TOPIK

Aidil Fitri (1) Air Kolah (9) Akhir Zaman (3) Aktiviti Ilmiah (1) Al-Quran (4) Alam (13) Alam Ghaib (5) Aldil Fitri (1) Allah wujud tanpa bertempat (15) Amal Soleh (3) Anti Hadis (1) Aqidah (17) ASWJ (63) Bab Munakahat (4) Bab Sihir (3) Bab Tauhid (9) Bahasa Melayu (6) Bahaya Syiah (7) Bertabarruk (2) Bid'ah (8) Bidaah Hasanah (7) Bulan Ramadhan (18) Bulan Rejab (1) Bulan Zulhijjah (1) Cintai DIA (1) Cuti-Cuti Malaysia (89) Doa (1) Dosa Besar (1) Ekonomi Islam (5) Fadilat Al-Quran (4) Fiqh (3) Futuhul Ghaib (1) Futuhul Makkiyyah (3) guru (2) Guru Mursyid (6) Guru Tariqat (6) Hadis Dhaif (6) Hadis Maudhu' (1) Hadis Nabi (14) Hakikat (1) Hari Kemudian (1) Hotel Islam (1) Hukum Berkaitan Zikir (9) Ibadat Haji (6) Ibnu Taimiyyah (16) ilmu kebatinan (5) Ilmu Laduni (1) ilmu persilatan (2) Imam Malik (1) Insan Kamil (1) Israk Mikraj (10) Istanbul (17) Isu Halal (2) Isu Kalimah Allah (4) Isu Khilaf (25) Isu Khilafiah (29) Isu Semasa (4) Isu Wahhabi (97) Jalan-Jalan (128) Jihad Ekonomi (34) Jom Makan (16) Karamah (2) kebenaran (5) Kesultanan Melayu (7) Kewangan dan Perbankan Islam (1) Khatamun Nubuwwah (2) Kisah Mualaf (28) Kisah Nabi (2) Koleksi (2) Kosong (2) Kurma (1) Lagu (1) Lailatul Qadar (14) Makam Sultan (5) Makam Sultan/Raja Melayu (7) Makam Wali Allah (43) Makhluk Halus (1) Makrifat (1) Masjid (41) Masjid Lama (24) Masjid Utama (29) Maulidur Rasul (23) Mekah (2) Melayu (14) Merdeka (1) Misteri (10) motivasi (1) Mukasyafah (2) Mutasyabihat (7) Nabi Ibrahim A.S. (1) Nabi Khidir A.S. (14) Nabi Musa A.S. (1) Neraka (1) Nisfu Syaaban (17) nostalgia (1) Nur Muhammad (6) Nuzul Quran (3) Pahlawan Islam (2) Pahlawan Melayu (10) Pelancongan Tanah Tinggi (4) pengumuman (7) Penyakit (1) Perubatan Islam (2) Perubatan tradisional (1) Petua (2) Puasa Ramadhan (18) Puasa Sunat (2) Pulau Besar (18) Putrajaya (3) Rabitah (1) Rahmat Allah (1) Rawatan Islam (1) rekreasi (21) Rezeki (1) RSAW (11) Rumahku Syurgaku (4) Sajak (6) Sedekah (1) Sejarah Melayu (6) Selawat (7) Senibina Islam (8) Sifat 20 (2) Solat (8) Solat Sunat (9) Sumpah (1) Sunnah RSAW (9) Tamadun Islam (8) Tariqat (7) Tasawuf (23) Tawassul (5) Tulisanku (311) Ulamak Islam (7) Ulamak Nusantara (20) Ulamak Tanah Melayu (16) Universiti (3) Usahawan Muslim (9) Usuluddin (1) Wahhabi dan Keganasan (9) Wali Allah (50) Wali Melayu (22) Wali Songo (10) Youtube (1) Zakat (13) Zakat Fitrah (4)

Sabtu, 27 Ogos 2016

KEPENTINGAN TAREKAT DALAM PENINGKATAN ILMU DAN AMAL

KEPENTINGAN TAREKAT DALAM PENINGKATAN ILMU DAN AMAL

Oleh: TUAN GURU DR HJ JAHID HJ SIDEK, Mantan Profesor Madya Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya (APIUM)

Istilah Tarekat (Tariqah) digunakan dalam tasawwuf dengan berbagai makna dan konsep mengikut berlainan aspek yang dihubungkan dengannya. Bagaimanapun tarekat yang dimaksudkan dalam kertas kerja ini adalah yang dikonsepkan oleh Rasulullah (s. ’a. w.) dalam sabda baginda sebagai jawapan terhadap pertanyaan ‘Ali bin Abi Talib (r.’a). ‘Ali bertanya:

يا رسول الله دلني على اقرب الطرق إلى الله وأسهلها على عباده وأفضلها عنده تعالى
Maksudnya :

“Ya Rasulullah tunjukkan atau ajarkan kepadaku satu tarekat dari berbagai tarekat yang paling dekat (untuk sampai kepada keredaan Allah dan mengenal-Nya) dan yang paling mudah (untuk diamalkan) oleh para hamba Allah dan paling afdal atau baik di sisi Allah”

Rasulullah (s. ‘a. w.) memberikan jawapan dengan sabdanya:

يا على عليك بمداومة ذكر الله سرا وجهرا

Maksud:

“Ya ‘Ali (jika engkau mahu tarekat yang engkau maksudkan itu) maka wajiblah engkau sentiasa kekal berdhikru-‘lLah secara sirr (dalam hati, tanpa suara) dan secara kuat (bersuara).”

Akhirnya ‘Ali (r. ‘a.) diajarkan zikir tahlil lisan  لا اله الا الله oleh baginda.[1]

Konsep tarekat yang disebutkan dalam sabda Rasulullah (s.a.w) itulah yang menjadi amalan khusus bagi golongan ulul albab seperti yang dinyatakan dalam al-Quran, ayat 190-191 surah Al ‘Imran:

  [2]

Maksudnya :
“Sesungguhnya dalam kejadian langit dan bumi dan pertukaran (waktu) malam dan siang adalah sebagai ayat-ayat (tanda-tanda yang membuktikan keagungan dan kesempurnaan Allah) bagi golongan orang ulul-albab. Iaitu orang-orang yang (sentiasa) berdhikru-‘lLah (dalam apa juga keadaan), ketika berdiri, duduk dan berbaring, dan (sambil mereka berdhikru-‘lLah itu) mereka tafakkurkan (ayat-ayat Allah) yang ada di langit dan bumi itu. (Mereka berkata, setelah lama mereka berdhikru-‘lLah dan tafakkur itu) : Ya Tuhan kami, tidaklah Engkau jadikan (seluruh langit dan bumi ini) sia-sia (tapi penuh hikmah) Mahasuci Engkau, maka peliharalah diri kami dari seksa neraka.”

Tarekat yang dimaksudkan di atas dianggap menjadi salah satu asas tasawwuf yang sangat penting Sheikh Abu Qasim al-Junaydi al-Baghdadi (w. 297H) pernah menegaskan:

ذكر الله ركن قوى في هذا العلم بل لا يصل أحد إلى الله إلا بدوام الذكر

Maksudnya :

“Dhikru-‘lLah adalah rukun atau asas yang penting dalam ilmu ini (tasawwuf). Bahkan seseorang tidak akan sampai kepada (mengenal dan keredhaan) Allah kecuali dengan kekal berdhikru-‘lLah.” [3]

Nabi (s.’a.w.) sentiasa kekal berdhikru-‘lLah sepanjang siang dan malam, kerana amalan tarekat diwajibkan ke atas diri baginda. Allah berfirman:

  [4]

Maksudnya :
“Dan ingatkanlah (Ya Muhammad) nama Tuhanmu dalam hatimu dengan merendahkan diri dan rasa takut (terhadap keagungan-Nya) dan dengan tidak bersuara di waktu pagi (siang) dan petang (malam) dan janganlah engkau menjadi orang-orang yang lalai.” (Surah al-A’raaf: 205)

Dengan perintah Allah tersebut di atas maka hati Nabi (s. ‘a. w.) sentiasa berdhikru-‘lLah sepanjang masa siang dan malam, sehingga semasa baginda tidur pun hatinya terus berdhikru-‘lLah. Baginda pernah menyebutkan :

“Sesungguhnya kedua-dua mataku tidur, tetapi hatiku tidak tidur.”[5]

Dari fakta-fakta yang dijelaskan dapat kita simpulkan bahawa amalan sentiasa kekal berdhikru-‘lLah itu adalah menjadi amalan tetap Rasulullah (s. ‘a. w.) dan juga para sahabat (r.’a.h.). Golongan ulul albab yang sentiasa berdhikru-‘lLah seperti yang disebut dalam Ali Imran, ayat 191 itu adalah terdiri dari para sahabat. Mereka boleh berdhikru-‘lLah dan tafakkur itu, kerana telah diajar oleh baginda Rasulullah (s.’a.w.)

Golongan Ashabu’s-Suffah adalah merupakan golongan sahabat yang sentiasa beribadat dan berdhikru-‘lLah. Kedudukan mereka begitu istimewa di sisi Allah. Nabi (s.’a.w.) diperintahkan supaya sentiasa mendampingi mereka dan jangan membiarkan mereka kerana desakan pemimpin-pemimpin Yahudi. Allah berfirman:

   [6]

Maksudnya:

“Dan bersabarlah engkau (ya Muhammad) bersama-sama dengan o
rang-orang yang menyeru Tuhan mereka itu pada setiap pagi dan petang (sepanjang masa) kerana mengharap keredaan-Nya; dan janganlah kedua matamu berpaling dari mereka kerana mengharapkan perhiasan kehidupan dunia ini; dan janganlah engkau mengikuti (kemahuan) orang-orang yang hatinya telah Kami lalaikan dari mengingati Kami, serta menuruti hawa nafsunya dan adalah urusan mereka ini melampaui batas.” (Surah Al-Kahfi: 28)

Sayyidina ‘Ali bin Abi Talib (r.’a.) sendiri pemah menceritakan keadaan sahabat-sahabat yang menjadi ahli suffah tersebut sebagaimana yang telah diriwayatkan oleh ‘Arikah r.a. Antara lain riwayat tersebut menegaskan:

“Telah berkata ‘Arikah (r.‘a.): Aku telah bersembahyang subuh bersama-sama ‘Ali. Selepas ia (‘Ali) memalingkan muka ke kanan (memberi salam) maka iapun diam, seolah-olah ia bersedih, sehingga terbit matahari di atas tembok masjid setinggi satu galah. lapun sembahyang dua rakaat. Kemudian iapun menadah kedua tangannya sambil berkata: Demi Allah, sesungguhnya telah aku lihat sahabat-sahabat Muhammad (s. ‘a. w.), tidak pemah aku lihat pada hari ini orang lain yang menyerupai mereka sedikitpun. Sesungguhnya mereka itu berpagi-pagi dengan keadaan rambut kusut masai dan pakaian mereka berdebu, wajah mereka pucat. Sesungguhnya mereka itu telah berjaga malam dengan sujud dan berdiri di hadapan Allah dan membaca kitab-Nya. Apabila tiba waktu pagi pula, mereka segera berdhikru-‘lLah dengan menggerak-gerakkan badan mereka seperti bergoyangnya pokok pada masa ribut. Demi Allah, telah mengalir air mata mereka sehingga membasahi baju mereka”.[7]

Berbagai tarekat yang terdapat seperti Ahmadiyyah, Naqshabandiyyah, Qadiriyyah, Samaniyyah, Idrisiyyah, Rifa’iyyah, Shadhaziliyyah dan sebagainya lagi adalah didasarkan kepada asas ajaran dhikru-‘lLah seperti yang terdapat dalam al-Qur’an dan Sunnah. Dapat kita simpulkan bahawa tarekat-tarekat yang mu’tabarah itu adalah sunnah mut’taba’ah.

Tarekat sebagai salah satu institusi amalan Islam yang wujud bersama lahirnya Islam mempunyai asas-asas atau prinsip-prinsipnya sendiri. Antara prinsipnya yang penting ialah:

1) Taqwa.
2) Taubat.
3) Dhikru-‘lLah dan Tafakkur.
4) Uzlah dan khalwat.
5) Himmah yang kuat.
6) Sentiasa dipimpin guru.
7) Tujuan hidup hanya Allah dan keredhaan-Nya.
8) Sentiasa menjaga adab.
9) Mencari Ilmu khasnya Tauhid, Feqah dan Tasawwuf.
10) Muhasabah diri.

Nota Kaki:
[1] ‘Abdul al-Qadir ‘Isa, Haqaiq ‘an al-Tasawwuf, Diwan Press, U.K. T. Tarikh, hlm. 84
[2] Al-Qur’an, al-‘Imran, 190-191
[3] Abd al-Samad Al-Falimbangi, Hidayatus’-Salikin, Pulau Pinang: Dar al-Ma’arif, 1353 H.) hlm. 36
[4] Al-Qur’an, al-A’raf, 205
[5] Abd al-Samad Al-Falimbangi, Hidayatus’-Salikin, hlm. 36
[6] Al-Qur’an, al-Kahfi, 28
[7] Ibn Kathir, Al-Bidayah wa al-Nihayah, Jld VIII (Cairo: Kurdistan al-‘Ilmiyyah, 1348 H.), 6

Wahhabi dan Kerosakan Ummat Islam



Tiada nas yang melarang? Boleh plak guna alasan ni? Yaqozhoh pun tiada nas dalam Quran dan Hadith yang melarang? Kenapa dihukum bathil dan sesat? Malah ada hadith sahih yang menyebut tentang akan berlakunya melihat Nabi secara jaga, secara Yaqozhoh??? ... Selawat selang2 taraawih pun tiada nas dalam Quran dan Hadith yang melarang? Kenapa dilabelkan sebagai bid'ah dholaalah sedangkan ada perintah umum (boleh dilakukan pada bila2 masa) di dalam Al-Quran dan Hadith supaya berselawat...??? Ziarah kubur pada hari raya tiada nas di dalam Quran dan Hadith melarang? Kenapa dilarang konon2nya mengikut amalan orang2 Yahudi dan Nasrani? Sedangkan ada perintah umum (boleh dilakukan pada bila2 masa) daripada RasuululLaah SAW supaya dilakukan ziarah kubur...???

Sumber hukum dalam Islam ni Quran dan Hadith sahaja kah? Mana pi Ijmak? Mana pi Qiyas? Mana pi Sadd zari'ah?!

