TOPIK

Aidil Fitri (1) Air Kolah (9) Akhir Zaman (3) Aktiviti Ilmiah (1) Al-Quran (4) Alam (13) Alam Ghaib (5) Aldil Fitri (1) Allah wujud tanpa bertempat (15) Amal Soleh (3) Anti Hadis (1) Aqidah (17) ASWJ (63) Bab Munakahat (4) Bab Sihir (3) Bab Tauhid (9) Bahasa Melayu (6) Bahaya Syiah (7) Bertabarruk (2) Bid'ah (8) Bidaah Hasanah (7) Bulan Ramadhan (18) Bulan Rejab (1) Bulan Zulhijjah (1) Cintai DIA (1) Cuti-Cuti Malaysia (89) Doa (1) Dosa Besar (1) Ekonomi Islam (5) Fadilat Al-Quran (4) Fiqh (3) Futuhul Ghaib (1) Futuhul Makkiyyah (3) guru (2) Guru Mursyid (6) Guru Tariqat (6) Hadis Dhaif (6) Hadis Maudhu' (1) Hadis Nabi (14) Hakikat (1) Hari Kemudian (1) Hotel Islam (1) Hukum Berkaitan Zikir (9) Ibadat Haji (6) Ibnu Taimiyyah (16) ilmu kebatinan (5) Ilmu Laduni (1) ilmu persilatan (2) Imam Malik (1) Insan Kamil (1) Israk Mikraj (10) Istanbul (17) Isu Halal (2) Isu Kalimah Allah (4) Isu Khilaf (25) Isu Khilafiah (29) Isu Semasa (4) Isu Wahhabi (97) Jalan-Jalan (128) Jihad Ekonomi (34) Jom Makan (16) Karamah (2) kebenaran (5) Kesultanan Melayu (7) Kewangan dan Perbankan Islam (1) Khatamun Nubuwwah (2) Kisah Mualaf (28) Kisah Nabi (2) Koleksi (2) Kosong (2) Kurma (1) Lagu (1) Lailatul Qadar (14) Makam Sultan (5) Makam Sultan/Raja Melayu (7) Makam Wali Allah (43) Makhluk Halus (1) Makrifat (1) Masjid (41) Masjid Lama (24) Masjid Utama (29) Maulidur Rasul (23) Mekah (2) Melayu (14) Merdeka (1) Misteri (10) motivasi (1) Mukasyafah (2) Mutasyabihat (7) Nabi Ibrahim A.S. (1) Nabi Khidir A.S. (14) Nabi Musa A.S. (1) Neraka (1) Nisfu Syaaban (17) nostalgia (1) Nur Muhammad (6) Nuzul Quran (3) Pahlawan Islam (2) Pahlawan Melayu (10) Pelancongan Tanah Tinggi (4) pengumuman (7) Penyakit (1) Perubatan Islam (2) Perubatan tradisional (1) Petua (2) Puasa Ramadhan (18) Puasa Sunat (2) Pulau Besar (18) Putrajaya (3) Rabitah (1) Rahmat Allah (1) Rawatan Islam (1) rekreasi (21) Rezeki (1) RSAW (11) Rumahku Syurgaku (4) Sajak (6) Sedekah (1) Sejarah Melayu (6) Selawat (7) Senibina Islam (8) Sifat 20 (2) Solat (8) Solat Sunat (9) Sumpah (1) Sunnah RSAW (9) Tamadun Islam (8) Tariqat (7) Tasawuf (23) Tawassul (5) Tulisanku (311) Ulamak Islam (7) Ulamak Nusantara (20) Ulamak Tanah Melayu (16) Universiti (3) Usahawan Muslim (9) Usuluddin (1) Wahhabi dan Keganasan (9) Wali Allah (50) Wali Melayu (22) Wali Songo (10) Youtube (1) Zakat (13) Zakat Fitrah (4)

Sabtu, 21 Julai 2012

Mendidik Hawa Nafsu Di Bulan Ramadhan

Assalamu'alaikum,


Banyakkan mendidik hawa nafsu dalam Ramadhan ini....Memang tidak mudah, tapi itulah jihad yg besar...Lupakan sementara hiburan di TV, makanan dan minuman yg enak2, jaga mulut, mata dan telinga dari perkara2 yg merosakkan jiwa dan mendatangkan dosa. Baiki ibadat yg wajib dari segi ketepatan masa, kekhusyukan dan kesempurnaan, lipatgandakan zikrullah, sama ada secara zahir ataupun sirr, banyakkan ibadat yg sunat spt solat sunat dan membaca Al-Quran, Insya-Allah, moga2 kita semua berjaya.


Kalau dapat Puasa penuh Ramadhan, boleh teruskan dengan puasa sunat 6 hari di bulan Syawal. Kalau badan dah biasa berpuasa, boleh teruskan dengan puasa memutih, 3 hari, kemudian 7 hari, kemudian 14 hari, kemudian 21 hari, kemudian 30 hari, kemudian 40/44 hari... Kalau tak mampu memutih 'berat', mulakan dengan memutih ringan, maksudnya tak makan benda berdarah dan berdaging, masih ambil ikan bilis, telur. Dah biasa sikit, boleh beratkan sikit menunya, yakni tinggal nasi dan sayuran sahaja.  Ada yang memutih nasi dan garam sahaja. Ada yang memutih dengan segelas air sahaja sewaktu berbuka dan sewaktu bersahur. Ada yang memutih puasa dengan menitiskan setitik air ke dalam mulut sewaktu berbuka dan sewaktu bersahur sebagai syarat berpuasa. Itu antara peringkat-peringkat dalam berpuasa. Ada Wali Allah yang berpuasa setiap hari kecuali hari-hari yang diharamkan, mereka tidak makan dan minum, tidak tidur, sentiasa ingatan mereka pada Allah. Mereka tidak terikat dengan keperluan di dunia, kalau kena pancaran matahari sekalipun, mereka tiada bayang-bayang sebagaimana Baginda RSAW yang tidak berbayang. Itu antara darjat tertinggi dalam kalangan Wali Allah. Batu, kayu, dinding, tanah, air, udara, jarak tidak menjadi masalah pada mereka.

Lupakan sementara hiburan di TV. Kalau ada rancangan hiburan yang diikuti setiap hari seperti drama Indonesia, Korea dan seumpamanya, maka kurangkan sedikit demi sedikit. Kalau tiap-tiap minggu ada rancangan khusus di TV yang ditunggu-tunggu seperti Mega Movie, cerekarama, lawan bola, cuba jangan tengok untuk 2 minggu, kemudian cuba lagi untuk 2 minggu, Insya-Allah, lama-lama boleh ditinggalkan. Tak salah nak tengok TV seperti berita dan rancangan bermanfaat di TV seperti Al-Hijrah, Forum Perdana Ehwal Islam, dan seumpamanya. Yang penting adalah masa menonton dan apa yang ditonton. Hiburan? Melekakan? Bermanfaat? Pada hakikinya adalah TV jangan melekat di hati. Pada hakikinya internet jangan melekat di hati. Ini semua dunia. Perlu digunakan sebaiknya, jangan dunia mempergunakan kita. Jangan kita diperintah oleh dunia, tapi kita yang memerintah apa yang ada di dunia.

Waktu-waktu kita tidak berpuasa, kita sudah biasa makan dan minum yang sedap-sedap, lazat-lazat. Sewaktu Ramadhan inilah, peluang untuk kita makan yang biasa-biasa. Apa kata waktu berbuka dan bersahur, kita makan apa yang kita biasa makan. Tak boleh? Cuba waktu berbuka, tidak perlu ke Bazar Ramadhan untuk menambah menu makan, untuk menambah kuih-muih, untuk menambah jenis dan koleksi air yang hendak diminum sewaktu berbuka yang semuanya itu semua sebenarnya tidak lain hanyalah dan adalah tuntutan hawa nafsu kita semata-mata. Sayang sekali kita dapat berpuasa 13-14 jam, kemudian kita melupakan antara tujuan kita berpuasa. Belanja makan-minum di bulan Ramadhan melebihi belanja makan-minum bulan-bulan bukan puasa. Bagaimana kita mahu mendidik hawa nafsu anak-anak kita jika kita sendiri tidak memberikan contoh teladan yang baik di bulan yang mulia ini.  Anak-anak melihat kita dan isteri/suami kita begitu lahap sekali semasa berbuka puasa. Apakah kita mengharapkan mereka 'tidak mengikut kita' apabila mereka dewasa dan berkeluarga kelak?

