TOPIK

Aidil Fitri (1) Air Kolah (9) Akhir Zaman (3) Aktiviti Ilmiah (1) Al-Quran (4) Alam (13) Alam Ghaib (5) Aldil Fitri (1) Allah wujud tanpa bertempat (15) Amal Soleh (3) Anti Hadis (1) Aqidah (17) ASWJ (63) Bab Munakahat (4) Bab Sihir (3) Bab Tauhid (9) Bahasa Melayu (6) Bahaya Syiah (7) Bertabarruk (2) Bid'ah (8) Bidaah Hasanah (7) Bulan Ramadhan (18) Bulan Rejab (1) Bulan Zulhijjah (1) Cintai DIA (1) Cuti-Cuti Malaysia (89) Doa (1) Dosa Besar (1) Ekonomi Islam (5) Fadilat Al-Quran (4) Fiqh (3) Futuhul Ghaib (1) Futuhul Makkiyyah (3) guru (2) Guru Mursyid (6) Guru Tariqat (6) Hadis Dhaif (6) Hadis Maudhu' (1) Hadis Nabi (14) Hakikat (1) Hari Kemudian (1) Hotel Islam (1) Hukum Berkaitan Zikir (9) Ibadat Haji (6) Ibnu Taimiyyah (16) ilmu kebatinan (5) Ilmu Laduni (1) ilmu persilatan (2) Imam Malik (1) Insan Kamil (1) Israk Mikraj (10) Istanbul (17) Isu Halal (2) Isu Kalimah Allah (4) Isu Khilaf (25) Isu Khilafiah (29) Isu Semasa (4) Isu Wahhabi (97) Jalan-Jalan (128) Jihad Ekonomi (34) Jom Makan (16) Karamah (2) kebenaran (5) Kesultanan Melayu (7) Kewangan dan Perbankan Islam (1) Khatamun Nubuwwah (2) Kisah Mualaf (28) Kisah Nabi (2) Koleksi (2) Kosong (2) Kurma (1) Lagu (1) Lailatul Qadar (14) Makam Sultan (5) Makam Sultan/Raja Melayu (7) Makam Wali Allah (43) Makhluk Halus (1) Makrifat (1) Masjid (41) Masjid Lama (24) Masjid Utama (29) Maulidur Rasul (23) Mekah (2) Melayu (14) Merdeka (1) Misteri (10) motivasi (1) Mukasyafah (2) Mutasyabihat (7) Nabi Ibrahim A.S. (1) Nabi Khidir A.S. (14) Nabi Musa A.S. (1) Neraka (1) Nisfu Syaaban (17) nostalgia (1) Nur Muhammad (6) Nuzul Quran (3) Pahlawan Islam (2) Pahlawan Melayu (10) Pelancongan Tanah Tinggi (4) pengumuman (7) Penyakit (1) Perubatan Islam (2) Perubatan tradisional (1) Petua (2) Puasa Ramadhan (18) Puasa Sunat (2) Pulau Besar (18) Putrajaya (3) Rabitah (1) Rahmat Allah (1) Rawatan Islam (1) rekreasi (21) Rezeki (1) RSAW (11) Rumahku Syurgaku (4) Sajak (6) Sedekah (1) Sejarah Melayu (6) Selawat (7) Senibina Islam (8) Sifat 20 (2) Solat (8) Solat Sunat (9) Sumpah (1) Sunnah RSAW (9) Tamadun Islam (8) Tariqat (7) Tasawuf (23) Tawassul (5) Tulisanku (311) Ulamak Islam (7) Ulamak Nusantara (20) Ulamak Tanah Melayu (16) Universiti (3) Usahawan Muslim (9) Usuluddin (1) Wahhabi dan Keganasan (9) Wali Allah (50) Wali Melayu (22) Wali Songo (10) Youtube (1) Zakat (13) Zakat Fitrah (4)

Sabtu, 27 Ogos 2016

CADANGAN KEPADA KERAJAAN NEGERI MELAKA

Assalamu'alaikum,

Hamba memang amat lama tidak menulis dalam blog ini. Tidak dapat hamba beritahu mengapa hamba tidak menulis dalam blog ini, sekadar salin dan tampal tulisan-tulisan orang lain di blog ini. Alhamdulillah tulisan salin-tampal ini masih terus dibaca oleh pelawat-pelawat blog hamba ini. Walaupun berbulan tidak dikemaskini, Alhamdulillah, blog hamba telah dilawat lebih setengah juta pengunjung, tanpa sebarang promosi besar-besaran. Hamba terbaca pembaharuan oleh Kerajaan Melaka terhadap Pulau Besar, Pulau Kesayangan Hamba pada 30 Mei 2016 yang lepas. Hamba cadangkan kepada kerajaan negeri Melaka tambah tiga perkara di Pulau Besar:


1)Akademi/Pusat Seni Silat Melayu - gabungkan segala jenis silat Melayu d Nusantara
-Menjalankan penyelidikan, penerbitan, penulisan tentang 1001 Seni Silat Melayu di Alam Melayu ini.
-Menyebarkan maklumat, mempromosi kegiatan Seni Silat Melayu di Alam Melayu ini.

2)Pusat kajian dan penyebaran seni dan budaya Alam Melayu.
Menjalankan penyelidikan, penerbitan, penulisan tentang 1001 Seni dan Budaya Alam Melayu

3)Pusat kajian ilmu dan kitab2 serta ulamak Nusantara (kitab Turath dll).

Moga-moga cadangan hamba ini diberi perhatian oleh Kerajaan Melaka.

Wasslaam.
MQAH




MELAKA 30 Mei - Sebuah masjid dan jeti baharu akan dibangunkan di Pulau Besar dengan kos RM12 juta yang dijangka siap dalam tempoh 30 bulan.



Ketua Menteri, Datuk Seri Idris Haron berkata, masjid baharu itu akan dibina di atas tapak surau sedia ada manakala jeti baharu pula dibina berhadapan dengan masjid.



Menurutnya, masjid itu mampu memuatkan seramai 800 jemaah dalam satu-satu masa dan dijangka mempunyai sebuah dataran dan kemudahan untuk golongan orang kurang upaya (OKU).



“Dataran itu nanti dapat memuatkan seramai 3,000 hingga 5,000 jemaah.



“Dengan pembinaan masjid ini diharap dapat menaikkan semula imej Pulau Besar sebagai lokasi terawal penyebaran agama Islam di rantau ini dan dapat menarik lebih ramai pengunjung untuk mengimarahkan tempat ini,” katanya.



Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas mengadakan lawatan kerja dan men­dengar taklimat di Pulau Besar bersama Pengerusi Lembaga Tabung Haji, Datuk Abdul Azeez Rahim.



Idris berkata, masjid baharu itu juga akan diletakkan di bawah pengawasan anggota polis dan kamera litar tertutup (CCTV) supaya dapat menghindari perbuatan negatif dan mencegah kegiatan khurafat di pulau itu.


Dalam lawatan itu, Idris turut mengimamkan solat zuhur seterusnya mengetuai bacaan tahlil dan menyampaikan sumbangan kepada 100 pelajar Sekolah Menengah Tahfiz Al-Quran Pulau Besar.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan