TOPIK

Aidil Fitri (1) Air Kolah (9) Akhir Zaman (3) Aktiviti Ilmiah (1) Al-Quran (4) Alam (13) Alam Ghaib (5) Aldil Fitri (1) Allah wujud tanpa bertempat (15) Amal Soleh (3) Anti Hadis (1) Aqidah (17) ASWJ (63) Bab Munakahat (4) Bab Sihir (3) Bab Tauhid (9) Bahasa Melayu (6) Bahaya Syiah (7) Bertabarruk (2) Bid'ah (8) Bidaah Hasanah (7) Bulan Ramadhan (18) Bulan Rejab (1) Bulan Zulhijjah (1) Cintai DIA (1) Cuti-Cuti Malaysia (89) Doa (1) Dosa Besar (1) Ekonomi Islam (5) Fadilat Al-Quran (4) Fiqh (3) Futuhul Ghaib (1) Futuhul Makkiyyah (3) guru (2) Guru Mursyid (6) Guru Tariqat (6) Hadis Dhaif (6) Hadis Maudhu' (1) Hadis Nabi (14) Hakikat (1) Hari Kemudian (1) Hotel Islam (1) Hukum Berkaitan Zikir (9) Ibadat Haji (6) Ibnu Taimiyyah (16) ilmu kebatinan (5) Ilmu Laduni (1) ilmu persilatan (2) Imam Malik (1) Insan Kamil (1) Israk Mikraj (10) Istanbul (17) Isu Halal (2) Isu Kalimah Allah (4) Isu Khilaf (25) Isu Khilafiah (29) Isu Semasa (4) Isu Wahhabi (97) Jalan-Jalan (128) Jihad Ekonomi (34) Jom Makan (16) Karamah (2) kebenaran (5) Kesultanan Melayu (7) Kewangan dan Perbankan Islam (1) Khatamun Nubuwwah (2) Kisah Mualaf (28) Kisah Nabi (2) Koleksi (2) Kosong (2) Kurma (1) Lagu (1) Lailatul Qadar (14) Makam Sultan (5) Makam Sultan/Raja Melayu (7) Makam Wali Allah (43) Makhluk Halus (1) Makrifat (1) Masjid (41) Masjid Lama (24) Masjid Utama (29) Maulidur Rasul (23) Mekah (2) Melayu (14) Merdeka (1) Misteri (10) motivasi (1) Mukasyafah (2) Mutasyabihat (7) Nabi Ibrahim A.S. (1) Nabi Khidir A.S. (14) Nabi Musa A.S. (1) Neraka (1) Nisfu Syaaban (17) nostalgia (1) Nur Muhammad (6) Nuzul Quran (3) Pahlawan Islam (2) Pahlawan Melayu (10) Pelancongan Tanah Tinggi (4) pengumuman (7) Penyakit (1) Perubatan Islam (2) Perubatan tradisional (1) Petua (2) Puasa Ramadhan (18) Puasa Sunat (2) Pulau Besar (18) Putrajaya (3) Rabitah (1) Rahmat Allah (1) Rawatan Islam (1) rekreasi (21) Rezeki (1) RSAW (11) Rumahku Syurgaku (4) Sajak (6) Sedekah (1) Sejarah Melayu (6) Selawat (7) Senibina Islam (8) Sifat 20 (2) Solat (8) Solat Sunat (9) Sumpah (1) Sunnah RSAW (9) Tamadun Islam (8) Tariqat (7) Tasawuf (23) Tawassul (5) Tulisanku (311) Ulamak Islam (7) Ulamak Nusantara (20) Ulamak Tanah Melayu (16) Universiti (3) Usahawan Muslim (9) Usuluddin (1) Wahhabi dan Keganasan (9) Wali Allah (50) Wali Melayu (22) Wali Songo (10) Youtube (1) Zakat (13) Zakat Fitrah (4)

Selasa, 20 November 2012

Pembuka Bicara Menara Gading - Universitas Sriwijaya, Palembang

Assalamu'alaikum,

Satu label baru untuk blog hamba adalah berkaitan universiti a.k.a. institusi pengajian tinggi. Hamba boleh memuatkan universiti-universiti di Malaysia atau universiti-universiti di United Kingdom dan Eropah yang pernah hamba ziarah, tetapi hamba mulakan dengan Universitas Sriwijaya di Palembang, sempena tamadun silam Empayar Sriwijaya yang bertapak di Sumatera, Tanah Melayu dan Kepulauan Nusantara.  

Universitas Sriwijaya (http://www.unsri.ac.id/) lebih tua dari semua universiti di Malaysia kecuali Universiti Malaya kerana ia ditubuhkan pada 1960. Kalau anda baca sejarah, pembukaan Universiti Sains Malaysia, Universiti Kebangsaan Malaysia, Universiti Putra Malaysia pada peringkat awalnya menggunakan ramai tenaga pakar dari Indonesia sebagai tenaga akademiknya. Ini bermaksud Indonesia meminjamkan tenaga akademiknya untuk berkhidmat di dalam universiti awam di Malaysia. Tetapi kemajuan yang dicapai Malaysia dan 'keseriusan' membangunkan institusi pengajian tinggi yang berkualiti membolehkan universiti-universiti di Malaysia mengatasi universiti-universiti di Indonesia yang telah lama ditubuhkan.  Dua buah Universiti yang berkualiti antarabangsa di Indonesia adalah Universitas Indonesia (UI) dan Institut Teknologi Bandung (ITB). UI seperti UKM, UM, UPM dan USM, sebuah universiti multi-disiplin dan terkenal dalam pelbagai bidang. Hamba pernah menghadiri persidangan di UI pada tahun 2003. Sebelum itu semasa bergelar pelajar, hamba pernah melawat Universitas Tangjungpura (UNTAN) di Pontianak, Kalimantan Barat pada tahun 1993.  ITB merupakan sebuah universiti teknologi seperti UTM, terkenal dengan program kejuruteraannya walaupun mempunyai sedikit program sains sosial seperti pentadbiran perniagaan.