Kekadang mulut, mata dan telinga susah hendak dijaga. Mulut tu, ada yang suka mengumpat, memfitnah, mengata orang dan seumpamanya. Internet tidak dimanfaatkan ke arah kebaikan manusia sejagat. Internet digunakan untuk mengata orang, mengumpat/memfitnah orang, memecahbelahkan umat Islam, menambah dosa, bukannya menyatupadukan umat Islam, bukan mencari penyatuan anak bangsa. Cuba tanamkan keazaman di bulan mulia dan penuh barokhah ini untuk menjaga ketiga-tiga pancaindera ini ke arah kebaikan. Bab mulut  ni, bercakap bila perlu, jangan layan orang suka mengumpat dan memfitnah. Bab mata nak kena memerhati dan memandang perkara-perkara yang bukan maksiat. Nak sentiasa 'memerhati' bahawa kita 'sentiasa diperhati Allah' memang bukanlah mudah. Nak memandang yang banyak kepada yang satu memang tidak mudah. Nak memandang apa yang terjadi pada hakikatnya perbuatan Allah memanglah sukar. Ia perlukan ilmu, perlukan latihan dan bimbingan dari guru mursyid. Nak mendengar hanya Allah, Allah, Allah di telinga yang zahir bukanlah mudah, juga perlukan bimbingan guru mursyid dan latihan. Nak mendengar Allah atau Hu di telinga yang batin memang sukar. Yang penting kita berusaha bersungguh-sungguh, berjaya atau tidak bukan urusan kita.

Keberkatan dan kemuliaan Ramadhan adalah peluang untuk kita memperbaiki ibadat yang wajib, khususnya ibadat solat. Hamba kalau ikutkan hati, kalau boleh nak 'bercuti sepanjang Ramadhan ini'. Apakan daya, belum berkesempatan, tuntutan kerja duniawi. 8 jam sehari kena habiskan untuk mencari nafkah yang zahir juga. Gunakanlah peluang Ramadhan ini untuk memperbaiki solat kita. Menunggu waktu bersolat dan bersolat apabila masuk waktunya. Cari dan pelajari kekhusyukan dalam bersolat. Cari tawadhuk dalam bersolat.  Gunakan waktu malam-malam di bulan Ramadhan ini untuk meningkatkan kuantiti dan kualiti ibadat solat kita. Bangun lebih awal dari waktu bersahur dan dirikan solat-solat sunat pada waktu itu sebelum mengejutkan anak-anak untuk bersahur. Sesungguhnya tiada keberkatan pada siang sebagaimana keberkatan pada malam. Sesungguhnya tiada keberkatan pada bulan-bulan lain sebagaimana Ramadhan. Tiada keheningan di waktu siang sebagaimana waktu malam. Kelapangan, ketenteraman dan kedekatan kita dengan Allah Taala pada waktu malam memang tidak dapat dijelaskan. Itu bagi kita orang biasa-biasa. Khawasul Khawas pasti tidak sama dengan kita.

Gunakan sedikit kelapangan bulan Ramadhan ini untuk memperbanyakkan zikrullah sama ada secara nyata mahupun secara rahsia. Kalau yang suka berselawat, banyakkan selawat pada bulan yang mulia ini. Bagi hamba kuantiti tidaklah penting, yang penting berterusan dalam beramal. Moga-moga 29/30 hari berterusan mengamalkan zikrullah, selawat ini akan membolehkan kita terus mengamalkannya walaupun selepas Ramadhan. Moga-moga rahmat zikrullah dan selawat ini akan membolehkan kita mampu menghadapi dan  memimpin  'hawa nafsu' yang sememangnya bukan mudah untuk ditunduki.

Ramadhan tiada pengganti. Jangan sia-siakan hari dan waktu di dalamnya. Perbanyakkan segala amalan sunat sepanjang Ramadhan sama ada membaca Al-Quran dan lain-lain ibadat sunat. Katakan kita tambah untuk membaca surah Luqman sekali sehari sepanjang Ramadhan, moga-moga kita terus kekal dengan amalan ini sehingga selepas Ramadhan. Sedikit-sedikit, lama-lama menjadi bukit bagi hamba lebih baik berbanding terlalu bercita-cita tinggi menghabiskan 1 juzuk sehari, 1 khatam Al Quran sepanjang Ramadhan namun selepas Ramadhan, kita jadi seperti biasa.  

Jangan tinggalkan beramal pada Malam Nuzul Quran. Tak dapat banyak, sikit, mana yang mampu. Jangan putus ada mencari Lailatul Qadar pada 10 malam terakhir. Kita yang mungkin belum pernah 'berjumpa Lailatul Qadar' terfikir-fikir apalah istimewa sangat Lailatul Qadar ni. Kita diperingatkan dalam Al-Quran dan Al-Hadis tentang mencari Lailatul Qadar dan keistimewaannya. Mungkin dah berbelas tahun mencari tak jumpa-jumpa lagi dengan Lailatul Qadar. Jangan putus ada, teruskan berusaha, moga rahmat Allah akan bersama kita pada malam Lailatul Qadar. Dari itulah, Nabi SAW, para sahabat baginda, para Wali Allah, para arifbillah dan ahlillah sentiasa mencari dan berusaha mendapatkan Lailatul Qadar kerana mereka telah 'merasainya'. Mereka tidak putus-putus menasihati kita untuk mencari Lailatul Qadar kerana hanya yang merasainya tahu akan keistimewaannya.   

Kita tidak tahu adakah kita masih hidup untuk menikmati Ramadhan pada tahun depan. Kalau bulan Rejab kita di Gear 3, bulan Syaaban di Gear 4, maka di bulan Ramadhan kita seharusnya di Gear 5. Moga-moga selepas Ramadhan, kita kekal di Gear 5 sehingga ke akhir hayat. Arifbillah sentiasa tertunggu-tunggu akan kedatangan Ramadhan. Kita hanya melalui Ramadhan dengan berlatih tidak makan dan minum untuk 13-14 jam, ruginya kita. Tiada peluang lebih baik dalam setahun untuk mendidik dan berjihad memerangi hawa nafsu melainkan pada bulan Ramadhan.


Saling ingat-mengingati kita bahawa langit tidak sentiasa cerah. Masa mendatang tidak sentiasa mudah untuk kita, untuk anak-anak kita, untuk generasi muda. Menghadapi zaman yang penuh kesukaran, yang telah digambarkan oleh Baginda RSAW dalam hadis-hadis akhir zaman bukanlah mudah. Persiapan bagi mereka yang ingin bersiap-siaga menghadapi zaman-zaman itu bukanlah boleh dilakukan dalam tempoh 2-3 tahun. Ia perlukan latihan yang berterusan. Ia perlukan didikan nafsu yang akan meningkat dari semasa ke semasa, bukan kekal di satu peringkat.  Banyak sangat lagi yang perlu diusahakan, dilakukan, dididik, dibentuk memandangkan  'ramai sekali yang begitu beria-ia' untuk 'termasuk dalam pelbagai jenis jenama akhir zaman' seperti............dan lain-lain jenama' di dunia maya dan dunia nyata. 

Begitulah sedikit nasihat untuk diri hamba sendiri yang jahil, daif, dan lemah ini. Tiada daya upaya melainkan dengan pertolongan dan bantuan-Mu jua Ya Allah.....

2 ulasan: