Assalamu'alaikum,
Hamba berkesempatan singgah di Kampung Melayu di Pulau Perhentian Kecil. Makanan di Pulau Perhentian agak mahal kerana sebagai Taman Laut (macam Taman Negara di darat), kegiatan memancing tidak dibenarkan. Ikan dan pelbagai makanan lain didatangkan dari Tanah Besar Semenanjung.
Rumah untuk Cikgu Sekolah Rendah di sini
Tiada sekolah menengah di sini. Pelajar perlu ke Besut dan bersekolah di sana (tinggal di asrama). Seminggu sekali, pelajar akan kembali ke Pulau untuk bersama keluarga. begitulah kehidupan anak pulau. Membesar bersama laut...
Pondok Polis turut dilengkapi dengan kuarters perumahan polis
Beberapa gerai kecil menjual cenderamata
Ada Pondok bomba
Tabika Kemas pun ada
Klinik Dakwah - tak sempat tanya fungsi dan keberkesanannya
Ehmmm, Pejabat Pos pun ada
Tandas awam
Canggih juga pondok telefon ni
Dewan Orang Ramai
Masjid lama (Masjid baru dalam pembinaan)
Tanah Perkuburan Islam (masih kosong)
Menara telekomunikasi
Masjid Baru (dalam Pembinaan)
Kami berhenti makan keropok lekor
Ada beberapa projek kerajaan di sini
Memandangkan Pulau Perhentian 'berfungsi' dalam 8/9 bulan sahaja, maka pakej pelancongannya tidak semurah Langkawi...
Nak sewa bilik?
Bangunan Arked MARA
Pantai terpaksa ditambah akibat perubahan cuaca
Pakej pelancongan
Jangan risau bab makan kalau sampai ke kampung ini. Sediakan duit sahaja
Ada kedai makan yang agak penuh dengan pengunjung
Rumah orang kampung
Pokok macam ni memang unik, 'tidak boleh ditebang'...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan