TOPIK

Aidil Fitri (1) Air Kolah (9) Akhir Zaman (3) Aktiviti Ilmiah (3) Al-Quran (4) Alam (13) Alam Ghaib (5) Aldil Fitri (1) Allah wujud tanpa bertempat (15) Amal Soleh (3) Anti Hadis (1) Aqidah (15) ASWJ (62) Bab Munakahat (4) Bab Sihir (4) Bab Tauhid (7) Bahasa Melayu (6) Bahaya Syiah (7) Bertabarruk (2) Bid'ah (8) Bidaah Hasanah (7) Bulan Ramadhan (18) Bulan Rejab (1) Bulan Zulhijjah (1) Cintai DIA (1) Cuti-Cuti Malaysia (89) Doa (1) Dosa Besar (1) Ekonomi Islam (5) Fadilat Al-Quran (4) Fiqh (2) Futuhul Ghaib (1) Futuhul Makkiyyah (3) guru (2) Guru Mursyid (6) Guru Tariqat (6) Hadis Dhaif (6) Hadis Maudhu' (1) Hadis Nabi (14) Hakikat (1) Hari Kemudian (1) Hotel Islam (1) Hukum Berkaitan Zikir (9) Ibadat Haji (6) Ibnu Taimiyyah (16) ilmu kebatinan (5) Ilmu Laduni (1) ilmu persilatan (2) Imam Malik (1) Insan Kamil (1) Israk Mikraj (10) Istanbul (20) Isu Halal (2) Isu Kalimah Allah (4) Isu Khilaf (25) Isu Khilafiah (27) Isu Semasa (4) Isu Wahhabi (97) Jalan-Jalan (129) Jihad Ekonomi (37) Jom Makan (16) Karamah (2) kebenaran (5) Kesultanan Melayu (7) Kewangan dan Perbankan Islam (1) Khatamun Nubuwwah (2) Kisah Mualaf (28) Kisah Nabi (2) Koleksi (2) Kosong (2) Kurma (1) Lagu (1) Lailatul Qadar (14) Makam Sultan (7) Makam Sultan/Raja Melayu (8) Makam Wali Allah (45) Makhluk Halus (1) Makrifat (1) Masjid (47) Masjid Lama (25) Masjid Utama (34) Maulidur Rasul (23) Mekah (2) Melayu (14) Merdeka (1) Misteri (11) motivasi (1) Mukasyafah (2) Mutasyabihat (7) Nabi Ibrahim A.S. (1) Nabi Khidir A.S. (14) Nabi Musa A.S. (1) Neraka (1) Nisfu Syaaban (17) nostalgia (1) Nur Muhammad (6) Nuzul Quran (3) Pahlawan Islam (3) Pahlawan Melayu (10) Pelancongan Tanah Tinggi (4) Peluang Perniagaan (1) pengumuman (7) Penyakit (1) Perubatan Islam (2) Perubatan tradisional (1) Petua (1) Puasa Ramadhan (18) Puasa Sunat (2) Pulau Besar (18) Putrajaya (3) Rabitah (1) Rahmat Allah (1) Rawatan Islam (1) rekreasi (21) Rezeki (1) RSAW (11) Rumahku Syurgaku (4) Sajak (6) Sedekah (1) Sejarah Melayu (6) Selawat (7) Senibina Islam (8) Sifat 20 (2) Solat (8) Solat Sunat (9) Sumpah (1) Sunnah RSAW (9) Tamadun Islam (8) Tariqat (7) Tasawuf (24) Tawassul (5) Tulisanku (331) Ulamak Islam (7) Ulamak Nusantara (20) Ulamak Tanah Melayu (16) Universiti (5) Usahawan Muslim (9) Usuluddin (1) wahdatul wujud (2) Wahhabi dan Keganasan (9) Wali Allah (52) Wali Melayu (24) Wali Songo (10) Youtube (1) Zakat (13) Zakat Fitrah (4)

Selasa, 27 September 2011

Antara Hari Yang Penting Dalam Setahun

Assalamu'alaikum,

Pagi ini, di hari ini merupakan hari yang penting dalam setahun dalam kehidupan bekerja hamba. Hamba tidak perlu bersarapan pagi di rumah. Jam 7.30 pagi, hamba telah sampai ke tempat yang dituju. Setelah log-in nama, maka hamba ke tingkas atas untuk mengambil sarapan pagi yang memang disediakan untuk majlis sebegini. 

Majlis bermula dengan perarakan graduan masuk ke dewan...kemudiannya Perarakan Besar masuk ke dewan dan yang terakhirnya Perarakan Canselor/Pro Canselor masuk ke dewan...Majlis dimulakan dengan bacaan doa dan ucapan pihak yang berkenaan sebelum graduan menerima ijazah masing-masing daripada Canselor/Pro Canselor yang hadir. Majlis ditangguhkan dengan doa diikuti dengan Perarakan Canselor/Pro Canselor, Perarakan Besar meninggalkan dewan. Itulah rutin tahunannya dan menjadi aktiviti rasmi yang terpenting di sebuah institusi yang dipanggil institusi pengajian tinggi atau universiti.

Hamba memang jarang tidak hadir ke majlis sebegini. Jika 'tidak diwajibkan' sekalipun, hamba memang akan terus hadir dan 'menikmati majlis' ini. Menghadiri majlis ini ada auranya dan rasanya yang tersendiri. Melihat anak-anak muda ceria dan gembira di samping ayah-ibu tercinta memberikan satu kepuasan yang tersendiri yang tidak dapat diungkapkan dengan kata-kata. Melihat kegembiraan orang lain hasil usaha penat lelah mereka dengan serba sedikit dorongan, dokongan dan didikan kita adalah satu kepuasan yang tersendiri bagi mana-mana manusia yang kerjanya sebagai pendidik, sama ada di peringkat sekolah rendah sehinggalah ke universiti.


Itu antara ciri utama seorang pendidik, perlu berjiwa besar, perlu membudayai ilmu, perlu raga dan sukmanya untuk melihat orang lain berjaya, kalau boleh lebih berjaya dari dirinya sendiri. Melihat kejayaan orang lain yang sebahagiannya adalah hasil titik peluh kita, tiada rasa dapat diluah, tiada madah dapat diungkap. Apatah lagi melihat anak bangsa, mereka yang seagama, bekerja keras, berpenat lelah dan hasilnya dituai di penghujung hari. 

Anak-anak muda hari ini adalah cerminan negara pada masa depan.  Seboleh upaya kita berusaha mencorakkan mereka agar agama dijunjung, jatidiri diperkasa, budaya disulam bahasa agar mereka tidak lupa akan tujuan mereka diciptakan Allah untuk hidup di muka bumi, agar mereka bersyukur atas rahmat dan nikmat Ilahi yang melimpah-limpah di tanah air tercinta, agar mereka kelak akan menjadikan anak mereka, anak didik mereka orang yang berjaya sepertimana mereka atau lebih baik dari diri mereka.

Hamba tidak mahulah menyembunyikan di mana hamba berpijak, di mana hamba bertapak. Walaupun wajah dan diri masih 'bersembunyi' pada sebahagian besar pembaca, tetapi di sinilah hamba bekerja, mencari sedikit dari kurnia-NYA yang maha luas itu. Menabur bakti, mendidik anak bangsa, anak Malaysia agar mereka menjadi insan berguna kepada agama, bangsa dan negara. Agar mereka mewariskan bumi ini dengan lebih baik kepada anak cucu mereka berbanding ketika mereka menerimanya dari kami. Setakat ini, di sinilah hamba mencari sedikit bekalan diri untuk hari kemudian, moga-moga ada limpahan ilmu yang bermanfaat yang hamba ajari, sampaikan pada anak-anak muda. Hari esoknya tidak tentulah mana tempatnya kerana semua ini bergantung kepada petunjuk-NYA jua...

Bacalah, hayatilah, rangkap-rangkap Lagu UKM ini, khususnya yang berwarna biru itu.  Di sinilah semenjak awal abad ke-20, niat murni dan hasrat bangsa ini mula bangkit untuk memiliki sebuah varsiti tersendiri, yang menggunakan Bahasa Melayu sebagai bahasa ilmunya. Hasrat murni ini menjadi kenyataan pada 18 Mei 1970... Inilah satu-satunya universiti di Malaysia yang menjadi hasrat rakyat, yang ditengahkan hasrat rakyat kita, maksudnya ditubuhkan atas niat dan hasrat murni bangsa Melayu itu sendiri, berbeza dengan semua universiti awam dan swasta di Malaysia yang ditubuhkan atas asbab politik, kewangan, dan sebagainya.  Tidak ada mana-mana universiti di Malaysia yang perjuangan untuk menubuhkannya dipelopori oleh rakyat, melalui pelbagai onak dan liku, berjuang menentang 'golongan yang tidak percayakan bahasa sendiri', yang susah-payah anak di kampung dan bandar, mengutip wang, berbincang dan bermesyuarat sehingga UKM menjadi satu kenyataan.

Dari itu, perjuangan UKM adalah perjuangan Bangsa Melayu, tidak ada universiti yang mempertahankan, menggunakan dan mendaulatkan bahasa Melayu sepertimana UKM.  Graduan bukan sahaja dilengkapi dengan ilmu tradisi dan kontemporari tetapi diharapkan 'kenal akan adat unggulnya'.  Itulah jua yang dihasratkan oleh penulis lirik Lagu UKM, salah seorang Sasterawan Negara, kalau kita hayati mesej-mesej yang beliau cuba sampaikan dalam lagu ini....paduan ilmu dan keimanan..., Memupuk insan jiwa bertakwa...., memimpin manusia semua....., kenal akan adat unggulnya... itulah yang dihasrat oleh hamba jua kepada anak-anak muda yang 'baru merdeka' setelah berpuluh purnama di Tanah Bangi, menjadi insan bertaqwa yang menjadi pemimpin kepada diri sendiri, keluarga dan masyarakat, yang tidak lupa asal-usulnya, menghargai sejarah bangsanya, kenal dan faham letak duduk budayanya, kental jatidirinya...



Hatta tidak semua warga UKM yang menghayati rangkap-rangkap lagu UKM itu. Tetapi itulah antara perkara utama yang menjadi 'santapan minda dan rasa' hamba ketika menghadiri majlis-majlis sebegini setiap tahun.  Suatu kesyahduan, keheningan, kedamaian, yang menggetarkan jiwa, menyalut hati nurani, menyentap rasa, menusuk ke dalam jiwa, membangkitkan semula citra dan semangat lama... dan akhirnya sentiasa bermuhasabah diri sendiri mengenai misi yang belum selesai...


Lagu UKM
Lihat Kampusku yang tenang
Damainya alam ciptaan Tuhan
paduan ilmu dan keimanan
Amal dan jerih digabungkan
Lautan ilmu kita harumkan
Sumber ilmuan berkembangan
Inilah Varsiti Kita
Ditengahkan hasrat rakyat kita
Dari mula untuk semua
Bagai tanda perjuangan kita 
 
Bangun berbakti membela
Memupuk insan jiwa bertakwa
Memimpin manusia semua
Kenal akan adat unggulnya
Membina negara sentiasa
Maju berilmu dan bahagia 

Inilah Varsiti Kita
Ditengahkan hasrat rakyat kita
Dari mula untuk semua
Bagai tanda perjuangan kita

Komposer : Nazri Ahmad
Penulis Lirik : Muhammad Hj. Salleh

 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan