TOPIK

Aidil Fitri (1) Air Kolah (9) Akhir Zaman (3) Aktiviti Ilmiah (1) Al-Quran (4) Alam (13) Alam Ghaib (5) Aldil Fitri (1) Allah wujud tanpa bertempat (15) Amal Soleh (3) Anti Hadis (1) Aqidah (17) ASWJ (63) Bab Munakahat (4) Bab Sihir (3) Bab Tauhid (9) Bahasa Melayu (6) Bahaya Syiah (7) Bertabarruk (2) Bid'ah (8) Bidaah Hasanah (7) Bulan Ramadhan (18) Bulan Rejab (1) Bulan Zulhijjah (1) Cintai DIA (1) Cuti-Cuti Malaysia (89) Doa (1) Dosa Besar (1) Ekonomi Islam (5) Fadilat Al-Quran (4) Fiqh (3) Futuhul Ghaib (1) Futuhul Makkiyyah (3) guru (2) Guru Mursyid (6) Guru Tariqat (6) Hadis Dhaif (6) Hadis Maudhu' (1) Hadis Nabi (14) Hakikat (1) Hari Kemudian (1) Hotel Islam (1) Hukum Berkaitan Zikir (9) Ibadat Haji (6) Ibnu Taimiyyah (16) ilmu kebatinan (5) Ilmu Laduni (1) ilmu persilatan (2) Imam Malik (1) Insan Kamil (1) Israk Mikraj (10) Istanbul (17) Isu Halal (2) Isu Kalimah Allah (4) Isu Khilaf (25) Isu Khilafiah (29) Isu Semasa (4) Isu Wahhabi (97) Jalan-Jalan (128) Jihad Ekonomi (34) Jom Makan (16) Karamah (2) kebenaran (5) Kesultanan Melayu (7) Kewangan dan Perbankan Islam (1) Khatamun Nubuwwah (2) Kisah Mualaf (28) Kisah Nabi (2) Koleksi (2) Kosong (2) Kurma (1) Lagu (1) Lailatul Qadar (14) Makam Sultan (5) Makam Sultan/Raja Melayu (7) Makam Wali Allah (43) Makhluk Halus (1) Makrifat (1) Masjid (41) Masjid Lama (24) Masjid Utama (29) Maulidur Rasul (23) Mekah (2) Melayu (14) Merdeka (1) Misteri (10) motivasi (1) Mukasyafah (2) Mutasyabihat (7) Nabi Ibrahim A.S. (1) Nabi Khidir A.S. (14) Nabi Musa A.S. (1) Neraka (1) Nisfu Syaaban (17) nostalgia (1) Nur Muhammad (6) Nuzul Quran (3) Pahlawan Islam (2) Pahlawan Melayu (10) Pelancongan Tanah Tinggi (4) pengumuman (7) Penyakit (1) Perubatan Islam (2) Perubatan tradisional (1) Petua (2) Puasa Ramadhan (18) Puasa Sunat (2) Pulau Besar (18) Putrajaya (3) Rabitah (1) Rahmat Allah (1) Rawatan Islam (1) rekreasi (21) Rezeki (1) RSAW (11) Rumahku Syurgaku (4) Sajak (6) Sedekah (1) Sejarah Melayu (6) Selawat (7) Senibina Islam (8) Sifat 20 (2) Solat (8) Solat Sunat (9) Sumpah (1) Sunnah RSAW (9) Tamadun Islam (8) Tariqat (7) Tasawuf (23) Tawassul (5) Tulisanku (311) Ulamak Islam (7) Ulamak Nusantara (20) Ulamak Tanah Melayu (16) Universiti (3) Usahawan Muslim (9) Usuluddin (1) Wahhabi dan Keganasan (9) Wali Allah (50) Wali Melayu (22) Wali Songo (10) Youtube (1) Zakat (13) Zakat Fitrah (4)

Ahad, 16 November 2014

Kuching - Sarawak Di Waktu Malam (Kuching - Sarawak at Night)