Kalau ada khilaf sekalipun di kalangan para fuqaha, fatwa rasmi pihak yang diamanahkan untuk berfatwa sepatutnya mengambil kira kemaslahatan umat Islam dan kebersihan akidah kanak2 yang menjadi perebutan lebih2 lagi di dalam suasana semasa di mana mendidik anak2 di zaman kita ini agar istiqamah di atas agama Islam merupakan satu cabaran yang sangat besar dan rumit hatta kepada ibubapa yang beragama Islam, apatah lagi sekiranya ibubapa yang tidak beriman kepada kebenaran agama Islam.

Kenapa faktor2 ini tidak diambil kira sebelum mengeluarkan fatwa? Adakah oleh kerana bimbang nanti dikatakan orang nampak konservatif, kolot, style lama dan tidak progresif?

Surah Al-Araf, Ayat 146:

سَأَصْرِفُ عَنْ آيَاتِيَ الَّذِينَ يَتَكَبَّرُونَ فِي الْأَرْضِ بِغَيْرِ الْحَقِّ وَإِن يَرَوْا كُلَّ آيَةٍ لَّا يُؤْمِنُوا بِهَا وَإِن يَرَوْا سَبِيلَ الرُّشْدِ لَا يَتَّخِذُوهُ سَبِيلًا وَإِن يَرَوْا سَبِيلَ الْغَيِّ يَتَّخِذُوهُ سَبِيلًا ذَٰلِكَ بِأَنَّهُمْ كَذَّبُوا بِآيَاتِنَا وَكَانُوا عَنْهَا غَافِلِينَ

Aku akan memalingkan (hati) orang-orang yang sombong takbur di muka bumi dengan tiada alasan yang benar dari (memahami) ayat-ayatKu (yang menunjukkan kekuasaanKu); dan mereka (yang bersifat demikian) jika mereka melihat sebarang keterangan (bukti), mereka tidak beriman kepadanya, dan jika mereka melihat jalan yang (membawa kepada) hidayah petunjuk, mereka tidak mengambilnya sebagai jalan yang dilalui. Dan sebaliknya jika mereka melihat jalan kesesatan, mereka terus mengambilnya sebagai jalan yang dilalui. Yang demikian itu, kerana mereka mendustakan ayat-ayat Kami dan mereka sentiasa lalai daripadanya.

ولا حول ولا قوة إلا بالله العلي العظيم
اللهم أرنا الحق حقا وارزقنا اتباعه وأرنا الباطل باطلا وارزقنا اجتنابه

Cuba perhatikan ayat2 Al-Quran dan Hadith, "biaq ada akai" kata orang utara 👇
Surah Al-Baqara, Ayat 221:

وَلَا تَنكِحُوا الْمُشْرِكَاتِ حَتَّىٰ يُؤْمِنَّ وَلَأَمَةٌ مُّؤْمِنَةٌ خَيْرٌ مِّن مُّشْرِكَةٍ وَلَوْ أَعْجَبَتْكُمْ وَلَا تُنكِحُوا الْمُشْرِكِينَ حَتَّىٰ يُؤْمِنُوا وَلَعَبْدٌ مُّؤْمِنٌ خَيْرٌ مِّن مُّشْرِكٍ وَلَوْ أَعْجَبَكُمْ أُولَٰئِكَ يَدْعُونَ إِلَى النَّارِ وَاللَّهُ يَدْعُو إِلَى الْجَنَّةِ وَالْمَغْفِرَةِ بِإِذْنِهِ وَيُبَيِّنُ آيَاتِهِ لِلنَّاسِ لَعَلَّهُمْ يَتَذَكَّرُونَ

Dan janganlah kamu berkahwin dengan perempuan-perempuan kafir musyrik sebelum mereka beriman (memeluk ugama Islam); dan sesungguhnya seorang hamba perempuan yang beriman itu lebih baik daripada perempuan kafir musyrik sekalipun keadaannya menarik hati kamu. Dan janganlah kamu (kahwinkan perempuan-perempuan Islam) dengan lelaki-lelaki kafir musyrik sebelum mereka beriman (memeluk ugama Islam) dan sesungguhnya seorang hamba lelaki yang beriman lebih baik daripada seorang lelaki musyrik, sekalipun keadaannya menarik hati kamu. (Yang demikian ialah kerana orang-orang kafir itu mengajak ke neraka sedang Allah mengajak ke Syurga dan memberi keampunan dengan izinNya. Dan Allah menjelaskan ayat-ayatNya (keterangan-keterangan hukumNya) kepada umat manusia, supaya mereka dapat mengambil pelajaran (daripadanya).

Berkahwin pun dilarang kerana membawa kepada kekufuran sedangkan suami biasanya lebih mempengaruhi sikap dan pegangan seorang isteri dan isteri pula merupakan orang dewasa yang umumnya ada kemampuan berfikir sendiri, inikan pula kanak2 diberi kepada ibu atau bapa yang kafir? Tidakkah itu lebih aula membawa kepada kekufuran dan neraka? Jelas ibubapa berperanan mempengaruhi agama dan pegangan anak2. Di dalam hadith sahih riwayat Imam Al-Bukhari antara lain disebutkan

ما من مولود إلا يولد على الفطرة ، فأبواه يهودانه ، أو ينصرانه ، أو يمجسانه

Tiada daripada anak itu melainkan dilahirkan di atas fitrah (Islam), lalu kedua2 ibubapanya lah menyebabkan dia menjadi Yahudi atau Nasrani atau Majusi

إنا لله وإنا إليه راجعون...

Benarlah sabda baginda:

إذا وُسِّد الأمرُ إلى غيرِ أهلِه فانتظِرِ الساعةَ

Apabila disandarkan sesuatu urusan bukan kepada ahlinya maka tunggu lah saat kebiasaan (hari kiamat)

http://www.alifta.net/Fatawa/FatawaSubjects.aspx?View=Page&HajjEntryID=0&HajjEntryName=&NodeID=5476&PageID=7341&SectionID=2&SubjectPageTitlesID=12671&MarkIndex=2&0&languagename=

https://www.google.com/url?sa=t&source=web&rct=j&url=http://www.islam.gov.my/sites/default/files/e-penerbitan/kanak-kanak_e-book.pdf&ved=0CDIQFjAGahUKEwiphpyP2frGAhXMBY4KHTivDDY&usg=AFQjCNHKS0--_j_-Cs0rrZOs4kD4GuX41g

KAITAN WAHHABI DAN KEGANASAN DARI SURAT MUHAMMAD BIN ABDUL WAHHAB PENGASAS WAHHABI

[EDISI BONGKAR] KAITAN WAHHABI DAN KEGANASAN DARI SURAT MUHAMMAD BIN ABDUL WAHHAB PENGASAS WAHHABI

Kata Geng Wahabi versi Saudi, ISIS tu Khawarij, Wahabi bukan Khawarij, tapi Sunni. Muhammad bin Abdil Wahhab bawa akidah yang menolak keganasan Khawarij konon. Kalau ISIS pakai buku Muhammad bin Abdil Wahhab itu namanya bukan Wahabi itu ISIS tapi ISIS jer yang pakai buku Muhammad bin Abdil Wahhab. Wahabi ni konon bawa ajaran baik2, sayang orang. Tak suka bunuh-bunuh.

Oh yer ker?? Cuba baca salah satu dari surat yang ditulis oleh Muhammad bin Abdil Wahhab ni yang dicetak dan disokong sendiri oleh ulama Wahabi Saudi Dr. Nasir bin Abdil Kaeim al-Aql berjudul Islamiyyah la Wahhabiyyah yang pernah dicetak oleh Kementrian Wakaf Saudi Arabia. Nas Arab dia saya letak dalam bentuk gambar sebab malas nak type dan lebih jelas sebagai bukti. Terjemahan seperti di bawah ini ikut urutan gambar yang saya pontong sebab panjang. Tapi kalau takut konon ana tipu buka kitab langsung atau download dari internethttp://waqfeya.com/book.php?bid=8499.

