Assalamu'alaikum,
Masih pada 8 Oktober 2013. Selepas menjamu selera di Restoran Sederhana, Jakarta, kami terus bergerak ke Bogor. Perjalanan agak perlahan kerana hujan dan trafik mulai banyak. Biasanya dalam 90 minit perjalanan Jakarta-Bogor, kali ini lebih 2 jam. Setelah mendaftar masuk di Hotel, kami mandi-manda, bersolat dan keluar makan malam. Kali ini masakan Bogor di Restoran Sari Wangi. Melihat kepada Restoran ini, hamba teringatkan Restoran Seri Melayu yang dikunjungi tahun lepas di Palembang. Restoran ini juga agak eksklusif dan semasa kami sampai, hidangan sudah tersedia. Indonesia masih kaya dengan hutannya, justeru itu Restoran mempunyai rekabentuk sebegini memang banyak kerana kayu-kayan tidak semahal Malaysia. Perabut jati di Malaysia boleh dikatakan semuanya diiimport dari Indonesia.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan