Assalamu'alaikum,
Ini posting terakhir hamba tentang Teman Negara Pahang D.M. Semasa hamba mencari hotel, chalet yang sesuai di internet, agak sukar juga kerana tidak semua mempunyai laman sesawang. Akhirnya hamba terpaksa menggunakan Agoda Hotel untuk mencari hotel/chalet yang sesuai. Kami menginap 2 hari 2 malam di Woodland Resort, Kuala Tahan. Ini merupakan sebuah resort milik Melayu/Islam. Semoga kerajaan negeri Pahang 'menjaga' Kuala Tahan. Kalau dah masuk 'orang luar' yang hanya tahu untung, rosaklah Taman Negara, khazanah alam ini.
Woodland Resort
Kaunter pendaftaran di Woodland Resort
Rainforest Resort tidak jauh dari Woodland Resort
Woodland Resort dari Rainforest Resort
Ahah, no telefon ada di situ...
Maklumat Rainforest Resort di laman sesawang
Ini kawasan parkir berbayar, berpagar dan berjaga
Untuk pelancong yang memerlukan keselesaan
Teresek View agak murah dan tidak jauh dari Sungai Tembeling
Hostel untuk pelancong Backpackers
Rumah yang diubahsuai untuk dijadikan penginapan pelancong
Teresek View - anda boleh masuk berapa yang muat
Asrama dan bilik juga disediakan. Kalau nak berkhemah, tapaknya ada
Liana Hostel - Hamba pernah bermalam semalam dengan keluarga pada tahun 2004 sebelum berkhemah di Taman Negara
Kalau pelancong bujang atau backpackers, banyak kemudahan yang bersesuaian
Hamba ambil gambar maklumat sahaja, nak tahu lanjut, telefon sendiri
Agoh Chalet dekat dengan sungai, mudah nak menyeberang ke Taman Negara
Ini gambar terakhir sebelum hamba sekeluarga bertolak balik ke Bandar Baru Bangi...
Terima kasih.. Info yg sangat berguna untuk sesiapa yg nak cari tempat penginapan di Taman Negara
BalasPadamBoleh bagi sy senarai harga asrama,bilik & campsite di DAKILI...TQ
BalasPadam