Assalamu'alaikum,

Hamba ingin menghabiskan segera cerita tentang Kuching. Ini kerana posting berkaitan Pulau Perhentian belum habis, Kisah Makam Tok Pelam di Kuala Terengganu, dan ada beberapa posting lain berkaitan Ekspo Buku Islam Antarabangsa Putrajaya, Pameran Seni dan Budaya Islam Antarabangsa Putrajaya, Putrajaya At Night dan lain-lain yang menunggu giliran untuk disiarkan. Kali ini berkaitan Kuching di waktu malam. Kalau siang hamba ada urusan kerja, tak punya banyak waktu untuk ke sana-sini.  Dan sebenarnya hutan batu-bata hamba dah agak jemu melihatnya...he3... Gambar-gambar di sini di ambil dalam beberapa malam apabila hamba keluar hotel untuk menikmati makan malam dan berjalan-jalan.  Kiranya hamba lihat, Kuching lebih indah di waktu malam, cuma kena hati-hati juga dengan penjenayah, pesan seorang pemandu teksi kepada hamba. Katanya selepas 1100 malam, apabila banyak lampu sudah tidak dipasang, perlu berhati-hati semasa berjalan. Apa-pun Kuching sememangnya sebuah destinasi pelancongan yang memiliki kekuatan, keunikan dan aura yang tersendiri. Apa yang hamba suka adalah bandarayanya tidak sesibuk Kuala Lumpur, tidak jem seperti Kuala Lumpur, kehidupannya lebih santai dan relaks, masyarakat pelbagai agama dan bangsa hidup dengan harmoni, tanpa banyak 'gangguan' dari pendatang asing...


Malam pertama hamba makanmalam di Warong Nusantara...servisnya pantas sekali

Kuching Station, tidak jauh dari Warong Nusantara juga menyediakan masakan Melayu

 
Beberapa anak muda membuka gerai mencari rezeki

Salah satu gerai


Ini sebelah sungai...tempat pelancing bersantai dan menikmati suasana malam yang indah

Nak makan apa? Macam2 ada


Gerai-gerai sebegini dibuka dar petang sehingga malam (pagi dan tengahari tidak dibuka)

Sempat ambil gambar Bangunan Dewan Undangan Negeri yang baru

Hamba tak beli, ambil gambar saja...dah cemuih beli barang2 macam ni



Ada sampan untuk ke seberang sungai


 Ini kali pertama hamba tengok di Kuching...belum pasti sama ada kenderaan sebegini ada di bandar2 lain di Malaysia

Naik sampan kena RM1 untuk sekali menyeberang

Dari seberang sungai


Kali pertama hamba sampai di Kuching ialah pada tahun 1993

Kuching membangun dengan sederhana kerana Sarawak punya tanah yang amat luas


Ada food couurt di seberang sungai


Dua malam hamba makan di food court ini

Ikan terubuk masin-hamba belilah juga sebagai tanda wajib sampai Kuching



A\
Ada jejantas di atas air menyelusuri sungai

Aha, ini bot nak menyeberangi sungai

Posting selepas ini berkaitan tempat ini

Jiwa hamba lebih menyukai kampung ini...

Kembali menyeberangi sungai ke kawasan hotel




Restoran James Brook...ehmmm masih ingat kat Mat Saleh ini orang tempatan? Sebenarnya Sarawak punya Sultan Pertama dan terakhir, siapa? Cubalah cari... Mengikut sebahagian pandangan, perkataan Borneo itu datang dari istilah Brunei. Sebab lidah orang putih ni pelat, tak reti sebut Brunei, maka jadinya Borneo...Sebahagian besar Borneo dahulunya di bawah kedaulatan Kesultanan Brunei 
Darus Salam.

Ada tokong Cina yang agak lama di tepi jalan

Kalau empat2 orang kayuh OKlah,..

Kembali untuk berehat dan tidur di Hotel Hilton yang dimiliki oleh Tradewinds Corp, milik usahawan Muslim terkaya di Malaysia...


Tiada ulasan:

Catat Ulasan