Assalamu'alaikum,
Ini syarahan WaliKota Palembang, Dato Bandar Palembang, Eddy Santana Putra semasa hamba di sana. Apa yang kerajaan negeri Kelantan perlu belajar adalah bagaimana Kota Palembang berjaya membekalkan bekalan air bersih kepada 100% warga kota (kira-kira 1.5-1.6 juta penduduk) dengan menggunakan wang pinjaman dalam tempoh 10 tahun....dan wang pinjaman ini (bukan geran) berjaya dibayar oleh Palembang dalam tempoh 10 tahun juga!!! Hendak seribu daya, mahu seribu cara, jangan asyik menyalahkan orang sahaja.
Perkara kedua yang perlu dipelajari oleh Kerajaan Persekutuan Malaysia adalah Palembang berjaya membina ribuan rumah mampu milik untuk sebahagian besar warga kota yang sebelumnya hidup bergelendangan, hidup dalam bobok-bobok buruk dan kecil di pelbagai kawasan setinggan. Warga marhaen ini tidak mampu bayar sewa rumah Rp300,000 sebulan tetapi mampu bayar jika Rp10,000 sehari kerana berpendapatan harian. Sekali lagi, Kerajaan Persekutuan Malaysia dan Kerajaan DAP Pulau Pinang jangan beri alasan jika rumah orang-orang miskin, susah tidak dibina. Hamba selalu pesan kat anak-anak. Nak berjaya, jangan mudah beri alasan!!!
Perkara ketiga adalah bagaimana sampah berjaya dijadikan industri. Akibatnya tiada surat khabar dan sampah-sampah lain kerana ia berjaya 'dikomersilkan'. Industri 'sampah' ini memang jadi satu perusahaan di negara maju, tetapi di Malaysia, kita masih jauh-jauh terkebelakang. Ringkasnya, dalam ziarah hamba ke Palembang ini, contoh dan teladan dalam membangunkan negeri dan negara bukan hanya ada di negara maju sahaja, jangan malu untuk belajar dari negara jiran yang mungkin kita anggap masih jauh ketinggalan...Wassalam.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan