TOPIK

Aidil Fitri (1) Air Kolah (9) Akhir Zaman (3) Aktiviti Ilmiah (3) Al-Quran (4) Alam (13) Alam Ghaib (5) Aldil Fitri (1) Allah wujud tanpa bertempat (15) Amal Soleh (4) Anti Hadis (1) Aqidah (15) ASWJ (63) Bab Munakahat (4) Bab Sihir (4) Bab Tauhid (7) Bahasa Melayu (6) Bahaya Syiah (7) Bertabarruk (2) Bid'ah (8) Bidaah Hasanah (7) Bulan Ramadhan (18) Bulan Rejab (1) Bulan Zulhijjah (1) Cintai DIA (1) Cuti-Cuti Malaysia (89) Doa (1) Dosa Besar (1) Ekonomi Islam (5) Fadilat Al-Quran (4) Fiqh (2) Futuhul Ghaib (1) Futuhul Makkiyyah (3) guru (17) Guru Mursyid (17) Guru Tariqat (17) guruku (15) Hadis Dhaif (6) Hadis Maudhu' (1) Hadis Nabi (14) Hakikat (2) Hari Kemudian (1) Hotel Islam (1) Hukum Berkaitan Zikir (9) Ibadat Haji (6) Ibnu Taimiyyah (16) ilmu kebatinan (5) Ilmu Laduni (1) ilmu persilatan (2) Imam Malik (1) Insan Kamil (1) Israk Mikraj (10) Istanbul (20) Isu Halal (2) Isu Kalimah Allah (4) Isu Khilaf (25) Isu Khilafiah (27) Isu Semasa (4) Isu Wahhabi (97) Isu Yaqazah (10) Jalan-Jalan (130) Jihad Ekonomi (37) Jom Makan (16) Karamah (2) kebenaran (7) Kesultanan Melayu (7) Kewangan dan Perbankan Islam (1) Khatamun Nubuwwah (2) Kisah Mualaf (28) Kisah Nabi (2) Koleksi (2) Kosong (3) Kurma (1) Lagu (1) Lailatul Qadar (14) Makam Sultan (7) Makam Sultan/Raja Melayu (8) Makam Wali Allah (46) Makhluk Halus (1) Makrifat (1) Martabat Tujuh (4) Masjid (47) Masjid Lama (25) Masjid Utama (34) Maulidur Rasul (23) Mekah (2) Melayu (14) Mengenal Diri (9) Merdeka (1) Misteri (11) motivasi (1) Mukasyafah (2) Mutasyabihat (7) Nabi Ibrahim A.S. (1) Nabi Khidir A.S. (14) Nabi Musa A.S. (1) Neraka (1) Nisfu Syaaban (17) nostalgia (1) Nur Muhammad (6) Nuzul Quran (3) Pahlawan Islam (3) Pahlawan Melayu (10) Pelancongan Tanah Tinggi (4) Peluang Perniagaan (1) pengumuman (7) Penyakit (1) Perjalanan Diri (2) Perubatan Islam (3) Perubatan tradisional (2) Petua (1) Puasa Ramadhan (18) Puasa Sunat (2) Pulau Besar (18) Putrajaya (3) Rabitah (1) Rahmat Allah (1) Rawatan Islam (1) rekreasi (21) Rezeki (1) RSAW (11) Rumahku Syurgaku (4) Sajak (7) Sedekah (1) Sejarah Melayu (6) Selawat (7) Senibina Islam (8) Sifat 20 (2) Solat (8) Solat Sunat (9) Sumpah (1) Sunnah RSAW (9) Tamadun Islam (8) Tariqat (8) Tasawuf (26) Tawassul (5) Tulisanku (358) Ulamak Islam (7) Ulamak Nusantara (22) Ulamak Tanah Melayu (18) Universiti (5) Usahawan Muslim (9) Usuluddin (1) wahdatul wujud (5) Wahhabi dan Keganasan (9) Wali Allah (62) Wali Melayu (33) Wali Songo (10) Youtube (1) Zakat (13) Zakat Fitrah (4)

Jumaat, 30 September 2011

Hujah Ahli Sunnah Ke Atas Penyelewengan Ajaran Golongan Wahabi


HUJAH AHLI SUNNAH KE ATAS PENYELEWENGAN AJARAN GOLONGAN WAHABI

(PENGIKUT-PENGIKUT MUHAMMAD BIN ABDUL WAHAB )

1-Sila lihat Kitab mereka (puak Wahhabi):
Fathul Majid, Karangan Abdul Rahman bin Hasan bin Mohd bin Abdul wahab, m/s:356,

Cetakan Darul Salam, Riyadh.
Jelas mrk menyamakan Allah dengan manusia dan juga binatang. Mereka berkata: "Allah duduk di atas kursi".

Sedangkan Allah ta'ala telah befirman
Maksudnya: Dia(Allah) tidak menyerupai sesuatu pun daripada makhlukNya, baik dari satu segi mahupun dari semua segi, dan tidak ada sesuatu pun yang menyerupainya.(Asyura ayat:11)

Ketahuilah bahawa menganggap dan mengatakan bahawa Allah duduk atau bersemayam di atas arasy mahupun di atas kursi dikira kafir kerana yang demikian itu adalah sifat makhluk
Maha Suci Allah daripada duduk atau bersemayam


2-Lihat juga kitab mrk Tanbihat Fi Rod Ala Man Taawwal Sifat,
m/s: 19, karangan Ibnu Baz, terbitan : Riasah Ammah lilifta'
Ibnu Baz (pemimpin wahabi) berkata: "penafian jisim dan anggota bagi Allah adalah suatu yang dicela".
Sedangkan Allah ta'ala berfirman:
Maksudnya: Dia (Allah) tidak menyerupai sesuatu pun dari makhlukNya baik dari satu segi mahupun dari semua segi, dan tidak ada sesuatu pun yang menyerupaiNya.(Asyura ayat:11).

Ketahuilah bahawa Allah ta'ala tidak sama dengan makhlukNya, Dia tidak mempunyai anggota dan jisim sebagaimana yang dimiliki oleh makhluk
Maha suci Allah daripada anggota dan jisim.


3-Majalah Haji, bilangan 49, juzuk 11 tahun 1415 hijrah, m/s :73 -74
Makkah
Ibnu Baz mengatakan bahawa :"zat Allah ta'ala itu di atas arasy".

Sedangkan Nabi Muhammad telah bersabda
yg bermaksud:" Allah wujud pada azal(adaNya tanpa permulaan), dan belum wujud sesuatu selainNya". H.R Bukhari

Ketahuilah bahawa Allah ta'ala wujud tanpa tempat, kerana Dia yang menjadikan tempat yang mempunyai batasan-batasan, kadar tertentu dan bentuk sedangkan Allah tidak disifatkan sedemikian.
Maha suci Allah dari bertempat.

4-Kitab mereka: Kaifa Nafham Attauhid,
Karangan Mohd Basmir,
m/s: 16 Riyadh

Wahabi mengatakan bahawa Abu Jahal dan Abu Lahab lebih ikhlas pengesaan tauhid mereka kepada Allah daripada golongan orang Islam yang mengucap dua kalimah syahadah. ( yang dimaksudkan dengan orang Islam di sini ialah mereka yang bertawassul dengan wali-wali dan para solihin ).

Sedangkan Allah ta'la telah berfirman menceritakan mengenai Abu Lahab
Maksudnya: "kelak dia akan masuk ke dalam api yang menyala-nyala".
Ketahuilah bahawa Abu jahal dan Abu lahab bukanlah dari kalangan orang Islam.

5-Rujuk kitab mrk :Min Masyahir Almujaddidin Fil Islam,
m/s: 32, terbitan: Riasah 'Ammah lilifta'
Soleh bin Fauzan (wahabi) berkata: "pengikut Asya'irah dan Maturidi tidak layak digelar sebagai Ahli sunnah wal jamaah".

Sedangkan Al hafiz Murtadha Azzabidi berkata: "jika dikatakan Ahli sunnah wal- jamaah yang dimaksudkannya adalah Asyairah dan Maturidiah".
Pengikut Asya'irah dan Maturidiah adalah golongan Ahli sunnah dan jamaah

6-Rujuk juga Kitab mereka: Fathul Majid,
Karangan: Abdul Rahman m/s 353
Terbitan maktabah Darul Salam, Riyadh.

Wahabi berdusta dengan mengatakan bahawa: "kebanyakan Ahlu Sunnah mengkafirkan pengikut asya'irah."

Sedangkan Ahli sunnah dan jama''ah di kalangan umat Islam diseluruh dunia adalah golongan asy'ari dan maturidi
Ketahuilah bahawa Pengikut-pengikut Imam Asy'ari adalah golongan umat Islam kini.

7-kitab mereka: Al-iman Bil Anbiya' Jumlahtan,
Karangan: Abdullah bin Zaid,
cetakan Maktabah Islami, Beirut:
Wahabi mengatakan bahawa Adam bukanlah nabi ataupun rasul.

Sedangkan RAsulullah telah bersabda daripada Abi umamah, seorang lelaki bertanya nabi: " wahai rasulullah adakah Adam itu seorang nab"i? Beliau menjawap: " ya, diturunkan wahyu kepadanya".H.R Ibnu Hibban.

Dan ketahuilah bahawa Ijma' ulama mengatakan bahawa Adam adalah nabi

Tiada ulasan:

Catat Ulasan