Assalamu'alaikum,
Berikut merupakan gambar yang sempat diambil semasa naik ojet keliling Kota Bogor. Biarlah gambar itu memberikan maknanya kepada anda semua.
Sumber : gambar dari internet
Berikut merupakan gambar yang sempat diambil semasa naik ojet keliling Kota Bogor. Biarlah gambar itu memberikan maknanya kepada anda semua.
Gunung yang popular di Bogor - Gunung Salak
Sesuap rezeki dicari dengan pelbagai cara
Cenderamata di sini lebih murah, kualitinya sama saja dengan di kompleks membeli-belah
Arnab dijual di tepi jalan
Keladi antara yang popular di sini
Antara pengangkutan di sini - kereta kuda
Sebenarnya, hamba memang suka berjalan, sebagai pengembara ke sana-sini. Melihat kehidupan manusia, gelagat, perangai dan pelbagai perkara mengenai manusianya. Untuk menjadi pengembara, anda perlu kuat hubungan dengan Allah swt, perlu cukup ilmu di dada, perlu berani, perlu cukup persediaan zahir dan batin. Kalau hamba tidak bekerja dan 'banyak duit', perkara yang akan hamba lakukan adalah berjalan, mengembara ke 1001 tempat di dunia. Kembara sebenarnya menginsafkan diri, memberi satu perasaan akan sentiasa sedar akan diri sendiri, jangan angkuh dan bongkak dengan apa saja pencapaian zahir kita, kerana yang penting adalah pencapaian batin kita juga. Wassalam.
Sumber : gambar dari internet
Tiada ulasan:
Catat Ulasan