TOPIK

Aidil Fitri (1) Air Kolah (9) Akhir Zaman (3) Aktiviti Ilmiah (1) Al-Quran (4) Alam (13) Alam Ghaib (5) Aldil Fitri (1) Allah wujud tanpa bertempat (15) Amal Soleh (3) Anti Hadis (1) Aqidah (17) ASWJ (63) Bab Munakahat (4) Bab Sihir (3) Bab Tauhid (9) Bahasa Melayu (6) Bahaya Syiah (7) Bertabarruk (2) Bid'ah (8) Bidaah Hasanah (7) Bulan Ramadhan (18) Bulan Rejab (1) Bulan Zulhijjah (1) Cintai DIA (1) Cuti-Cuti Malaysia (89) Doa (1) Dosa Besar (1) Ekonomi Islam (5) Fadilat Al-Quran (4) Fiqh (3) Futuhul Ghaib (1) Futuhul Makkiyyah (3) guru (2) Guru Mursyid (6) Guru Tariqat (6) Hadis Dhaif (6) Hadis Maudhu' (1) Hadis Nabi (14) Hakikat (1) Hari Kemudian (1) Hotel Islam (1) Hukum Berkaitan Zikir (9) Ibadat Haji (6) Ibnu Taimiyyah (16) ilmu kebatinan (5) Ilmu Laduni (1) ilmu persilatan (2) Imam Malik (1) Insan Kamil (1) Israk Mikraj (10) Istanbul (17) Isu Halal (2) Isu Kalimah Allah (4) Isu Khilaf (25) Isu Khilafiah (29) Isu Semasa (4) Isu Wahhabi (97) Jalan-Jalan (128) Jihad Ekonomi (34) Jom Makan (16) Karamah (2) kebenaran (5) Kesultanan Melayu (7) Kewangan dan Perbankan Islam (1) Khatamun Nubuwwah (2) Kisah Mualaf (28) Kisah Nabi (2) Koleksi (2) Kosong (2) Kurma (1) Lagu (1) Lailatul Qadar (14) Makam Sultan (5) Makam Sultan/Raja Melayu (7) Makam Wali Allah (43) Makhluk Halus (1) Makrifat (1) Masjid (41) Masjid Lama (24) Masjid Utama (29) Maulidur Rasul (23) Mekah (2) Melayu (14) Merdeka (1) Misteri (10) motivasi (1) Mukasyafah (2) Mutasyabihat (7) Nabi Ibrahim A.S. (1) Nabi Khidir A.S. (14) Nabi Musa A.S. (1) Neraka (1) Nisfu Syaaban (17) nostalgia (1) Nur Muhammad (6) Nuzul Quran (3) Pahlawan Islam (2) Pahlawan Melayu (10) Pelancongan Tanah Tinggi (4) pengumuman (7) Penyakit (1) Perubatan Islam (2) Perubatan tradisional (1) Petua (2) Puasa Ramadhan (18) Puasa Sunat (2) Pulau Besar (18) Putrajaya (3) Rabitah (1) Rahmat Allah (1) Rawatan Islam (1) rekreasi (21) Rezeki (1) RSAW (11) Rumahku Syurgaku (4) Sajak (6) Sedekah (1) Sejarah Melayu (6) Selawat (7) Senibina Islam (8) Sifat 20 (2) Solat (8) Solat Sunat (9) Sumpah (1) Sunnah RSAW (9) Tamadun Islam (8) Tariqat (7) Tasawuf (23) Tawassul (5) Tulisanku (311) Ulamak Islam (7) Ulamak Nusantara (20) Ulamak Tanah Melayu (16) Universiti (3) Usahawan Muslim (9) Usuluddin (1) Wahhabi dan Keganasan (9) Wali Allah (50) Wali Melayu (22) Wali Songo (10) Youtube (1) Zakat (13) Zakat Fitrah (4)

Khamis, 16 Januari 2014

Masjid Zahir, Masjid Negeri Kedah Darul Aman

Assalamu'alaikum,

Selepas ziarah Makam Sheikh Abdul Jalil al-Mahdani r.a., kami terus ke Alor Setar. Kami sampai Alor Setar pada masa yang sesuai iaitu dalam 5-10 minit sebelum waktu Zohor. 26 Disember 2013, hari Khamis, kami sampai lagi ke masjid ini. Hamba ada 'kisah tersendiri' tentang masjid ini tapi itu rahsia hamba...he3... Selepas solat Zohor, kami beransur dari Masjid Zahir ini dan menuju ke Pekan Rabu. Wassalam.







Masjid Zahir atau juga dikenali sebagai Masjid Zahrah merupakan Masjid Negeri Kedah. Bangunan bersejarah ini terletak di tengah-tengah bandar raya Alor Setar. Ia juga dikenali sebagai Masjid Raja kerana ia merupakan masjid Diraja dan terletak di perkarangan Istana Pelamin.
Masjid Zahir merupakan mercutanda yang terkenal di Alor Setar, dengan ciri kubah hitam - satu kubah utama dan lima kubah lebih kecil, yang melambangkan limat rukun Islam.

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Mula dibina pada 22 Rabiulawal 1330H (11 Mac 1912) atas usaha YTM Tunku Mahmud Ibni Almarhum Sultan Tajuddin Mukarram Shah, tapak masjid ini pada asalnya adalah tanah pusara wira-wira Kedah yang gugur semasa mempertahankan Kedah dari serangan Siam(1821). Reka bentuk masjid ini diilhamkan dari Masjid Azizi di Bandar LangkatSumatera Utara. Ia dihiasi dengan lima kubah utama sebagai lambang lima Rukun Islam.
Upacara perasmiannya dilakukan pada hari Jumaat, 6 Zulhijjah 1333H (15 Oktober 1915) oleh DYMM Almarhum Sultan Abdul Hamid Halim Shah. Tunku Mahmud telah membaca khutbah Jumaat sementara baginda Sultan Abdul Hamid Shah mengimamkan solat Jumaat.

Binaan Bangunan[sunting | sunting sumber]

Masjid Zahir mempunyai keluasan tapak kira-kira 124,412 kaki persegi. Dewan tengahnya (Dewan Solat) berukuran 62 x 62 kaki persegi dan dikelilingi oleh beranda berukuran 8 kaki lebar dengan 4 anjung yang setiap satunya terdapat sebuah kubah. Pembinaan masjid ini mengambil masa selama 3 tahun.
Di belakang Masjid Zahir, terdapat Kompleks Bangunan Mahkamah Syariah dan Pusat Pendidikan Asas Kanak-Kanak. Bangunan ini juga terletak berhadapan dengan Balai Nobat dan Istana Pelamin. Masjid ini merupakan antara mercu tanda seni bina negeri Kedah dan antara masjid tercantik di Malaysia.
Tidak jauh dari Masjid Zahir terdapat bangunan tumpuan pelancong lain seperti Galeri Sultan Abdul Halim , Balai Nobat, Balai Besar, Balai Seni Negeri, Pekan Rabu, Rumah Merdeka, danMenara Alor Setar.



SEJARAH  PEMBINAAN MASJID ZAHIR

   Masjid Zahir atau juga dikenali sebagai Masjid Zahrah merupakan Masjid Negeri Kedah. Ia terletak di persimpangan Jalan Kampung Perak dan Jalan Pekan Melayu. Bangunan bersejarah ini terletak di tengah-tengah bandar raya Alor Setar bertentangan dengan Balai Besar.. Ia juga dikenali sebagai Masjid Raja kerana ia merupakan masjid Diraja dan terletak di perkarangan Istana Pelamin.
   Masjid Zahir mula dibina pada 22 Rabiulawal 1330H (11 Mac 1912) atas usaha YTM Tunku Mahmud Ibni Almarhum Sultan Tajuddin Mukarram Shah. Tapak masjid ini pada asalnya adalah tanah pusara wira – wira  Kedah yang telah gugur semasa berjuang  mempertahankan negeri Kedah dari serangan Siam pada tahun 1821. Reka bentuk Masjid Zahir diilhamkan dari Masjid Azizi di Bandar Langkat, Sumatera Utara. Ia dihiasi dengan lima kubah utama sebagai lambang lima Rukun Islam.
   Upacara perasmian Masjid Zahir dilakukan pada hari Jumaat, 6 Zulhijjah 1333H (15 Oktober 1915) oleh DYMM Almarhum Sultan Abdul Hamid Halim Shah. Tunku Mahmud telah membaca khutbah Jumaat sementara baginda Sultan Abdul Hamid Shah mengimamkan solat Jumaat. 

Pandangan Sisi
   Masjid Zahir merupakan masjid yang tertua di negeri Kedah dan tercantik dari aspek reka bentuk binaanya di Malaysia.

LATAR BELAKANG MASJID ZAHIR

   Masjid Zahir merupakan sebuah masjid yang diklasifikasikan sebagai sebuah masjid yang mempunyai ciri – ciri senibina yang unik serta menarik. Reka bentuk Masjid Zahir diilhamkan daripada Masjid Azizi di Sumatera. Ini bermaksud terdapat banyak pengaruh dari Timur Tengah dan juga India terhadap seni bina dan reka bentuk Masjid Zahir kerana kedua – dua masjid ini mempunyai banyak kubah. Masjid Zahir mempunyai 5 kubah manakala Masjid Azizi mempunyai 9 kubah.



   Masjid Zahir mempunyai keluasan tapak kira-kira 124,412 kaki persegi. Dewan
tengahnya (Dewan Sembahyang) berukuran 62 x 62 kaki persegi dan dikelilingi oleh
beranda berukuran 8 kaki lebar dengan 4 anjung yang setiap satunya terdapat sebuah kubah. Menara utamanya terletak di bahagian timur laut bangunan masjid itu. Setelah 87 tahun selepas pembinaannya, Masjid Zahir telah diperbesarkan sebanyak 2 kali iaitu pada tahun 1960 dan pada tahun 1975.




Kubah Masjid Zahir

Mimbar Masjid Zahir
   Disebelah Masjid Zahir terdapat sebuah pejabat untuk Imam Besar, Penghulu Masjid dan juga Bilal. Ini memudahkan mereka untuk menjalankan tugas – tugas yang telah dipertanggungjawabkan ke atas mereka. Ini juga memudahkan jemaah untuk berjumpa dengan mereka jika berlaku apa – apa masalah selain mendekatkan diri mereka dengan penduduk setempat.
Pejabat
   Tugas – tugas Imam Besar dan juga Penghulu Masjid merangkumi pentadbiran berkaitan aktivti agama serta sosial. Kedua – dua mereka dibantu oleh kakitangan yang telah dilantik yang terdiri daripada imam rawathib, bilal, siak, dan juga tukang kebun

4 ulasan:

  1. Asalamualaikum,

    Pakej Lawatan Ke Brunei

    Merujuk kepada perkara di atas, ingin saya memaklum kan yang saya ada memberi khidmat pakej melancong ke Brunei. Pakej ini ada lah 3 hari 2 malam yang mana ia nya merangkumi penginapan 2 malam( twin sharing) , transport untuk tour semasa di Brunei, boat trip ke Kg Air dan makan tengah hari. Sama ada lawatan rasmi ke mana mana jabatan Kerajaan atau pun bercuti, semua nya boleh saya kendali kan.

    Untuk rujukan, saya ada lah warga Brunei yang memegang lesen operator pelancongan di Brunei. Saya juga pernah mengendali kan rombongan rasmi Persatuan Peguam Syarie Malaysia, MARA, Tahfiz ADDIN Perak dan banyak lagi. Untuk bulan december ini , saya ada departure 1 december, 8 december dan 22 december dan pakej ini ada lah pakej promosi.

    Sila hubungi saya di talian 012 6472424 atau pun melalui email noorhalimabunaim@yahoo.com

    Terima kasih.

    Hj Noor Halim
    012 6472424

    BalasPadam
  2. Mengapakah kepentingan masjid zahir tiada?

    BalasPadam
  3. Apakah sebab Masjid Zahir dibina????

    BalasPadam
  4. Ia adalah Masjid Diraja dan Masjid Negeri Kedah

    BalasPadam