Assalamu'alaikum,
Waktu urusan kerja di Utara tanahair, hamba sempat 'lari' sekejap untuk makan Mee Kuah Ketam di Ceruk Tokun, Bukit Mertajam. Kedai makan yang asal ini memang kecil sahaja, tidak jauh, iaitu hampir bertentangan dengan Masjid Ceruk Tokun. Kalau anda dari Bukit Mertajam, masjid sebelah kanan, jadi kedainya sebelah kiri. Kalau anda dari Kulim ke Bukit Mertajam, kedainya sebelah kanan, jalan nak masuk ke Hutan Lipur Bukit Mertajam. Selain mee kuah ketam, mee gorengnya pun sedap juga. Rata-rata pengunjung memilih Mee Kuah Ketam atau Mee Goreng. Pengunjung terdiri dari pelbagai bangsa, Melayu dan Cina yang ramai. Hamba sempat ambil gambar guna telefon bimbit. Dah ada dua cawangan kedai ini di satu taman dan di Kulim. Jadi, kalau anda ke Bukit Mertajam, jangan lupa Mee Kuah Ketam di Ceruk Tokun. Wassalam.
Ini Kee Kuah Ketam
Kedainya memang kecil
Ni bekas untuk kuahnya...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan