TOPIK

Aidil Fitri (1) Air Kolah (9) Akhir Zaman (3) Aktiviti Ilmiah (1) Al-Quran (4) Alam (13) Alam Ghaib (5) Aldil Fitri (1) Allah wujud tanpa bertempat (15) Amal Soleh (3) Anti Hadis (1) Aqidah (17) ASWJ (63) Bab Munakahat (4) Bab Sihir (3) Bab Tauhid (9) Bahasa Melayu (6) Bahaya Syiah (7) Bertabarruk (2) Bid'ah (8) Bidaah Hasanah (7) Bulan Ramadhan (18) Bulan Rejab (1) Bulan Zulhijjah (1) Cintai DIA (1) Cuti-Cuti Malaysia (89) Doa (1) Dosa Besar (1) Ekonomi Islam (5) Fadilat Al-Quran (4) Fiqh (3) Futuhul Ghaib (1) Futuhul Makkiyyah (3) guru (2) Guru Mursyid (6) Guru Tariqat (6) Hadis Dhaif (6) Hadis Maudhu' (1) Hadis Nabi (14) Hakikat (1) Hari Kemudian (1) Hotel Islam (1) Hukum Berkaitan Zikir (9) Ibadat Haji (6) Ibnu Taimiyyah (16) ilmu kebatinan (5) Ilmu Laduni (1) ilmu persilatan (2) Imam Malik (1) Insan Kamil (1) Israk Mikraj (10) Istanbul (17) Isu Halal (2) Isu Kalimah Allah (4) Isu Khilaf (25) Isu Khilafiah (29) Isu Semasa (4) Isu Wahhabi (97) Jalan-Jalan (128) Jihad Ekonomi (34) Jom Makan (16) Karamah (2) kebenaran (5) Kesultanan Melayu (7) Kewangan dan Perbankan Islam (1) Khatamun Nubuwwah (2) Kisah Mualaf (28) Kisah Nabi (2) Koleksi (2) Kosong (2) Kurma (1) Lagu (1) Lailatul Qadar (14) Makam Sultan (5) Makam Sultan/Raja Melayu (7) Makam Wali Allah (43) Makhluk Halus (1) Makrifat (1) Masjid (41) Masjid Lama (24) Masjid Utama (29) Maulidur Rasul (23) Mekah (2) Melayu (14) Merdeka (1) Misteri (10) motivasi (1) Mukasyafah (2) Mutasyabihat (7) Nabi Ibrahim A.S. (1) Nabi Khidir A.S. (14) Nabi Musa A.S. (1) Neraka (1) Nisfu Syaaban (17) nostalgia (1) Nur Muhammad (6) Nuzul Quran (3) Pahlawan Islam (2) Pahlawan Melayu (10) Pelancongan Tanah Tinggi (4) pengumuman (7) Penyakit (1) Perubatan Islam (2) Perubatan tradisional (1) Petua (2) Puasa Ramadhan (18) Puasa Sunat (2) Pulau Besar (18) Putrajaya (3) Rabitah (1) Rahmat Allah (1) Rawatan Islam (1) rekreasi (21) Rezeki (1) RSAW (11) Rumahku Syurgaku (4) Sajak (6) Sedekah (1) Sejarah Melayu (6) Selawat (7) Senibina Islam (8) Sifat 20 (2) Solat (8) Solat Sunat (9) Sumpah (1) Sunnah RSAW (9) Tamadun Islam (8) Tariqat (7) Tasawuf (23) Tawassul (5) Tulisanku (311) Ulamak Islam (7) Ulamak Nusantara (20) Ulamak Tanah Melayu (16) Universiti (3) Usahawan Muslim (9) Usuluddin (1) Wahhabi dan Keganasan (9) Wali Allah (50) Wali Melayu (22) Wali Songo (10) Youtube (1) Zakat (13) Zakat Fitrah (4)

Sabtu, 27 Ogos 2016

Persamaan Antara Wahhabi dan Anti Hadis

Persamaan Antara Wahhabi dan Anti Hadis

Ada yang tidak setuju saya mengaitkan Anti Hadith dengan ideologi Wahhabi. Di sini saya nyatakan beberapa persamaan kedua aliran pemikiran ini berdasarkan usul pemikiran mereka.

#Sebenarnya keduanya adalah adik beradik tiri yang saling berkaitan. Sebab itu tidak pelik jika seseorang pada peringkat awal menganut fahaman Wahhabi kemudian berpindah kepada fahaman Anti Hadith kerana pertikaian demi pertikaian oleh Wahhabi membawa keraguan tentang syariat Islam yang telah diamalkan oleh umat Islam.

1) Anti Hadith menolak hadith secara total adapun wahhabi mempertikai kebanyakan riwayat hadith yang tidak disepakati kedudukannya. Bahkan ada hadith yang dinilai sahih di sisi Ahlul Hadith juga dipalsukan di atas takhrij Al-Albani dan tokoh-tokoh mereka.

2) Anti hadith mempertikai ijmak sebagai sumber hukum begitu juga dengan wahhabi. Pertikaian kepada ijmak dimulakan oleh Ibn Taimiyyah dan diikuti oleh mereka yang mendokong aliran ini. Imam Al-'Iraqi menyatakan Ibn Taimiyyah menyalahi ijmak pada usul dan furuk sehingga kepada 60 permasalahan.

3) Anti Hadith terikat dengan tekstual nas. Wahhabi juga di dalam banyak perkara mereka terikat kepada tekstual nas tanpa merujuk huraian dan keterangan para ulama. Jika tidak disebut secara soreh (terang) maka mereka menganggap ia bid'ah sesat sekalipun para ulama menggunakan dalil-dalil yang mereka pertikai sebagai tempat istidlal bagi menentukan hukum hakam agama. Sehingga ada yang mengharuskan liwat kerana tidak disebut secara jelas pengharamannya di dalam Al-Quran mahupun hadith yang sahih lagi soreh.

4) Anti Hadith berhujjah para ulama tidak maksum begitu juga dengan wahhabi. ASWJ tidak pernah memaksumkan para ulama namun kita meletakkan ulama pada kedudukan yang selayaknya dan menerima authority mereka di dalam menghuraikan makna Al-Quran dan As-Sunnah.

5) Anti Hadith meletakkan ayat Al-Quran bukan pada tempatnya sebagai dalil. Ini juga kebiasaan Wahhabi. Ayat yang ditujukan kepada orang kafir ditujukan kepada orang Islam untuk menyamakan amalan umat Islam dengan orang kafir. Pemikiran ini mirip kepada golongan khawarij yang mengkafirkan umat Islam dengan ayat yang ditujukan kepada golongan kuffar dan musyrikin.

6) Anti Hadith menolak keterikatan pada mazhab fiqh dan ulama mujtahid. Ini juga asas kepada ideologi Wahhabi yang mana mereka mensyirikkan umat Islam yang bermazhab. Rujuk kitab al-Qanuji, al-Din al-Kholis jilid 1 halaman 140 dan Abdurrahman Ibnu Hasan Alu Sheikh keturunan Muhammad Bin Abdul Wahhab di dalam kitab Fath al-Majid syarah kitab al-Tauhid halaman 217. Aliran tidak bermazhab merupakan bid'ah yang paling bahaya kerana ia boleh menghancurkan syariat islam sepertimana dinyatakan oleh Al-Syahid Prof Dr Muhammad Said Ramadhan al-bouti رحمه الله تعالى dengan kitabnya berjudul اللامذهبية أخطر البدعة تهدد الشريعة الإسلامية. Dalil yang digunakan Wahhabi untuk mensyirikkan pengikut mazhab bukti mereka meletakkan ayat Al-Quran bukan pada tempatnya dan memahaminya secara songsang.

7) Anti Hadith berijtihad sendiri dalam menetapkan hukum-hakam sekalipun di dalam perkara yang telah diselesaikan oleh para ulama mujtahidin mazhab. Wahhabi juga mewajibkan umat Islam berijtihad sekalipun kepada orang awam yang tidak menguasai disiplin ilmu Al-Quran dan As-Sunnah. Mereka mengharamkan taqlid kepada para ulama mujtahidin tetapi membenarkan taqlid kepada mereka dan tokoh-tokoh mereka di dalam menghuraikan makna Al-Quran dan As-Sunnah. Hakikatnya di dalam menentukan kedudukan hadith pun mereka bertaqlid kepada Imam Bukhari dan para ulama rijal bagaimana mereka menafikan taqlid orang awam kepada para ulama?

8) Anti Hadith menggunakan logic akal mereka tanpa disiplin ilmu usul fiqh, ulum Al-Quran, ulum al-Hadith, ulum al-Lughah dan lain-lain ilmu yang menjaga aqal daripada melampaui nas Al-Quran dan As-Sunnah sehingga menuruti hawa nafsu di dalam menetapkan hukum agama. Kaedah ini juga digunakan oleh Wahhabi dengan menyelaraskan Al-Quran dan As-Sunnah dengan akal dan ideologi mereka. Kefahaman Al-Quran dan As-Sunnah yang menyalahi akal dan ideologi mereka akan dianggap tidak benar sekalipun ia datang daripada huraian dan keterangan para ulama mujtahidin di dalam Islam.

9) Anti Hadith menolak peranan qias di dalam menentukan hukum syara' begitu juga dengan Wahhabi. Ini berkait dengan pemikiran tekstual mereka yang telah saya nyatakan tadi. Perlu difahami qias di dalam agama bukan semuanya diterima melainkan berdasarkan syarat-syarat dan dhowabith yang telah ditetapkan oleh para ulama mujtahidin fuqaha'. Ini bertujuan memelihara aqal daripada mengqiaskan sesuatu dengan tidak tepat. Di dalam perbahasan ilmu qias disebut قياس مع الفارق atau قياس مردود.

10) Anti Hadith menolak tradisi Islam (islamic tradition) yang kononnya bukan daripada Al-Quran dan Wahhabi menolak tradisi Islam dengan anggapan ia amalan bid'ah yang tidak ada di dalam Al-Quran dan As-Sunnah. Contoh tradisi Islam ialah mengadakan sambutan maulid Nabi yang telah disepakati keharusannya sejak zaman berzaman. Mereka juga menolak tradisi ilmu dan turath islami dengan anggapan memadai dengan Al-Quran dan As-Sunnah untuk difahami oleh semua level manusia.

Tulisan asal oleh ;
Ustaz Mohd Al-Amin Bin Daud Al-Azhari
Universiti Al-Azhar Mesir
Isnin, 23 Mei 2016
Miri Sarawak

Tiada ulasan:

Catat Ulasan