TOPIK

Aidil Fitri (1) Air Kolah (9) Akhir Zaman (3) Aktiviti Ilmiah (3) Al-Quran (4) Alam (13) Alam Ghaib (5) Aldil Fitri (1) Allah wujud tanpa bertempat (15) Amal Soleh (4) Anti Hadis (1) Aqidah (15) ASWJ (63) Bab Munakahat (4) Bab Sihir (4) Bab Tauhid (7) Bahasa Melayu (6) Bahaya Syiah (7) Bertabarruk (2) Bid'ah (8) Bidaah Hasanah (7) Bulan Ramadhan (18) Bulan Rejab (1) Bulan Zulhijjah (1) Cintai DIA (1) Cuti-Cuti Malaysia (89) Doa (1) Dosa Besar (1) Ekonomi Islam (5) Fadilat Al-Quran (4) Fiqh (2) Futuhul Ghaib (1) Futuhul Makkiyyah (3) guru (17) Guru Mursyid (17) Guru Tariqat (17) guruku (15) Hadis Dhaif (6) Hadis Maudhu' (1) Hadis Nabi (14) Hakikat (2) Hari Kemudian (1) Hotel Islam (1) Hukum Berkaitan Zikir (9) Ibadat Haji (6) Ibnu Taimiyyah (16) ilmu kebatinan (5) Ilmu Laduni (1) ilmu persilatan (2) Imam Malik (1) Insan Kamil (1) Israk Mikraj (10) Istanbul (20) Isu Halal (2) Isu Kalimah Allah (4) Isu Khilaf (25) Isu Khilafiah (27) Isu Semasa (4) Isu Wahhabi (97) Isu Yaqazah (10) Jalan-Jalan (130) Jihad Ekonomi (37) Jom Makan (16) Karamah (2) kebenaran (7) Kesultanan Melayu (7) Kewangan dan Perbankan Islam (1) Khatamun Nubuwwah (2) Kisah Mualaf (28) Kisah Nabi (2) Koleksi (2) Kosong (3) Kurma (1) Lagu (1) Lailatul Qadar (14) Makam Sultan (7) Makam Sultan/Raja Melayu (8) Makam Wali Allah (46) Makhluk Halus (1) Makrifat (1) Martabat Tujuh (4) Masjid (47) Masjid Lama (25) Masjid Utama (34) Maulidur Rasul (23) Mekah (2) Melayu (14) Mengenal Diri (9) Merdeka (1) Misteri (11) motivasi (1) Mukasyafah (2) Mutasyabihat (7) Nabi Ibrahim A.S. (1) Nabi Khidir A.S. (14) Nabi Musa A.S. (1) Neraka (1) Nisfu Syaaban (17) nostalgia (1) Nur Muhammad (6) Nuzul Quran (3) Pahlawan Islam (3) Pahlawan Melayu (10) Pelancongan Tanah Tinggi (4) Peluang Perniagaan (1) pengumuman (7) Penyakit (1) Perjalanan Diri (2) Perubatan Islam (3) Perubatan tradisional (2) Petua (1) Puasa Ramadhan (18) Puasa Sunat (2) Pulau Besar (18) Putrajaya (3) Rabitah (1) Rahmat Allah (1) Rawatan Islam (1) rekreasi (21) Rezeki (1) RSAW (11) Rumahku Syurgaku (4) Sajak (7) Sedekah (1) Sejarah Melayu (6) Selawat (7) Senibina Islam (8) Sifat 20 (2) Solat (8) Solat Sunat (9) Sumpah (1) Sunnah RSAW (9) Tamadun Islam (8) Tariqat (8) Tasawuf (26) Tawassul (5) Tulisanku (358) Ulamak Islam (7) Ulamak Nusantara (22) Ulamak Tanah Melayu (18) Universiti (5) Usahawan Muslim (9) Usuluddin (1) wahdatul wujud (5) Wahhabi dan Keganasan (9) Wali Allah (62) Wali Melayu (33) Wali Songo (10) Youtube (1) Zakat (13) Zakat Fitrah (4)

Selasa, 6 September 2011

Ulama Salafi Dan Khususiyat Nabi


Ulama salafi dan khususiyat Nabi

SYEIKH Ibnu al-Qayyim, yang dijadikan rujukan utama sesetengah aliran dalam Islam, pernah meriwayatkan keistimewaan Nabi Muhammad SAW yang sangat ajaib dan pelik. Beliau menisbahkan atau menyandarkan riwayat itu kepada sejumlah ulama salaf. Beliau menyatakan: "Telah berkata al-Qadhi, Al-Marwazi telah menyusun sebuah kitab mengenai kelebihan Nabi Muhammad, Di dalamnya beliau menyebut bahawa Nabi Muhammad duduk di atas 'Arasy. 

Katanya lagi: "Aku berkata Ia adalah pendapat Ibnu Jarir al-Tobari dan imam mereka, Mujahid, seorang imam Tafsir. Ia juga adalah pendapat Abu al-Hasan al-Dar Qutni." 

Di antara syairnya, berbunyi: "Hadis syafaat itu daripada Ahmad (ibn Hanbal), kepada Ahmad al-Mustafa sampai sanadnya. Diriwayatkan juga hadis, bahawa baginda duduk di atas 'Arasy, maka janganlah kita mengingkarinya. Biarkanlah hadis itu seadanya. Janganlah kalian mencampuradukkan di dalamnya apa-apa yang boleh merosakkannya. Janganlah kalian mengingkari bahawa baginda duduk dan jangan kalian mengingkari bahawa baginda didudukkan di atas ('Arasy). ( Ibnu al Qayyim, Badai' al Fawaid, Jld 4, H: 40).

Al-Faqih al-'Allamah Syeikh Mansur ibn Yunus al Buhuti RH dalam kitabnya, Kashsyaf al Qina, mengungkapkan sejumlah keistimewaan Nabi Muhammad yang kadang kala dianggap ganjil oleh kebanyakan orang yang kurang memahami prinsip-prinsip dan kaedah-kaedah perkara seperti itu.

Antaranya, beliau menyatakan: "Kumuhan yang keluar daripada kita adalah najis dan kumuhan yang keluar daripada Rasulullah SAW adalah suci. Begitu juga kumuhan para Nabi yang lain. Diharuskan juga berubat dengan air kencing dan darahnya, sebagaimana yang diriwayatkan oleh al-Dar Qutni bahawa Ummu Aiman pernah terminum air kencingnya. Rasulullah bersabda: "Sekiranya begitu, api neraka tidak akan memakan perut kamu." Tetapi hadis ini dha'if.

Seperti mana yang diriwayatkan oleh Ibnu Hibban dalam Dhua'fa': "Suatu hari, seorang budak membekam Nabi. Maka setelah selesai berbekam, dia meminum darah bekaman tersebut. Maka sabda Rasulullah SAW, "Celakalah kamu, apakah yang telah kamu lakukan dengan darah tadi?" Katanya: "Aku telah melenyapkan di dalam perutku." 

Sabda Rasulullah: "Pergilah kamu, sesungguhnya kamu telah menyelamatkan diri kamu daripada api neraka." 

Al-Hafiz Ibnu Hajar RA berkata: "Rahsia daripada peristiwa tersebut, adalah kerana perbuatan dua Malaikat yang pernah membasuh dada baginda sehingga dihukumkan suci segala kumuhan daripada jasad Nabi. 

Di antara lain, beliau juga berkata: "Rasulullah tidak mempunyai bayang-bayang ketika berada di bawah pancaran matahari dan bulan kerana Rasulullah adalah cahaya, sedangkan bayang-bayang adalah suatu kegelapan."

Perkara ini disebut oleh Ibnu 'Uqail dan lain-lainnya: "Ini berdalilkan, bahawa Rasulullah pernah memohon kepada Allah agar menjadikan seluruh anggota dan arah jasadnya bercahaya, dan baginda pernah mengakhiri doanya dengan sabdanya: "Jadikanlah aku cahaya."

Selain itu, bumi juga menarik segala bebanan beratnya, berdasarkan beberapa khabar.

Antaranya beliau mengatakan: "Kedudukan terpuji (yang dijanjikan Allah kepada baginda Rasulullah)" ialah duduknya Rasulullah di atas 'Arasy. Daripada Abdullah ibn Salam menyatakan di atas kurs' sebagaimana al Baghawi juga menyebut mengenai kedua-duanya."

Antaranya, beliau juga memperkatakan Rasulullah tidak pernah menguap.

Beliau juga berkata: "Baginda juga diperlihatkan kepadanya semua makhluk semenjak dari zaman Nabi Adam hinggalah umatnya yang hidup selepasnya, sebagaimana Nabi Adam diajari nama-nama segala sesuatu, berdasarkan hadis riwayat al Dailami: "Dunia ini diumpamakan kepadaku dengan air dan tanah, maka aku mengetahui tentang semua perkara seperti mana Nabi Adam mengetahui semua nama."

Diperlihatkan juga kepada baginda seluruh umat, sehingga baginda dapat melihatnya. Hal ini berdasarkan riwayat Imam al Tabrani: "Diperlihatkan kepadaku umatku semalam di bilik ini. Orang yang mula-mula dan yang terakhir. Mereka semua digambarkan kepadaku dengan air dan tanah, sehingga aku mengenali seseorang insan di kalangan mereka lebih daripada seseorang kamu mengenali sahabatnya."

Diperlihatkan juga kepada baginda apa yang terjadi kepada umatnya sehingga hari Kiamat. 

Ini berdasarkan hadis riwayat Imam Ahmad dan lain-lainnya: "Aku telah melihat peristiwa yang akan ditemui oleh umatku sesudah kewafatanku; begitu juga mengenai pertumpahan darah yang terjadi di antara mereka."

Antaranya beliau menyatakan: "Menziarahi maqam Nabi Muhammad adalah sunat (mustahab) sama ada bagi lelaki mahupun perempuan kerana umumnya hadis yang diriwayatkan oleh Imam al-Dar Qutni, daripada Ibnu Umar berkata, bahawa Rasulullah bersabda: "Barang siapa yang mengerjakan ibadah haji dan menziarahi kuburku selepas kewafatanku, seolah-olah dia menziarahiku ketika aku masih hidup (Demikianlah yang disebut di dalam kitab Kasysyaf al-Qinna', Jld 5, H: 30). Kitab ini dicetak atas perintah Malik Faisal ibn Abdul Aziz Aali Su'ud rahimahullah)

Kesemua keistimewaan yang mereka sebutkan dan naqalkan ini terdapat antaranya ada riwayat yang sohih. Ada yang dha'if dan ada pula yang sama sekali tidak mempunyai dalil.

Keistimewaan-keistimewaan Nabi Muhammad ini dinaqalkan oleh para ulama besar dari kalangan Ahli Sunnah dan mereka tidak menentangnya sedikit pun. 

Bahkan, mereka menerimanya dan bertolak ansur dalam meriwayatkannya kerana berpegang kepada kaedah "toleransi" dalam menaqalkan (meriwayatkan) perkara-perkara yang berkaitan dengan kelebihan sesuatu perkara. 

Sedangkan, dalam keistimewaan tersebut, terdapat perkataan-perkataan yang jika didengari oleh golongan penentang sudah tentu mereka memberikan hukuman yang lebih teruk daripada kafir.

Kesimpulannya keistimewaan-keistimewaan Rasulullah seperti yang dinaqalkan oleh Ibnul Qayyim, Ibnu Taymiyyah dan kitab Kasyaful al-Qinna' s tidak jauh berbeza daripada pandangan kami. 

Maka adalah tidak adil jika pandangan pihak lain menjadi sasaran serangan dan kritikan tajam sedangkan pandangan ulama-ulama ikutan golongan yang mendakwa salafi ini tidak turut mereka sanggah

Tiada ulasan:

Catat Ulasan