TOPIK

Aidil Fitri (1) Air Kolah (9) Akhir Zaman (3) Aktiviti Ilmiah (3) Al-Quran (4) Alam (13) Alam Ghaib (5) Aldil Fitri (1) Allah wujud tanpa bertempat (15) Amal Soleh (4) Anti Hadis (1) Aqidah (15) ASWJ (63) Bab Munakahat (4) Bab Sihir (4) Bab Tauhid (7) Bahasa Melayu (6) Bahaya Syiah (7) Bertabarruk (2) Bid'ah (8) Bidaah Hasanah (7) Bulan Ramadhan (18) Bulan Rejab (1) Bulan Zulhijjah (1) Cintai DIA (1) Cuti-Cuti Malaysia (89) Doa (1) Dosa Besar (1) Ekonomi Islam (5) Fadilat Al-Quran (4) Fiqh (2) Futuhul Ghaib (1) Futuhul Makkiyyah (3) guru (17) Guru Mursyid (17) Guru Tariqat (17) guruku (15) Hadis Dhaif (6) Hadis Maudhu' (1) Hadis Nabi (14) Hakikat (2) Hari Kemudian (1) Hotel Islam (1) Hukum Berkaitan Zikir (9) Ibadat Haji (6) Ibnu Taimiyyah (16) ilmu kebatinan (5) Ilmu Laduni (1) ilmu persilatan (2) Imam Malik (1) Insan Kamil (1) Israk Mikraj (10) Istanbul (20) Isu Halal (2) Isu Kalimah Allah (4) Isu Khilaf (25) Isu Khilafiah (27) Isu Semasa (4) Isu Wahhabi (97) Isu Yaqazah (10) Jalan-Jalan (130) Jihad Ekonomi (37) Jom Makan (16) Karamah (2) kebenaran (7) Kesultanan Melayu (7) Kewangan dan Perbankan Islam (1) Khatamun Nubuwwah (2) Kisah Mualaf (28) Kisah Nabi (2) Koleksi (2) Kosong (3) Kurma (1) Lagu (1) Lailatul Qadar (14) Makam Sultan (7) Makam Sultan/Raja Melayu (8) Makam Wali Allah (46) Makhluk Halus (1) Makrifat (1) Martabat Tujuh (4) Masjid (47) Masjid Lama (25) Masjid Utama (34) Maulidur Rasul (23) Mekah (2) Melayu (14) Mengenal Diri (9) Merdeka (1) Misteri (11) motivasi (1) Mukasyafah (2) Mutasyabihat (7) Nabi Ibrahim A.S. (1) Nabi Khidir A.S. (14) Nabi Musa A.S. (1) Neraka (1) Nisfu Syaaban (17) nostalgia (1) Nur Muhammad (6) Nuzul Quran (3) Pahlawan Islam (3) Pahlawan Melayu (10) Pelancongan Tanah Tinggi (4) Peluang Perniagaan (1) pengumuman (7) Penyakit (1) Perjalanan Diri (2) Perubatan Islam (3) Perubatan tradisional (2) Petua (1) Puasa Ramadhan (18) Puasa Sunat (2) Pulau Besar (18) Putrajaya (3) Rabitah (1) Rahmat Allah (1) Rawatan Islam (1) rekreasi (21) Rezeki (1) RSAW (11) Rumahku Syurgaku (4) Sajak (7) Sedekah (1) Sejarah Melayu (6) Selawat (7) Senibina Islam (8) Sifat 20 (2) Solat (8) Solat Sunat (9) Sumpah (1) Sunnah RSAW (9) Tamadun Islam (8) Tariqat (8) Tasawuf (26) Tawassul (5) Tulisanku (358) Ulamak Islam (7) Ulamak Nusantara (22) Ulamak Tanah Melayu (18) Universiti (5) Usahawan Muslim (9) Usuluddin (1) wahdatul wujud (5) Wahhabi dan Keganasan (9) Wali Allah (62) Wali Melayu (33) Wali Songo (10) Youtube (1) Zakat (13) Zakat Fitrah (4)

Selasa, 6 September 2011

Ramadhan Berlalu : Kita Perlu Berani Berbeza

Assalamu'alaikum,


Hari ini hari terakhir bulan Ramadhan (hari artikel ini ditulis). Kita berpuasa selama 29 hari tahun ini, Insya-Allah.  Mengikut salah seorang guru hamba, RSAW lebih banyak menyambut Ramadhan dalam 29 hari, bukan 30 hari.  Beliau ‘menegur’ pihak berkuasa agama/kerajaan yang kekadang ‘suka’ menggenapkan Ramadhan ke 30 hari. Akhirnya ‘kita tergelincir’ 1-2 hari dari tarikh yang sebenar.


Alhamdulillah, hamba menyambut puasa dengan berbeza pada tahun ini berbanding tahun lepas. Tahun lepas Ramadhan disambut apabila kami baru 3 minggu menjejakkan kami di Tanah Melayu, bumi bertuah, tanah yang dijanjikan. Memandangkan kami baru 3 minggu di Malaysia, maka kami banyak beli makanan luar semasa menyambut Ramadhan. Kembali ke Tanah Melayu dan memulakan semula  hidup di tanahair tercinta ini tidaklah semudah A, B, C. Maklumlah, kat rumah banyak benda yang masih belum ada dan nak kena beli. Semua rempah-ratus, barang keperluan nak kena beli.  Rumah pun berterabur dengan barang yang dibawa balik dari luar negara.  Badan pun nak kena sesuaikan dengan perubahan cuaca dan hawa. ‘Jetlag’ kerana perubahan masa pun masih ada.

Pada Ramadhan 1432H ini, hamba sekeluarga hanya 3 kali beli makanan luar sepanjang Ramadhan, yang lainnya kami cuma makan apa yang dimasak di rumah. Sekali hamba beli di gerai tepi jalan, untuk meraikan anak saudara dan keluarganya yang datang berbuka pada Nuzul Quran. Sekali isteri hamba ke pasar Ramadhan, beli tepung pelita, popia goreng dan murtabak.  Kali ketiga isteri hamba ke Pasar Ramadhan adalah pada hari Sabtu, 27 Ramadhan kerana kami tidak berbuka puasa di rumah dan berbuka puasa di dalam kereta kerana dalam perjalanan balik kampung. Isteri hamba belikan nasi lemak, buah Melaka, dan masalode. Kami berbuka di atas lebuhraya PLUS.

Bulan Ramadhan dan puasa Ramadhan sudah banyak berubah. Arus keduniaan telah melanda Bulan Ramadhan dan Puasa Ramadhan ini.  Ramadhan telah hilang rohnya dalam kalangan umat Islam. Bulan yang sepatutnya menjadi bulan berjimat-cermat, bulan menahan hawa nafsu telah bertukar menjadi sebaliknya. Kalau difikirkan memang kita akan hairan dengan apa yang berlaku. Namun bila difikirkan berulang kali, tidak ada apa yang perlu dihairankan. Kualiti umat Islam hari ini sudah jauh berbeza dengan umat Islam zaman RSAW dan zaman dahulu. Kalau dahulu, RSAW dan para sahabat menggali parit dan berperang di bulan Ramadhan. Umat Islam kini menggali bekas-bekas makanan yang besar di hotel dan menghabiskan berpuluh dan beratus ringgit sekali makan untuk memenuhkan selera makan kerana 13-14 jam menahan lapar. Berbezanya umat Islam hari ini. Kalau bukan bulan puasa sekalipun, orang Islam sebahagian besar tidak akan menghabiskan berpuluh dan beratus ringgit sekali makan. Kerana panahan berlapar, maka umat Islam sanggup berhabis untuk memuaskan nafsu makan.

Tidak hairanlah hotel-hotel dan restoran mengadakan pelbagai promosi dan buffet Ramadhan untuk menarik perhatian umat Islam agar berbuka di tempat mereka.  Umat Islam nak kira apa. Seharian berpuasa, waktu inilah ‘nak balas dendam’.  Malah anak-anak dan isteri ‘dibudayakan’ dengan berbuka puasa/Iftar di hotel, restoran dan kedai makan.  Malang lagi jika tidak diperiksa sama sekali sama ada halal atau tidak makan di tempat sedemikian.  Mula-mula mungkin sebulan sekali, kemudian akan jadi 2 kali sebulan, sekali seminggu dan beberapa kali seminggu.  Kita lihatlah pasar Ramadhan di sana-sini. 1001 kuih-muih dijual. Bulan Ramadhan kini telah menjadi bulan pesta kuih-muih dan makanan. Orang bukan Islam yang menyukai kuih-muih dan masakan Melayu turut mengakui perkara ini. Bagi mereka, Ramadhan mendatangkan ‘rahmat’ makanan.  Kita lihatlah umat Islam berpesta membeli makanan.  Pasar dan bazar Ramadhan penuh dan sibuk. Orang ramai membeli makanan seperti ini waktu untuk makan sepuas-puasnya. Di mana pengertian Ramadhan yang sebenar telah ditolak ke tepi.  Akhirnya, benarlah kata-kata RSAW, orang bukan Islam tidak akan mampu menarik kita/umat Islam dalam perkara-perkara yang besar, mereka akan menarik kita secara perlahan-lahan, dalam perkara-perkara kecil.

Kita lihatlah cara umat Islam menyambut bulan Ramadhan dan puasa Ramadhan masa kini.  Bagi keluarga berada, perabut wajib ditukar. Perlu sofa baru, perlu TV baru, perlu langsir baru, perlu perabot baru.  Bagi orang-orang biasa, langsir seperti mesti ditukar. Adakah kewajipan menukar langsir setiap kali menyambut Raya? Adakah wajib berbelanja beli macam-macam kuih untuk sambutan Raya?  Adakah perlu berlebih-lebihan dalam  membeli baju raya untuk diri sendiri dan anak-anak?  Apakah kewajipan puasa yang sebenarnya? Apakah hakikat puasa yang harus dicapai oleh setiap Muslim yang berpuasa? 

Membeli makanan di pasar Ramadhan memang tiada salahnya jika dalam batasannya. Tetapi membeli setiap hari di pasar Ramadhan sehingga berlebih-lebihan makanan sehingga terpaksa dibuang, membazir hukumnya. Jika anda berbelanja RM500 sebulan untuk membeli makanan tetapi berbelanja RM1000 sebulan di bulan Ramadhan, apakah maksudnya? Sepatutnya Ramadhan membolehkan kita berjimat, bukan membazir. Membazir adalah saudara syaitan.  Beranikah anda untuk berbeza dengan masyarakat dan rakana-rakan anda?

Justeru itu, kalau kita hayati, puasa umat Islam masa kini telah jauh berbeza dengan puasa RSAW dan puasa para sahabat.   Puasa tidak dapat membentuk diri kita daripada memerintah dan mengawal nafsu kita malah puasa menyebabkan kita menjadi semakin obses dengan kehendak hawa nafsu kita.  “Islam asalnya dagang/asing, maka ia akan kembali dagang/asing”. Itulah kata junjungan RSAW tercinta. Beranikanlah anda untuk tidak sama dengan masyarakat. Beranikanlah anda untuk menjadi berbeza dengan masyarakat. Beranikanlah anda untuk mencapai hakikat ibadat dalam setiap ibadat yang anda lakukan/amalkan. 


Hamba rasa setakat ini sajalah dulu.  Kalau nak dicelotehkan, banyak lagi nak dibandingkan antara puasa kita umat Islam hari ini dengan puasa RSAW dan para sahabat. Kita belum pun membincangkan pengisian puasa orang soleh dengan puasa umat Islam hari ini. Ringkasnya, mungkin anda tidak dapat berubah, menjadi berbeza pada Ramadhan kali ini berbanding masyarakat awam. Moga Ramadhan mendatang (jika masih hidup) anda akan berani berbeza....Jadilah orang yang berbeza kerana Allah Taala. Hamba mendoakan hamba sekeluarga dan  anda bersama/termasuk dalam golongan yang ‘akan kembali dagang/asing’.

2 ulasan:

  1. Amiin.....

    aneh sungguh kerana sanggup berhabisan duit hendakkan merasa lazat yang akan hilang tak sampai seminit setelah di kecap

    BalasPadam
  2. Benar Tuan Kowloon...kalau hari tak posa pun, umat Islam tak seghairah itu. Hari puasa yg sepatutnya dididik dgn mengawal nafsu menjadi bertentangan pula....

    BalasPadam