Assalamu'alaikum,
Selesai di Pulau Intan, hamba dan anak kedua melalui Rintis Keramat ke Makam Tok Tanjung Tuan. Berbanding ke Pulau Intan yang ada trek khusus, untuk Rintis Keramat, anda hanya mengikut denai hutan. Namun jangan risau sebab denai hutan ini jelas dan terang. Petua nak masuk hutan sama saja, jaga mulut dan kelakuan serta perbuatan. Alam hutan ini banyak yang mendiaminya. Bukan kita takut kat makhluk-makhluk halus, tetapi kita memang diingatkan jangan sombong kepada sesiapa sahaja. Biasanya terlajak cakap ini sebab 'ada kesombongan' dalam hati. Dalam kita hanya perlu takut dengan Allah semata-mata, jangan pula kita sombong di atas muka bumi.
Hamba membersihkan kawasan ini yang diletakkan macam2 oleh penganut Hindu...Hindu ni, pantang jumpa benda pelik sikit, habis nak disembah mereka...Dakwah kita orang Islam ke atas penganut Hindu masih 'jauh'...
Boleh berkhemah di sini sebab ada sumber air bersih untuk masak
Pulau Masjid dari pantai...Kenapa dinamakan Pulau Masjid?
Kalau berkhemah dengan kawan satu kepala, memang best, malam-malam minum kopi cicah biskut, sembang bab tariqat, hakikat tanpa gangguan...apatah lagi....
Tiada ulasan:
Catat Ulasan