Assalamu'alaikum,
Sempena cuti sekolah yang bakal tiba, hamba cari juga masa untuk selitkan kisah hamba sekeluarga ke Taman Negara Pahang. Pada 9-11 Februari 2013 (Sabtu-Isnin) yang lalu, hamba sekeluarga ke Taman Negara Pahang. Kami sampai agak lambat sebab Lebuhraya Karak 'jem teruk', semua orang nak balik kampung. Akhirnya malam baru sampai ke Kampung Kuala Tahan di Taman Negara. Selepas check-in di hotel, kami keluar malam untuk lihat sekitaran. Ini merupakan gambar sekitar Kampung Kuala Tahan, bertentangan dengan Taman Negara. Banyak perubahan di Kuala Tahan berbanding kali terakhir hamba sampai, tahun 2004 dahulu.
Pusat Pelancongan di Kampung Kuala Tahan terletak bertentangan dengan Taman Negara
Di seberang sungai adalah Taman Negara Pahang
Kawasan ini waktu malam agak cerah dan boleh bersantai
Pengunjung perlu mendapatkan permit untuk masuk ke Taman Negara...Kalau nak pancing juga kena ada permit
10 Februari 2013 - Inilah Sungai Tembeling yang membahagikan Taman Negara dan bukan Taman Negara
Terdapat klinik kesihatan di Kuala Tahan
Hujung jalan adalah jalan mati iaitu perhentian terakhir sebelum memasuki Taman Negara melalui jalan darat
Sedikit info tentang Taman Negara
Ada bilik air/tandas di sini (bertentangan Pejabat Perhilitan)
Ada kedai menjual pelbagai baju, pakaian dan cenderamata
Harga? kena buat perbandingan sebelum membeli. Anda boleh tawar-menawar dengan penjual
Kenderaan boleh turun sampai ke gigi sungai, bersebelahan dengan Restoran Terapung
Kalau anda nak bermalam di dalam kawasan Taman Negara, ada parkir berbayar yang berpagar dan dikawal, tidak jauh dari Kampung Kuala Tahan, jalan kaki dalam 5-10 minit.
Juga ada Masjid Kampung Kuala Tahan di sini
Tiada ulasan:
Catat Ulasan