TOPIK

Aidil Fitri (1) Air Kolah (9) Akhir Zaman (3) Aktiviti Ilmiah (3) Al-Quran (4) Alam (13) Alam Ghaib (5) Aldil Fitri (1) Allah wujud tanpa bertempat (15) Amal Soleh (4) Anti Hadis (1) Aqidah (15) ASWJ (63) Bab Munakahat (4) Bab Sihir (4) Bab Tauhid (7) Bahasa Melayu (6) Bahaya Syiah (7) Bertabarruk (2) Bid'ah (8) Bidaah Hasanah (7) Bulan Ramadhan (18) Bulan Rejab (1) Bulan Zulhijjah (1) Cintai DIA (1) Cuti-Cuti Malaysia (89) Doa (1) Dosa Besar (1) Ekonomi Islam (5) Fadilat Al-Quran (4) Fiqh (2) Futuhul Ghaib (1) Futuhul Makkiyyah (3) guru (17) Guru Mursyid (17) Guru Tariqat (17) guruku (15) Hadis Dhaif (6) Hadis Maudhu' (1) Hadis Nabi (14) Hakikat (2) Hari Kemudian (1) Hotel Islam (1) Hukum Berkaitan Zikir (9) Ibadat Haji (6) Ibnu Taimiyyah (16) ilmu kebatinan (5) Ilmu Laduni (1) ilmu persilatan (2) Imam Malik (1) Insan Kamil (1) Israk Mikraj (10) Istanbul (20) Isu Halal (2) Isu Kalimah Allah (4) Isu Khilaf (25) Isu Khilafiah (27) Isu Semasa (4) Isu Wahhabi (97) Isu Yaqazah (10) Jalan-Jalan (130) Jihad Ekonomi (37) Jom Makan (16) Karamah (2) kebenaran (7) Kesultanan Melayu (7) Kewangan dan Perbankan Islam (1) Khatamun Nubuwwah (2) Kisah Mualaf (28) Kisah Nabi (2) Koleksi (2) Kosong (3) Kurma (1) Lagu (1) Lailatul Qadar (14) Makam Sultan (7) Makam Sultan/Raja Melayu (8) Makam Wali Allah (46) Makhluk Halus (1) Makrifat (1) Martabat Tujuh (4) Masjid (47) Masjid Lama (25) Masjid Utama (34) Maulidur Rasul (23) Mekah (2) Melayu (14) Mengenal Diri (9) Merdeka (1) Misteri (11) motivasi (1) Mukasyafah (2) Mutasyabihat (7) Nabi Ibrahim A.S. (1) Nabi Khidir A.S. (14) Nabi Musa A.S. (1) Neraka (1) Nisfu Syaaban (17) nostalgia (1) Nur Muhammad (6) Nuzul Quran (3) Pahlawan Islam (3) Pahlawan Melayu (10) Pelancongan Tanah Tinggi (4) Peluang Perniagaan (1) pengumuman (7) Penyakit (1) Perjalanan Diri (2) Perubatan Islam (3) Perubatan tradisional (2) Petua (1) Puasa Ramadhan (18) Puasa Sunat (2) Pulau Besar (18) Putrajaya (3) Rabitah (1) Rahmat Allah (1) Rawatan Islam (1) rekreasi (21) Rezeki (1) RSAW (11) Rumahku Syurgaku (4) Sajak (7) Sedekah (1) Sejarah Melayu (6) Selawat (7) Senibina Islam (8) Sifat 20 (2) Solat (8) Solat Sunat (9) Sumpah (1) Sunnah RSAW (9) Tamadun Islam (8) Tariqat (8) Tasawuf (26) Tawassul (5) Tulisanku (358) Ulamak Islam (7) Ulamak Nusantara (22) Ulamak Tanah Melayu (18) Universiti (5) Usahawan Muslim (9) Usuluddin (1) wahdatul wujud (5) Wahhabi dan Keganasan (9) Wali Allah (62) Wali Melayu (33) Wali Songo (10) Youtube (1) Zakat (13) Zakat Fitrah (4)

Ahad, 12 Oktober 2014

Rumah Api (Tanjung Tuan Lighthouse), Tanjung Tuan, Melaka Negeri Hang Tuah

Assalamu'alaikum,

31 Ogos 2014, Hari Kebangsaan ke 57, hamba ke Tanjung Tuan, Melaka. Sebenarnya kalau bab sejarah, orang Malaysia tidak banyak membaca, apatah lagi mengkaji. Apatah lagi sejarah sampai SPM 'terlalu longgar', tidak mengharapkan generasi muda faham dan arif tentang sejarah, sekadar menghafal, apatah lagi pembelajaran sejarah di sekolah membosankan. Dari segi fakta, hanya Melaka, Pulau Pinang, dan Dinding yang dijajah British. Negeri lain di bawah 'naungan British'. Jadi 31 Ogos itu bukan sebenar2nya merdeka sebab bukan dijajah sepenuhnya. Pembahagian Tanah Semenanjung dengan kepulauan Indonesia tahun 1824 bukan membawa maksud wilayah-wilayah ini dijajah. Hakikatnya di negeri Melayu Bersekutu menerima Residen Inggeris dan di negeri2 Melayu Tidak Bersekutu menerima Penasihat Inggeris, bukannya dijajah pun.  Penjajahan mungkin berlaku jika Malayan Union menjadi kenyataan. Segala puji bagi Allah, Malayan Union tidak menjadi kenyataan, malah menyatukan umat Melayu dan Islam di Tanah Melayu dan akhirnya membawa 'kemerdekaan' kepada Tanah Melayu. Ketika Portugis memerintah Melaka dari 1511 - 1640, hanya Melaka (negri kecil sekarang) di bawah Portugis, bukan keseluruhan Tanah Melayu.

Hamba dah lama nak ke Tanjung Tuan atas satu urusan, tapi tertangguh dan terus tertangguh. Alhamdulillah, 31 Ogos 2014, hamba sampai ke Tanjung Tuan ini.  Ia merupakan satu Hutan Simpan dan di dalam negeri Melaka.  PNB Ilham resort sebenarnya di dalam negeri Melaka, tetapi alamatnya seperti dalam Negeri Sembilan, hamba kira untuk memudahkan urusan surat-menyurat dan lain-lain. Macam bandar Tampin di Negeri Sembilan, bandar ini terletak di dalam Melaka dan Negeri Sembilan walaupun lebih terkenal dalam Negeri Sembilan.  Apabila anda nak masuk ke PNB Ilham Resort, anda akan lihat papan Tanda Sempadan Melaka/Negeri Sembilan.  Tak jauh berjalan kaki ke Rumah Api ini, sesuai untuk rekreasi/jalan-jalan keluarkan peluh dengan keluarga. 



Pintu pagar untuk masuk ke Hutan Simpan Tanjung Tuan

Kena bayar sedikit yuran untuk masuk


Hutan ini sesuai untuk peminat burung





Pancit sikit sebab lama tak senaman

Malaysia masih 'kalah' bab kebersihan

Laluan trek berbasikal yang dibina

Ada Cabaran Berbasikal rupanya di kawasan ini pada Jun yang lalu


treknya memang membolehkan anda berjalan dan merentasi serta menikmati hutan ini

Dah dekat dah...

Ada Rumah Api dan radar di sini







Hamba pun tak tahu apa yang dipagarkan



Selepas ini, hamba ke Pulau Intan di Tanjung Tuan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan