Assalamu'alaikum,
Pada 10 Februari 2013, hari Ahad, hamba sekeluarga ke Lubuk Simpon di dalam kawasan Taman Negara. Pagi itu, kami ambil permit masuk Taman Negara dan permit memancing di pejabat Perhilitan. Sebenarnya tidak boleh memancing di Lubuk Simpon, tetapi bawah sedikit boleh. Kesibukan kota dan udara yang menyesakkan boleh dikurangkan dengan melihat keindahan hutan, deru air sungai yang mengalir sambil mengingati Sang Maha Pencipta. Kami membawa bekalan makanan tengahari dai air yang mencukupi. Dalam 4-5 jam juga kami habiskan di Lubuk Simpon, membiarkan anak buat hal masing-masing sambil dipantau dari jauh. Perjalanan Lubuk Simpon dari Taman Negara lebih kurang 20-30 minit berjalan kaki.
Bot pelancong untuk ke kawasan lain
Perjalanan dari Taman Negara lebih mudah kerana denai telah 'dinaiktaraf' dengan menggunakan bahan khas sebagai tempat berpijak. Jadi tak ada becak dan lain-lain.
Kalau ada anak kecil pun, mereka boleh berjalan di atas trek ini kerana tiada lagi lopak, lopak dan rupa bentuk jalan yang tidak sekata.
Ini papan tanda tidak jauh dari kawasan perkhemahan di Taman Negara
Tiada ulasan:
Catat Ulasan