Ada beribu-ribu universitas di Indonesia kerana dahulunya pemerintah Indonesia kurang mengawal pembukaan universiti baru. Jika anda memilih untuk menghantar anak melanjutkan pengajian di Indonesia, yang pentingnya adalah kualiti universiti tersebut, iaitu ia diiktiraf oleh kerajaan Malaysia. Kini, ramai rakyat Malaysia menghantar anak mereka melanjutkan pengajian di Indonesia khususnya dalam bidang perubatan dan pergigian. Ini kerana kos pengajian di Indonesia dalam bidang perubatan dan pergigian lebih murah berbanding sebahagian kos pengajian universiti swasta di Malaysia dan negara-negara lain dalam bidang yang sama. Nasihat hamba satu sahaja, pilih universiti yang mendapat pengiktirafan kerajaan Malaysia amnya dan khususnya negara-negara maju. Contohnya ada ijazah perubatan dan pergigian yang diiktiraf kerajaan Malaysia tetapi tidak diiktiraf oleh Kerajaan British dan lain-lain. Maksudnya, jika ijazah itu diiktiraf kerajaan Malaysia, graduan perubatan akan berupaya bekerja di sektor awam, mendapat pengiktirafan profesional, melanjutkan pengajian peringkat doktor pakar (specialist),  buka klinik sendiri dan sebagainya. Namun jika ia hanya diiktiraf kerajaan Malaysia tetapi tidak diktiraf kerajaan British sebagai contoh, maka graduan perubatan/pergigian tidak berupaya melanjutkan pengajian di peringkat sarjana (doktor pakar/specialist) atau sub-specialist di mana-mana universiti di United Kingdom.

Semasa hamba di UK, seorang suami kepada pelajar yang melanjutkan pengajian di peringkat kedoktoran merupakan seorang doktor gigi lulusan universtitas dari Indonesia. Memandangkan program pergigiannya tidak diiktiraf kerajaan British, beliau hanya mampu menjadi 'pembantu kepada doktor gigi' di UK walaupun dah buka klinik sendiri di Malaysia sebelum mengikuti isterinya ke UK. Apa-apapun adalah objektif anda menghantar anak-anak melanjutkan pengajian di Indonesia. Apakah matlamat akhir anak anda itu, itu yang penting. Umumnya kualiti institusi pengajian  tinggi di Indonesia memang masih ketinggalan berbanding Malaysia. Kualiti pengajian tinggi di Malaysia sendiri masih ketinggalan berbanding Singapura, Australia dan sebahagian negara maju. Indonesia baru mengenakan syarat (dalam beberapa tahun kebelakangan ini) bahawa kenaikan pangkat ke jawatan Profesor memerlukan tenaga akademik berkelulusan doktor falsafah. Sebelumnya ramai rektor (Naib Cancelor) universiti awam dan swasta di Indonesia hanya berkeluluan di peringkat sarjana sahaja. Ini mudah diketahui kerana dalam protokol di Indonesia, selepas nama anda, ada gelaran ijazah anda seperti Prof. Hamid Sutarji, SH. SH itu bermaksud Sarjana Hukum, iaitu kelulusan di peringkat sarjana dalam bidang undang-undang.

Ringkasnya, apa yang hamba bincangkan di atas adalah 'perkara dunia'. Umat Islam tak boleh tinggalkan dunia, tetapi mencapai kecemerlangan dan kegemilangan di dunia dan juga di akhirat, menggunakan dunia untuk mencapai kejayaan di akhirat. Hadis Nabi SAW ada menyebut tentang saranan menanam pokok walaupun jika diketahui esoknya hari kiamat.  Kelemahan sistem pendidikan masa kini adalah aspek rohani dan emosi tidak disepadukan ke dalam kurikulum semasa yang sebahagian besarnya berkiblatkan dunia Barat, itu puncanya. Menjadi tanggungjawab ibu-bapa untuk mendidik dan menanam unsur kerohanian dalam pembesaran dan pembelajaran anak masing-masing. Kalau dibiarkan anak hanya mengikut sistem persekolahan dan pendidikan semasa, memang akan lahirlah manusia-manusia robot, yang bermotifkan keduniaan semata-mata, kecemerlangan akademik semata-mata, mengejar keseronokan dunia, mencari harta, pangkat dan kuasa tetapi kosong jiwanya, tiada roh dan semangat Islam dalam dirinya, tiada kecintaan pada Allah dan Rasulullah dalam dirinya, tiada keazaman dan ketekunan menjadi insan kamil dalam hala tujunya. Moga-moga kita terus berusaha untuk menjadi insan yang seimbang jasmani, emosi, rohani dan intelek dan mendidik anak-cucu kita dalam halatuju yang sama. Wassalam.

Pintu gerbang



Magister itu Master yakni Sarjana





Jalan sehala







Ada program IT di sini



Sepertimana Malaysia, motorsikal merupakan kenderaan utama mahasiswanya





Selamat Tinggal UNSRI

2 ulasan:

  1. Assalamualaikum.

    Adakah universiti sriwijaya diiktiraf oleh kerajaan british juga?

    BalasPadam