Assalamu'alaikum,
Hamba menyudahi kerja tertangguh sekian lama, iaitu ke Masjid Negeri Pulau Pinang. Kena pada waktunya untuk kami bersolat dan hamba melakukan kerja-kerja yang tertangguh. Anak-anak kalau ke masjid, kurang masalah sebab masjid biasanya lapang. Anak-anak yang sudah besar, hamba berikan 'kerja' untuk memenuhi masa sementara menunggu hamba. Alhamdulillah, kerja selesai tanpa gangguan. Masjid Negeri Perak dan Masjid sekitar Kuala Lumpur merupakan destinasi selepas ini.
Mimbar
Mihrab
Jemaah sedang Solat Asar
Masjid ini dilengkapi dengan penghawa dingin, jadi tidaklah panas
Saf wanita di bahagian belakang
Ada tadika di kawasan masjid
KITAB di bawah MAIPP. Ada teguran dalam Laporan Audit Negara 2013 tentang KITAB.
Pintu gerbang
KITAB dah ada bas, Moga2 KITAB mencapai kejayaan dunia dan akhirat dan tidak menjadi Projek Gajah Putih
Musim bunga....
sumber : http://ms.wikipedia.org/wiki/Masjid_Negeri_Pulau_Pinang
Masjid Negeri Pulau Pinang adalah masjid negeri bagi negeri Pulau Pinang. Dibina pada tahun 1979, ia terletak di Daerah Timur Laut. Masjid Negeri ditadbir oleh seorang Pegawai Hal Ehwal Islam dengan dibantu oleh pegawai-pegawai masjid dan kakitangan yang dilantik oleh pihak kerajaan.
Telefon +60-4-827-1057 Faks +60-4-827-9908
Negeri Pulau Pinang terbahagi kepada enam daerah pentadbiran agama.
Pembinaan masjid ini diilhamkan oleh Y.T.M. Tunku Abdul Rahman, bekas Perdana Menteri Malaysia, awal tahun 1968. Peranan aktif Y.T.M. di dalam meninggikan syiar Islam seperti mempeloporkan musabaqah membaca Al-Quran dalam tahun 1960, pembinaan masjid Negara pada tahun 1965 dan mengadakan berbagai-bagai rancangan dakwah Islamiah tidak dapat disangkal oleh segenap lapisan kaum muslimin di Malaysia malah di seluruh dunia. Untuk memenuhi hasrat gigih umat Islam di Pulau Pinang, Y.T.M. Tunku telah mengesyorkan sebuah Masjid Negeri perlu didirikan di negeri ini dengan jaminan sebanyak sejuta ringgit sebagai bantuan dari Kerajaan Persekutuan. Cadangan tersebut disambut baik oleh kerajaan negeri di bawah pimpinan Y.A.B. Ketua Menteri Pulau Pinang, Dr. Lim Chong Eu. Ia juga disokong dengan sepenuhnya oleh Allahyarham Tun Syed Sheh Shahbudin dan Allahyarham Tun Datuk Syed Sheh Al-Haj bin Syed Hassan Barakbah, bekas T.Y.T. Yang Di Pertua Negeri Pulau Pinang. Cadangan pembinaan itu juga diperkenan dan direstui oleh kebawah D.Y.M.M. Seri Paduka Baginda Yang Di Pertuan Agong selaku Ketua Agama bagi negeri Pulau Pinang.
Jawatankuasa Pembinaan Masjid Negeri ditubuhkan pada bulan Jun 1969. Jawatankuasa Pelupur tersebut di Pengerusikan oleh Datuk Haji Harun Sirat yang ketika itu menjawat jawatan Speaker Dewan Undangan Negeri dengan Datuk Haji Mohd. Sidek bin Elamdin yang ketika itu menjadi Setiausaha Sulit kepada T.Y.T. sebagai Setiausaha. Jawatankuasa Pembinaan Masjid Negeri telah memutuskan cara-cara pungutan derma seperti berikut:-
- ) Dermawan-dermawan Islam dan Bukan Islam.
- ) Badan-Badan Sukarela, Pertubuhan-pertubuhan, dan Badan Koperat.
- ) Kakitangan Kerajaan yang berugama Islam dan bukan Islam.
Pada 4 Mac, 1971, pelan tapak dibentangkan dalam persidangan Majlis Kebangsan Hal Ehwal Agama dengan Y.T.M. Tunku sendiri mempengerusikan persidangan itu. Sementara itu Jawatan Pengerusi Jawatankuasa Pembinaan Masjid diambil alih oleh Allahyarham Datuk Haji Ahmad bin Haji Abdullah, Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri dan Pegawai Daerah Timur Laut, Encik Ismar bin Iskandar dilantik sebagai Setiausaha pada awal tahun 1973.
Isi kandungan
[sorokkan]- 1 Mencari Tapak Pembinaan Masjid Negeri
- 2 Pelancaran Tabung Masjid Negeri
- 3 Upacara Memecah Tanah Tapak Masjid Negeri
- 4 Upacara Menanam Cerucuk Pertama Pembinaan Masjid Negeri
- 5 Penubuhan Jawatankuasa Pemandu
- 6 Upacara Meletak Batu Asas Masjid Negeri
- 7 Maklumat Latarbelakang Masjid Negeri
- 8 Rujukan
- 9 Pautan luar
Mencari Tapak Pembinaan Masjid Negeri
Beberapa tempat di dalam negeri dipilih untuk dijadikan tapak bangunan. Diantaranya ialah di Padang Kota Lama, Padang Dato’ Keramat, di persimpangan Jalan Scotland dengan Jalan Western dan di Jalan Goal (Penjara). Akhirnya dengan mendapat kata sepakat, Jawatankuasa Pembinaan bersetuju memilih sebidang tanah, seluas lebih kurang 11 ekar kepunyaan Kerajaan Negeri di persimpangan Jalan Air Itam dan Green Lane. Tanah tapak pembinaan Masjid Negeri itu telah mendapat persetujuan Y.A.B. Perdana Menteri Malaysia, Allahyarham Tun Haji Abdul Razak dalam tahun 1974. Disamping itu Allahyarham juga telah meluluskan peruntukan Kerajaan Pusat bagi membiayai sebahagian daripada kos pembinaan Masjid tersebut.
Pelancaran Tabung Masjid Negeri
Selepas dilantik menjadi T.Y.T. Yang Di Pertua Negeri Pulau Pinang pada awal tahun 1975, Tun Datuk Haji Sardon bin Haji Jubir berazam untuk menjadikan tugas utamanya menggerak Jawatankuasa Pembinaan Masjid memberi perhatian serius terhadap pembinaan Masjid Negeri. T.Y.T. telah memberi nafas baru, dorongan, galakkan, pimpinan dan peransang kepada Jawatankuasa pembinaan dengan harapan Masjid yang diidamkan itu dapat didirikan dalam jangka waktu yang ditetapkan. T.Y.T. Yang Di Pertua Negeri seterusnya berkenan menjadi penaung sementara isterinya Toh Puan Datuk Hajjah Sadiah sebagai penasihat.Sepanjang Pembinaan Masjid Negeri T.Y.T. dan Yang Amat Berbahagia Toh Puan sentiasa mengambil berat di atas setiap perkembangan pembinaan Masjid tersebut, di samping mengambil inisiatif menambahkan Tabung Kewangan Masjid Negeri dan memberi beberapa pandangan dan nasihat yang diperlukan. Satu Majlis Makan Malam untuk melancarkan pungutan derma secara besar-besaran telah diadakan di Residensi pada 28 Julai, 1975 dengan dihadiri oleh Allahyarham Y.A.B. Tun Haji Abdul Razak, bekas Perdana Menteri, Malaysia dan Y.A.B. Toh Puan Hajjah Rahah. Sambutan yang diberikan oleh para dermawan amatlah menggalakkan. Modal reka bentuk Masjid dipamirkan di majlis tersebut.Tuan Yang Terutama telah memulakan pelancaran tersebut dengan menderma wang habuan tubuh sebulannya untuk Tabung Pembinaan Masjid Negeri. Ini disusuli oleh para dermawan dan hadirin sekelian dengan menderma atau jaminan derma sebanyak RM241,315.00. Tuan Yang Terutama di dalam ucapannya pada malam tersebut membayangkan hasratnya supaya matlamat pungutan derma sebanyak RM500,000.00 itu disempurnakan dalam tempoh masa 6 bulan. Tetapi, Alhamdulillah, dengan daya penggerak yang dibuktikan oleh Tuan Yang Terutama sendiri maka matlamat ini telah tercapai dalam masa hanya 4 bulan sahaja.
Upacara Memecah Tanah Tapak Masjid Negeri
12 Januari, 1976 merupakan hari yang bersejarah kerana pada hari inilah bermulanya kerja-kerja Pembinaan Masjid Negeri. Upacara memecah tanah tapak Masjid disempurnakan oleh T.Y.T. Yang Di Pertua Negeri Pulau Pinang dengan disaksikan oleh Y.B. Datuk Sri Haji Kamaruddin bin Mohd. Isa, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri.
Upacara Menanam Cerucuk Pertama Pembinaan Masjid Negeri
Pada 23 Ogos, 1976, suatu lagi upacara dilaksanakan sebagai menanda bermulanya kerja-kerja pembinaan. Dalam upacara tersebut, T.Y.T. Yang Di Pertua Negeri melakukan penanaman cerucuk yang pertama. Daya utama dan minat suci murni Tuan Yang Terutama sekali lagi terbukti di majlis tersebut di mana Tuan Yang Terutama sekali lagi menderma wang habuan tabung sebulannya untuk Tabung Pembinaan Masjid, dan ini disambut secara spontan oleh para dermawan dengan menghulurkan derma sebanyak RM140,000.00 dalam tempoh masa tiga hari. Derma datang mencurah-curah dan ini dipergiatkan dari semasa ke semasa dalam beberapa bulan angka RM1 juta telah diperolehi. Hasrat dan cita-cita rakyat mulai cerah.
Penubuhan Jawatankuasa Pemandu
Untuk mengemas dan melicinkan kerja-kerja pembinaan, Jawatankuasa Pembinaan Masjid Negeri diserapkan menjadi Jawatankuasa pemandu Masjid Negeri pada bulan Jun, 1977. Y.B. Tuan Haji Mohd. Noor bin Bakar, Ahli EXCO dilantik menjadi Pengerusi Jawatankuasa tersebut. Beliau mengambil alih tempat Allahyarham Datuk Haji Ahmad bin Haji Abdullah yang berpulang kerahmatullah dalam bulan Mei 1977. Tuan Haji Ozair bin Datuk Haji Mohd. Noor, Pegawai Daerah Timur Laut, menjadi Setiausahanya.
Upacara Meletak Batu Asas Masjid Negeri
Sempena Ulangtahun Harijadi T.Y.T. Yang Di Pertua Negeri pada 16 Julai, 1977, suatu upacara meletakkan Batu Asas disempurnakan oleh T.Y.T. Yang Di Pertua Negeri. Upacara itu dilaksanakan dengan penuh adat istiadat tradisi. Dalam upacara di majlis yang berbahagia itu, di antara lain T.Y.T. Yang Di Pertua Negeri menyatakan:-
- Pada upacara yang gilang gemilang ini, kita patut juga menyampaikan penghargaan kita kepada Y.T.M. Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj yang mula-mula mempelupuri cadangan pembinaan Masjid Negeri ini, iaitu semasa Tunku menjadi Perdana Menteri. Usaha ini telah diteruskan oleh Allahyarham Tun Haji Abdul Razak yang menggantikan Y.T.M. sebagai Perdana Menteri. Kita berdoa semoga Allah lanjutkan usia Y.T.M. Tuanku dalam keadaan sihat walafiat dan memberinya bertambah-tambah banyak taufik dan hidayah. Kita juga berdoa semoga di atas segala jasa yang disumbangkan oleh Allahyarham Tun Haji Abdul Razak, Allah akan mencucuri rahmat ke atas rohnya dan dikumpulkan bersama-sama orang yang beriman.
- Upacara meletakkan Batu Asas Masjid Negeri ini yang kita bersama-sama mengusahakannya adalah menjadi lambang keagungan Ugama Rasmi Persekutuan dan merupakan satu simbul perpaduan dan persefahaman serta keharmonian semua rakyat dari berbilang kaum dan berbagai ugama. Derma-derma yang disumbangkan dengan murah hati adalah disanjung tinggi bukan sahaja oleh Jawatankuasa Pembinaan Masjid Negeri bahkan oleh Kerajaan Negeri kerana ia membuktikan kesyukuran para dermawan terhadap Tuhan yang telah mengurniakan mereka kebahagiaan, kemakmuran dan kesejahteraan hidup di dalam dunia ini. Sepertimana yang terdapat dalam sepotong hadis yang diterjemahkan seperti berikut:-
-
-
- “Barangsiapa mendirikan sebuah masjid di Dunia ini dengan ikhlas kerana Allah, nescaya Allah akan mendirikan baginya sebuah Mahligai di syurga”.
-
-
Maklumat Latarbelakang Masjid Negeri
- )Tanah Tanah Kerajaan Negeri lebih kurang 11 ekar, dipersimpangan Jalan Air Itam dan Green Lane.
-
-
-
- Menurut taksiran harga tanah ini ialah bernilai RM1,811,000.00.
-
-
- )Reka Bentuk Reka Bentuk Model rekabentuk Masjid Negeri ini disediakan oleh Jabatan Kerjaraya
-
-
-
- Pulau Pinang. Akiteknya ialah Encik E.B. Paz, yang berasal dari Filipina. Beliau seorang pakar dalam mereka bentuk masjid. Beliau telah mengkaji rekabentuk beberapa buah masjid yang terkemuka dan termasyur di Asia Barat sebelum membuat rekabentuk Masjid Negeri Pulau Pinang.
-
-
Encik E.B. Paz adalah seorang akitek yang berkhidmat dengan Jabatan Kerjaraya Pulau Pinang secara kontrek khas untuk pembinaan Masjid Negeri, di bawah pengawasan Datuk Koh Kok Ee, Pengarah Jabatan Kerjaraya.
- )Pemborong Pemborong yang berjaya mendapat tawaran membina dan menyiapkan Masjid Negeri yang indah ini dari beberapa pemborong yang lain ialah M/s Loh Thow Yoong Sdn.Bhd. dengan harga kos pembinaan sebanyak RM5 juta.
- )Sumber Kewangan Sumber-sumber kewangan yang diperolehi untuk membiayai pembinaan Masjid Negeri adalah seperti berikut hingga tarikh 31 Julai, 1980.
-
-
-
-
-
-
- * ) Kerajaan Persekutuan RM2,104,610.00
- * ) Kerajaan Negeri RM1,500,00
- * ) Derma-derma Orang Ramai RM1,245,264.11
-
-
-
-
-
"Jawatan Pengerusi Jawatankuasa Pembinaan Masjid diambil alih oleh Allahyarham Datuk Haji Ahmad bin Haji Abdullah"
BalasPadamOrang inilah bapa kepada Perdana Menteri Malaysia yang kelima Tun Abdullah Ahmad Badawi. Beliau inilah tokoh ulama dalam UMNO yang dikenali sebagai Datuk Haji Ahmad Badawi, anak kepada Haji Abdullah Fahim ulama yang tersohor itu dan Mufti pertama Pulau Pinang.