Gambar 1:

"Muhammad Abdul Wahab Berkata: Adapun meminta kepada orang yang mati dan yang ghaib, sama ada nabi atau selainnya, untuk menghilangkan kesusahan, bantuan kesedihan, dan meminta bantuan kepada mereka dalam perkara-perkara yang penting, maka ia termasuk dalam perkara yang DIHARAMKAN YANG DIINGKARI SECARA KESEPAKATAN ULAMA. Allah tidak pernah memerintahnya juga tidak Rasulnya, dan tidak pernah dilakukan oleh seorang pun dari sahabat dan tabi'in, dan tidak disukai sama sekali oleh seorang pun dari imam2 Islam. Perkara ini adalah apa yang diketahui secara pasti di dalam agama Islam".
Dalam hal ini, Muhammad bin Abdil Wahhab secacra sorih menyatakan beristighatsah adalah haram, dan mengclaim ia adalah disepakati oleh imam2 Islam. bahkan dia menambah termasuk perkara yang ما هو معلوم من الدين بالضرورة dengan menggunakan sighat yang sedikit berbeza tapi makna sama.
Jawaban saya: Ini bohong besor! Berapa banyak ulama 4 mazhab mengatakan istighatsah dan tawassul itu harus bahkan sunnah. Bila masa jadi kesepakatan ulama? Lepas tu claim ma huwa maklum mina al-Din biddarurah pulak tu??

Gambar 2:

"Barangsiapa yang berdoa kepada mayyat atau orang ghaib dari kalangan para nabi, atau orang soleh sama ada dengan lafaz istighatsah atau selain keduanya MAKA IA BENAR-BENAR TELAH MELAKUKAN SYIRIK PALING BESAR YANG TIDAK DIAMPUN ALLAH KECUALI DENGAN BERTAUBAT DARI-NYA"
Dalam hal ini pula, ia telah menuduh bahawa istighatsah adalah perbuatan syirik terbesar!

Jawaban saya: Ulama sepakat, Syirik Kaber itu adalah orang yang betul2 sembah tuhan selain Allah SWT. Kira macam pi tokong sembah lah. Ini kalau setakah ziarah kubur Nabi Muhammad SAW atau para wali dan berdoa, bertawassul atau bahkan beristighatsah dgn niat dalam hati Allah yang melaksanakan segala hajatnya, dan para nabi dan wali itu hanya perantara maka tidak menyebabkan syirik. Ia bahkan sunnah dan dianjurkan seperti yg disebut oleh Imam Nawawi, Imam al-Subki, Imam al-Ramli dan lain2.

Gambar 3:

"Maka barang siapa yang telah berlebihan pada nabi atau orang soleh dan menjadikannya sebagai bentuk dari ibadah seperti berkata: Wahai Tuanku fulan! tolonglah aku, atau bantulah aku, atau berilah aku rezeki, atau cukupilah aku, atau aku berada pada timbanganmu dan yang menyamai ucapan-ucapan ini; maka semua perkara ini adalah syirik dan sesat! pelakunya perlu disuruh taubat, kalau ia taubat, kalau tidak maka DIBUNUH!!!!!"
Dalam statement ini pula Muhammad bin Abdil Wahab secara jelas menyatakan ucapan-ucapan istighatsah ini adalah syirik sesat, dan diminta bertaubat. Kalau tdak BUNUH!!!!

Jawaban saya:

Pertama kalau dia istighatsah atau doa dengan niat bahawa Allah yang menjadikan maka ia tak jatuh haram sama sekali bahkan sunnat. Kalau dia awam, maka kita kena ajar dia akidah yang betul iaitu Allah yang menjadikan sedangkan tawassul dan istighatsah itu hanya usaha dalam doa dan ia diharuskan ulama. Untuk sampai bunuh tu tak akan sampai lah.. Tapi Muhammad bin Abdil Wahhab yang diagung2kan Wahabi alumni Saudi pula???

Sebab itulah saya kata, macam mana pula Wahabi alumni Saudi hari ini claim mereka bukan ISIS. Yaa May be mereka bukan ISIS, tapi pemikiran Wahabi itu bawa sifat berlebihan yang bertaraf ISIS. Maka tak heranlah dalam sejarah abad ini, semua geng teroris datang dari Wahabi. Dari al-Qaeda, JI, Jabhah Nusrah, AlShabab Somalia, Boko Haram, Ansar Dine Mali, dan lain-lain semua asalnya berakidah WAHABI Syirik beristighatsah!

Wahabi kat Malaysia yang konon kata ISIS tu Khawarij depa bukan, hari in kome tuduh kami yang beristighatsah ini sebagai syirik kaber sahaja. Tak de laa nak bunuh sebab tak pegang kerajaan. besok kalau ada peluang maka tinggal sembelih jer macam tok guru2 kome buat kat Mekah Madinah.
Wahabi dan Ghulwu berpisah tiada....

Via - Ustaz Raden Mooks

SEBARKAN

Hadis Nabi SAW Tentang Wahhabi

Hadist Nabi tentang WAHABI:

RENUNGAN TENTANG QARN (TANDUK)1. Akan muncul QORN (tanduk) setan di Najd.Nabi Saw bersabda :اللَّهُمَّ بَارِكْ لَنَا فِي شَامِنَا وَفِي يَمَنِنَا قَالَ قَالُوا وَفِي نَجْدِنَا قَالَ قَالَ اللَّهُمَّ بَارِكْ لَنَا فِي شَامِنَا وَفِي يَمَنِنَا قَالَ قَالُوا وَفِي نَجْدِنَا قَالَ قَالَ هُنَاكَ الزَّلازِلُ وَالْفِتَنُ وَبِهَا يَطْلُعُ قَرْنُ الشَّيْطَانِ
” Ya Allah berilah keberkatan kepada negeri Syam kami, berilah keberkatan kepada negeri Yaman kami. Mereka berkata: “Pada Nejd kami Ya Rasulullah?!” Rasulullah berkata: “Ya Allah berilah keberkatan pada negeri Syam kami, berilah keberkatan pada negeri Yaman kami.” Mereka berkata: “Pada Nejd kami Ya Rasulullah?!” Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam berkata: Disana terdapat kegoncangan dan fitnah, serta disanalah terbitnya tanduk Syaitan. ” (HR. Bukhari)
2. QARN menjadi miqat bagi penduduk Najd Hijaaz yg sekarang ibukota Riyadh.

Dari Ibnu Umar beliau berkata :

وَقَّتَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَرْنًا لِأَهْلِ نَجْدٍ وَالْجُحْفَةَ لِأَهْلِ الشَّأْمِ وَذَا الْحُلَيْفَةِ لِأَهْلِ الْمَدِينَةِ قَالَ سَمِعْتُ هَذَا مِنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ وَبَلَغَنِي أَنَّ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ وَلِأَهْلِ الْيَمَنِ يَلَمْلَمُ وَذُكِرَ الْعِرَاقُ فَقَالَ لَمْ يَكُنْ عِرَاقٌ يَوْمَئِذٍ
“ Rasulullah Shallahu ‘alaihi wa sallam telah menentukan miqat bagi penduduk Najd di Qarn, Juhfah bagi penduduk Syam, Dzul Hulaifah bagi penduduk Madinah. Berkata Ibnu Umar “ Aku mendengar ini dari Nabi Shallahu ‘alaihi wa sallam dan telah sampai kepadaku bahwa Nabi Shallahu ‘alaihi wa sallam bersabda “ Bagi penduduk Yaman dari Yalamlam. Kemudian disebutkan Iraq, maka beliau menjawab “ Ketika itu belum ada Iraq “. (HR. Bukhari : 7344)

3. Generasi mereka akan terus berlanjut hingga masa dajjal.

Nabi Saw bersabda :

كلما هلك منهم قرن قام قرن اخر
” Tiap kali musnah satu QARN dari mereka, maka akan berdiri QARN lainnya ”

Artinya : Tiap kali generasi mereka jatuh maka akan terus dilanjutkan oleh generasi berikutnya untuk membawa paham QARNnya…

Daulah umawiyyah jatuh dan tak berdiri lagi
Daulah Abbasiyyah jatuh dan tak berdiri lagi
Daulah Fathimiyyah jatuh dan tak berdiri lagi
Daulah Ustmaniyyah jatuh dan tak brdiri lagi

Tapi daulah SAUDIYYAH jatuh, namun sudah berdiri TIGA KALI..

4. Membaca Al-Quran tapi tidak memahami kandungannya.

Nabi Saw bersabda :

يَخْرُجُ نَاسٌ مِنْ قِبَلِ الْمَشْرِقِ ويقرأون الْقُرْآنَ لا يُجَاوِزُ تَرَاقِيَهُمْ يَمْرُقُونَ مِنَ الدِّينِ كَمَا يَمْرُقُ السَّهْمُ مِنَ الرَّمِيَّةِ ثُمَّ لا يَعُودُونَ فِيهِ حَتَّى يَعُودَ السَّهْمُ إِلَى فُوقِهِ قِيلَ مَا سِيمَاهُمْ قَالَ سِيمَاهُمُ التَّحْلِيقُ
Akan keluar dari arah timur segolongan manusia yang membaca Al-Qur’an namun tidak sampai melewati kerongkongan mereka (tidak sampai ke hati), mereka keluar dari agama seperti anak panah keluar dari busurnya, mereka tidak akan bisa kembali seperti anak panah yang tak akan kembali ketempatnya, tanda-tanda mereka ialah bercukur (Gundul). (HR Bukhori)

5. Mereka akan bersama Dajjal..

Nabi Saw bersabda :

يخرج قوم من قبل المشرق يقرءون القرآن لا يجاوز تراقيهم كلما قطع قرن نشأ قرن حتى يخرج فى بقيتهم
الدجال
“ Akan keluar dari arah timur sekelompok orang yang membaca Al-Quran namun tidak sampai ke kerongkongan mereka (tidak pandai memahami kandungan Al-Quran dan semua nasehat al-Quran tidak masuk ke dalam hati mereka), tiap kali putus QORNnya (tanduknya / kurunnya / masanya) maka muncullah qorn yang lainnya (mereka akan selalu ada di setiap kurun / qorn) hingga generasi mereka selanjutnya akan bersama Dajjal “. (HR. Imam Ahmad dalam musnadnya)

RENUNGKAN hal ini wahai wahabi-salafi, semoga kalian mendapat hidayah Allah…
[Ibnu Abdillah Al Katibiy]

AWAS PENIPUAN WAHHABI

AWAS PENIPUAN WAHHABI


Di dalam Tafsir Imaam Ahmad As-Shoowi Al-Maaliki rahimahulLaah versi lama yang belum diubah secara tidak amanah oleh penerbit ada disebutkan.

حاشية العالم العلامة العارف بالله الشيخ أحمد الصاوي المالكي على تفسير الجلالين

في تفسير قوله تعالى: {أَفَمَن زُيِّنَ لَهُ سُوءُ عَمَلِهِ فَرَآهُ حَسَنًا} [(8) سورة فاطر] قال: "وقيل: هذه الآية نزلت في الخوارج الذين يحرفون تأويل الكتاب والسنة، ويستحلون بذلك دماء المسلمين وأموالهم، كما هو مشاهد الآن في نظائرهم، وهم فرقة بأرض الحجاز يقال لهم: الوهابية، يحسبون أنهم على شيء ألا إنهم هم الكاذبون، استحوذ عليهم الشيطان فأنساهم ذكر الله أولئك حزب الشيطان ألا إن حزب الشيطان هم الخاسرون. نسأل الله الكريم أن يقطع دابرهم

Antara lain disebutkan oleh Al-Imaam As-Shoowi rahimahulLaah bagaimana suatu puak di Tanah Hijaz yang disebutkan golongan Wahhabiah menyelewengkan makna Al-Quran dan As-Sunnah yang dengan cara itu mereka menghalalkan darah dan harta ummat Islam. Bayangkan sekiranya kalam Allah SWT dan RasulNya S.A.W. boleh diselewengkan, apatah lagi kalau setakat kalam para imam mazhab, tentulah lebih mudah mereka selewengkan.

Di dalam kitab Raddul Mukhtaar fiid Durril Mukhtaar susunan Imam Ibn 'Aabidiin Al-Hanafi rahimahulLaah disebutkan:

مطلب في أتباع ابن عبد الوهاب الخوارج في زماننا

قوله (ويكفرون أصحاب نبينا صلى الله عليه) علمت أن هذا غير شرط في مسمى الخوارج، بل هو بيان لمن خرجوا على سيدنا علي رضي الله تعالى عنه، وإلا فيكفي فيهم اعتقادهم كفر من خوجوا عليه، كما وقع في زماننا في أتباع ابن عبد الوهاب الذين خرجوا من نجد وتغلبوا على الحرمين وكانوا ينتحلون مذهب الحنابلة، لكنهم اعتقدوا أنهم هم المسلمون وأن من خالف اعتقادهم مشركون، واستباحوا بذلك قتل أهل السنة وقتل علمائهم حتى كسر الله شوكتهم وخرب بلادهم وظفر بهم عساكر المسلمين عام ١٢٣٣ هجرية

- رد المختار على الدر المختار شرح تنوير الأبصار لمحمد أمين الشهير بابن عابدين

Antara lain, Imaam Ibn 'Aabidiin menerangkan tentang Khawaarij zaman ini iaitu pengikut2 Ibn Abdil Wahhab yang keluar dari daerah Najd (Riyadh) mereka merampas kekuasaan di dua tanah suci (Al-Haramain) dan menyamar sebagai pengikut2 mazhab Imam Ahmad Ibn Hanbal.

Itu realiti di situ pada masa itu.

Here and now, ada Wahhabi yang menyamar sebagai pengikut2 mazhab yang lain. Misalnya di Malaysia, ada tokoh2 yang berpegang dengan fikrah Wahhabi menyamar sebagai pengikut2, malah pakar2 mazhab Syafie yang bercakap dan menulis kononnya mazhab Syafie yang sebenar begini dan begitu dan bahawa mereka lebih tahu dan berpegang dengan mazhab Syafie berbanding murid2 dan pengikut2 Imam Syafie sendiri. Perhatikan dan fahami sebahagian daripada contoh2 penyamaran ini yang dikongsikan di Page Kami Tidak Mahu Fahaman Wahhabi di Malaysia 👇

AWAS PENIPUAN WAHHABI

Tersebar artikel kononnya Imam Asy Syafie dan beberapa pendapat yang diambil dalam mazhab Asy Syafie secara tidak amanah kononnya mengikut sebagaimana ajaran Wahhabi.

1. Apabila kita lihat isi artikel ternyata bukan semuanya adalah dari ijtihad Imam asy Syafie. Ini namanya MENIPU ATAS NAMA IMAM ASY SYAFIE dan ULAMAK MUKTABAR DALAM MAZHAB ASY SYAFIE.  Ingat tanda-tanda munafiq ?

2. Antara ciri-ciri wahhabi yang utama adalah 3 T iaitu Tasyrik (mengkafirkan), Tabdi' (membid'ah sesatkan) dan Takfir (mengkafirkan) ulamak dan umat Islam tanpa hak serta membawa aqidah mengimaginasikan zat Allah.

3. DOA QUNUT SUBUH -  Imam Taqiyuddin as-Subki asy-Syafie dan Syeikh Abu Hasan al-Karajji asy-Syafie tidak pernah menyatakan doa qunut subuh adalah bid'ah sesat. Saidina Abu Bakar As-Siddiq, Umar bin Khattab, Usman bin Affan, Ali bin Abi Talib, Ibnu Abbas, Barra' bin Azib  Imam As Syafie, Ibnu Abi Laila, Hasan bin Soleh, Abu Ishaq Al Ghazali, Abu Bakar bin Muhammad, Hakam bin Utaibah, Hammad, Ahli HIjjaz, Al Auza'ie kebanyakan Ahli Syam malah menurut Imam An Nawawi dalam Majmu'. Ia adalah pendapat yang dipegang oleh kebanyakan ulama salaf dan generasi selepas daripada mereka bahawa doa qunut disunatkan pada solat Subuh setiap hari.  Rujuk   Al-Majmu' syarah Muhazzab jilid 3 hlm.50. Imam Asy Syafie sendiri menyatakan :
"Tak ada qunut dlm sembahyang lima waktu kecuali sembahyang subuh. Kecuali jika terjadi bencana maka boleh qunut pada semua sembahyang jika imam menyukai" Al-Umm jilid 1 hlm.205.

4. SOLAT SUNAT QOBLIYAH SEBELUM SOLAT JUMAAH - Melemahkan pandangan bukan bermakna membid'ahkan, mengkafirkan atau mensyirikkan Solat Sunat Qabliyah 2 Rakaat Sebelum Solat Jumaat seperti Wahhabi,

5. AZAN DUA KALI SEBELUM SOLAT JUMAAT - Imam Asy Syafie tidak pernah membid'ahkan dua kali azan sebelum Solat Jumaat. Beliau menerangkan

Dan yang mana di antara yang kedua itu yang terjadi pada masa RasuluLlah sallaLlahu 'alaihi wasallam lebih saya sukai
(Umm Juz I, halaman 195).  Lihat bagaimana Imam Syafie mengggunakan af'al tafdhil. Lebih mengutamakan, melebihkan. Tiada pun sebut larangan. TETAPI al albani membid'ahkan lihat  kitabnya al-Ajwibah al-Nafi’ah.

6. KENDURI ARWAH - Makruh dalam mazhab asy Syafie bukan bermakna berdosa. Ertinya tuntutan supaya meninggalkan dengan tidak pasti, apabila dibuat tidak berdosa dan apabila ditinggalkan pula mendapat pahala. Di dalam kenduri arwah terdapat sunnah yang dihidupkan seperti memberi makan jiran tetangga, membaca al Quran, berselawat, bertahlil dan sebagainya. Dan ini bukanlah bentuk ratapan. Imam Asy Syafie serta ulamak yang disebutkan tidak menyatakan ia sebagai bid'ah sesat. Maka hujjah wahhabi tertolak sama sekali.

7. Imam Asy Syafie adalah mujtahid mutlaq. Tiada satupun ulamak wahhabi yang bertaraf mujtahid mutlak. Bahkan pengikut wahhabi bertaqlid buta dengan Muhammad bin Abdul Wahhab, Al Albani, Sheikh Bin Baz, Sholeh Uthaimin, Soleh Fauzan dan sebagainya. Bukankah dalam artikel tersebut ramai nama ulamak muktabar seperti Imam An Nawawi, Imam Ibnu Hajar al Asqolani, Imam Izzuddin Abdis Salam adalah pengikut Imam Asy Syafie ? Ulamak hebat pun bertaqlid inikan pula orang awam yang jahil. Tetapi wahhabi selalu perasan diri mereka seperti mujtahid mutlaq.

8. ZAKAT FITRAH GUNA WANG -  Imam Asy Syafie tidak membid'ahkan bayar zakat fitrah guna wang. Dalam mazhab Asy Syafie ia diharuskan kerana darurat atau perintah raja. Lihat kitab al-Itharah, bahwa keterangan mazhab Syafie tersebut ada dinyatakan dalam kitab Majmu’ Syarah al-Muhazzab 5/431,  kitab al-Majmu’ (5:429)

9. LAFAZ SAYYIDINA - Imam Asy Syafie tidak membid'ahkan. Imam Ar Ramli iaitu antara Mufti Muqallid dalam Mazhab Asy Syafie mengatakan lafaz sayyidina dalam solat diutamakan. Rujuk - Ar Ramli, Tuhfat al Muhtaj, vol 2, hlm 86. Ibnu Qasim al 'Ubbadi menyatakan ia diutamakan - Hasyiyah Tuhfah 1 hlm 368. Syeikh Syihabuddin al Qaliyubi - pengarang dan pensyarah kitab Minhaj Imam An Nawawi menyatakan ia memuliakan dan menghormati nabi (Qaliyubi 1, hlm 167). Imam Abu Bakar Syatta menyatakan ia diutamakan - I'anatut Tholibin 1, hlm 169.Turut dibolehkan oleh Imam Izzuddin Abdissalam dan Asy Syarqowy.

10. Imam Asy Syafie tidak membid'ahkan bacaan Surah Yaasin malam Jumaat.

11. BERDOA DAN BERZIKIR BERJEMAAH LEPAS SOLAT-  Imam Asy Syafie tidak menyatakan berdoa dan berzikir beramai-ramai lepas solat berjemaah adalah bid'ah sesat sebagaimana wahhabi. Bahkan Imam Asy Syafie menyatakan berdoa dan zikir secara senyap atau keras adalah hasan/baik. Beliau memilih untuk zikir secara senyap. Lihat Kitab al-'Umm: Jilid 1, Hal. 241, 242. Imam An Nawawi dan Imam Ibnu Hajar al Asqolani menyatakan doa dan zikir keras beramai-ramai lepas solat jemaah adalah mazhab jumhur ulama sama ada ulama hadith, fuqaha` atau ulama usul fiqh.  Rujuk kitab Syarh Sahih Muslim: Jilid 4-6, hal. 237 dan Fath al-Bari (Bab al-Zikr Ba'd al-Solah, Jilid 2, hal. 260

Wahhabi tidak tahu beza antara kadar suara yang keras dengan SANGAT KERAS yang dilarang. Tetapi wahhabi membolehkan pula kanak-kanak yang tidak mumayyiz berkeliaran semasa orang dewasa sedang solat ? Sangat bertentangan sama sekali, melarang zikir dibaca beramai-ramai kerana tak mahu ganggu orang sedang solat. Tetapi membenarkan kanak-kanak yang tidak mumayyiz duduk dalam saf dewasa yang ada kebarangkalian mengganggu orang yang sedang solat fardhu.

12. LAFAZ NIAT SEBELUM SOLAT - Imam asy Syafie dan ulamak yang disebutkan tidak membid'ahkan. Ulamak dalam mazhab Asy Syafie seperti  al-‘Allamah al-Imam Ibnu Hajar al-Haitami mensunnahkan lafaz niat sebelum solat  didalam Kitab Tuhfatul Muhtaj (II/12), Syekh Zainuddin bin Abdul Aziz didalam Fathul Mu'in Hal. 1, Imam An Nawawi dalam Minhaj At tholibin, Imam Ramli dalam Nihayatul Muhtaj,  kerana Imam Asy Syafie membenarkan penggunaan qiyas dalam mengeluarkan hukum rujuk kitab beliau Ar-Risalah. Wahhabi pula jahil dalam mazhab Asy Syafie memandai-mandai berbicara tentang mazhab Asy Syafie.

13. SAMPAI PAHALA BACAAN PADA SIMATI - Wahhabi membid'ah sesat bacaan al Quran kepada simati dan menuduh umat Islam ke kubur sebagai penyembah kubur ! . Dalam mazhab Asy Syafie ia adalah khilaf. Imam An Nawawi  di dalam kitabnya Al-Adzkar - doa untuk orang yang sudah mati dan pahala kepada mereka adalah sampai. Imam An Nawawi adalah mujtahid fatwa dalam Mazhab Asy Syafie menganjurkan supaya berdoa supaya pahala bacaan al Quran sampai kepada simati. Imam al Qurtubi menyatakan harus - Tazkirah al Qurtubi.  Pendapat muktamad dalam mazhab Asy Syafie menyatakan sampai - lihat kitab Al-Bujairimi Minhaj

14. MENGAPUR DAN MEMBANGUNKAN KUBUR - Ulamak Mazhab Asy Syafie yang lebih mengetahui pandangan Imam Asy Syafie mensyarahkan pandangan beliau. Ia dilihat pada pemilikan tanah kubur oleh mayat berkenaan samada milik sendiri, disabilkan. Ibnu Hajar al Haitami menyatakan sesetengah ulamak asy syafie mengharuskan binaan kubur orang soleh di tanah yang bukan disabilkan (  Tuhfahnya, bab jenazah (jilid 3, m/s 226) Beliau menyatakan  tiada makruh jika takut dibongkari (oleh pencuri kain kapan atau dibongkari untuk ditanam jenazah lain sebelum hancur jasadnya), digali binatang buas atau diruntuhi air banjir yang deras.” (kitab Tuhfah bagi Ibnu Hajar Haitami ketika mensyarahkan matan Minhaj Imam Nawawi (bab jenazah). Sila rujuk perincian permasalah ini di - http://khairuummah77.wordpress.com/2009/05/30/penjelasan-kekeliruan/

15. Aqidah Imam Asy Syafie - Imam Asy Syafie rahimahuLlah (204) berkata :

Allah wujud tidak bertempat, Dia menciptakan tempat dan Dia tetap dengan sifat-sifat keabadianNya seperti mana sebelum Dia menciptakan makhluk. Tidak layak bagi Allah berubah sifatNya atau zatNya (Ittihaf Saadah Al Muttaqin : 2/24), (al-Fiqh al-Akbar, h. 13).

Imam Asy Syafie rahimahuLlah berkata : Aku beriman (dengan nusus mutasyabihat) tanpa tasybih. Aku percaya tanpa tamsil. Aku menegah diriku dari cuba memahaminya. Aku menahan diriku dari mendalaminya dengan seboleh-bolehnya. (Daf'u Syubhah man Syabbaha oleh Imam Taqiyuddin ad Dimasyqi al Hisni (829 H) m/s 147)

Imam Asy Syafie misalnya pernah mentakwil 'wajah Allah' yang terdapat dalam ayat, "Ke mana pun kamu menghadap, maka di situlah wajah Allah. (Surah al Baqarah ayat 115). Beliau berkata, maksudnya, wallahua'lam, maka di situlah arah, iaitu kiblat, yang telah Allah arahkan agar kamu menghadap kepadaNya. (Al Asma' wa As Sifat, jilid ke 2, hal-35)

16. Imam Asy Syafie pun tidak membahagikan dan belajar tauhid 3 (Uluhiyyah, Rububiyyah, Asma' wa As Sifat) yang dicanangkan Wahhabi. Sifat 20 disusun oleh ulamak dalam asya'iroh memudahkan umat Islam mempelajarinya untuk tahu, memahami, mengamalkan dan menghayati dalam kehidupan. Ia tidak bertentangan dengan aqidah Imam Asy Syafie serta salafussoleh. Bahkan Sifat Mukholafatuhu Ta'ala Lil Hawadith, Qiyamuhu Ta'ala bi nafsihi amat bertepatan dengan aqidah Imam Asy Syafie yang menolak mujassimah dan musyabbihah.

17. MENYAPU MUKA LEPAS SOLAT - Mujtahid Fatwa dalam Mazhab Asy Syafie iaitu Imam An Nawawi menyatakan di dalam Kitab al-Azkar:

وروينا في كتاب ابن السني ، عن أنس رضي الله عنه ، قال : كان رسول الله صلى الله عليه وسلم إذا قضى صلاته مسح جبهته بيده اليمنى ، ثم قال : أشهد أن لا إله إلا الله الرحمن الرحيم ، اللهم أذهب عني الهم والحزن

Dan aku meriwayatkan di dalam kitab Ibn al-Sinni dari Anas RA. berkata: Adanya Rasulullah SAW ketika selesai solatnya, beliau mengusap dahinya dengan tangannya yang kanan lalu berdoa: "Aku bersaksi bahawasanya tidak ada tuhan kecuali Dia Zat Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang, YA Allah, hilangkanlah dariku kesusahan dan kesedihan" (al-Azkar, 69).

18. MENYAPU MUKA SELEPAS BERDOA - Amirulmukmin fi Hadis, Al-Hafiz Ibn Hajar AlAsqalani dalam ‘Bulurul Maram’ bab Zikr & Doa selepas beliau mengemukakan hadis menyapu muka selepas bedoa daripada Saidina Omar r.a.d yang diriwayatkan oleh Imam Turmizi, beliau menyatakan:

وله شواهد منها حديث ابن عباس رضي الله عنهما عند أبي داود وغيره ومجموعها يقضي بأنه حسن

Ertinya:  “ Ada bagi Hadis Turmizi ini (hadis menyapu muka selepas bedoa daripada Saidina Omar r.a.d) beberapa sokongan. Di antaranya  ialah Hadis Ibn Abbas r.a.d yang diriwayatkan oleh Abu Daud dan lainnya. Perhimpunan riwayat-riwayat tersebut membawa kepada bahawa ianya adalah ‘Hadis Hasan’.

Manakala mengenai komentar Imam Izzuddin Abdissalam yang menyatakan perbuatan demikian adalah dari orang jahil telah diberikan penjelasan oleh ulamak dalam mazhab Asy Syafie :

Al-Allamah Al-Qadi Yahya Bin Mohd AlAryani dlm kitab beliau ‘Hidayatul Mustabshirin’, m/s 119, menegaskan:

والعمل على هذا عند أهل العلم خلفا عن سلفا اذا عرفت ذلك علمت أن ما أفتى به الشيخ عز الدين بن عبد السلام أنه لا يفعل ذلك الا جاهل محمول على أنه لم يطلع على هذه الأحاديث

Ertinya: “ Beramal di atas perbuatan ini (menyapu muka slps berdoa) di sisi Ahli Ilmu Khalaf ( para ulama yg hidup di zaman yg lebih dari 3 kurun slps Nabi) yg mewarisi drp Salaf ( para ulama yg hidup dlm 3 kurun slps Nabi). Apabila engkau telah mengerti demikian itu, maka engkau tahu bhw  apa yg telah difatwa oleh Syeikh Izzuddin Bin Abd Salam bhw tidak dilakukan demikian (perbuatan menyapu muka slps berdoa) melainkan sijahil, adalah boleh diandaikan (fatwa Syeikh Izzuddin tersebut) bhw beliau tidak  pernah memerhatikan kpd hadis-hadis ini (hadis tntng menyapu muka slps berdoa).

Nampaknya Wahhabi hanya mengambil sedikit-sedikit ijtihad ulamak muktabar yang sesuai dengan hawa nafsu mereka untuk memasukkan umat Islam ke dalam neraka tanpa melihat penjelasan dari alim ulamak yang ramai lagi dalam mazhab Asy Syafie.

19. TAREKAT DAN TASAWWUF - Imam asy Syafie menegur sebilangan ahli sufi yang tidak beramal benar-benar dengan tasawwuf (lihat Al Manaqib Al Imam As Syafi’i li Al Imam Al Baihaqi, 2/208) bukan menyatakan bahawa tasawwuf/tarekat keseluruhannya ditolak. Imam Asy Syafie misalnya pernah memuji tasawwuf dan ahli sufi -

Ismail bin At Thayyan Ar Razi pernah menyatakan,

”Aku tiba di Makkah dan bertemu dengan As Syafi’i. Ia mengatakan,’Apakah engkau tahu Musa Ar Razi? Tidak datang kepada kami dari arah timur yang lebih pandai tentang Al Qur`an darinya.’Maka aku berkata,’Wahai Abu Abdillah sebutkan ciri-cirinya’. Ia berkata,’Berumur 30 hingga 50 tahun datang dari Ar Ray’. Lalu ia menyebut cirri-cirinya, dan saya tahu bahwa yang dimaksud adalah Abu Imran As Shufi. Maka saya mengatakan,’Aku mengetahunya, ia adalah Abu Imran As Shufi. As Syafi’i mengatakan,’Dia adalah dia.’”
(Adab As Syafi’i wa Manaqibuhu, hal. 164)

Imam Asy Syafie berkata
" Saya telah suhbah dengan kaum Shufi selama 10 tahun, kemudian hanya mendapatkan pelajaran dua huruf , dalam satu riwayat tiga ungkapan :

i. Waktu itu umpama pedang, jika engkau tidak menggunakannya maka ia akan menebasmu.

ii. Nafsumu jika tidak kau sibukkan dengan yang haq (benar), maka ia menyibukkanmu dengan bathil (salah).

iii. Rasa ketiadaan daya (merasakan wujud kebesaran ALlah) itu keselamatan (terpelihara) dirimu.
(Tahqiq Haqiqah Aliyah, Sheikh al Hafiz Al Suyuti, m/s 15)

Berkata Imam Syafi'e lagi : Aku cinta kepada dunia kalian itu tiga :

a) Tidak berlebih-lebihan (sederhana)

b) Bergaul kepada orang dengan lemah lembut.

c) Meneladani cara tokoh-tokoh tasawwuf.

(Kasyful Khafa', Imam Al Ajluni, jld 1, m/s 341)

Jelas, wahhabi khianat dalam menakal kalam Imam asy Syafie yang merupakan kebiasaan ajaran wahhabi dan pengikutnya. Masih mahukah lagi mengikut ajaran Wahhabi yang mewariskan sifat munafik ke jiwa umat Islam ??

Wallahua'lam bissowab.

SEBARKAN.

Kredit - Kami Tidak Mahu Fahaman Wahhabi Di Malaysia


ULAMA KEDAH kemukakan 5 resolusi bahaya Wahabi

ULAMA KEDAH kemukakan 5 resolusi bahaya Wahabi

Giptis kemuka 5 resolusi bahaya Wahabi

LAPORAN SINAR HARIAN  :

ALOR SETAR - Gabungan Institusi Pondok, Maahad Tahfiz dan Ilmuan Sunni (Giptis) Kedah memutuskan lima resolusi untuk disampaikan kepada kerajaan Kedah dalam usaha menyekat fahaman Wahabi daripada berkembang.

Resolusi itu yang akan disampaikan dalam masa terdekat akan turut diserahkan kepada Majlis Fatwa Negeri, Majlis Agama Islam Kedah (Maik) dan Majlis Fatwa Kebangsaan untuk diambil tindakan.

Pengkaji fahaman Wahabi dan Syiah, Abu Syafiq Mohd Rasyaq Mohd Alwi berkata lima resolusi yang diluluskan dalam mesyuarat khas Giptis untuk menangani isu ajaran sesat dan pengaruh fahaman Wahabi di Kedah itu adalah:

* memperkukuhkan akidah Ahli Sunnah menerusi pengajian agama di pondok secara bersistem;

* menetapkan silibus kitab yang diajar di masjid dan surau;

* memperbanyakkan seminar dan forum berkaitan bahaya Wahabi dan Syiah;

* meminta Majlis Fatwa Negeri menjelaskan perkaitan fahaman Wahabi dan Syiah;

* menyetujui pandangan Mufti Kedah Datuk Syeikh Muhamad Baderudin Ahmad dengan melarang tokoh agama yang diketahui menganut fahaman Wahabi dan Syiah daripada menyampaikan ceramah atau mengajar di negeri ini.

Abu Syafiq Mohd Rasyaq, yang menjadi anggota panel jemputan mesyuarat khas menangani isu kekalutan khilafiyah tokoh-tokoh agama dan menangani isu ajaran sesat serta pengaruh fahaman Wahabi di sini hari ini, berkata kedua-dua fahaman ini jelas merosakan akidah umat Islam selain mengganggu perpaduan.

Beliau berkata tokoh berfahaman Wahabi juga tidak layak memberi penerangan kepada orang ramai mengenai bahaya Syiah kerana mereka dikhuatiri memberi pandangan yang boleh memesongkan akidah orang Islam.

Sebaliknya, katanya, ulama dan guru-guru institusi pondok yang diketahui mempunyai ilmu yang cukup tinggi seharusnya diberi ruang untuk menerangkan isu Syiah dan Wahabi.

Sementara Pengerusi Giptis, Prof Madya Dr Abdul Aziz Hanafi berkata pihaknya bersedia menjadi perantara antara Syeikh Baderudin dengan bekas Mufti Perlis Dr Mohd Asri Zainul Abidin membincangkan isu Wahabi. Dr Mohd Asri sebelum itu mencabar Syeikh Baderudin bermuhabalah atau sumpah laknat selepas timbul rakaman dalam Youtube bahawa Syeikh Baderudin menuduh bekas Mufti itu menganuti fahaman Wahabi.

Dr Abdul Aziz berkata perkara yang disampaikan Syeikh Baderudin hanyalah satu peringatan kepada masyarakat Islam agar tidak terjebak dengan fahaman Syiah yang diharamkan di negara ini.

sumber: http://alfakirhelmi.blogspot.com/2013/11/ulama-kedah-kemukakan-5-resolusi-bahaya.html