wa Salam bersabda :
إِنَّ
أَمْثَلَ مَا تَدَاوَيْتُمْ بِهِ الْحِجَامَةُ وَالْفَصْدُ
“Sesungguhnya
metode pengobatan yang paling ideal bagi kalian adalah hijamah (bekam)
dan fashdu (venesection).” (HR Bukhari – Muslim)
1. Bekam Basah (Wet
Cupping)
Iaitu Kaedah pengeluaran darah kotor
(blood letting) dengan ditoreh dengan pisau bedah atau jarum steril pada
bahagian yang dibekam.
Cara Melakukan Bekam Basah :
Pilih titik bekam berdasarkan keadaan
pesakit.
1. Pilih gelas bekam (cup)
berdasarkan tahap penyakit pesakit dan struktur tubuh. Semakin besar gelas yang
digunakan maka tingkat rasa sakit akan semakin besar, namun kesannya akan
semakin baik.
2. Bersihkan bahagian kulit yang
akan dibekam dengan desinfektans/alkohol.
3. Pompa gelas/mangkuk bekam dengan
piston pada posisi yang dikehendaki sebanyak 2-3 kali tarikan, atau sampai
piston tidak dapat ditarik lagi.
4. Biarkan selama 3-5 minit.
5. Lepas gelas bekam dan torehkan
bahagian bekas bekam dengan pisau bedah atau jarum steril.
6. Bekam lagi posisi yang
ditorehkan tadi.
7. Tunggu selama lebih kurang 3
minit sampai darah keluar dan menumpuk pada gelas bekam.
8. Lepas gelas bekam dan buang
darah kotor yang keluar, bersihkan kembali gelas bekam dan desinfeksi.
9. Bekam lagi sebanyak 3-5 kali,
atau sampai keluar cairan putih dari kulit.
10. bersihkan bekas torehan dan bekam
dengan minyak habbatus sauda’ (jinten hitam).
11.Lakukan
setiap bulan atau setiap 2 minggu bagi yang penyakitnya parah.
1. Bekam Kering (Dry
Cupping)
iaitu metode bekam yang tidak mengeluarkan
darah dari tubuh.
Cara Melakukan Bekam Kering :
1. Pilih titik bekam berdasarkan
keadaan pesakit.
2. Pilih gelas bekam (cup)
berdasarkan tahap penyakit pesakit dan struktur tubuh. Semakin besar gelas yang
digunakan maka tingkat rasa sakit akan semakin besar, namun kesannnya akan
semakin baik.
3. Picit bahagian yang akan dibekam
dengan dilumuri minyak zaitun atau minyak jinten hitam selama lebih kurang 5
minit.
4. Pamgelas bekam dengan piston
pada posisi yang dikehendaki sebanyak 2-3 kali tarikan, atau sampai tidak dapat
ditarik lagi.
5. Biarkan selama 10 minit (bagi
lelaki), 7 menit (bagi wanita) atau 3 menit (bagi kanak-kanak).
6. Lepas gelas bekam dan sapu
kembali dengan minyak zaitun atau minyak jinten hitam selama 2-3 menit untuk
menghilangkan bercak-bercak hitam atau blister.
7. Lakukan selama 7 hari bagi orang
dewasa dan 5 hari bagi anak-anak,
kemudian diselangi selama 3 hari,
untuk pembekaman.
1. Bekam Seluncur
(Sliding Cupping)
cara bekam yang mana gelas bekam
diluncurkan di atas permukaan kulit yang rata (tidak tebal ototnya). Cara ini
serupa dengan Guasha (cina), scrapping (inggris) atau
kerokan(jawa),
Cara Melakukan Bekam Seluncur :
1. Pilih titik bekam sebagai
permulaan luncuran, biasanya bagian atas pundak.
2. Pilih gelas bekam (cup)
berdasarkan tahap penyakit pesakit dan struktur tubuh. Semakin besar gelas yang
digunakan maka tingkat rasa sakit akan semakin besar, namun kesannya akan
semakin baik.
3. Sapukan bagian yang akan dibekam
dengan dilumuri minyak zaitun atau minyak jinten hitam selama lebih kurang 5
minit.
4. Pam gelas bekam pada posisi
yang dikehendaki sebanyak 2-3 kali tarikan kemudian gerakkan/luncurkan
perlahan-lahan sampai tampak bruise (memar) kemerahan.
5. Lepas gelas bekam dan sapu lagi
dengan minyak zaitun atau minyak jinten hitam selama 2-3 minit.
1. Bekam Cepat (Flash
Cupping) atau Bekam Tarik
iaitu cara bekam dengan cara tarik lepas –
tarik lepas secara cepat pada bagian kulit yang sukar dibekam, atau apabila
dibekam gelas cenderung jatuh. Area ini biasanya di sekitar wajah dan
dahi.
Cara Melakukan Bekam Cepat :
1. Pilih titik bekam pada dahi atau
bahagian yang dikehendaki
2. Pilih gelas bekam (cup) yang
sesuai dengan lebar dahi (tidak terlalu besar).
3. Pam gelas bekam pada posisi
yang dikehendaki secukupnya kemudian lepas.
4. Lakukan hal ini secara
berulang-ulang sampai kulit berwarna kemerahan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan