TOPIK

Aidil Fitri (1) Air Kolah (9) Akhir Zaman (3) Aktiviti Ilmiah (1) Al-Quran (4) Alam (13) Alam Ghaib (5) Aldil Fitri (1) Allah wujud tanpa bertempat (15) Amal Soleh (3) Anti Hadis (1) Aqidah (17) ASWJ (63) Bab Munakahat (4) Bab Sihir (3) Bab Tauhid (9) Bahasa Melayu (6) Bahaya Syiah (7) Bertabarruk (2) Bid'ah (8) Bidaah Hasanah (7) Bulan Ramadhan (18) Bulan Rejab (1) Bulan Zulhijjah (1) Cintai DIA (1) Cuti-Cuti Malaysia (89) Doa (1) Dosa Besar (1) Ekonomi Islam (5) Fadilat Al-Quran (4) Fiqh (3) Futuhul Ghaib (1) Futuhul Makkiyyah (3) guru (2) Guru Mursyid (6) Guru Tariqat (6) Hadis Dhaif (6) Hadis Maudhu' (1) Hadis Nabi (14) Hakikat (1) Hari Kemudian (1) Hotel Islam (1) Hukum Berkaitan Zikir (9) Ibadat Haji (6) Ibnu Taimiyyah (16) ilmu kebatinan (5) Ilmu Laduni (1) ilmu persilatan (2) Imam Malik (1) Insan Kamil (1) Israk Mikraj (10) Istanbul (17) Isu Halal (2) Isu Kalimah Allah (4) Isu Khilaf (25) Isu Khilafiah (29) Isu Semasa (4) Isu Wahhabi (97) Jalan-Jalan (128) Jihad Ekonomi (34) Jom Makan (16) Karamah (2) kebenaran (5) Kesultanan Melayu (7) Kewangan dan Perbankan Islam (1) Khatamun Nubuwwah (2) Kisah Mualaf (28) Kisah Nabi (2) Koleksi (2) Kosong (2) Kurma (1) Lagu (1) Lailatul Qadar (14) Makam Sultan (5) Makam Sultan/Raja Melayu (7) Makam Wali Allah (43) Makhluk Halus (1) Makrifat (1) Masjid (41) Masjid Lama (24) Masjid Utama (29) Maulidur Rasul (23) Mekah (2) Melayu (14) Merdeka (1) Misteri (10) motivasi (1) Mukasyafah (2) Mutasyabihat (7) Nabi Ibrahim A.S. (1) Nabi Khidir A.S. (14) Nabi Musa A.S. (1) Neraka (1) Nisfu Syaaban (17) nostalgia (1) Nur Muhammad (6) Nuzul Quran (3) Pahlawan Islam (2) Pahlawan Melayu (10) Pelancongan Tanah Tinggi (4) pengumuman (7) Penyakit (1) Perubatan Islam (2) Perubatan tradisional (1) Petua (2) Puasa Ramadhan (18) Puasa Sunat (2) Pulau Besar (18) Putrajaya (3) Rabitah (1) Rahmat Allah (1) Rawatan Islam (1) rekreasi (21) Rezeki (1) RSAW (11) Rumahku Syurgaku (4) Sajak (6) Sedekah (1) Sejarah Melayu (6) Selawat (7) Senibina Islam (8) Sifat 20 (2) Solat (8) Solat Sunat (9) Sumpah (1) Sunnah RSAW (9) Tamadun Islam (8) Tariqat (7) Tasawuf (23) Tawassul (5) Tulisanku (311) Ulamak Islam (7) Ulamak Nusantara (20) Ulamak Tanah Melayu (16) Universiti (3) Usahawan Muslim (9) Usuluddin (1) Wahhabi dan Keganasan (9) Wali Allah (50) Wali Melayu (22) Wali Songo (10) Youtube (1) Zakat (13) Zakat Fitrah (4)

Jumaat, 7 November 2014

Laguna Biru & Pantai Penyu, Pulau Perhentian Besar, Besut, Terengganu (Blue Lagoon & Turtle Beach, Perhentian Island)

Assalamu'alaikum,

Hari kedua kami di Pulau Perhentian, hamba, isteri dan anak ber 'snorkeling'. Ia merupakan satu kenangan indah untuk kami sekeluarga. Hamba sendiri walaupun sewaktu muda dan bujang terlibat dengan pelbagai kegiatan rekreasi, tapi belum pernah snorkeling. Ini merupakan pengalaman pertama melihat keindahan alam di bawah laut secara terus, realiti, bukan di kaca TV.  Apatah lagi dengan isteri hamba, anak FELDA yang kalau mandi sungai atau laut, kami mesti kena jejak dasar sungai/laut. Tidak pernah berenang kalau kaki tak jejak dasar. Anak-anak hamba, yang sulung hingga ketiga, sudah tahu berenang. Yang sulong dan nombor dua, mereka belajar berenang semasa kami tinggal di UK dahulu. Anak ketiga belajar berenang di sekolah sekarang (aktiviti ko-k). Anak keempat belum tahu berenang.

Mula-mula bila nak belajar snorkeling, nampak macam susah. Kejap ja, semua dah pandai. Hamba tarik isteri hamba ke kawasan dalam, kaki tak kena dasar laut. Mula2, dia panik juga, kemudian, OK. Waktu panik tu, terus dia buka "google untuk snorkeling"....he3...Anak keempat dok terapung saja, belum pandai snorkeling. Anak sulong sehingga ketiga memang 'gaya' budak2 zaman sekarang. Dah tahu ja snorkeling, terus buat hal masing2. Snorkeling di Laguna Biru memang best, sebab airnya biru dan jernih. Macam2 ikan ada. Maklumlah kali pertama, memang amat teruja sekali hamba sekeluarga. Selain itu, ia di tepi pantai. Jadi untuk "beginners", ia tempat yang sesuai untuk biasakan diri dengan snorkeling. Hamba memang ada ambil gambar dalam air, sewa kamera dari syarikat yang bawa kami snorkeling. Kami menghabiskan dalam sejam di Laguna Biru sebelum ke Pantai Penyu.

Di Pantai Penyu, kami habiskan masa dalam 45 minit. Ada penyu dalam laut, tetapi agak kabur kerana air laut sedikit keruh. Ini kali pertama dengan jelas, anak-anak dan isteri turun dari bot, kaki dah tak kena dasar laut. Pengalaman di Laguna Biru banyak membantu. Penyu ni dalam 3-4 meter juga di dasar laut. Pantai Penyu ada jetinya sendiri dan chaletnya sendiri.  Setelah habis dalam 2 jam di dua tempat ini, kami snorkeling di tempat ketiga....








Gambar seterusnya tentang Laguna Biru dari Google Image






Gambar seterusnya merupakan kawasan pantai Penyu
















Tiada ulasan:

Catat Ulasan